NILAI-NILAI DALAM SULALATUS SALATIN
By ayurahman - 7:49:00 PM
NILAI KEMANUSIAAN DALAM SULALATUS SALATIN
Kemanusiaan bermaksud hal-hal mengenai manusia atau sifat-sifat manusia. Sifat-sifat manusia itu meliputi hal-hal yang baik dan murni iaitu sifat yang dituntut sebagai suatu yang seharusnya dimiliki oleh seorang yang bernama manusia kerana kelebihan kejadian sifat manusia yang dianugerah akal dan budi disamping nafsu. Kemanusiaan juga dilihat dari sudut sifat-sifat yang berlawanan atau bertentangan atau sesuatu yang jahat dan buruk. Dengan lain perkataan, unsur kemanusiaan dilihat dari sudut;
1. Sifat-sifat positif atau nilai-nilai baik, murni yang mengutamakan nilai kemanusiaan. Termasuk dalam sifat-sifat ini seperti adil, berbudi bahasa, berjasa, bertimbangrasa,nasihat menasihati atau pengajaran.
2. sifat-sifat negatif atau yang jahat dan buruk yang mengenpikan nilai-nilai kemanusiaan. Termasuk dalam sifat-sifat ini seperti sifat kejam dan gangs, perasaan dendam dan iri hati, pemarah dan emosinal, curang (belot), tamak haloba, cemburu dan zalim.
1.
Adil dan bijaksana.
Sultan Melaka yang memiliki
sifat adil dan saksama ialah;
i.
Sultan Mansur Syah.
Sejarah Melayu menyebut tentang
sifat baginda sebagai; "terlalu baik parasnya, serta dengan adilnya lagi
murah; seorang pun raja-raja di dalam alam ini tiada sepertinya pada zaman
itu."
ii.
Sultan Alauddin Riayat Syah
Terkenal sebagai seorang Sultan yang adil dan
bertanggungjawab. Baginda sanggup menyamar sebagai rakyat biasa bagi mengetahui
sendiri tentang kawalan keselamatan yang dilakukan oleh pembesar-pembesar
negeri dengan tujuan mengatasi masalah kecurian di Melaka.
iii.
Raja Kecil Besar
Seorang pemerintah yang
digambarkan sebagai "Terlalu adil baginda pada memelihara segala rakyat
lagi dengan murahnya". (SM, hal. 83) "Sultan Muhammad itu selama di
atas kerajaan terlalu sekali adil baginda memeliharakan segala manusia."
2. Berbudi Bahasa
Bendahara Paduka Tun Perak
terkenal sebagai seorang yang berbudi bahasa tinggi. Walau pun ia mengetahui
Hang Tuah memburuk-burukkan peribadinya kerana enggan menolong Sultan Zainul
Abidin di Pasai bagi kali keduanya (kerana Sultan Pasai itu enggan mengirim
"sembah" pada Raja Melaka) tetapi apabila ditanya oleh Raja Melaka,
Bendahara tetap memuji-muji kebaikan peribadi Hang Tuah sewaktu berada di
Pasai. Hang Tuah berasa amat malu dengan kemuliaan budi Bendahara Paduka Raja.
Selepas peristiwa itu Hang Tuah datang memohon maaf dan sujud di kaki
Bendahara. Sekali lagi Bendahara memaafkan Hang Tuah; "Maka Laksamana pun
datang, lalu meniarap pada kaki Bendahara. Sembah Laksamana kepada Bendahara,
"Sungguhlah Tuanku sedia asal orang besar-besar penghulu kepada saya
sekalian." .
3. Berjasa dan Berbakti
Dalam konteks pemerintahan
feudal raja memilik kuasa mutlak. Rakyat dan pembesar akan memberi tumpuan dan
menumpahkan sepenuh taat setia serta berbakti kepada raja. Sebagai pembalasan
dan rasa penghargaan di atas jasa bakti yang di curahkan, Sultan akan memberi
anugerah atau kurnia sama ada dalam bentuk persalinan, barang-barang berharga
seperti emas, permata atau kurniaan pangkat kebesaran dan gelaran-gelaran
tertentu.
3.1.
Jasa bakti Tun Perak sewaktu angkatan Siam menyerang Melaka.
Tun Perak memegang jawatan sebagai penghulu orang-orang
Kelang. Kejayaan Tun Perak menyekat kemaraan Siam serta serangan Siam hingga
menyelamatkan Melaka tanpa pertumpahan darah telah mendapat pengiktirafan yang
tinggi daripada Sultan Muzaffir Syah. Tun Perak di lantik sebagai Perdana
Menteri dengan gelaran Paduka Raja. Jika mengikut adat dan peraturan Melaka,
Tun Peraklah yang sepatutnya menduduki jawatan sebagai Bendahara Melaka setelah
ayahandanya Bendahara Seri Wak Raja mati (minun racun) tetapi oleh kerana Seri
Nara Diraja sangat berpengaruh (jasanya menaikkan Sultan Muzaffir Syah di atas
takhta) maka jawatan Bendahara dipegang oleh Seri Nara Diraja Tun Ali.
Tun Perak seolah-olah membawa diri ke Kelang dan dilantik
sebagai Penghulu Kelang. Sebagai seorang anak pembesar, darah pembesar tetap
mengalir dalam diri Tun Perak. Kewibawaan beliau sebagai tokoh pemimpin yang
berkelibar tetap terserlah. Beliau tidak pernah "merajuk" dalam
melaksanakan tugas dan berbakti kepada Melaka walaupun ia tersingkir daripada
jawatan yang menjadi "haknya". Ini jelas apabila raja mengerahkan
seluruh pahlawan daripada segenap pelusuk negeri berkumpul di Melaka bagi
menghadapi serangan Siam.
3.2.
Jasa bakti Hang Tuah setelah berjaya membunuh Hang Jebat.
Hang Tuah adalah seorang panglima yang sangat berjasa.
Jasa bakti yang pernah dicurahkan kepada rajanya tidak pernah
mengenal erti keperitan. Sungguhpun beliau telah diperlakukan secara tidak
adil oleh Sultan Mansur, namun sebagai hamba Melayu yang taat dan berpegang
teguh pada konsep "pantang Melayu menderhaka pads rajanya", Hang Tuah
tetap berusaha dan melaksanakan segala titah raja. Dia sanggup membunuh
sahabat karib yang telah dianggap sebagai saudara sendiri demi berbakti pads
rajanya, sungguhpun Hang Jebat menderhaka kerana membela kematiannya. Jasa
bakti Hang Tuah mengembalikan maruah Sultan Mansur Syah telah mendapat
penghargaan daripada Sultan. Sejarah Melayu mencatatkan;
"Maka terlalu sukacita baginda. Maka segala pakaian yang
dipakai baginda itu semuanya dianugerahkan kepada Hang Tuah .... telah itu Hang
Tuah dilekatkanlah gelar "Laksamana" itu diarak keliling negeri,
seperti adat anak raja-raja, didudukkan tara Seri Nara Diraja. (Penghulu
Bendahari.)
4.
Sifat bertimbangrasa atau diplomasi
Sifat ini juga sanngat jelas
dalam beberapa tindakan yang dibuat terutamanya oleh pihak pemerintah yang
menentukan sesuatu dasar atau tindakan. Dengan wujudnya sifat kemanusiaan yang
murnii ini, beberapa perkara buruk yang melibatkan kemusnahan dapat dihindari.
4.1.
Raja Iskandar Zulkamain
sewaktu menyerang Neged Kida Hindi telah bedaya menawan negeri tersebut. Raja
Kida Hindi telah dilslamkan, begitu juga dengan segala pembesar dan rakyatnya.
Puteri Raja Kida Hindi telah di Islamkan dan dijadikan isterinya. Tindakan Raja
Iskandar jelas mengandungi nilai-nilai kemanusiaan yang sangat mulia kerana
pada kebiasaannya dalam peperangan, negeri yang kalah bermakna rajanya terpaksa
turun takhta. Tetapi kerana kemanusiaan, Raja Iskandar terus "membenarkan"
Raja Kida Hindi memerintah dan membimbing baginda kepada agama yang diredhai.
4.2.
Sultan Alauddin Riayat
Syah adalah terkenal dengan sifat-sifat adil dalam membuat keputusan yang wajar
demi untuk menjaga keamanan Melaka. Dengan tindakan baginda, telah memberi
keselesaan kepada kehidupan rakyat. Tindakannya telah memberi kesedaran kepada
pembesar‑pembesar negeri yang bertanggungjawab dalam soal-soal
keselamatan untuk bekerja dengan lebih bersungguhsungguh bagi
mengembalikan keamanan dan menjamin keadaan aman berpanjangan dengan
menguatkuasakan undang-undang dan hukuman. Tindakan yang tegas dan peraturan
yang sistematik telah dilaksanakan pada masa pemerintahan Sultan Alauddin
Riayat Syah bagi menjamin raja-raja di negeri jajahan Melaka tidak
menggunakan kuasa secara berleluasa serta bagi memastikan raja-raja itu
melaksanakan pemerintahan dengan penuh keadilan dan saksama.
4.3.
Sultan Mahmud Syah
walaupun terkenal sebagai seorang raja yang kejam dan tidak berperikemanusiaan,
namun dalam usianya meningkat tua, dengan pengalaman yang semakin bertambah
luas, baginda boleh membuat pertimbangan yang lebih wajar. Di waktu usianya
semakin bertambah, baginda telah insaf dan timbul kesedaran bahawa sesuatu
tindakan atau keputusan yang akan dibuat seharusnya mendapat persetujuan hasil
daripada muafakat dan perbincangan dengan pembesar-pembesar yang lebih tua,
lebih berpengalaman. Sebab itulah apabila mengetahui bahawa anakandanya Raja
Ahmad mengenepikan menteri-menteri yang tua, Sultan Mahmud bertindak membunuh
anakandanya. Baginda juga amat menyesal dengan keterlanjuran membunuh
Bendahara Seri Maharaja dan keluarga yang temyata tidak berdosa. Sebagai tanda
penyesalannya, baginda turun dari takhta clan menghabiskan sisa-sisa hidup dengan
berkhalwat di Hulu Melaka.
5. Memberi Nasihat dan
Pengajaran
Nasihat menasihati antara satu
dengan yang lain amatlah dituntut dalam mengatur kehidupan agar tidak
tergelincir daripada landasan kemanusiaan yang mumi dan abadi. Golongan tua
biasanya bertindak sebagai penunjuk ajar, memberi pengajaran kepada yang lebih
muda dengan harapan tindakan yang dilakukan tidak melampaui batas-batas
kemanusiaan serta dapat berlaku adil, tidak menimbulkan masalah atau beban
kepada golongan masyarakat di bawahnya. Unsur nasihat dan pengajaran ke arah
kebaikan demi kesejahteraan hidup amat jelas melalui wasiat-wasiat. Malah jenis
wasiat amat kaya dengan unsur nasihat dan pengajaran.
5.1.
Wasiat Sultan Alauddin
Riayat Syah
· Wasiat pada pembesar negeri;
Jikalau suatu khilap bebalnya, sangat-sangat maaf sekalian akan dia, dan tegur
ajar, kerana ia lagi budak."
·
Wasiat pada Raja Muhammad;
hendaklah banyak‑banyak ampun mu akan segala hamba sahayamu, dan baik‑baik peliharamu akan dia,jikalau datang kepadamu dua
pekerjaan, yakni pekerjaan Allah dengan pekerjaan dunia, maka dahulukan olehmu
pekerjaan Allah, tinggalkan pekerjaan dunia, hendaklah engkau sangat-sangat
menyerahkan dirimu ke hadrat Allah Taala. Dan segala anak Melayu, bagaimana
besar dosanya, jangan kamu bunch, melainkan dosanya derhaka; kerana segala
Melayu itu tanahmu, Jikalau kaubunuh ia dengan tiada dosanya, bahawa kerajaanmu
binasa."
6. Keimanan dan Ketakwaan
Sifat-sifat ini berkait dengan
amalan agama Islam. Dengan mengamalkan sifat ketakwaan manusia akan hidup
lebih sempuma. Dalam Sejarah Melayu, banyak peristiwa-peristiwa yang berkaitan
dengan soal-soal keimanan ini diceritakan terutama dalam episod-episod seperti
6.1.
Raja dan pembesar Melaka
menuntut ilmu agama daripada guru-guru agama yang datang dari Judah. Sultan
Mahmud dan Bendahara Seri Maharaja pemah belajar agama pada Makhdum Sadar
Jehan.
6.2.
Kerajaan Melaka semasa
pemerintahan Sultan Muzaffir Syah telah, melaksanakan hukuman mengikut Islam
iaitu hukuman potong tangan kepada mereka yang melakukan kesalahan mencuri.
6.3.
Raja-raja Melaka
memerintah dengan penuh adil dan saksama sebagai suatu tuntutan sifat-sifat
yang mulia, terpuji di sisi agama Islam.
NILAI KEAGAMAAN DALAM SULALATUS SALATIN
Keagamaan merupakan asas kesusasteraan melayu yang berkait rapat dengan agama Islam kerana kebanyakan penulisnya adalah beragama Islam. Jika dirujuk terus kepada Sulalatus Salatin, terdapat peristiwa kedatangan Islam dimana raja telah memeluk Islam setelah bermimpi bertemu rasulullah dan berjumpa pendakwah yang dating dari Negara arab. Kemudian seluruh rakyat Melaka telah menganut agama Islam dan mengamalkan kehidupan harian menurut cara hidup Islam. Diceritakan juga kegiatan keagamaan termasuklah sembahyang, puasa, menyambut hari raya dan nikah kahwin.Lalu rakyat di Melaka dididik supaya taatkan agama dan pemerintah .Perkataan raja telah ditukar kepada sultan dan nama-nama pemerintah telah menggambarkan agama yang mereka anuti. Perkara-perkara yang menjadi pokok atau asas dalam hal-hal keagamaan seperti rukun iman dan rukun Islam dalam agama Islam.
Terjemahan amalan agama yang lahir dari rukun Iman dan Islam adalah seperti berikut:
1.
Dedikasi
Dedikasi bermaksud pengorbanan tenaga, masa dan lain-lain
untuk sesuatu. Juga bermaksud ketekunan dan kesungguhan. Berdasarkan Sejarah Melayu,
kita dapat meneliti dedikasi Tun Perak terhadap tugasnya. Walaupun pada awalnya
beliau hanya seorang berjawatan Penghulu di Kelang, beliau telah menunjukkan
dedikasi yang tinggi terhadap tugasnya. Walaupun Kelang jauh daripada kota
Melaka, beliau dengan bersungguh-sungguh mematahkan serangan Siam kali pertama.
Beliau bersama pengikutnya telah berjaya dalam peperangan itu. Dedikasi beliau
dapat dilihat apabila beliau bertindak mengarahkan angkatan tenteranya membawa
anak dan isteri mereka. Kehadiran anak dan isteri ini telah menjadikan angkatan
Melaka berperang dengan bersungguh-sungguh.
Dedikasi Tun Perak ini telah dilakukan demi negara tercinta.
Sikap dedikasi beliau wajar dicontohi oleh generasi terkemudian termasuk diri
seorang pelajar. Sebaliknya jika sikap dedikasi ini tidak wujud dalam diri,
mungkin Melaka akan dikalahkan dan ditakluk oleh Siam. Dedikasi Tun Perak juga
dapat dilihat ketika beliau menjaga sultan Mahmud ketika gering kerana sakit
berak-berak. Ketika itu sultan Mahmud masih kecil dan perlu diambil perhatian.
Tun Perak bersama Hang Tuah telah menjaga sultan dengan penuh kesungguhan.
Baginda telah disuapkan makanan dan dimandikan. Semua keperluan sultan telah
diurus dengan baik sehingga baginda sembuh. Walaupun Tun Perak seorang bendahara
pada masa itu, tetapi beliau amat dedikasi dan memainkan peranan seperti
seorang bapa.
Jika Tun Perak dan Hang Tuah tidak menjaga sultan sehingga
sembuh, mungkin sesuatu yang mudarat akan berlaku dan seterusnya memberi kesan
kepada sistem pentadbiran Melaka. Sifat dedikasi seperti ini patut diamalkan
oleh setiap individu yang telah diberi tugas tertentu. Sikap dedikasi berkait
rapat dengan soal keikhlasan. Oleh itu tu Perak dilihat lebih berdedikasi
berbanding Hang Tuah. Ini adalah kerana apabila keduanya dikurniakan usungan,
Tun Perak tidak menggunakan kesempatan itu. Berbanding dengan Hang Tuah, yang
telah mengambil kesempatan dengan menggunakan usungan tersebut.
2.
Amanah
Amanah adalah satu hak yang dipertanggungjawabkan kepada
seseorang samada tanggungjawab itu milik Allah (hak Allah) mahupun hak manusia (hak
insan) baik berupa pekerjaan mahupun perkataan dan pekerjaan hati.
Pengertian amanah bererti menempatkan sesuatu pada tempatnya
yang wajar, seperti sesuatu kedudukan tidak diberikan kecuali kepada orang yang
betul-betul berhak dan yang betul-betul mampu menunaikan tugas dan kewajipannya
dengan benar.
Sebagai contoh, Maulana Abu Bakar seorang yang amanah kerana
menunaikan permintaan gurunya Maulana Ishak agar membawa kitab Duril-Mazlum ke
Melaka bagi tujuan menyebarkan agama Islam. Sifat amanah beliau menyebabkan
ajaran Islam tersebar dan diamalkan di Melaka
3.
Ikhlas
Hati yg bersih dan jujur; suci hati; rela: Kalau hendak
menolong, tolonglah dgn ~. mengikhlaskan melakukan (memberikan) sesuatu dgn
ikhlas; merelakan
Ikhlas berkait dengan redha. Redha ialah menerima dengan rasa
tenang tanpa ada rasa kecewa atau tertekan dengan apa yang diberikan oleh Allah
kepada kita baik berupa hukum dan
peraturan qadha' mahupun sesuatu ketentuan daripadaNya. Sebenarnya, sifat redha
ini adalah daripada sifat makrifah serta mahabbah kita kepada Allah Taala untuk
mendekatkan lagi diri kita kepadaNya.
Maulana Abu Bakar yang ikhlas mengembara ke Melaka bagi
mengembangkan ajaran Islam. Apabila beliau diarahkan oleh gurunya untuk ke
Melaka, beliau tidak membantah malah terus bersetuju dengan penuh ikhlas membawa
kitab Duril Mazlum ke Melaka.
4.
Bertanggungjawab
Tanggungjawab merupakan sesuatu tugas yang wajib dilaksanakan
oleh sesorang insan. Tanggungjawab yang diberikan perlu dilakukan agar sesorang
insan dapat melaksanakan perintah yang diberikan.
Tun Perak bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tanggungjawab
Beliau bertanggungjawab mematahkan serangan Siam walaupun Tun Perak sebagai
penghulu di Kelang. Beliau bertanggungjawab dengan mengarahkan mereka berperang
dengan membawa bersama anak isterinya.
NILAI KEMASYARAKATAN DALAM SULALATUS SALATIN
Masyarakat yang mempunyai ilmu
Ilmu adalah salah satu indikator penting bagi seseorang insan yang menunjukkan dirinya telah maju dalam kehidupannya. Orang berilmu tidak akan sesat jalan dan sentiasa mempunyai idea untuk terus memajukan diri. Umpamanya seseorang yang mempunyai ilmu perniagaan, tentunya akan lebih maju dan berjaya dalam perniagaannya berbanding dengan seseorang yang tidak mempunyai ilmu.
Ilmu
mampu membangunkan modal insan pada hadapan Istilah modal insan adalah
mendekati maksud sumber manusia Golongan manusia yang boleh dikategorikan
sebagai modal insan adalah dari golongan anak-anak kecil sehinggalah para
pelajar di institusi pengajian tinggi. Golongan ini perlu diajar dan diddik
supaya menjadi insan yang berguna pada masa hadapan. Matlamat pendidikan ilmu keatas
mereka bukan bermaksud ke arah pembangunan fizikal semata-mata tetapi
termasuklah pembangunan spiritual.
Ilmu
hulubalang yang hebat yang dimiliki oleh Hang Tuah menjadikan beliau seorang
yang berani. Dengan ilmu hulubalang yang dimilikinya, Hang Tuah dapat
mengalahkan prajurit Majapahit dan membuktikan bahawa pahlawan Melaka mempunyai
ilmu kepahlawanan yang lebih tinggi.
Masyarakat yang dipandang tinggi dan dihormati
Penghormatan ini datang dengan sendirinya sekiranya kita membuktikan kelimuan kita dan beramal dengan ilmu yang telah dipelajari. Maulana Abu Bakar dihormati oleh sultan kerana dirinya kaya dengan ilmu pengetahuan. Sultan sanggup menanggalkan pakaian diraja kerana merasakan ilmu Maulana Abu Bakar lebih bernilai dari jawatannya
Masyarakat yang bijak
Bijak bermaksud tajam akal dan kepandaian menggunakan akal budi ketika bertindak samada menggunakan ilmu atau pengalamannya. Tun Perak merupakan seorang yang bijak. Kemampuannya merancang strategi peperangan ketika berperang dengan Siam adalah bukti yang paling nyata. Pada peperangan kali pertama, beliau telah membuat strategi berperang dengan membawa anak isteri ketika di Kelang. Strateginya telah membuahkan hasil dan serangan Siam dapat dipatahkan.
Masyarakat yang amanah.
Amanah bermaksud kepercayaan yang diletakkan kepada seseorang. Amanah mampu membela hak manusia agar sentiasa terjamin. Amanah mampu membentuk masyarakat yang adil dan menjauhkan diri dari perasaan tidak puas hati di kalangan mereka
Dalam
teks Sulalatus Salatin, Maulana Abu Bakar seorang yang amanah kerana menunaikan
permintaan gurunya Maulana Ishak agar membawa kitab Duril-Mazlum ke Melaka bagi
tujuan menyebarkan agama Islam. Sifat amanah beliau menyebabkan ajaran Islam
tersebar dan diamalkan di Melaka
60 comments
nice👍👍👍
ReplyDeleteSo good
DeleteSatu penerangan yang baik dan jelas . Well done��
ReplyDeleteSemoga bermanfaat
DeleteInformasi yang berguna...👍👍
ReplyDeleteterima kasih farahin :)
DeleteTerima kasih atas maklumat yang dikongsikan. Sangat membantu 😊
ReplyDeletePenulisan yang baik..😊
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteSemoga memberi manfaat :)
DeleteBermanfaat untuk dijadikan rujukan 😀
ReplyDeleteterima kasih :)
DeleteTeruskan berkongsi ilmu
ReplyDeleteinsyaallah :)
DeletePenerangan yang jelas, terperinci dan penyusunan serta contoh yang mudah difahami
ReplyDeleteterima kasih amal :)
DeleteInformation yang bagus . Good job👍
ReplyDeletethank you syera :)
DeletePengetahuan baru bagi saya...terima kasih
ReplyDeleteSama2 amyra
DeleteBanyak info yang berguna. Teruskan kongsi ilmu.Terima kasih.
ReplyDeleteSama2 shaluma..
DeleteTerima kasih berkongsi maklumat.... 😀
ReplyDeleteThanks ain!
ReplyDeleteBagus dah mudah difahami...memudahkan pelajar untuk membuat rujukan
ReplyDelete
Deleteterima kasih moga bermanfaat :)
Perkongsian yg menarik dan contoh yg mudah untuk difahami ..
ReplyDeleteterima kasih moga bermanfaat :)
Deletepada penerangan yang pertama, mungkin boleh definisikan dahulu apa itu salalatus salatin. kemudian disusuli dengan penerangan yang selanjutnya. Tapi apa-apa pun, well done. nice job!
ReplyDeletebaiklah terima kasih zu atas komen yang membina itu, akan diperbaiki dari masa ke semasa :)
DeletePerkongsian Yang menarik Dan mudah faham. Good job ayu ❤
ReplyDeletethank you ika, moga bermanfaat :)
DeleteTerima kasih utk perkongsian
ReplyDeleteSama-sama, moga bermanfaat 😊
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteInformasi yg bagus..snang difahami..good job😃
ReplyDeleteThanks azirah, semoga bermanfaat untuk awak ye
DeleteInformasi yg bagus.mudah di fahami
ReplyDeleteThanks azirah
DeletePerkongsian maklumat yang mudah difahami dan sangat bermanfaat utk saya.
ReplyDeleteTerima kasih aliana 😊
DeletePerkongsian maklumat yang mudah difahami dan sangat bermanfaat utk saya.
ReplyDeleteThnks aliana
DeleteSangt mudah difahami. Tahniah
ReplyDeleteTerima kasih, moga bermanfaat 😊
DeleteFakta yang menarik dan berguna
ReplyDeleteTerima kasih, semoga bermanfaat 😊
Deleteterima kasih ! sangat bermanfaat untuk dijadikan sebagai rujukan. Blog yg sangat cantik!
ReplyDeleteterima kasih, semoga memberi manfaat kepada anda :)
DeleteIlmu yang sangat berguna untuk dirujuk. Terima kasih
ReplyDeleteterima kasih, moga bermanfaat
Deletepenggunaan kesan khas yang sangat menarik dalam blog
ReplyDeleteTerima kasih
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletePengisian maklumat yang padat serta mudah untuk dijadikan rujukan
ReplyDelete
Deleteterima kasih moga bermanfaat :)
Terima kasih atas perkongsiannya
ReplyDeleteSatu perkongsian yang baik dan berguna, diharapkan dapat menjadi rujukan kepada para guru mahupun pelajar.
ReplyDeleteterima kasih moga bermanfaat :)
DeleteInfo yg berguna
ReplyDelete