UNSUR-UNSUR TERTENTU ( HUMOR, LEGENDA & MITOS)
By ayurahman - 4:25:00 PM
UNSUR-UNSUR TERTENTU ( HUMOR, LEGENDA &
MITOS)
i. Humor
i. Humor
Humor ini menceritakan
suatu kejadian yang lucu dengan harapan dapat membuat pembacanya tertawa.
Kelucuan sebuah humor dapat disebabkan oleh beberapa hal, misalnya kelakuan para pelaku,
kejadian yang umum, kritik terhadap keadaan, kebodohan, kesalahpengertian dan
hal-hal lain. Humor yang terdapat dalam Sulalatus Slatin adalah melalui kisah
Mia Ruzul. Mia Ruzul adalah seorang keling yang turut serta dalam angkatan
perang Melaka. Dia telah ke darat untuk buang air besar. Terpandangkan seekor
kambing disangkanya orang tua Haru yang mengintainya. Bila disergah kambing itu
melawan, akibatnya Mia Ruzul lari lintang pukang. Bila disiasat ternyata
hanyalah seekor kambing. Semua orang ketawa dan marahkan Miz Ruzul. Peperangan
berlaku lagi antara orang Melaka dengan orang Haru di Pengkalan Dungun. Orang
Haru telah minta diadakan perdamaian dan diterima oleh Paduka Tuan. Tidak lama
selepas kembali ke Melaka, Seri Bija Diraja telah meninggal dunia dan dia
digantikan oleh anaknya Tun Kerunta. Juga bergelar Seri Bija Diraja. Seorang
lagi anaknya bergelar Tun Bija Diraja.
ii. Legenda
Legenda
ditakrifkan sebagai kisah yang bercorak luar biasa tentang tokoh dalam sejarah
sama ada watak itu benar-benar wujud ataupun tokoh khayalan. Legenda yang
terdapat dalam Sulalatus Salatin ini ialah melalui kisah Hang Tuah. Raja
di Goa telah berjaya mendapatkan anak Raja Bajung yang bernama Daeng Mempawah
untuk dihadiahkan kepada Sultan Mansur Syah. Budak ini berumur 12 tahun dan
diberikan nama Hang Tuah oleh sultan. Dia seorang yang berani dan telah berjaya
membunuh 2 orang yang mengamuk. Di Melaka pada masa itu terdapat 9 orang
“Perhangan” iaitu Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang Lekiu, Hang Ali,
Hang Iskandar, Hang Hassan dan Hang Hussin.
iii. Mitos
Mitos
merupakan cerita rakyat yang mengisahkan tentang manusia dan peristiwa luar
biasa yang tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Sebagai contoh mitos dalam
Sulalatus Salatin ini ialah melalui kisah Temasik dijumpai. Sesampai di Teluk Belanga, angkatan baginda dilanda
oleh ribut. Semua harta telah dibuang ke laut. Untuk meredakan ribut Seri Teri
Buana telah meletakkan mahkota baginda ke permukaan air laut. Lalu ributpun
teduh. Di atas bukit di pulau Temasik Seri Teri Buana telah terpandangkan
seekur singa. Bagaimanapun singa itu ghaib apabila terpandangkan orang ramai.
Seri Teri Buana mengubah nama pulau itu dari Temasik ke Singapura dan mahu
kerajaannya dibuka di situ. Wan Seri Beni menabalkan Seri Teri Buana di situ.
Pemerintahan Bintan di serahkan kepada anak Menteri Bupala yang bergelar Tun
Telanai.
10 comments
Memberikan maklumat tambahan.
ReplyDeleteTerima kasih..
DeleteApa yang dimaksudkan dengan perkataan 'keling' ?
ReplyDeleteDalam genre sastera,keling merupakan mereka yang berasal dpd benua keling,kampunh keling dan sebagainya..
DeleteOkay terima kasih atas penjelasan . Semoga terus memartabatkan bahasa melayu
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTerbaik
ReplyDeleteTERIMA KASIH
Deletepenerangan yang mudah difahami untuj dijadikan bahan bacaan
ReplyDeleteterima kasih moga bermanfaat :)
Delete