UNSUR- UNSUR PENGETAHUAN LAIN BERKAITAN SEJARAH MELAYU SULALATUS SALATIN
By ayurahman - 4:34:00 PM
Unsur-unsur pengetahuan lain
berkaitan sejarah melayu sulalatus salatin
1. Unsur agama
Penceritaan mengenai kemasukan
Islam ke Pasai dan Melaka telah dimetoskan Di Pasai, Merah Silu diislamkan oleh
Fakir Muhammad. Pada malamnya bermimpi berpandangan dengan Rasulullah.
Rasulullah meminta baginda menganga mulut. Diludahinya, pada keesokannya badannya
berbau narawastu Baginda dapat membaca al-Quran tanpa diajar, kemudian menukar
namanya kepada Sultan Malikul Salleh. Di Melaka, Raja Kecil Besar bermimpi
berpandangan dengan keelokkan Rasulullah. Rasulullah meminta baginda mengucap
dua kalimah syahadat dan meminta Raja Kecil Besar menukar namanya kepada Raja
Muhammad. Keesokan harinya didapati badannya berbau narawastu dan kalam sudah
dikhatankan. Baginda dapat membaca al-Quran.Mimpi baginda menjadi kenyataan
dimana pada waktu asar kapal Syed Abdul Aziz turun ke pantai Melaka dan beliau
bersembahyang di situ. Tujuan dimetoskan kedatangan Islam iniadalah bertujuan
mengagungkan Islam. Ia memberi gambaran bahawa Islam benarbenar berkembang di
Melaka, bermula di istana Melaka dan terus berkembang di kalangan rakyat
jelata. Raja Melaka pertama beragama Islam ialah Sultan Muhammad Syah.Gelaran
Sultan digunakan setelah Melaka memeluk Islam.
· PENYEBUTAN DAN
PENONJOLAN TOKOH-TOKOH ISLAM
Tokoh Iskandar
Zulkarnain adalah pahlawan Islam yang terkenal gagah berani dalam menaikkan
martabat Islam di dunia. Tokoh ini dikaitkan dengan asal usul keturunan raja
Melaka bertujuan untuk menunjukkan keagungan raja. Tokoh-tokoh lain yang disebut
seperti tokoh pahlawan Islam yang terkenal Amir Hamzah Tokoh-tokoh pendakwah
Islam,ulama-ulama Islam dari Asia Barat datang ke Melaka bertujuan
mengembangkan agama Islam dan mengajar ilmu Islam berpusat di istana
Melaka.Tokoh-tokoh tersebut seperti : Syed Abdul Aziz Maulana Abu Bakar Kadi
Yusuf Maulana Sadar Jahan Tokoh-tokoh ini diberi penghormatan dan pengiktirafan
tinggi di istana Melaka. Mereka sangat berpengaruh terutama dalam soal-soal
berkaitan dengan hal-ehwal keagamaan.
· ADAT ISTIADAT DAN
PERUNDANGAN
Unsur-unsur Islam
terdapat dalam adat istiadat dan perundangan yang diamalkan kerajaan Melaka. Ia
meliputi : Upacara akad nikah kahwin Perayaan-perayaan hari kebesaran Islam
seperti menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Korban Adat-adat seperti
berkhatan. Amalan wasiat menjadi suatu amalan kepada raja-raja Melaka yang
mangkat meninggalkan wasiat kepada pembesar negeri dan putera mahkota.
Misalnya, wasiat kepada Raja Ahmad. Juga wasiat Sultan Alauddin Riayat Syah
kepada Sultan Mahmud. Melalui wasiat ini ia terselit serta kaya dengan
unsur-unsur pengajaran dan nasihat yang bersumberkan al-Quran dan hadis.
· KARYA-KARYA
KESUSASTERAAN ISLAM
Istana Melaka meyimpan
karya-karya sastera Islam seperti pahlawan Islam yang terkenal iaitu Hikayat
Muhammad Hanafiah dan Hikayat Amir Hamzah Hikayat-hikayat ini dibaca oleh
panglimapanglima Melaka untuk menaikkan semangat keperwiraan menentang
musuh/Peringgi. Penceritaan diselit dengan puisi Arab iaitu syair. Penggunaan
puisi atau bidlan Arab ini dalam menjelaskan sesuatu gambaran berkesan memberi
nilai estetika pada teks tersebut. Contohnya menggambarkan keadaan Sultan
Mahmud Syah ketika melihat kecantikan Tun Fatimah.
· PENDIDIKAN DAN
PERKEMBANGAN ILMU KEISLAMAN
Istana digambarkan sebagai
pusat pengajian ilmu-ilmu Islam. Contohnya : Pasai sebagai pusat bermuzakarah
mengenai ilmu fiqah menikut mazhab Shafie Istana merupakan pusat pengajaran
Islam di mana sultan dan pembesar turut belajar dan menuntut ilmu.
Ulama-ulama,guru-guru agama dan pendakwh berkumpl di istana. Contohnya Maulana
Sadar Jahan dari Jeddah mengajar di Melaka. Maulana Yusof mengajar tasawuf.
Kitab-kitab agama seperti Kitab Darul Mazlum dibawa ke Melaka oleh Maulana Abu
Bakar dan diajar di istana Melaka. Sultan Mansur Syah turut belajar kitab itu.
Utusan Melaka ke Pasai menyelesaikan masalahmasalah berkait ilmu Islam kerana
di Pasai ramai ulama-ulamaberkumpulbermuzakarah tentang ilmu-ilmu keislaman.
· TEKNIK PENULISAN
SULALATUS SALATIN
Mukadimmah dimulai dengan Bismillahirrahmanir-rahim.
Dalam mukadimah juga disertakan ayat-ayat alQuran dan diikuti pula dengan
terjemahan dalam Bahasa Melayu. Bagi menjelaskan sesuatu atau sebagai
perbandingan,pengarang memasukkan syair dan bidalan Arab dengan disertakan
terjemahannya sekali. Struktur penulisan menggunakan gaya khutbah. Ini jelas
ketika memberi nasihat yang meleretleret dalam wasiat. Penggunaan
kalimat-kalimat Arab-Parsi digunakan dalam ayat antaranya Syahbandar, alam,
bahara, sahibul hikayat dan lain-lain.
2. Unsur Sejarah:
Sastera sejarah merupakan satu
cabang daripada kesusasteraan Melayu lama yang membicarakan tentang sejarah
berbagai-bagai tempat dan kerajaan di Alam Melayu. Bentuk sastera sejarah
terbahagi kepada dua iaitu bentuk sastera sejarah yang bercorak prosa dan puisi
(Dr. Ismail Hamid, 1988:196). Karya yang berbentuk prosa itu merupakan riwayat
sejarah sebuah kerajaan atau negeri yang memakan masa sehingga beberapa abad,
sementara sastera sejarah yang berbentuk puisi pula hanya mengisahkan peristiwa
bersejarah yang berlaku dalam waktu-waktu tertentu sahaja. Walau bagaimanapun,
Sejarah Melayu turut menggarapkan sedikit unsur puisi didalamnya yang berbentuk
pantun.
· SALASILAH RAJA-RAJA
MELAYU
Sejarah Melayu atau Sulalatus
Salatin turut dikenali sebagai peraturan segala raja-raja. Karya ini turut
menceritakan tentang salasilah Raja-Raja Melayu Melaka. Menurut seorang sarjana
Inggeris Roolvink, Sejarah Melayu ini asalnya dari Sulalatul Salatin yang
bermakna salasilah raja-raja. Berdasarkan kenyataan ini, Sulalatul Salatin itu
dahulunya merupakan daftar keturunan raja-raja yang lengkap dengan tarikh
lahir, ditabalkan dan mangkatnya (Muhd Mansur Abdullah, 1988:198).
Sultan Muzaffar Syah
yang telah memerintah lebih kurang tiga belas tahun. Baginda mangkat pada tahun
1459M dan telah digantikan oleh putera sulung baginda yang bernama Raja
Ibrahim. Antara sebab pengarang mengaitkan keturunan raja-raja Melayu Melaka
dengan Raja Iskandar Zulkarnain kerana beliau merupakan tokoh lagenda dan
sejarah serta dikaitkan dengan agama Islam. Walau bagaimanapun, keturunan
raja-raja Melayu Melaka adalah satu fakta sejarah walaupun disaluti dengan
unsur-unsur mitos.
· NAMA-NAMA TEMPAT
Unsur-unsur sejarah nama
tempat turut terdapat di dalam karya Sejarah Melayu. Nama tempat yang
dikarangkan oleh Tun Seri Lanang nyata wujud sehingga ke hari ini.
Negeri-negeri yang menjadi tumpuan perbincangan Tun Seri Lanang itu sejajar
dengan kedudukan raja-raja berasal dari pahlawan dan yang berdaulat. Sejarah
Melayu menceritakan tentang pembukaan tempat atau negeri seperti Melaka, Pasai
dan Singapura.
Di dalam cerita berhubung
pembukaan negeri Pasai, nama samudera dikisahkan lahirnya daripada kewujudan
semut yang amat besar. Yusoff Iskandar mengatakan peristiwa pemberian nama
Pasai dari nama seekor anjing, Si Pasai dan terjumpanya seekor semut besar
(samudera) di mana tempat tersebut di panggil Samudera kemudiannya.
Di dalam Sejarah Melayu juga,
Temasik telah digantikan namanya menjadi Singapura berdasarkan kepada nama
binatang singa yang amat gagah tubuhnya yang dilihat oleh Sanh Nila Utama.
Namun, menurut Hsu Tun Tsio tentang asal usul Singapura dinamakan, adalah
kerana terlihatnya seekor yang maha tangkas lakunya, merah warna tubuhnya,
hitam kepalanya, dan putih dadanya, dan sikapnya terlalu pantas dan perkasa,
besar sedikit daripada kambing randok, kononnya ia adalah binatang singa, maka
dinamakanlah tempat itu sebagai Kota Singa.
Akan tetapi, bukan sahaja di
Singapura, tetapi di seluruh alam Tanah Melayu, tidak pernah terdapat binatang
singa (Zahrah Ibrahim, 1986:52). Katanya lagi, kebanyakkan tempat-tempat yang
menggunakan binatang singa sebagai namanya ialah kebanyakan yang terdiri
daripada pulau-pulau. Manakala, Melaka pula mengambil nama sempena kejadian
pelanduk menedang anjing buruan dan secara kebetulan pohon tempat Raja Iskandar
berteduh itu bernama Melaka.
‘Titah baginda “Baik tempat
ini diperbuat negeri, anjing alah pada pelanduk; jikalau orangnya betapa lagi?”
maka sembah segala Orang Besar-Besar, “benarlah seperti titah Duli Tuanku itu.”
Maka disuruh baginda tebas, diperbuat negeri. Maka titah Baginda “apa nama kayu
itu?” Makasembah orang, “kayu Melaka namanya, Tuanku,” Maka titah Raja Iskandar
Syah,”jika demikian,“Melakalah nama negeri ini?’
(Sulalatus Salatin/ Sejarah
Melayu, 1996: hlm. 71)
Dalam Hikayat Merong
Mahawangsa juga menceritakan tentang riwayat asal nama negeri Perak dan Petani.
Walaupun riwayat pembukaan negeri mempunyai unsur-unsur mitos, tetapi kewujudan
negeri ini adalah realiti dan wujud hingga hari ini.
· TOKOH BERSEJARAH
Sejarah Melayu mempunyai
watak-watak yang merupakan tokoh sejarah. Hal ini dapat dibuktikan dengan
melihat pada asal usul keturunan raja-raja Melaka. Pada dasarnya, menurut
beberapa orang sarjana sejarah dan sastera, unsur-unsur lagenda yang digunakan
berhubungan dengan asa usul keturunan raja-raja Melaka ini dibina dari fakta
sejarah yang sebenarnya. Menurut Yusoff Iskandar dalam buku yang
diselenggarakan oleh Zahrah Ibrahim, Raja Iskandar Zulkarnain adalah watak dan
tokoh bersejarah sebenar Iskandar Agung (Alexendar The Great) dari negeri
Mekadonia (Babylon).
Baginda dikatakan pernah
menakluk seluruh Asia Tengah dan Timur Tengah hingga ke Utara India. Raja Suran
sebenarnya adalah tokoh bersejarah Raja Rajendra Chola iaitu seorang raja dari
Selatan India yang dibuktikan oleh sebuah batu bersurat di Tanjore, India yang
pernah menakluk beberapa daerah persisir pantai Semenanju8ng Tanah Melayu
hingga ke Selatan ke arah Genggayu yang sekarannya dipercayai sebagai Hulu
Sungai Johor sekarang, lalu mengalahkan Empayar Srivijaya di sekitar abad ke-11
dan 12 Masihi.
Kedua-dua tokoh politik dan
penakluk agung dalam sejarah awal rantau ini dijadikan satu bentuk cerita tokoh
legenda pada bahagian pendahuluan Sejarah Melayu, tujuannya untuk mengatakan
bahawa raja-raja Melayu merupakan nasab keturunan dari Iskandar Zulkarnain,
tokoh legenda Islam dan Raja Chola, sebagai tokoh legenda Hindu.
Perkara-perkara seperti ini sengaja dimasukkan sebagai alat dan cereka untuk
memperkenalkan raja-raja Melaka dan dari mana asa- usul mereka.
· SEJARAH ADAT
ISTIADAT DAN KEBUDAYAAN
Kebudayaan masyarakat Melayu
turut digambarkan oleh pengarang Sejarah Melayu sebagai pengetahuan kita.
Gambaran tentang adat istiadat istana dan masyarakat Melayu purba di Melaka
seperti pantang larang di istana, adat memakai pakaian kuning, adat menyambut
bulan Ramadhan dan lain-lain. Terdapat beberapa adat antaranya adalah adat yang
sebenar-benar adat iaitu adat yang betul-betul berteraskan islam itu sendiri,
tetapi sebelum kedatangan islam banyak dipengaruhi oleh hindu dan budha, namun
apabila islam telah timbul, maka apa yang bertentangan dengan islam diketepikan.
Yang kedua adalah adat yang
diiadatkan iaitu adat yang berteraskan adat yang sebenar-benar adat. Yang
ketiga adalah adat yang teradat iaitu adat yang dicipta oleh pemimpin itu
sendiri iaitu raja. Seterusnya, adat istiadat iaitu peraturan-peraturan yang
biasa dilakukan setiap hari, setiap ketika yang ada dalam istana dan luar
istana. Akhir sekali ialah adat resam iaitu adat yang diamalkan oleh masyarakat
tersebut.
3. Unsur Kemasyarakatan:
Menerusi Sejarah Melayu,
kebudayaan masyarakat Melayu turut diselitkan oleh pengarangnya untuk tatapan
khalayak pembaca. Gambaran tentang adat istiadat istana dan masyarakat Melayu
purba di Melaka seperti pantang larang di istana, adat memakai pakaian kuning,
adat menyambut bulan Ramadhan dan pelbagai lagi.
“Syahadan bagindalah yang
pertama-tama meletakkan “kekuningan larangan”; tidak dapat dipakai orang
keluaran, dan diambil akan sapu tangan; dan tiada dapat dibuat tepi tabir dan
ulasan bantal besar dan tilam... Dan larangan berbuat rumah bermanjungan
bertiang gantung, tiada terletak ke tanah; dan bertiang terus dari atap, dan
peranginan; dan jikalau perahu, bertingkat berpenghadapan, dan tidak dapat orang
memakai penduk dan teterapan keris, sebesar-besar orang keluaran tiada dapat
bergelang kaki emas, dan jikalau berkeroncong emas berkepala perak tiada boleh.”
(Sulalatus
Salatin Sejarah Melayu, hal. 74)
Di
samping itu, pengarang Sejarah Melayu juga turut mempersembahkan kepada pembaca
perihal istiadat perkahwinan Diraja Johor-Pahang.
“Setelah genaplah empat puluh
hari empat puluh malam berjaga-jaga itu, kepada keesokan harinya, maka Raja
Omar dan Raja Fatimah pun dihiasi oranglah dengan pakaian kerajaan yang
bertatahkan ratna mutu intan baiduri. Setelah itu maka Raja Omar pun dinaikkan
orang ke atas gajah, Tun Nara Wangsa di kepala, dan Tun Mat Ali, anak Laksamana
Hang Nadim di buntut, maka diaraklah dengan selengkap alat kerajaan dan dengan
segala bunyi-bunyian, gendang, serunai, nafiri...”
(Sulalatus
Salatin Sejarah Melayu, hal. 300)
Selain itu, pengarang turut
menggambarkan hubungan individu sesama masyarakat dalam penulisannya. Sebagai
contoh, sikap hormat menghormati. Umpamanya, seorang rakyat tetap mematuhi
perintah ketua atau pembesar. Contohnya apabila mengetahui yang Bendahara Tun
Mutahir akan dibunuh oleh Sultan Mahmud Syah, pengikut-pengikut beliau cuba
menentang pembunuhan ini. Walau bagaimanapun, penentangan tersebut dihalang
oleh Tun Mutahir kerana tindakan tersebut dianggap menderhaka. Akhirnya,
pengikut-pengikut beliau tidak jadi menentang.
Sultan Melaka pada waktu itu
juga sangat menghormati golongan ulama. Hal ini dapat dilihat semasa Sultan
Mahmud Syah ingin berguru dengan Maulana Yusoff. Ulama tersebut tidak
membenarkan Sultan Mahmud Syah datang menemuinya dengan menunggang gajah.
Dengan perasaan hormat, baginda akur dengan permintaan gurunya.
Pandangan dan falsafah hidup
bangsa Melayu banyak sekali diungkapkan oleh masyarakat ketika itu. Hal ini
demikian kerana, masyarakat Melayu begitu kaya dengan keindahan bahasa yang
diperturunkan dalam bentuk puisi. Bentuk puisi yang dikarang adalah seperti
pantun, syair dan seloka serta nyanyian. Puisi-puisi yang terdapat di dalam
Sejarah Melayu mempunyai unsur-unsur tersirat yang bertujuan memuji atau
sebaliknya menyindir. Misalnya, kota sepenampang di Pahang yang terbakar belum
dibersihkan sisa kebakarannya. Lalu, diciptakan nyanyian oleh penduduk setempat.
4. Unsur Kemanusiaan:
Kemanusiaan bermaksud
hal-hal mengenai manusia atau sifat-sifat manusia. Sifat-sifat manusia itu
meliputi hal-hal yang baik dan murni iaitu sifat yang dituntut sebagai suatu
yang seharusnya dimiliki oleh seorang yang bernama manusia kerana kelebihan
kejadian sifat manusia yang dianugerah akal dan budi disamping nafsu.
Kemanusiaan juga dilihat dari sudut sifat-sifat yang berlawanan atau
bertentangan atau sesuatu yang jahat dan buruk. Dalam konteks perbincangan ini,
unsur kemanusiaan akan dilihat dari kedua-dua sudut di atas.
· Sejarah Melayu
menyebut dengan jelas tentang beberapa orang raja dan pembesar Melaka yang
mentadbir Melaka dengan penuh sifat-sifat adil dan bijaksana.
Mereka mengutamakan
tanggungjawab dan amanah sebagai ketua negara bagi menjamin kehidupan rakyat
dalam aman dan damai.
Antara Sultan Melaka yang
memiliki sifat adil dan saksama ialah;
i. Sultan Mansur Syah. Sejarah
Melayu menyebut ten tang sifat baginda sebagai; "terlalu baik parasnya,
serta dengan adilnya lagi murah; seorang pun raja-raja di dalam alam ini tiada
sepertinya pads zaman itu."
ii. Sultan Alauddin Riayat
Syah juga terkenal sebagai seorang Sultan yang adil dan bertanggungjawab. Baginda
sanggup menyamar sebagai rakyat biases bagi mengetahui sendiri tentang kawalan
keselamatan yang dilakukan oleh pembesar-pembesar negeri dengan tujuan
mengatasi masalah kecurian di Melaka.
iii. Raja Kecil Besar juga
seorang pemerintah yang digambarkan sebagai "Terlalu adil baginda pada
memelihara segala rakyat lagi dengan murahnya". (SM, hal. 83)
"Sultan Muhammad itu
selama di atas kerajaan terlalu sekali adil baginda memeliharakan segala
manusia."
2. Sifat dan kelakuan Berbudi
Bahasa juga merupakan salah satu sifat yang amat mulia.
Bendahara Paduka Tun Perak
terkenal sebagai seorang yang berbudi bahasa tinggi. Walau pun ia mengetahui
Hang Tuah memburuk-burukkan peribadinya kerana enggan menolong Sultan Zainul
Abidin di Pasai bagi kali keduanya (kerana Sultan Pasai itu enggan mengirim
"sembah" pada Raja Melaka) tetapi apabila ditanya oleh Raja Melaka,
Bendahara tetap memuji-muji kebaikan peribadi Hang Tuah sewaktu berada di
Pasai. Hang Tuah berasa amat malu dengan kemuliaan budi Bendahara Paduka Raja.
Selepas peristiwa itu Hang Tuah datang memohon maaf dan sujud di kaki
Bendahara. Sekali lagi Bendahara memaafkan Hang Tuah;
"Maka Laksamana pun
datang, lalu meniarap pada kaki Bendahara. Sembah Laksamana kepada Bendahara,
"Sungguhlah Tuanku sedia asal orang besar-besar penghulu kepada saya
sekalian." .
3. Berjasa dan Berbakti :
Dalam konteks pemerintahan feudal raja memilik kuasa mutlak. Rakyat dan
pembesar akan memberi tumpuan dan menumpahkan sepenuh taat setia serta berbakti
kepada raja.
Sebagai pembalasan dan rasa
penghargaan di atas jasa bakti yang di curahkan, Sultan akan memberi anugerah atau
kurnia sama ada dalam bentuk persalinan, barang-barang berharga seperti emas,
permata atau kurniaan pangkat kebesaran dan gelaran-gelaran tertentu.
3.1. Jasa bakti Tun Perak
sewaktu angkatan Siam menyerang Melaka. Tun Perak memegang jawatan sebagai
penghulu orang-orang Kelang. Kejayaan Tun Perak menyekat kemaraan Siam serta
serangan Siam hingga menyelamatkan Melaka tanpa pertumpahan darah telah mendapat
pengiktirafan yang tinggi daripada Sultan Muzaffir Syah. Tun Perak di lantik
sebagai Perdana Menteri dengan gelaran Paduka Raja. Jika mengikut adat dan
peraturan Melaka, Tun Peraklah yang sepatutnya menduduki jawatan sebagai
Bendahara Melaka setelah ayahandanya Bendahara Seri Wak Raja mati (minun racun)
tetapi oleh kerana Seri Nara Diraja sangat berpengaruh (jasanya menaikkan
Sultan Muzaffir Syah di atas takhta) maka jawatan Bendahara dipegang oleh Seri
Nara Diraja Tun Ali.
Tun Perak seolah-olah membawa
diri ke Kelang dan dilantik sebagai Penghulu Kelang. Sebagai seorang anak
pembesar, darah pembesar tetap mengalir dalam diri Tun Perak. Kewibawaan beliau
sebagai tokoh pemimpin yang berkelibar tetap terserlah. Beliau tidak pernah
"merajuk" dalam melaksanakan tugas dan berbakti kepada Melaka
walaupun ia tersingkir daripada jawatan yang menjadi "haknya". Ini
jelas apabila raja mengerahkan seluruh pahlawan daripada segenap pelusuk
negeri berkumpul di Melaka bagi menghadapi serangan Siam.
3.2. Jasa bakti Hang Tuah
setelah berjaya membunuh Hang Jebat. Hang Tuah adalah seorang panglima yang
sangat bedasa. Jasa bakti yang pernah dicurahkan kepada rajanya tidak pernah
mengenal erti keperitan. Sungguhpun beliau telah diperlakukan secara tidak
adil oleh Sultan Mansur, namun sebagai hamba Melayu yang taat dan berpegang
teguh pada konsep "pantang Melayu menderhaka pads rajanya", Hang Tuah
tetap berusaha dan melaksanakan segala titah raja. Dia sanggup membunuh
sahabat karib yang telah dianggap sebagai saudara sendiri demi berbakti pads
rajanya, sungguhpun Hang Jebat menderhaka kerana membela kematiannya. Jasa
bakti Hang Tuah mengembalikan maruah Sultan Mansur Syah telah mendapat
penghargaan daripada Sultan. Sejarah Melayu mencatatkan;
"Maka terlalu sukacita
baginda. Maka segala pakaian yang dipakai baginda itu semuanya dianugerahkan
kepada Hang Tuah .... telah itu Hang Tuah dilekatkanlah gelar "Laksamana"
itu diarak keliling negeri, seperti adat anak raja-raja, didudukkan tara Seri
Nara Diraja. (Penghulu Bendahari)
3.3. Jasa bakti Tun Telanai
dan Menteri Jana Putra serta utusan Melaka yang pergi ke Siam kerana berhasil
menjalinkan hubungan baik antara Melaka dan Siam mendapat penghargaan Sultan;
"Maka baginda pun terlalu
sukacita, serta memberi persalinan Tun Telanai dan Menteri Jana Putra, dan
akan segala utusan Siam itu."
4. Sifat bertimbangrasa atau
diplomasi
Sifat ini jugs sangat jelas
dalam beberapa tindakan yang dibuat terutamanya oleh pihak pemerintah yang
menentukan sesuatu dasar atau tindakan. Dengan wujudnya sifat kemanusiaan yang
murnii ini, beberapa perkara buruk yang melibatkan kemusnahan dapat dihindari.
4.1. Raja Iskandar Zulkamain
sewaktu menyerang Neged Kida Hindi telah bedaya menawan negeri tersebut. Raja
Kida Hindi telah dilslamkan, begitu juga dengan segala pembesar dan rakyatnya.
Puteri Raja Kida Hindi telah di Islamkan dan dijadikan isterinya. Tindakan Raja
Iskandar jelas mengandungi nilai-nilai kemanusiaan yang sangat mulia kerana
pada kebiasaannya dalam peperangan, negeri yang kalah bermakna rajanya terpaksa
turun takhta. Tetapi kerana kemanusiaan, Raja Iskandar terus "membenarkan"
Raja Kida Hindi memerintah dan membimbing baginda kepada agama yang diredhai.
4.2. Keputusan yang dibuat
oleh Sultan Muzaffir Syah menceraikan isteri kesayangannya Tun Kudu adalah
suatu tindakan yang amat diplomasi bagi menyelesaikan persengketaan dua orang
pembesar yang berpengaruh di Melaka waktu itu. Sifat timbangrasa Sultan yang
sekaligus mengorbankan kepentingan diri demi untuk keutuhan kerajaan dibawah
pemerintahannya itu telah membawa suatu kejayaan yang amat besar dalam survival
politik Melaka seterusnya. Kerana hasil daripada sifat bagindalah telah
mententeramkan pergolakan dalaman yang seterusnya memberi kekuatan dan kesatuan
di kalangan pembesar dan pengikut daripada kedua belah pihak (pihak Tun Perak
dan pihak Seri Nara Diraja). Malah dengan keputusan yang penuh diplomasi itu
juga telah memberi "laluan" kepada seorang tokoh pembesar yang sangat
berkelibar iaitu Tun Perak untuk menduduki tempat Bendahara. Dan ini jelas
terbukti daripada peranan yang disumbangkan oleh Bendahara Paduka Raja Tun
Perak sewaktu memegang jawatan tersebut.
4.3. Sultan Alauddin Riayat
Syah adalah terkenal dengan sifat-sifat adil dalam membuat keputusan yang wajar
demi untuk menjaga keamanan Melaka. Dengan tindakan baginda, telah memberi
keselesaan kepada kehidupan rakyat. Tindakannya telah memberi kesedaran kepada
pembesar‑pembesar negeri yang bertanggungjawab dalam soal-soal keselamatan
untuk bekerja dengan lebih bersungguhsungguh bagi mengembalikan keamanan dan
menjamin keadaan aman berpanjangan dengan menguatkuasakan undang-undang dan
hukuman. Tindakan yang tegas dan peraturan yang sistematik telah dilaksanakan
pada masa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah bagi menjamin raja-raja di
negeri jajahan Melaka tidak menggunakan kuasa secara berleluasa serta bagi
memastikan raja-raja itu melaksanakan pemerintahan dengan penuh keadilan dan
saksama.
4.4. Sultan Mahmud Syah
walaupun terkenal sebagai seorang raja yang kejam dan tidak berperikemanusiaan,
namun dalam usianya meningkat tua, dengan pengalaman yang semakin bertambah
luas, baginda boleh membuat pertimbangan yang lebih wajar. Di waktu usianya
semakin bertambah, baginda telah insaf dan timbul kesedaran bahawa sesuatu
tindakan atau keputusan yang akan dibuat seharusnya mendapat persetujuan hasil
daripada muafakat dan perbincangan dengan pembesar-pembesar yang lebih tua,
lebih berpengalaman. Sebab itulah apabila mengetahui bahawa anakandanya Raja
Ahmad mengenepikan menteri-menteri yang tua, Sultan Mahmud bertindak membunuh
anakandanya. Baginda juga amat menyesal dengan keterlanjuran membunuh
Bendahara Seri Maharaja dan keluarga yang temyata tidak berdosa. Sebagai tanda
penyesalannya, baginda turun dari takhta clan menghabiskan sisa-sisa hidup
dengan berkhalwat di Hulu Melaka.
5. Memberi Nasihat dan
Pengajaran
Nasihat menasihati
antara satu dengan yang lain amatlah dituntut dalam mengatur kehidupan agar
tidak tergelincir daripada landasan kemanusiaan yang mumi dan abadi. Golongan
tua biasanya bertindak sebagai penunjuk ajar, memberi pengajaran kepada yang
lebih muda dengan harapan tindakan yang dilakukan tidak melampaui batas-batas
kemanusiaan serta dapat berlaku adil, tidak menimbulkan masalah atau beban
kepada golongan masyarakat di bawahnya. Unsur nasihat dan pengajaran ke arah
kebaikan demi kesejahteraan hidup amat jelas melalui wasiat-wasiat. Malah jenis
wasiat amat kaya dengan unsur nasihat dan pengajaran.
27 comments
Lengkap nota ni. Mudah untuk saya buat rujukan 😊
ReplyDeleteSilalah dibuat rujukan ye.. Trime kasih..
Deletenota yg menarik utk menjadi rujukan pelajar
ReplyDeleteYe betul tu..
Deleteia sangat2 membantu dalam pengajaran dan pembelajaran
ReplyDeleteSangat setuju..
DeleteMenambahkan ilmu dan menjadi sumber rujukan yang baik
ReplyDeleteIni adalah platform yang terbaik yang mampu dikongsikan
Deleteperghhhhh.... terbaik... nie kalau nota nota mcm nie ada time form 5 dulu sah2 dapat A+.. nie baru sejarah yang bukan hanya tinggalan sejarah bahkan dapat membentuk nilai jati diri dalam kalangan masyarakat lebih2 lagi anak2 diperingkat sekolah...
ReplyDeletehidup sejarah demi bangsa!!!!!!
Hahaha perghh komen.. Ye semoga bermanfaat dan mampu melahirkan pelajar yang bukan hanya bijak dalam bidang teknologi malah mampu mendalami ilmu kesusasteraan Melayu juga agar seimbang dengan falsafah pendidikan negara yang inginkan pelajar seimbang dari segi jasmani,emosi, rohani dan juga intelek
Deletepada pandangan saya yang lemah ini... jika ilmu berkaitan dengan sejarah dan juga kesasteraan melayu ingin diterap dalam jiwa mereka yg lebih menjurus terhadap teknologi.... penulisan bukanlah kaedah yang sesuai untuk mendekati golongan ini... mereka yang cenderung terhadap teklogi sebenarnya lebih mudah didekati melalui teknologi,misalnya video dan sebagainya... itu hanya hanyalah pandangan saya yang lemah serta daif... bukan bermaksud penulisan tidak berkesan,cuma menyuarakan pandangan sahaja...
DeleteMemang betol.. Oleh sebab itulah kami menggunakan platform iaitu teknologi seperti blog dan pembikinan video serta powtoon dan di dalamnya kami terapkan pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan sastera iti sendiri.. Kesimpulannya,sastera bukanlah hanya membaca buku tapi boleh juga menggunakan teknologi terkini juga.. Sekian
Deleteterima kasih atas segala keringat yang dikerahkan dalam membentuk masyarat yang celik terhadap kesusteraan melayu dan sejarah....
Deletesemoga langkah yang diatur sampai ke arah tujuannya...insyaallah...amiin...
Aamiin.. Terima kasih atas doanya..
DeleteInformasi yang menarik :)
ReplyDeleteSemoga memberi manfaat kepada awak juga ya..
DeleteTksih atas semua maklumat���� Sangat2 membantu kajian saya����
ReplyDeleteSama2 aini.. Semoga dapat dimanfaatkan
DeleteTerima kasih atas module pengajaran yang baik, sungguh jelas mudah difahami dan menarik 🌷
ReplyDeleteSama2 .. Semoga ia membantu..
DeleteSelalunya, sejarah2 lama ni mmg egosentrisme.😟
ReplyDeleteSesetengahnya saja.. Tapi kebanyakannya byk pengajaran dia.. Cthnye unsur mitos ni dy bertujuan bkn sekadar menghibur tp lbeh kpd menegur perbuatan yang salah agar sejarah tidak berulang..
DeleteTerima kasih atas maklumat.semoga bermanfaat kepada semua pelajar
ReplyDeleteTerima kasih semoga bermanfaat 😊
DeleteNota yg lengkap untk di baca ..sy sukaaaaa 😍😍😍
ReplyDeleteYe.. Semoga bermanfaat
Deleteperkongsian ilmu yang baik
ReplyDelete