SENARAI VERSI SEJARAH MELAYU YANG LAIN
By ayurahman - 4:38:00 PM
SENARAI VERSI SEJARAH MELAYU YANG LAIN
1. Tuhfat al- nafis
Tuhfat al Nafis merupakan
sebuah karya Raja Ali Haji yang menceritakan susur galur sejarah orang Bugis di
Melaka, Johor dan juga Riau. Raja Ali Haji menekankan konsep historigrafi
tentang perihal orang Bugis dalam penjajahan dan penaklukan yang mengandungi
bayak siri peperangan antara Raja Melayu dan Raja Bugis. Buku tersebut adalah hasil
daripada catatan Raja Haji Ahmad, iaitu ayahanda kepada Raja Ali Haji, setelah
Raja Haji Ahmad wafat maka tugas penulisan disambung oleh Raja Ali Haji.
Di
dalam Tuhfat Al Nafis banyak menyelitkan unsur sejarah yang mencatatkan
peristiwa dan pentarikhan yang tepat. Gaya kepengarangan beliau yang lebih
objektif kepada mengangkat martabat dan keagungan orang Bugis kepada beliau
sendiri berketurunan Bugis. Bahkan setiap bab, Raja Ali Haji memperincikan
secara mendalam tentang hubungan kerabat dan peristiwa yang mengangkat orang
Bugis sebagai pemerintah Johor yang meluaskan kuasa pemerintahan melalui
pengembaraan, pelayaran dan peperangan bersiri.
Buku
ini banyak menerapkan unsur keislaman setelah kedatangan pedagang Arab dari
Jeddah atas sebab kekayaan perdagangan di Johor. Pada permulaannya, pengarang
mengisahkan tentang keruntuhan empayar di Melaka dan kezaliman raja Melayu yang
saling berbunuhan untuk mendapat takhta dan menggunakan cara yang salah untuk
berkuasa dalam pemerintahan.
Berdasarkan
pengkajian yang telah kami lakukan, banyak pemikiran yang diutarakan oleh Raja
Ali Haji dalam mengangkat orang Bugis. Beliau menggunakan gaya kepengarangan
yang berbeza berbanding karyanya yang lain bahkan buku ini dijadikan rujukan
utama dalam pengkajian sejarah Johor. Selain itu estetika dalam pengarangan
beliau tampak lebih segar dengan elemen Islam yang tinggi selain kebudayaan dan
pandangan hidup. Karya ini memaparkan pelbagai ilmu yang bertepatan dengan ciri
sesebuah karya yang agung. Jadi, pengkajian ini membawa banyak penemuan yang
baru dan menunjukkan kepengarangan Raja Ali Haji adalah subjektif berdasarkan
pandangan pembaca.
2. Hikayat Melayu:
Nama asal Sulalatus Salatin
ialah Hikayat Melayu. Sulalatus Salatin juga dikenalai sebagai Sejarah Melayu.
Naskhah Hikayat Melayu dibawa ke Johor dari Goa. Dipercayai penulisan Hikayat
Melayu berakhir pada sebelum tahun 1536 Masihi. Setelah dibawa ke Johor,
naskhah ini disusun semula pada tahun 1612 oleh Tun Muhammad, Bendahara Johor
seawktu pemerintahan Sultan Ala'ud-Din Riayat Syah III yang memerintahan di
Pekan Tua, Batu Sawar, Johor. Nama timang-timangan Tun Muhammad ialah Tun Seri
Lanang.
Berdasarkan isi kandungan
Sulalatus Salatin,menampakkan pengarangnya sebagai seorang intelek Melayu yang
berminat kepada sejarah dan suasana pergolakan politik di Melaka waktu itu.
Selain itu pengarang amat berminatt membaca naskhah sastera dan sejarah tertua
seperti Hikayat Iskandar Zul- karnain, dan Hikayat Raja-Raja Pasai.Selain itu
pengarang Sulalatus Salatin turut berminat membaca berbagai-bagai hikayat
daripada kesusasteraan asing yang diterap dari kesusasteraan Hindu. Sebagai
contoh pengarang dapat menggarap secara terperinci unsur-unsur sastera Hindu
ketika mengisahkan pengembaraan Raja Suran ke negeri bawah laut
dankisah di Bukit Si Guntang Mahamiru. Pengarang juga turut mengaitkan binatang
Suci Hindu iaitu lembu putih.
3. Hikayat Merong Mahawangsa.
Hikayat Merong Mahawangsa
tergolong dalam genre kesusasteraan sejarah Melayu tradisional dan tertulis
dengan mematuhi struktur penulisan pensejarahan tradisional seperti yang dapat
dikesan pada penulisan Hikayat Raja Pasai, Hikayat Aceh, Sulalat al - Salatin
(Sejarah Melayu), Hikayat Banjar dan pelbagai hasil penulisan sejarah
tradisional Melayu yang lain. Hikayat ini mengambil judulnya
daripada nama seorang raja yang berasal dari Rom yang dipercayai melahirkan
dinasti Mahawangsa menjadi sumber keturunan raja-raja yang membuka negeri yang
diberi nama Langkasuka yang kemudiannya lebih dikenali sebagai negeri Kedah
Zamin Turan.
Penulisan hikayat ini
menggemblengkan ketiga-tiga unsur tempatan, unsur Hindu dan Islam dan ternyata
cerita asal usul negeri Kedah ini dikarang selepas negeri itu memeluk agama
Islam. Pengarangnya, seorang pujangga istana Kedah, amat setia pada struktur
pensejarahan tradisional Melayu kerana memulakan ceritanya dengan mengemukaka
asal usul rajanya, peristiwa yang menyebabkan raja itu memulakan pelayarannya,
pembukaan negeri, jurai keturunan daripada raja yang pertama kepada yang
terakhir (semasa penyalinan terakhir dilaksanakan), kisah pengislaman dan
beberapa peristiwa yang ingin disampaikan oleh pengarang berkaitan sejarah
negeri Kedah mengikut penilaian dan kacamata masyarakat sezaman.
Walaupun tidak semua hasil
penulisan sejarah tradisional ditulis berdasarkan ciri-ciri penulisan sejarah
tetapi hanya sebahagian daripada ciri-ciri tersebut, Hikayat Merong Mahawangsa
tertulis dengan berpandukan kelima-lima ciri penulisan sejarah yang memaparkan
konsep sejarah masyarakat zaman silam.
4. Hikayat Raja Pasai
“Hikayat Raja-Raja Pasai”
merupakan karya sastra yang bersifat sejarah yang tertua dari zaman Islam
nusantara. Dalam naskah diceritakan peristiwa-peristiwa yang terjadi antara
tahun 1250 – 1350 M. Zaman ini adalah masa pemerintahan raja Meurah Siloo yang
kemudian masuk agama Islam dan mengganti namanya dengan Mâlik al-Shâlih.
Hikayat ini merupakan satu-satunya peninggalan sejarah zaman kerajaan Pasai.
Menurut perkiraan Dr. Russel Jones hikayat ini ditulis pada abad ke-14. Hikayat
ini mencakup masa dari berdirinya Kesultanan Samudera Pasai sampai
penaklukannya oleh kerajaan Majapahit.
Dimulai dengan teks yang
berbunyi: ”alkisah peri menyatakan ceritera raja yang pertama masuk agama Islam
ini Pasa. Maka ada diceriterakan oleh orang yang empunya ceritera ini, negeri
yang di bawah angin ini Pasailah yang membawa iman akan Allah dan akan rasulnya
Allah”. Isi “Hikayat Raja-Raja Pasai” ini menceritakan mengenai unsur-unsur
legalisasi susunan keluarga yang memerintah, menyatakan asal-usul yang sakral
keluarga tersebut, tetapi disamping itu, juga mempunyai fungsi didaktik. Raja
yang zalim akan mendapatkan hukuman, negerinya musnah. Disamping halnya dengan
Sultan Malik al- Mansur, yang merampas gundik abangnya. Demikian pula halnya
dengan Sultan Ahmad yang cemburu terhadap putera-puteranya dan oleh sebab itu
membunuh mereka. “Hikayat Raja-Raja Pasai” memiliki persamaan-persamaan yang
mencolok dalam pokok pembicaraan serta susunan ayatnya dengan “Sejarah Melayu”.
“Hikayat Raja-Raja Pasai”
merupakan salah satu sumber tentang cerita masuknya Islam ke Sumatera.
merupakan karya dalam bahasa Melayu yang bercerita tentang kerajaan Islam
pertama di Nusantara, Samudera-Pasai, sekarang terletak di Nanggroe Aceh
Darussalam.
Menurut Hikayat yang ditulis
setelah 1350 ini, disebutkan bahwa. Khalifah di Mekah mendengar tentang adanya
Samudra dan memutuskan untuk mengirim sebuah kapal ke sana untuk memenuhi
harapan forecasting (peramalan) Nabi Muhammad SAW bahwa suatu hari nanti akan
ada sebuah kota besar di timur yang bernama Samudra, yang akan menghasilkan
orang suci. Kapten kapal itu, Syekh Ismail, singgah dulu di India untuk
menjemput seorang sultan yang telah mengundurkan diri karena ingin menjadi
da’i. Penguasa Samudra, Meurah Siloo (atau Siloo). Di Pasai, ia membuat Meurah
Siloo, penguasa setempat masuk Islam. Meurah Siloo kemudian mengambil gelar
Mâlik al-Shâlih yang Wafat pada 698/1297.
Dalam cerita ”Hikayat Raja-Raja
Pasai” Meurah Siloo bermimpi bahwa Nabi menampakkan diri kepadanya, mengalihkan
secara gaib pengetahuan tentang Islam kepadanya dengan cara meludah ke dalam
mulutnya, dan memberinya gelar Sultan Mâlik al-Shâlih. Setelah terbangun,
Sultan yang baru ini mendapati bahwa dia dapat membaca Qur’an walaupun dirinya
belum pernah diajar, dan bahwa dia telah dikhitan secara gaib. Dapat dimengerti
bahwa para pengikutnya merasa takjub atas kemampuan sultan mengaji dalam bahasa
Arab. Kemudian kapal dari Mekah tadi tiba. Ketika Syekh Ismail mendengar
pengucapan dua kalimat syahadat Mâlik al-Shâlih, maka dia pun melantiknya
menjadi penguasa dengan tanda-tanda kerajaan dan jubah-jubah kenegaraan dari
Mekah. Syekh Ismail terus mengajarkan dua kalimat Syahadat. Syekh Ismail
kemudian meninggalkan Samudra, sedangkan da’i yang berkebangsaan India tetap
tinggal untuk menegakan Islam secara lebih kokoh di Samudra. Sultan Mâlik
al-Shâlih meninggal pada tahun 1297 M. Dibawah pemerintahan Sultan Muhammad
Mâlik al-Zhâhir (1297 – 1326), kerajaan Samudra Pasai mengeluarkan mata uang
emas yang beridentitas ketuhanan. Mata uang tersebut, sampai saat ini, dianggap
sebagai mata uang emas tertua yang pernah di keluarkan oleh sebuah kerajaan
Islam di Asia Tenggara.
Bahagian awal cerita
mengemukakan kisah-kisah raja dan pembukaan negeri berdasarkan mitos dan
lagenda atau cerita-cerita khayalan yang dipercayai masyarakatnya, sama ada
bersifat tempatan, bersifat Hindu ataupun cerita-cerita yang berasal dari
pengaruh Islam. Dalam bahagian inilah hikayat ini menyatakan yang menjadi nenek
moyang raja-raja Kedah ialah Raja Merong Mahawangsa, seorang raja yang bukan
sahaja mempunyai ikatan kekeluargaan dengan Raja Rom tetapi juga menjadi
pembesar kepercayaannya. Dalam pelayaran menuju ke Negeri China, angkatan yang
mengiringi Putera Raja Rom diserang dan dimusnahkan oleh geroda yang telah
bersumpah di hadapan Nabi Allah Sulaiman bahawa ia akan menghalang Raja Rom
daripada memperlihatkan kebesarannya dengan berbesan dengan Raja China.
Sementara Putera Raja Rom dipertemukan dengan puteri China di Pulau Langkapuri
melalui usaha geroda sendiri, Raja Merong Mahawangsa diterima sebagai Raja
Langkasuka. Baginda hanya meninggalkan negeri itu kepada puteranya, Raja Merong
Mahapudisat, setelah puteranya dewasa dan layak memerintah negeri. Raja Merong
Mahadipusat memenuhi pesanan ayahandanya dengan mengarahkan putera sulungnya
membuka negeri Siam; putera kedua membuka negeri Perak; anakandanya yang
ketiga, seorang puteri membuka negeri Patani sementara putera yang bongsu
tinggal bersamanya di Kedah dan menggantikan ayahandanya bila baginda mangkat
dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa.
5. Hikayat Hang Tuah
Hikayat Hang Tuah"
merupakan sebuah cerita hikayat Melayu yang menggambarkan dengan terperinci
keadaan semasa sewaktu tersebut. Hikayat Hang Tuah telah disifatkan oleh
pengkaji sebagai menggambarkan tiga zaman yang ditempuhi oleh bangsa Melayu
iaitu zaman permulaan, zaman kegemilangan, dan zaman kejatuhannya.
Terdapat pertelingkahan
mengenai sama ada Hang Tuah benar-benar wujud, ataupun hanya dongengan
semata-mata. Ini disebabkan tempoh yang dirangkumi dalam Hikayat Hang Tuah agak
lama. Selain itu terdapat pertelingkahan dalam beberapa kitab lain mengenai
jalan cerita hikayat Hang Tuah.
Masalah ini bukannya satu
masalah yang besar dan merupakan satu perkara biasa bagi tokoh silam, sama
seperti permasalahan tokoh Raja Arthur atau, tokoh Robin Hood dalam legenda
Inggeris.
Terdapat perbezaan cerita
berkenaan sejarah Hang Tuah di antara "Hikayat Hang Tuah" dan Sulalatus
Salatin. Penceritaan Hang Tuah yang digambarkan oleh Tun Seri Lanang di dalam
"Sulalatus Salatin" dilihat lebih realistik tanpa ada unsur-unsur
mistik. Di dalam "Sulalatus Salatin" dicatatkan nama Sebenar Hang
Tuah adalah Daeng Mempawah. Beliau adalah anak Raja Bajung (sebutan sebenar di
Sulawesi adalah Bajeng). Hang Tuah berasal dari daerah Gowa, Mengkasar Sulawesi.
Hang Tuah dikurniakan oleh
Raja Gowa kepada rombongan diplomatik dari Melaka yang terdiri daripada Seri
Bija Pikrama dan Tun Sura Diraja, iaitu sebagai hadiah kepada Sultan Mansur
Shah, Sultan kerajaan Melaka pada waktu itu. Ketika dikurniakan oleh Raja Gowa
kepada rombongan Melaka, umur Hang Tuah pada waktu itu baru berusia 12 tahun.
Walaupun baru berusia 12 tahun, Hang Tuah pernah membunuh dua orang yang
mengamuk di negerinya.
12 comments
Ada perbezaan tak dalam tiga hikayat tu ?
ReplyDeleteAda perbezaan tak dalam tiga hikayat tu ?
ReplyDeleteAde.. Perbezaannya dapat dilihat melalui jalan ceritanya.. Silalah baca.. Pasti menarik..
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSangat tersusun jalan ceritanya ..terbaik
ReplyDeleteTerima kasih, moga dimanfaatkan 😊
DeleteBahan rujukan yang berguna
ReplyDeleteTerima kasih semoga bermanfaat 😊
DeleteTerima kasih atas perkongsiannya
ReplyDeleteterima kasih moga bermanfaat :)
Deleteperkongsian isi yang jelas
ReplyDeleteterima kasih moga bermanfaat :)
Delete