PENGARUH TEKS SASTERA SEJARAH MELAYU KEPADA TEKS SASTERA SEJARAH YANG LAIN
By ayurahman - 2:16:00 AM
PENGARUH
TEKS SASTERA SEJARAH MELAYU KEPADA TEKS SASTERA SEJARAH YANG LAIN
Sejarah Melayu dirujuk oleh teks-teks lain dan diangkat
sebagai teks Kanon. Sebagai sebuah karya Kanon, Sejarah Melayu sentiasa dilihat
sebagai karya “Cermin” kepada “cermin” kepada teks sastera sejarah yang lain.
Adalah satu kelaziman di mana karya-karya besar akan meninggalkan pengaruhnya
kepada karya-karya lain. Teks Sulalatus Salatin merupakan sebuah teks yang
menceritakan tentang kebangkitan, kegemilangan, serta kejatuhan zaman
kesultanan Melayu Melaka yang telah ditulis oleh beberapa orang pengarang
Melayu. Dalam teks ini terakam segala peristiwa yang boleh dijadikan panduan
kepada masyarakat teutamanya masyarakat pada masa kini. Hal ini adalah untuk
mengajar mereka untuk mengetahui dengan lebih mendalam lagi berkenaan dengan
sejarah Melayu pada zaman dahulu.
Sejarah Melayu sentiasa dirujuk oleh teks lain dan diangkat
sebagai teks Kanon. Adalah satu kelaziman bahawa karya-karya besar akan
meninggalkan pengaruhnya kepada karya-karya lain.
Karya berkenaan kebiasaanya
akan mempunyai ciri-ciri kesitimewaan tertentu yang dapat menarik perhatian
pengarang-pengarang lain untuk mencontohi kaedah penulisannya, gaya bahasanya
atau memetik isi kandungannya ditambah pula dengan personaliti pengarang karya
yang kebiasaannya terdiri daripada pengarang terkenal.Hikayat Melayu berada di dalam ruang lingkup sfera faedah
iaitu sfera yang berada di tengah-tengah kedudukan antara sfera iaitu sfera
yang berada di tengah-tengah kedudukan antara sfera indah dan sfera rohani. Dalam
konteks kesusasteraan melayu tradisional, karya agung seperti Hikayat Raja-raja
Pasai, Sejarah Melayu, Taj al-Salatin dan Tuhfat al-Nafis sering menjelma sama
ada secara langsung atau tidak langsung dalam karya yang terkemudian. Sejarah Melayu
dilihat menjadi rujukan utama Hikayat Melayu di dalam memberikan rujukan kepada
penulisannya. Dalam konteks perbincangan, Sejarah Melayu dilihat sebagai
“Cermin” kepada “cermin” Ia tergolong dalam teks yang berfaedah dan sebuah teks
adab. Dalam hal ini, Sejarah Melayu menjadi teks “Cermin” kepada Hikayat Melayu
dan beberapa teks sastera sejarah yang lain. Sejarah Melayu telah dikarang oleh
Tun Seri Lanang. Pengenalan kepada identiti pengarang ini penting bagi melihat
pengaruh penulisan Tun Seri Lanang terhadap pengarang Hikayat Melayu.
Pengaruh Teks Sulalatus Salatin sememangnya besar dalam aspek
kepengarangan kerana ianya merupakan sumber rujukan kepada teks-teks sasatera
yang lain terutamanya daripada aspek kepengarangan. Kepengarangan ialah
pencapaian penulis. Kepengarangan juga adalah bentuk penyajian buku yang
dilakukan oleh pengarang. Hal ini dapat dilihat dengan jelas melalui pengaruh
Sulalatus Salatin dalam aspek kepengarangan Melayu tradisi terhadap karya-karya
sastera lain selepasnya iaitu sebagai “a text to plug into” kepada pengarang
teks Tuhfat al-Nafis, Raja Ali Haji. Beliau merupakan seorang penulis sejarah,
ulama dan ahli bahasa yang berasal daipada keluarga Yamtuan Muda juga menulis
Tuhfat al-Nafis (Hadiah Berharga) telah menceritakan tentang Sejarah Melayu dan
selanjutnya juga Melayu-Bugisdari masa didirikannya Singapura oleh Seri
Teri Buana sampai dasawarsa-dasarwasa
pertama abad ke-19. Sedikit sebanyak pengarang karya tersebut terpengaruh
dengan aspek kepengarangan daripada Sulalatus Salatin.
Seterusnya, Sulalatus Salatin sebagai teks “cermin” kepada
“Cermin” atau Kanon. Karya ini meninggalkan kesan yang cukup besar terhadap
karya-karya sastera sejarah selepasnya termasuklah dalam aspek kepengarangan.
Karya-karya terkenal seperti Hikayat Siak, Sejarah Raja-raja Riau dan lain-lain
turut dipengaruhi dan menjadikan Sulalatus Salatin sebagai rujukan utama.
Tambahan pula, teks Sulalatus Salatin mempunyai elemen “repetition,
representation, copying and imitation”. Secara tidak langsung ia memberi
pengaruh yang kuat untuk mempengaruhi karya sastera sejarah selepasnya. Walau
bagaimanapun, Sejarah Melayu menjadi tarikan pada zaman sastera Melayu
tradisional disebabkan beberapa faktor iaitu identiti pengarang, fungsi sejarah
dan ketiga mungkin kerana menjadi teks “Cermin” yang lain. Walaupun Hikayat
Raja Pasai adalah karya yang paling awal berbanding karya sejarah Melayu, namun
sejarah melayu mendapat tempat yang pertama di hati pengarang terkemudian.
8 comments
Maklumat yang lengkap dan menarik
ReplyDeletemoga bermanfaat :)
Deleteterima kasih dengan ilmu yang dikongsi. amat menarik
ReplyDeleteterima kasih, moga bermanfaat :)
DeleteTerima kasih atas perkongsiannya
ReplyDeletesama-sama moga bermanfaat :)
Deleteilmu yang bermanfaat
ReplyDeleteterima kasih moga bermanfaat :)
Delete