TEKNIK PENCERITAAN/PERSEMBAHAN

By ayurahman - 10:34:00 PM


TEKNIK PENCERITAAN/PERSEMBAHAN

Teknik penceritaan merupakan keseluruhan cara pengarang melahirkan atau mengendalikan keseluruhan sturuktur kesusasteraan, termasuk penyusunan plot, penyelengaraan perwatakan, penggunaan latar yang pelbagai. Mengenai teknik penulisan Sulalatus Salatin, Abu Hasan Sham berpendapat bahawa pengarang Sulalatus Salatin iaitu Tun Seri Lanang adalah merupakan seorang yang sangat bijak dan berpengetahuan luas. Tetapi lebih daripada itu ia juga seorang seniman yang dapat melukiskan segala kisah dan gambaran masyarakat Melaka dengan hidup dan indah sekali.
            Antara contoh teknik penceritaan dalam Sulalatus Salatin ialah :
§  Teknik penceritaan langsung
§  Teknik penceritaan tidak langsung
§  Teknik penceritaan monolog
Teknik penceritaan juga dapat dilihat dari segi corak penceritaan. Dalam Sulalatus Salatin terdapat beberapa corak penceritaan yang terdiri daripada mitos, lagenda dan fantasi. Contohnya, kisah puteri yang lahir dari buih, kisah kerbau putih yang memuntahkan seorang bayi laki-laki, kisah Nila Utama meletakkan mahkotanya ke dasar laut lalu rebut pun berhenti dan banyak lagi. Mitos-mitos tersebut adalah corak ataupun bentuk penceritaan dalam Sulalatus Salatin bagi mengangkat lagi martabat dan kehebatan Melayu. Walaupun mitos-mitos ini tidak logic difikir akal tapi itulah salah satu teknik penceritaan dan persembahan yang dipaparkan dalam teks Sulalatus Salatin.

  • Share:

You Might Also Like

3 comments