UNSUR- UNSUR PENGETAHUAN LAIN BERKAITAN SEJARAH MELAYU SULALATUS SALATIN

By ayurahman - 4:34:00 PM


Unsur-unsur pengetahuan lain berkaitan sejarah melayu sulalatus salatin


1. Unsur agama
Penceritaan mengenai kemasukan Islam ke Pasai dan Melaka telah dimetoskan Di Pasai, Merah Silu diislamkan oleh Fakir Muhammad. Pada malamnya bermimpi berpandangan dengan Rasulullah. Rasulullah meminta baginda menganga mulut. Diludahinya, pada keesokannya badannya berbau narawastu Baginda dapat membaca al-Quran tanpa diajar, kemudian menukar namanya kepada Sultan Malikul Salleh. Di Melaka, Raja Kecil Besar bermimpi berpandangan dengan keelokkan Rasulullah. Rasulullah meminta baginda mengucap dua kalimah syahadat dan meminta Raja Kecil Besar menukar namanya kepada Raja Muhammad. Keesokan harinya didapati badannya berbau narawastu dan kalam sudah dikhatankan. Baginda dapat membaca al-Quran.Mimpi baginda menjadi kenyataan dimana pada waktu asar kapal Syed Abdul Aziz turun ke pantai Melaka dan beliau bersembahyang di situ. Tujuan dimetoskan kedatangan Islam iniadalah bertujuan mengagungkan Islam. Ia memberi gambaran bahawa Islam benarbenar berkembang di Melaka, bermula di istana Melaka dan terus berkembang di kalangan rakyat jelata. Raja Melaka pertama beragama Islam ialah Sultan Muhammad Syah.Gelaran Sultan digunakan setelah Melaka memeluk Islam.
·         PENYEBUTAN DAN PENONJOLAN TOKOH-TOKOH ISLAM
 Tokoh Iskandar Zulkarnain adalah pahlawan Islam yang terkenal gagah berani dalam menaikkan martabat Islam di dunia. Tokoh ini dikaitkan dengan asal usul keturunan raja Melaka bertujuan untuk menunjukkan keagungan raja. Tokoh-tokoh lain yang disebut seperti tokoh pahlawan Islam yang terkenal Amir Hamzah Tokoh-tokoh pendakwah Islam,ulama-ulama Islam dari Asia Barat datang ke Melaka bertujuan mengembangkan agama Islam dan mengajar ilmu Islam berpusat di istana Melaka.Tokoh-tokoh tersebut seperti : Syed Abdul Aziz Maulana Abu Bakar Kadi Yusuf Maulana Sadar Jahan Tokoh-tokoh ini diberi penghormatan dan pengiktirafan tinggi di istana Melaka. Mereka sangat berpengaruh terutama dalam soal-soal berkaitan dengan hal-ehwal keagamaan.
·         ADAT ISTIADAT DAN PERUNDANGAN
 Unsur-unsur Islam terdapat dalam adat istiadat dan perundangan yang diamalkan kerajaan Melaka. Ia meliputi : Upacara akad nikah kahwin Perayaan-perayaan hari kebesaran Islam seperti menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Korban Adat-adat seperti berkhatan. Amalan wasiat menjadi suatu amalan kepada raja-raja Melaka yang mangkat meninggalkan wasiat kepada pembesar negeri dan putera mahkota. Misalnya, wasiat kepada Raja Ahmad. Juga wasiat Sultan Alauddin Riayat Syah kepada Sultan Mahmud. Melalui wasiat ini ia terselit serta kaya dengan unsur-unsur pengajaran dan nasihat yang bersumberkan al-Quran dan hadis.
·         KARYA-KARYA KESUSASTERAAN ISLAM
Istana Melaka meyimpan karya-karya sastera Islam seperti pahlawan Islam yang terkenal iaitu Hikayat Muhammad Hanafiah dan Hikayat Amir Hamzah Hikayat-hikayat ini dibaca oleh panglimapanglima Melaka untuk menaikkan semangat keperwiraan menentang musuh/Peringgi. Penceritaan diselit dengan puisi Arab iaitu syair. Penggunaan puisi atau bidlan Arab ini dalam menjelaskan sesuatu gambaran berkesan memberi nilai estetika pada teks tersebut. Contohnya menggambarkan keadaan Sultan Mahmud Syah ketika melihat kecantikan Tun Fatimah.
·         PENDIDIKAN DAN PERKEMBANGAN ILMU KEISLAMAN
Istana digambarkan sebagai pusat pengajian ilmu-ilmu Islam. Contohnya : Pasai sebagai pusat bermuzakarah mengenai ilmu fiqah menikut mazhab Shafie Istana merupakan pusat pengajaran Islam di mana sultan dan pembesar turut belajar dan menuntut ilmu. Ulama-ulama,guru-guru agama dan pendakwh berkumpl di istana. Contohnya Maulana Sadar Jahan dari Jeddah mengajar di Melaka. Maulana Yusof mengajar tasawuf. Kitab-kitab agama seperti Kitab Darul Mazlum dibawa ke Melaka oleh Maulana Abu Bakar dan diajar di istana Melaka. Sultan Mansur Syah turut belajar kitab itu. Utusan Melaka ke Pasai menyelesaikan masalahmasalah berkait ilmu Islam kerana di Pasai ramai ulama-ulamaberkumpulbermuzakarah tentang ilmu-ilmu keislaman.
·         TEKNIK PENULISAN SULALATUS SALATIN
Mukadimmah dimulai dengan Bismillahirrahmanir-rahim. Dalam mukadimah juga disertakan ayat-ayat alQuran dan diikuti pula dengan terjemahan dalam Bahasa Melayu. Bagi menjelaskan sesuatu atau sebagai perbandingan,pengarang memasukkan syair dan bidalan Arab dengan disertakan terjemahannya sekali. Struktur penulisan menggunakan gaya khutbah. Ini jelas ketika memberi nasihat yang meleretleret dalam wasiat. Penggunaan kalimat-kalimat Arab-Parsi digunakan dalam ayat antaranya Syahbandar, alam, bahara, sahibul hikayat dan lain-lain.
 2. Unsur Sejarah:
Sastera sejarah merupakan satu cabang daripada kesusasteraan Melayu lama yang membicarakan tentang sejarah berbagai-bagai tempat dan kerajaan di Alam Melayu. Bentuk sastera sejarah terbahagi kepada dua iaitu bentuk sastera sejarah yang bercorak prosa dan puisi (Dr. Ismail Hamid, 1988:196). Karya yang berbentuk prosa itu merupakan riwayat sejarah sebuah kerajaan atau negeri yang memakan masa sehingga beberapa abad, sementara sastera sejarah yang berbentuk puisi pula hanya mengisahkan peristiwa bersejarah yang berlaku dalam waktu-waktu tertentu sahaja. Walau bagaimanapun, Sejarah Melayu turut menggarapkan sedikit unsur puisi didalamnya yang berbentuk pantun.
·         SALASILAH RAJA-RAJA MELAYU
Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin turut dikenali sebagai peraturan segala raja-raja. Karya ini turut menceritakan tentang salasilah Raja-Raja Melayu Melaka. Menurut seorang sarjana Inggeris Roolvink, Sejarah Melayu ini asalnya dari Sulalatul Salatin yang bermakna salasilah raja-raja. Berdasarkan kenyataan ini, Sulalatul Salatin itu dahulunya merupakan daftar keturunan raja-raja yang lengkap dengan tarikh lahir, ditabalkan dan mangkatnya (Muhd Mansur Abdullah, 1988:198).
 Sultan Muzaffar Syah yang telah memerintah lebih kurang tiga belas tahun. Baginda mangkat pada tahun 1459M dan telah digantikan oleh putera sulung baginda yang bernama Raja Ibrahim. Antara sebab pengarang mengaitkan keturunan raja-raja Melayu Melaka dengan Raja Iskandar Zulkarnain kerana beliau merupakan tokoh lagenda dan sejarah serta dikaitkan dengan agama Islam. Walau bagaimanapun, keturunan raja-raja Melayu Melaka adalah satu fakta sejarah walaupun disaluti dengan unsur-unsur mitos.
·         NAMA-NAMA TEMPAT
Unsur-unsur sejarah nama tempat turut terdapat di dalam karya Sejarah Melayu. Nama tempat yang dikarangkan oleh Tun Seri Lanang nyata wujud sehingga ke hari ini. Negeri-negeri yang menjadi tumpuan perbincangan Tun Seri Lanang itu sejajar dengan kedudukan raja-raja berasal dari pahlawan dan yang berdaulat. Sejarah Melayu menceritakan tentang pembukaan tempat atau negeri seperti Melaka, Pasai dan Singapura.
Di dalam cerita berhubung pembukaan negeri Pasai, nama samudera dikisahkan lahirnya daripada kewujudan semut yang amat besar. Yusoff Iskandar mengatakan peristiwa pemberian nama Pasai dari nama seekor anjing, Si Pasai dan terjumpanya seekor semut besar (samudera) di mana tempat tersebut di panggil Samudera kemudiannya.
Di dalam Sejarah Melayu juga, Temasik telah digantikan namanya menjadi Singapura berdasarkan kepada nama binatang singa yang amat gagah tubuhnya yang dilihat oleh Sanh Nila Utama. Namun, menurut Hsu Tun Tsio tentang asal usul Singapura dinamakan, adalah kerana terlihatnya seekor yang maha tangkas lakunya, merah warna tubuhnya, hitam kepalanya, dan putih dadanya, dan sikapnya terlalu pantas dan perkasa, besar sedikit daripada kambing randok, kononnya ia adalah binatang singa, maka dinamakanlah tempat itu sebagai Kota Singa.
Akan tetapi, bukan sahaja di Singapura, tetapi di seluruh alam Tanah Melayu, tidak pernah terdapat binatang singa (Zahrah Ibrahim, 1986:52). Katanya lagi, kebanyakkan tempat-tempat yang menggunakan binatang singa sebagai namanya ialah kebanyakan yang terdiri daripada pulau-pulau. Manakala, Melaka pula mengambil nama sempena kejadian pelanduk menedang anjing buruan dan secara kebetulan pohon tempat Raja Iskandar berteduh itu bernama Melaka.
‘Titah baginda “Baik tempat ini diperbuat negeri, anjing alah pada pelanduk; jikalau orangnya betapa lagi?” maka sembah segala Orang Besar-Besar, “benarlah seperti titah Duli Tuanku itu.” Maka disuruh baginda tebas, diperbuat negeri. Maka titah Baginda “apa nama kayu itu?” Makasembah orang, “kayu Melaka namanya, Tuanku,” Maka titah Raja Iskandar Syah,”jika demikian,“Melakalah nama negeri ini?’
(Sulalatus Salatin/ Sejarah Melayu, 1996: hlm. 71)

Dalam Hikayat Merong Mahawangsa juga menceritakan tentang riwayat asal nama negeri Perak dan Petani. Walaupun riwayat pembukaan negeri mempunyai unsur-unsur mitos, tetapi kewujudan negeri ini adalah realiti dan wujud hingga hari ini.
·         TOKOH BERSEJARAH
Sejarah Melayu mempunyai watak-watak yang merupakan tokoh sejarah. Hal ini dapat dibuktikan dengan melihat pada asal usul keturunan raja-raja Melaka. Pada dasarnya, menurut beberapa orang sarjana sejarah dan sastera, unsur-unsur lagenda yang digunakan berhubungan dengan asa usul keturunan raja-raja Melaka ini dibina dari fakta sejarah yang sebenarnya. Menurut Yusoff Iskandar dalam buku yang diselenggarakan oleh Zahrah Ibrahim, Raja Iskandar Zulkarnain adalah watak dan tokoh bersejarah sebenar Iskandar Agung (Alexendar The Great) dari negeri Mekadonia (Babylon).
Baginda dikatakan pernah menakluk seluruh Asia Tengah dan Timur Tengah hingga ke Utara India. Raja Suran sebenarnya adalah tokoh bersejarah Raja Rajendra Chola iaitu seorang raja dari Selatan India yang dibuktikan oleh sebuah batu bersurat di Tanjore, India yang pernah menakluk beberapa daerah persisir pantai Semenanju8ng Tanah Melayu hingga ke Selatan ke arah Genggayu yang sekarannya dipercayai sebagai Hulu Sungai Johor sekarang, lalu mengalahkan Empayar Srivijaya di sekitar abad ke-11 dan 12 Masihi.
Kedua-dua tokoh politik dan penakluk agung dalam sejarah awal rantau ini dijadikan satu bentuk cerita tokoh legenda pada bahagian pendahuluan Sejarah Melayu, tujuannya untuk mengatakan bahawa raja-raja Melayu merupakan nasab keturunan dari Iskandar Zulkarnain, tokoh legenda Islam dan Raja Chola, sebagai tokoh legenda Hindu. Perkara-perkara seperti ini sengaja dimasukkan sebagai alat dan cereka untuk memperkenalkan raja-raja Melaka dan dari mana asa- usul mereka.
·         SEJARAH ADAT ISTIADAT DAN KEBUDAYAAN
Kebudayaan masyarakat Melayu turut digambarkan oleh pengarang Sejarah Melayu sebagai pengetahuan kita. Gambaran tentang adat istiadat istana dan masyarakat Melayu purba di Melaka seperti pantang larang di istana, adat memakai pakaian kuning, adat menyambut bulan Ramadhan dan lain-lain. Terdapat beberapa adat antaranya adalah adat yang sebenar-benar adat iaitu adat yang betul-betul berteraskan islam itu sendiri, tetapi sebelum kedatangan islam banyak dipengaruhi oleh hindu dan budha, namun apabila islam telah timbul, maka apa yang bertentangan dengan islam diketepikan.
Yang kedua adalah adat yang diiadatkan iaitu adat yang berteraskan adat yang sebenar-benar adat. Yang ketiga adalah adat yang teradat iaitu adat yang dicipta oleh pemimpin itu sendiri iaitu raja. Seterusnya, adat istiadat iaitu peraturan-peraturan yang biasa dilakukan setiap hari, setiap ketika yang ada dalam istana dan luar istana. Akhir sekali ialah adat resam iaitu adat yang diamalkan oleh masyarakat tersebut.
3. Unsur Kemasyarakatan:
Menerusi Sejarah Melayu, kebudayaan masyarakat Melayu turut diselitkan oleh pengarangnya untuk tatapan khalayak pembaca. Gambaran tentang adat istiadat istana dan masyarakat Melayu purba di Melaka seperti pantang larang di istana, adat memakai pakaian kuning, adat menyambut bulan Ramadhan dan pelbagai lagi.
“Syahadan bagindalah yang pertama-tama meletakkan “kekuningan larangan”; tidak dapat dipakai orang keluaran, dan diambil akan sapu tangan; dan tiada dapat dibuat tepi tabir dan ulasan bantal besar dan tilam... Dan larangan berbuat rumah bermanjungan bertiang gantung, tiada terletak ke tanah; dan bertiang terus dari atap, dan peranginan; dan jikalau perahu, bertingkat berpenghadapan, dan tidak dapat orang memakai penduk dan teterapan keris, sebesar-besar orang keluaran tiada dapat bergelang kaki emas, dan jikalau berkeroncong emas berkepala perak tiada boleh.”
                                               (Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, hal. 74)
                                                                                                                                                        Di samping itu, pengarang Sejarah Melayu juga turut mempersembahkan kepada pembaca perihal istiadat perkahwinan Diraja Johor-Pahang.
“Setelah genaplah empat puluh hari empat puluh malam berjaga-jaga itu, kepada keesokan harinya, maka Raja Omar dan Raja Fatimah pun dihiasi oranglah dengan pakaian kerajaan yang bertatahkan ratna mutu intan baiduri. Setelah itu maka Raja Omar pun dinaikkan orang ke atas gajah, Tun Nara Wangsa di kepala, dan Tun Mat Ali, anak Laksamana Hang Nadim di buntut, maka diaraklah dengan selengkap alat kerajaan dan dengan segala bunyi-bunyian, gendang, serunai, nafiri...”
                                             (Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, hal. 300)
Selain itu, pengarang turut menggambarkan hubungan individu sesama masyarakat dalam penulisannya. Sebagai contoh, sikap hormat menghormati. Umpamanya, seorang rakyat tetap mematuhi perintah ketua atau pembesar. Contohnya apabila mengetahui yang Bendahara Tun Mutahir akan dibunuh oleh Sultan Mahmud Syah, pengikut-pengikut beliau cuba menentang pembunuhan ini. Walau bagaimanapun, penentangan tersebut dihalang oleh Tun Mutahir kerana tindakan tersebut dianggap menderhaka. Akhirnya, pengikut-pengikut beliau tidak jadi menentang.
Sultan Melaka pada waktu itu juga sangat menghormati golongan ulama. Hal ini dapat dilihat semasa Sultan Mahmud Syah ingin berguru dengan Maulana Yusoff. Ulama tersebut tidak membenarkan Sultan Mahmud Syah datang menemuinya dengan menunggang gajah. Dengan perasaan hormat, baginda akur dengan permintaan gurunya.
Pandangan dan falsafah hidup bangsa Melayu banyak sekali diungkapkan oleh masyarakat ketika itu. Hal ini demikian kerana, masyarakat Melayu begitu kaya dengan keindahan bahasa yang diperturunkan dalam bentuk puisi. Bentuk puisi yang dikarang adalah seperti pantun, syair dan seloka serta nyanyian. Puisi-puisi yang terdapat di dalam Sejarah Melayu mempunyai unsur-unsur tersirat yang bertujuan memuji atau sebaliknya menyindir. Misalnya, kota sepenampang di Pahang yang terbakar belum dibersihkan sisa kebakarannya. Lalu, diciptakan nyanyian oleh penduduk setempat.
4. Unsur Kemanusiaan:
Kemanusiaan  bermaksud hal-hal mengenai manusia atau sifat-sifat manusia. Sifat-sifat manusia itu meliputi hal-hal yang baik dan murni iaitu sifat yang dituntut sebagai suatu yang seharusnya dimiliki oleh seorang yang bernama manusia kerana kelebihan kejadian sifat manusia yang dianugerah akal dan budi disamping nafsu. Kemanusiaan juga dilihat dari sudut sifat-sifat yang berlawanan atau bertentangan atau sesuatu yang jahat dan buruk. Dalam konteks perbincangan ini, unsur kemanusiaan akan dilihat dari kedua-dua sudut di atas.
·         Sejarah Melayu menyebut dengan jelas tentang beberapa orang raja dan pembesar Melaka yang mentadbir Melaka dengan penuh sifat-sifat adil dan bijaksana.
Mereka mengu­tamakan tanggungjawab dan amanah sebagai ketua negara bagi menjamin kehidupan rakyat dalam aman dan damai.
Antara Sultan Melaka yang memiliki sifat adil dan saksama ialah;
i. Sultan Mansur Syah. Sejarah Melayu menyebut ten tang sifat baginda sebagai; "terlalu baik parasnya, serta dengan adilnya lagi murah; seorang pun raja-raja di dalam alam ini tiada sepertinya pads zaman itu."

ii. Sultan Alauddin Riayat Syah juga terkenal sebagai seorang Sultan yang adil dan bertanggungjawab. Ba­ginda sanggup menyamar sebagai rakyat biases bagi mengetahui sendiri tentang kawalan keselamatan yang dilakukan oleh pembesar-pembesar negeri dengan tuju­an mengatasi masalah kecurian di Melaka.

iii. Raja Kecil Besar juga seorang pemerintah yang digam­barkan sebagai "Terlalu adil baginda pada memelihara segala rakyat lagi dengan murahnya". (SM, hal. 83)
"Sultan Muhammad itu selama di atas kerajaan ter­lalu sekali adil baginda memeliharakan segala manusia."

2. Sifat dan kelakuan Berbudi Bahasa juga merupakan salah satu sifat yang amat mulia.
Bendahara Paduka Tun Perak terkenal sebagai seorang yang berbudi bahasa tinggi. Walau pun ia mengetahui Hang Tuah memburuk-burukkan peri­badinya kerana enggan menolong Sultan Zainul Abidin di Pasai bagi kali keduanya (kerana Sultan Pasai itu enggan mengirim "sembah" pada Raja Melaka) tetapi apabila di­tanya oleh Raja Melaka, Bendahara tetap memuji-muji kebaikan peribadi Hang Tuah sewaktu berada di Pasai. Hang Tuah berasa amat malu dengan kemuliaan budi Ben­dahara Paduka Raja. Selepas peristiwa itu Hang Tuah da­tang memohon maaf dan sujud di kaki Bendahara. Sekali lagi Bendahara memaafkan Hang Tuah;

"Maka Laksamana pun datang, lalu meniarap pada kaki Bendahara. Sembah Laksamana kepada Bendahara, "Sungguhlah Tuanku sedia asal orang besar-besar penghulu kepada saya sekalian." .

3. Berjasa dan Berbakti : Dalam konteks pemerintahan feudal raja memilik kuasa mutlak. Rakyat dan pembesar akan memberi tumpuan dan menumpahkan sepenuh taat setia serta berbakti kepada raja.
Sebagai pembalasan dan rasa penghargaan di atas jasa bakti yang di curahkan, Sultan akan memberi anugerah atau kurnia sama ada dalam bentuk persalinan, barang-barang berharga seperti emas, permata atau kurniaan pangkat kebesaran dan gelaran-gelaran tertentu.

3.1. Jasa bakti Tun Perak sewaktu angkatan Siam me­nyerang Melaka. Tun Perak memegang jawatan sebagai penghulu orang-orang Kelang. Kejayaan Tun Perak me­nyekat kemaraan Siam serta serangan Siam hingga menye­lamatkan Melaka tanpa pertumpahan darah telah men­dapat pengiktirafan yang tinggi daripada Sultan Muzaffir Syah. Tun Perak di lantik sebagai Perdana Menteri dengan gelaran Paduka Raja. Jika mengikut adat dan peraturan Melaka, Tun Peraklah yang sepatutnya menduduki jawatan sebagai Bendahara Melaka setelah ayahandanya Bendahara Seri Wak Raja mati (minun racun) tetapi oleh kerana Seri Nara Diraja sangat berpengaruh (jasanya menaikkan Sultan Muzaffir Syah di atas takhta) maka jawatan Bendahara dipegang oleh Seri Nara Diraja Tun Ali.
Tun Perak seolah-olah membawa diri ke Kelang dan di­lantik sebagai Penghulu Kelang. Sebagai seorang anak pembesar, darah pembesar tetap mengalir dalam diri Tun Perak. Kewibawaan beliau sebagai tokoh pemimpin yang berkelibar tetap terserlah. Beliau tidak pernah "merajuk" dalam melaksanakan tugas dan berbakti kepada Melaka walaupun ia tersingkir daripada jawatan yang menjadi "haknya". Ini jelas apabila raja mengerahkan seluruh pahla­wan daripada segenap pelusuk negeri berkumpul di Melaka bagi menghadapi serangan Siam.

3.2. Jasa bakti Hang Tuah setelah berjaya membunuh Hang Jebat. Hang Tuah adalah seorang panglima yang sangat bedasa. Jasa bakti yang pernah dicurahkan kepada rajanya tidak pernah mengenal erti keperitan. Sungguh­pun beliau telah diperlakukan secara tidak adil oleh Sultan Mansur, namun sebagai hamba Melayu yang taat dan ber­pegang teguh pada konsep "pantang Melayu menderhaka pads rajanya", Hang Tuah tetap berusaha dan melaksana­kan segala titah raja. Dia sanggup membunuh sahabat karib yang telah dianggap sebagai saudara sendiri demi berbakti pads rajanya, sungguhpun Hang Jebat menderhaka ke­rana membela kematiannya. Jasa bakti Hang Tuah me­ngembalikan maruah Sultan Mansur Syah telah mendapat penghargaan daripada Sultan. Sejarah Melayu mencatat­kan;

"Maka terlalu sukacita baginda. Maka segala pakaian yang dipakai baginda itu semuanya dianugerahkan kepada Hang Tuah .... telah itu Hang Tuah dilekatkanlah gelar "Laksa­mana" itu diarak keliling negeri, seperti adat anak raja-raja, didudukkan tara Seri Nara Diraja. (Penghulu Bendahari)
3.3. Jasa bakti Tun Telanai dan Menteri Jana Putra serta utusan Melaka yang pergi ke Siam kerana berhasil menja­linkan hubungan baik antara Melaka dan Siam mendapat penghargaan Sultan;
"Maka baginda pun terlalu sukacita, serta memberi persali­nan Tun Telanai dan Menteri Jana Putra, dan akan segala utusan Siam itu."
4. Sifat bertimbangrasa atau diplomasi
Sifat ini jugs sa­ngat jelas dalam beberapa tindakan yang dibuat terutama­nya oleh pihak pemerintah yang menentukan sesuatu dasar atau tindakan. Dengan wujudnya sifat kemanusiaan yang murnii ini, beberapa perkara buruk yang melibatkan kemusnahan dapat dihindari.

4.1. Raja Iskandar Zulkamain sewaktu menyerang Neged Kida Hindi telah bedaya menawan negeri tersebut. Raja Kida Hindi telah dilslamkan, begitu juga dengan segala pembesar dan rakyatnya. Puteri Raja Kida Hindi telah di Islamkan dan dijadikan isterinya. Tindakan Raja Iskandar jelas mengandungi nilai-nilai kemanusiaan yang sangat mulia kerana pada kebiasaannya dalam peperangan, negeri yang kalah bermakna rajanya terpaksa turun takhta. Tetapi kerana kemanusiaan, Raja Iskandar terus "membenarkan" Raja Kida Hindi memerintah dan membimbing baginda kepada agama yang diredhai.

4.2. Keputusan yang dibuat oleh Sultan Muzaffir Syah menceraikan isteri kesayangannya Tun Kudu adalah suatu tindakan yang amat diplomasi bagi menyelesaikan per­sengketaan dua orang pembesar yang berpengaruh di Mela­ka waktu itu. Sifat timbangrasa Sultan yang sekaligus me­ngorbankan kepentingan diri demi untuk keutuhan keraja­an dibawah pemerintahannya itu telah membawa suatu kejayaan yang amat besar dalam survival politik Melaka seterusnya. Kerana hasil daripada sifat bagindalah telah mententeramkan pergolakan dalaman yang seterusnya memberi kekuatan dan kesatuan di kalangan pembesar dan pengikut daripada kedua belah pihak (pihak Tun Perak dan pihak Seri Nara Diraja). Malah dengan keputusan yang penuh di­plomasi itu juga telah memberi "laluan" kepada seorang tokoh pembesar yang sangat berkelibar iaitu Tun Perak un­tuk menduduki tempat Bendahara. Dan ini jelas terbukti daripada peranan yang disumbangkan oleh Bendahara Pa­duka Raja Tun Perak sewaktu memegang jawatan tersebut.

4.3. Sultan Alauddin Riayat Syah adalah terkenal dengan sifat-sifat adil dalam membuat keputusan yang wajar demi untuk menjaga keamanan Melaka. Dengan tindakan ba­ginda, telah memberi keselesaan kepada kehidupan rakyat. Tindakannya telah memberi kesedaran kepada pembesar‑pembesar negeri yang bertanggungjawab dalam soal-soal keselamatan untuk bekerja dengan lebih bersungguh­sungguh bagi mengembalikan keamanan dan menjamin keadaan aman berpanjangan dengan menguatkuasakan undang-undang dan hukuman. Tindakan yang tegas dan peraturan yang sistematik telah dilaksanakan pada masa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah bagi menja­min raja-raja di negeri jajahan Melaka tidak mengguna­kan kuasa secara berleluasa serta bagi memastikan raja-raja itu melaksanakan pemerintahan dengan penuh keadilan dan saksama.

4.4. Sultan Mahmud Syah walaupun terkenal sebagai seorang raja yang kejam dan tidak berperikemanusiaan, namun dalam usianya meningkat tua, dengan pengalaman yang se­makin bertambah luas, baginda boleh membuat pertimban­gan yang lebih wajar. Di waktu usianya semakin bertambah, baginda telah insaf dan timbul kesedaran bahawa sesuatu tindakan atau keputusan yang akan dibuat seharusnya mendapat persetujuan hasil daripada muafakat dan perbin­cangan dengan pembesar-pembesar yang lebih tua, lebih berpengalaman. Sebab itulah apabila mengetahui bahawa anakandanya Raja Ahmad mengenepikan menteri-menteri yang tua, Sultan Mahmud bertindak membunuh anakan­danya. Baginda juga amat menyesal dengan keterlanjuran membunuh Bendahara Seri Maharaja dan keluarga yang temyata tidak berdosa. Sebagai tanda penyesalannya, ba­ginda turun dari takhta clan menghabiskan sisa-sisa hidup dengan berkhalwat di Hulu Melaka.
5. Memberi Nasihat dan Pengajaran

 Nasihat menasihati antara satu dengan yang lain amatlah dituntut dalam me­ngatur kehidupan agar tidak tergelincir daripada landasan kemanusiaan yang mumi dan abadi. Golongan tua biasanya bertindak sebagai penunjuk ajar, memberi pengajaran ke­pada yang lebih muda dengan harapan tindakan yang dilakukan tidak melampaui batas-batas kemanusiaan serta dapat berlaku adil, tidak menimbulkan masalah atau beban kepada golongan masyarakat di bawahnya. Unsur nasihat dan pengajaran ke arah kebaikan demi kesejahteraan hidup amat jelas melalui wasiat-wasiat. Malah jenis wasiat amat kaya dengan unsur nasihat dan pengajaran.

  • Share:

You Might Also Like

27 comments

  1. Lengkap nota ni. Mudah untuk saya buat rujukan 😊

    ReplyDelete
  2. nota yg menarik utk menjadi rujukan pelajar

    ReplyDelete
  3. ia sangat2 membantu dalam pengajaran dan pembelajaran

    ReplyDelete
  4. Menambahkan ilmu dan menjadi sumber rujukan yang baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini adalah platform yang terbaik yang mampu dikongsikan

      Delete
  5. perghhhhh.... terbaik... nie kalau nota nota mcm nie ada time form 5 dulu sah2 dapat A+.. nie baru sejarah yang bukan hanya tinggalan sejarah bahkan dapat membentuk nilai jati diri dalam kalangan masyarakat lebih2 lagi anak2 diperingkat sekolah...

    hidup sejarah demi bangsa!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha perghh komen.. Ye semoga bermanfaat dan mampu melahirkan pelajar yang bukan hanya bijak dalam bidang teknologi malah mampu mendalami ilmu kesusasteraan Melayu juga agar seimbang dengan falsafah pendidikan negara yang inginkan pelajar seimbang dari segi jasmani,emosi, rohani dan juga intelek

      Delete
    2. pada pandangan saya yang lemah ini... jika ilmu berkaitan dengan sejarah dan juga kesasteraan melayu ingin diterap dalam jiwa mereka yg lebih menjurus terhadap teknologi.... penulisan bukanlah kaedah yang sesuai untuk mendekati golongan ini... mereka yang cenderung terhadap teklogi sebenarnya lebih mudah didekati melalui teknologi,misalnya video dan sebagainya... itu hanya hanyalah pandangan saya yang lemah serta daif... bukan bermaksud penulisan tidak berkesan,cuma menyuarakan pandangan sahaja...

      Delete
    3. Memang betol.. Oleh sebab itulah kami menggunakan platform iaitu teknologi seperti blog dan pembikinan video serta powtoon dan di dalamnya kami terapkan pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan sastera iti sendiri.. Kesimpulannya,sastera bukanlah hanya membaca buku tapi boleh juga menggunakan teknologi terkini juga.. Sekian

      Delete
    4. terima kasih atas segala keringat yang dikerahkan dalam membentuk masyarat yang celik terhadap kesusteraan melayu dan sejarah....
      semoga langkah yang diatur sampai ke arah tujuannya...insyaallah...amiin...

      Delete
    5. Aamiin.. Terima kasih atas doanya..

      Delete
  6. Replies
    1. Semoga memberi manfaat kepada awak juga ya..

      Delete
  7. Tksih atas semua maklumat���� Sangat2 membantu kajian saya����

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas module pengajaran yang baik, sungguh jelas mudah difahami dan menarik 🌷

    ReplyDelete
  9. Selalunya, sejarah2 lama ni mmg egosentrisme.😟

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesetengahnya saja.. Tapi kebanyakannya byk pengajaran dia.. Cthnye unsur mitos ni dy bertujuan bkn sekadar menghibur tp lbeh kpd menegur perbuatan yang salah agar sejarah tidak berulang..

      Delete
  10. Terima kasih atas maklumat.semoga bermanfaat kepada semua pelajar

    ReplyDelete
  11. Nota yg lengkap untk di baca ..sy sukaaaaa 😍😍😍

    ReplyDelete