PENGARUH TEKS SASTERA SEJARAH MELAYU KEPADA TEKS SASTERA SEJARAH YANG LAIN

By ayurahman - 2:16:00 AM



PENGARUH TEKS SASTERA SEJARAH MELAYU KEPADA TEKS SASTERA SEJARAH YANG LAIN

Sejarah Melayu dirujuk oleh teks-teks lain dan diangkat sebagai teks Kanon. Sebagai sebuah karya Kanon, Sejarah Melayu sentiasa dilihat sebagai karya “Cermin” kepada “cermin” kepada teks sastera sejarah yang lain. Adalah satu kelaziman di mana karya-karya besar akan meninggalkan pengaruhnya kepada karya-karya lain. Teks Sulalatus Salatin merupakan sebuah teks yang menceritakan tentang kebangkitan, kegemilangan, serta kejatuhan zaman kesultanan Melayu Melaka yang telah ditulis oleh beberapa orang pengarang Melayu. Dalam teks ini terakam segala peristiwa yang boleh dijadikan panduan kepada masyarakat teutamanya masyarakat pada masa kini. Hal ini adalah untuk mengajar mereka untuk mengetahui dengan lebih mendalam lagi berkenaan dengan sejarah Melayu pada zaman dahulu.
Sejarah Melayu sentiasa dirujuk oleh teks lain dan diangkat sebagai teks Kanon. Adalah satu kelaziman bahawa karya-karya besar akan meninggalkan pengaruhnya kepada karya-karya lain.

 Karya berkenaan kebiasaanya akan mempunyai ciri-ciri kesitimewaan tertentu yang dapat menarik perhatian pengarang-pengarang lain untuk mencontohi kaedah penulisannya, gaya bahasanya atau memetik isi kandungannya ditambah pula dengan personaliti pengarang karya yang kebiasaannya terdiri daripada pengarang terkenal.Hikayat Melayu berada di dalam ruang lingkup sfera faedah iaitu sfera yang berada di tengah-tengah kedudukan antara sfera iaitu sfera yang berada di tengah-tengah kedudukan antara sfera indah dan sfera rohani. Dalam konteks kesusasteraan melayu tradisional, karya agung seperti Hikayat Raja-raja Pasai, Sejarah Melayu, Taj al-Salatin dan Tuhfat al-Nafis sering menjelma sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam karya yang terkemudian. Sejarah Melayu dilihat menjadi rujukan utama Hikayat Melayu di dalam memberikan rujukan kepada penulisannya. Dalam konteks perbincangan, Sejarah Melayu dilihat sebagai “Cermin” kepada “cermin” Ia tergolong dalam teks yang berfaedah dan sebuah teks adab. Dalam hal ini, Sejarah Melayu menjadi teks “Cermin” kepada Hikayat Melayu dan beberapa teks sastera sejarah yang lain. Sejarah Melayu telah dikarang oleh Tun Seri Lanang. Pengenalan kepada identiti pengarang ini penting bagi melihat pengaruh penulisan Tun Seri Lanang terhadap pengarang Hikayat Melayu.

Pengaruh Teks Sulalatus Salatin sememangnya besar dalam aspek kepengarangan kerana ianya merupakan sumber rujukan kepada teks-teks sasatera yang lain terutamanya daripada aspek kepengarangan. Kepengarangan ialah pencapaian penulis. Kepengarangan juga adalah bentuk penyajian buku yang dilakukan oleh pengarang. Hal ini dapat dilihat dengan jelas melalui pengaruh Sulalatus Salatin dalam aspek kepengarangan Melayu tradisi terhadap karya-karya sastera lain selepasnya iaitu sebagai “a text to plug into” kepada pengarang teks Tuhfat al-Nafis, Raja Ali Haji. Beliau merupakan seorang penulis sejarah, ulama dan ahli bahasa yang berasal daipada keluarga Yamtuan Muda juga menulis Tuhfat al-Nafis (Hadiah Berharga) telah menceritakan tentang Sejarah Melayu dan selanjutnya juga Melayu-Bugisdari masa didirikannya Singapura oleh Seri Teri  Buana sampai dasawarsa-dasarwasa pertama abad ke-19. Sedikit sebanyak pengarang karya tersebut terpengaruh dengan aspek kepengarangan daripada Sulalatus Salatin.

Seterusnya, Sulalatus Salatin sebagai teks “cermin” kepada “Cermin” atau Kanon. Karya ini meninggalkan kesan yang cukup besar terhadap karya-karya sastera sejarah selepasnya termasuklah dalam aspek kepengarangan. Karya-karya terkenal seperti Hikayat Siak, Sejarah Raja-raja Riau dan lain-lain turut dipengaruhi dan menjadikan Sulalatus Salatin sebagai rujukan utama. Tambahan pula, teks Sulalatus Salatin mempunyai elemen “repetition, representation, copying and imitation”. Secara tidak langsung ia memberi pengaruh yang kuat untuk mempengaruhi karya sastera sejarah selepasnya. Walau bagaimanapun, Sejarah Melayu menjadi tarikan pada zaman sastera Melayu tradisional disebabkan beberapa faktor iaitu identiti pengarang, fungsi sejarah dan ketiga mungkin kerana menjadi teks “Cermin” yang lain. Walaupun Hikayat Raja Pasai adalah karya yang paling awal berbanding karya sejarah Melayu, namun sejarah melayu mendapat tempat yang pertama di hati pengarang terkemudian.
      

  • Share:

You Might Also Like

8 comments