TEKNIK PENCERITAAN/PERSEMBAHAN
By ayurahman - 10:34:00 PM
TEKNIK
PENCERITAAN/PERSEMBAHAN
Teknik penceritaan merupakan keseluruhan
cara pengarang melahirkan atau mengendalikan keseluruhan sturuktur
kesusasteraan, termasuk penyusunan plot, penyelengaraan perwatakan, penggunaan
latar yang pelbagai. Mengenai teknik penulisan Sulalatus Salatin, Abu Hasan
Sham berpendapat bahawa pengarang Sulalatus Salatin iaitu Tun Seri Lanang
adalah merupakan seorang yang sangat bijak dan berpengetahuan luas. Tetapi
lebih daripada itu ia juga seorang seniman yang dapat melukiskan segala kisah
dan gambaran masyarakat Melaka dengan hidup dan indah sekali.
Antara
contoh teknik penceritaan dalam Sulalatus Salatin ialah :
§
Teknik
penceritaan langsung
§
Teknik
penceritaan tidak langsung
§
Teknik
penceritaan monolog
Teknik penceritaan juga
dapat dilihat dari segi corak penceritaan. Dalam Sulalatus Salatin terdapat
beberapa corak penceritaan yang terdiri daripada mitos, lagenda dan fantasi.
Contohnya, kisah puteri yang lahir dari buih, kisah kerbau putih yang
memuntahkan seorang bayi laki-laki, kisah Nila Utama meletakkan mahkotanya ke
dasar laut lalu rebut pun berhenti dan banyak lagi. Mitos-mitos tersebut adalah
corak ataupun bentuk penceritaan dalam Sulalatus Salatin bagi mengangkat lagi
martabat dan kehebatan Melayu. Walaupun mitos-mitos ini tidak logic difikir
akal tapi itulah salah satu teknik penceritaan dan persembahan yang dipaparkan
dalam teks Sulalatus Salatin.
3 comments
Terima kasih atas perkongsiannya
ReplyDeleteperkongsian ilmu yang menarik
ReplyDeleteterima kasih moga bermanfaat :)
Delete