UNSUR-UNSUR TERTENTU ( HUMOR, LEGENDA & MITOS)

By ayurahman - 4:25:00 PM


UNSUR-UNSUR TERTENTU ( HUMOR, LEGENDA & MITOS)





i.                    Humor
Humor ini menceritakan suatu kejadian yang lucu dengan harapan dapat membuat pembacanya tertawa. Kelucuan sebuah humor dapat disebabkan oleh beberapa hal, misalnya kelakuan para pelaku, kejadian yang umum, kritik terhadap keadaan, kebodohan, kesalahpengertian dan hal-hal lain. Humor yang terdapat dalam Sulalatus Slatin adalah melalui kisah Mia Ruzul. Mia Ruzul adalah seorang keling yang turut serta dalam angkatan perang Melaka. Dia telah ke darat untuk buang air besar. Terpandangkan seekor kambing disangkanya orang tua Haru yang mengintainya. Bila disergah kambing itu melawan, akibatnya Mia Ruzul lari lintang pukang. Bila disiasat ternyata hanyalah seekor kambing. Semua orang ketawa dan marahkan Miz Ruzul. Peperangan berlaku lagi antara orang Melaka dengan orang Haru di Pengkalan Dungun. Orang Haru telah minta diadakan perdamaian dan diterima oleh Paduka Tuan. Tidak lama selepas kembali ke Melaka, Seri Bija Diraja telah meninggal dunia dan dia digantikan oleh anaknya Tun Kerunta. Juga bergelar Seri Bija Diraja. Seorang lagi anaknya bergelar Tun Bija Diraja.
ii.                  Legenda
Legenda ditakrifkan sebagai kisah yang bercorak luar biasa tentang tokoh dalam sejarah sama ada watak itu benar-benar wujud ataupun tokoh khayalan. Legenda yang terdapat dalam Sulalatus Salatin ini ialah melalui kisah Hang Tuah. Raja di Goa telah berjaya mendapatkan anak Raja Bajung yang bernama Daeng Mempawah untuk dihadiahkan kepada Sultan Mansur Syah. Budak ini berumur 12 tahun dan diberikan nama Hang Tuah oleh sultan. Dia seorang yang berani dan telah berjaya membunuh 2 orang yang mengamuk. Di Melaka pada masa itu terdapat 9 orang “Perhangan” iaitu Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang Lekiu, Hang Ali, Hang Iskandar, Hang Hassan dan Hang Hussin.
iii.               Mitos

Mitos merupakan cerita rakyat yang mengisahkan tentang manusia dan peristiwa luar biasa yang tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Sebagai contoh mitos dalam Sulalatus Salatin ini ialah melalui kisah Temasik dijumpai. Sesampai di Teluk Belanga, angkatan baginda dilanda oleh ribut. Semua harta telah dibuang ke laut. Untuk meredakan ribut Seri Teri Buana telah meletakkan mahkota baginda ke permukaan air laut. Lalu ributpun teduh. Di atas bukit di pulau Temasik Seri Teri Buana telah terpandangkan seekur singa. Bagaimanapun singa itu ghaib apabila terpandangkan orang ramai. Seri Teri Buana mengubah nama pulau itu dari Temasik ke Singapura dan mahu kerajaannya dibuka di situ. Wan Seri Beni menabalkan Seri Teri Buana di situ. Pemerintahan Bintan di serahkan kepada anak Menteri Bupala yang bergelar Tun Telanai.

  • Share:

You Might Also Like

10 comments

  1. Memberikan maklumat tambahan.

    ReplyDelete
  2. Apa yang dimaksudkan dengan perkataan 'keling' ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam genre sastera,keling merupakan mereka yang berasal dpd benua keling,kampunh keling dan sebagainya..

      Delete
    2. Okay terima kasih atas penjelasan . Semoga terus memartabatkan bahasa melayu

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. penerangan yang mudah difahami untuj dijadikan bahan bacaan

    ReplyDelete