SENARAI VERSI SEJARAH MELAYU YANG LAIN

By ayurahman - 4:38:00 PM



SENARAI VERSI SEJARAH MELAYU YANG LAIN



1. Tuhfat al- nafis
Tuhfat al Nafis merupakan sebuah karya Raja Ali Haji yang menceritakan susur galur sejarah orang Bugis di Melaka, Johor dan juga Riau. Raja Ali Haji menekankan konsep historigrafi tentang perihal orang Bugis dalam penjajahan dan penaklukan yang mengandungi bayak siri peperangan antara Raja Melayu dan Raja Bugis. Buku tersebut adalah hasil daripada catatan Raja Haji Ahmad, iaitu ayahanda kepada Raja Ali Haji, setelah Raja Haji Ahmad wafat maka tugas penulisan disambung oleh Raja Ali Haji.

           Di dalam Tuhfat Al Nafis banyak menyelitkan unsur sejarah yang mencatatkan peristiwa dan pentarikhan yang tepat. Gaya kepengarangan beliau yang lebih objektif kepada mengangkat martabat dan keagungan orang Bugis kepada beliau sendiri berketurunan Bugis. Bahkan setiap bab, Raja Ali Haji memperincikan secara mendalam tentang hubungan kerabat dan peristiwa yang mengangkat orang Bugis sebagai pemerintah Johor yang meluaskan kuasa pemerintahan melalui pengembaraan, pelayaran dan peperangan bersiri.

           Buku ini banyak menerapkan unsur keislaman setelah kedatangan pedagang Arab dari Jeddah atas sebab kekayaan perdagangan di Johor. Pada permulaannya, pengarang mengisahkan tentang keruntuhan empayar di Melaka dan kezaliman raja Melayu yang saling berbunuhan untuk mendapat takhta dan menggunakan cara yang salah untuk berkuasa dalam pemerintahan.

           Berdasarkan pengkajian yang telah kami lakukan, banyak pemikiran yang diutarakan oleh Raja Ali Haji dalam mengangkat orang Bugis. Beliau menggunakan gaya kepengarangan yang berbeza berbanding karyanya yang lain bahkan buku ini dijadikan rujukan utama dalam pengkajian sejarah Johor. Selain itu estetika dalam pengarangan beliau tampak lebih segar dengan elemen Islam yang tinggi selain kebudayaan dan pandangan hidup. Karya ini memaparkan pelbagai ilmu yang bertepatan dengan ciri sesebuah karya yang agung. Jadi, pengkajian ini membawa banyak penemuan yang baru dan menunjukkan kepengarangan Raja Ali Haji adalah subjektif berdasarkan pandangan pembaca.



2. Hikayat Melayu:
Nama asal Sulalatus Salatin ialah Hikayat Melayu. Sulalatus Salatin juga dikenalai sebagai Sejarah Melayu. Naskhah Hikayat Melayu dibawa ke Johor dari Goa. Dipercayai penulisan Hikayat Melayu berakhir pada sebelum tahun 1536 Masihi. Setelah dibawa ke Johor, naskhah ini disusun semula pada tahun 1612 oleh Tun Muhammad, Bendahara Johor seawktu pemerintahan Sultan Ala'ud-Din Riayat Syah III yang memerintahan di Pekan Tua, Batu Sawar, Johor. Nama timang-timangan Tun Muhammad ialah Tun Seri Lanang.

Berdasarkan isi kandungan Sulalatus Salatin,menampakkan pengarangnya sebagai seorang intelek Melayu yang berminat kepada sejarah dan suasana pergolakan politik di Melaka waktu itu. Selain itu pengarang amat berminatt membaca naskhah sastera dan sejarah tertua seperti Hikayat Iskandar Zul- karnain, dan Hikayat Raja-Raja Pasai.Selain itu pengarang Sulalatus Salatin turut berminat membaca berbagai-bagai hikayat daripada kesusasteraan asing yang diterap dari kesusasteraan Hindu. Sebagai contoh pengarang dapat menggarap secara terperinci unsur-unsur sastera Hindu ketika mengisahkan pengembaraan  Raja Suran ke negeri bawah laut dankisah di Bukit Si Guntang Mahamiru. Pengarang juga turut mengaitkan binatang Suci Hindu iaitu lembu putih.

3. Hikayat Merong Mahawangsa.
Hikayat Merong Mahawangsa tergolong dalam genre kesusasteraan sejarah Melayu tradisional dan tertulis dengan mematuhi struktur penulisan pensejarahan tradisional seperti yang dapat dikesan pada penulisan Hikayat Raja Pasai, Hikayat Aceh, Sulalat al - Salatin (Sejarah Melayu), Hikayat Banjar dan pelbagai hasil penulisan sejarah tradisional Melayu yang lain. Hikayat ini mengambil judulnya daripada nama seorang raja yang berasal dari Rom yang dipercayai melahirkan dinasti Mahawangsa menjadi sumber keturunan raja-raja yang membuka negeri yang diberi nama Langkasuka yang kemudiannya lebih dikenali sebagai negeri Kedah Zamin Turan.

Penulisan hikayat ini menggemblengkan ketiga-tiga unsur tempatan, unsur Hindu dan Islam dan ternyata cerita asal usul negeri Kedah ini dikarang selepas negeri itu memeluk agama Islam. Pengarangnya, seorang pujangga istana Kedah, amat setia pada struktur pensejarahan tradisional Melayu kerana memulakan ceritanya dengan mengemukaka asal usul rajanya, peristiwa yang menyebabkan raja itu memulakan pelayarannya, pembukaan negeri, jurai keturunan daripada raja yang pertama kepada yang terakhir (semasa penyalinan terakhir dilaksanakan), kisah pengislaman dan beberapa peristiwa yang ingin disampaikan oleh pengarang berkaitan sejarah negeri Kedah mengikut penilaian dan kacamata masyarakat sezaman.

Walaupun tidak semua hasil penulisan sejarah tradisional ditulis berdasarkan ciri-ciri penulisan sejarah tetapi hanya sebahagian daripada ciri-ciri tersebut, Hikayat Merong Mahawangsa tertulis dengan berpandukan kelima-lima ciri penulisan sejarah yang memaparkan konsep sejarah masyarakat zaman silam.
4. Hikayat Raja Pasai
“Hikayat Raja-Raja Pasai” merupakan karya sastra yang bersifat sejarah yang tertua dari zaman Islam nusantara. Dalam naskah diceritakan peristiwa-peristiwa yang terjadi antara tahun 1250 – 1350 M. Zaman ini adalah masa pemerintahan raja Meurah Siloo yang kemudian masuk agama Islam dan mengganti namanya dengan Mâlik al-Shâlih. Hikayat ini merupakan satu-satunya peninggalan sejarah zaman kerajaan Pasai. Menurut perkiraan Dr. Russel Jones hikayat ini ditulis pada abad ke-14. Hikayat ini mencakup masa dari berdirinya Kesultanan Samudera Pasai sampai penaklukannya oleh kerajaan Majapahit.
Dimulai dengan teks yang berbunyi: ”alkisah peri menyatakan ceritera raja yang pertama masuk agama Islam ini Pasa. Maka ada diceriterakan oleh orang yang empunya ceritera ini, negeri yang di bawah angin ini Pasailah yang membawa iman akan Allah dan akan rasulnya Allah”. Isi “Hikayat Raja-Raja Pasai” ini menceritakan mengenai unsur-unsur legalisasi susunan keluarga yang memerintah, menyatakan asal-usul yang sakral keluarga tersebut, tetapi disamping itu, juga mempunyai fungsi didaktik. Raja yang zalim akan mendapatkan hukuman, negerinya musnah. Disamping halnya dengan Sultan Malik al- Mansur, yang merampas gundik abangnya. Demikian pula halnya dengan Sultan Ahmad yang cemburu terhadap putera-puteranya dan oleh sebab itu membunuh mereka. “Hikayat Raja-Raja Pasai” memiliki persamaan-persamaan yang mencolok dalam pokok pembicaraan serta susunan ayatnya dengan “Sejarah Melayu”.
“Hikayat Raja-Raja Pasai” merupakan salah satu sumber tentang cerita masuknya Islam ke Sumatera. merupakan karya dalam bahasa Melayu yang bercerita tentang kerajaan Islam pertama di Nusantara, Samudera-Pasai, sekarang terletak di Nanggroe Aceh Darussalam.
Menurut Hikayat yang ditulis setelah 1350 ini, disebutkan bahwa. Khalifah di Mekah mendengar tentang adanya Samudra dan memutuskan untuk mengirim sebuah kapal ke sana untuk memenuhi harapan forecasting (peramalan) Nabi Muhammad SAW bahwa suatu hari nanti akan ada sebuah kota besar di timur yang bernama Samudra, yang akan menghasilkan orang suci. Kapten kapal itu, Syekh Ismail, singgah dulu di India untuk menjemput seorang sultan yang telah mengundurkan diri karena ingin menjadi da’i. Penguasa Samudra, Meurah Siloo (atau Siloo). Di Pasai, ia membuat Meurah Siloo, penguasa setempat masuk Islam. Meurah Siloo kemudian mengambil gelar Mâlik al-Shâlih yang Wafat pada 698/1297.
Dalam cerita ”Hikayat Raja-Raja Pasai” Meurah Siloo bermimpi bahwa Nabi menampakkan diri kepadanya, mengalihkan secara gaib pengetahuan tentang Islam kepadanya dengan cara meludah ke dalam mulutnya, dan memberinya gelar Sultan Mâlik al-Shâlih. Setelah terbangun, Sultan yang baru ini mendapati bahwa dia dapat membaca Qur’an walaupun dirinya belum pernah diajar, dan bahwa dia telah dikhitan secara gaib. Dapat dimengerti bahwa para pengikutnya merasa takjub atas kemampuan sultan mengaji dalam bahasa Arab. Kemudian kapal dari Mekah tadi tiba. Ketika Syekh Ismail mendengar pengucapan dua kalimat syahadat Mâlik al-Shâlih, maka dia pun melantiknya menjadi penguasa dengan tanda-tanda kerajaan dan jubah-jubah kenegaraan dari Mekah. Syekh Ismail terus mengajarkan dua kalimat Syahadat. Syekh Ismail kemudian meninggalkan Samudra, sedangkan da’i yang berkebangsaan India tetap tinggal untuk menegakan Islam secara lebih kokoh di Samudra. Sultan Mâlik al-Shâlih meninggal pada tahun 1297 M. Dibawah pemerintahan Sultan Muhammad Mâlik al-Zhâhir (1297 – 1326), kerajaan Samudra Pasai mengeluarkan mata uang emas yang beridentitas ketuhanan. Mata uang tersebut, sampai saat ini, dianggap sebagai mata uang emas tertua yang pernah di keluarkan oleh sebuah kerajaan Islam di Asia Tenggara.
Bahagian awal cerita mengemukakan kisah-kisah raja dan pembukaan negeri berdasarkan mitos dan lagenda atau cerita-cerita khayalan yang dipercayai masyarakatnya, sama ada bersifat tempatan, bersifat Hindu ataupun cerita-cerita yang berasal dari pengaruh Islam. Dalam bahagian inilah hikayat ini menyatakan yang menjadi nenek moyang raja-raja Kedah ialah Raja Merong Mahawangsa, seorang raja yang bukan sahaja mempunyai ikatan kekeluargaan dengan Raja Rom tetapi juga menjadi pembesar kepercayaannya. Dalam pelayaran menuju ke Negeri China, angkatan yang mengiringi Putera Raja Rom diserang dan dimusnahkan oleh geroda yang telah bersumpah di hadapan Nabi Allah Sulaiman bahawa ia akan menghalang Raja Rom daripada memperlihatkan kebesarannya dengan berbesan dengan Raja China. Sementara Putera Raja Rom dipertemukan dengan puteri China di Pulau Langkapuri melalui usaha geroda sendiri, Raja Merong Mahawangsa diterima sebagai Raja Langkasuka. Baginda hanya meninggalkan negeri itu kepada puteranya, Raja Merong Mahapudisat, setelah puteranya dewasa dan layak memerintah negeri. Raja Merong Mahadipusat memenuhi pesanan ayahandanya dengan mengarahkan putera sulungnya membuka negeri Siam; putera kedua membuka negeri Perak; anakandanya yang ketiga, seorang puteri membuka negeri Patani sementara putera yang bongsu tinggal bersamanya di Kedah dan menggantikan ayahandanya bila baginda mangkat dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa.

  
5. Hikayat Hang Tuah
Hikayat Hang Tuah" merupakan sebuah cerita hikayat Melayu yang menggambarkan dengan terperinci keadaan semasa sewaktu tersebut. Hikayat Hang Tuah telah disifatkan oleh pengkaji sebagai menggambarkan tiga zaman yang ditempuhi oleh bangsa Melayu iaitu zaman permulaan, zaman kegemilangan, dan zaman kejatuhannya.

Terdapat pertelingkahan mengenai sama ada Hang Tuah benar-benar wujud, ataupun hanya dongengan semata-mata. Ini disebabkan tempoh yang dirangkumi dalam Hikayat Hang Tuah agak lama. Selain itu terdapat pertelingkahan dalam beberapa kitab lain mengenai jalan cerita hikayat Hang Tuah.
Masalah ini bukannya satu masalah yang besar dan merupakan satu perkara biasa bagi tokoh silam, sama seperti permasalahan tokoh Raja Arthur atau, tokoh Robin Hood dalam legenda Inggeris.
Terdapat perbezaan cerita berkenaan sejarah Hang Tuah di antara "Hikayat Hang Tuah" dan Sulalatus Salatin. Penceritaan Hang Tuah yang digambarkan oleh Tun Seri Lanang di dalam "Sulalatus Salatin" dilihat lebih realistik tanpa ada unsur-unsur mistik. Di dalam "Sulalatus Salatin" dicatatkan nama Sebenar Hang Tuah adalah Daeng Mempawah. Beliau adalah anak Raja Bajung (sebutan sebenar di Sulawesi adalah Bajeng). Hang Tuah berasal dari daerah Gowa, Mengkasar Sulawesi.

Hang Tuah dikurniakan oleh Raja Gowa kepada rombongan diplomatik dari Melaka yang terdiri daripada Seri Bija Pikrama dan Tun Sura Diraja, iaitu sebagai hadiah kepada Sultan Mansur Shah, Sultan kerajaan Melaka pada waktu itu. Ketika dikurniakan oleh Raja Gowa kepada rombongan Melaka, umur Hang Tuah pada waktu itu baru berusia 12 tahun. Walaupun baru berusia 12 tahun, Hang Tuah pernah membunuh dua orang yang mengamuk di negerinya.

  • Share:

You Might Also Like

12 comments

  1. Ada perbezaan tak dalam tiga hikayat tu ?

    ReplyDelete
  2. Ada perbezaan tak dalam tiga hikayat tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ade.. Perbezaannya dapat dilihat melalui jalan ceritanya.. Silalah baca.. Pasti menarik..

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Sangat tersusun jalan ceritanya ..terbaik

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas perkongsiannya

    ReplyDelete