NILAI-NILAI DALAM SULALATUS SALATIN

By ayurahman - 7:49:00 PM


NILAI KEMANUSIAAN DALAM SULALATUS SALATIN

Kemanusiaan bermaksud hal-hal mengenai manusia atau sifat-sifat manusia. Sifat-sifat manusia itu meliputi hal-hal yang baik dan murni iaitu sifat yang dituntut sebagai suatu yang seharusnya dimiliki oleh seorang yang bernama manusia kerana kelebihan kejadian sifat manusia yang dianugerah akal dan budi disamping nafsu. Kemanusiaan juga dilihat dari sudut sifat-sifat yang berlawanan atau bertentangan atau sesuatu yang jahat dan buruk. Dengan lain perkataan, unsur kemanusiaan dilihat dari sudut;

1. Sifat-sifat positif atau nilai-nilai baik, murni yang meng­utamakan nilai kemanusiaan. Termasuk dalam sifat-sifat ini seperti adil, berbudi bahasa, berjasa, bertimbang­rasa,nasihat  menasihati atau pengajaran.

2. sifat-sifat negatif atau yang jahat dan buruk yang menge­npikan nilai-nilai kemanusiaan. Termasuk dalam sifat­-sifat ini seperti sifat kejam dan gangs, perasaan dendam dan iri hati, pemarah dan emosinal, curang (belot), tamak haloba, cemburu dan zalim.

1.      Adil dan bijaksana.

Sultan Melaka yang memiliki sifat adil dan saksama ialah;

i.                    Sultan Mansur Syah.
Sejarah Melayu menyebut tentang sifat baginda sebagai; "terlalu baik parasnya, serta dengan adilnya lagi murah; seorang pun raja-raja di dalam alam ini tiada sepertinya pada zaman itu."

ii.                 Sultan Alauddin Riayat Syah
 Terkenal sebagai seorang Sultan yang adil dan bertanggungjawab. Baginda sanggup menyamar sebagai rakyat biasa bagi mengetahui sendiri tentang kawalan keselamatan yang dilakukan oleh pembesar-pembesar negeri dengan tuju­an mengatasi masalah kecurian di Melaka.

iii.               Raja Kecil Besar
Seorang pemerintah yang digam­barkan sebagai "Terlalu adil baginda pada memelihara segala rakyat lagi dengan murahnya". (SM, hal. 83) "Sultan Muhammad itu selama di atas kerajaan ter­lalu sekali adil baginda memeliharakan segala manusia."

2.      Berbudi Bahasa

Bendahara Paduka Tun Perak terkenal sebagai seorang yang berbudi bahasa tinggi. Walau pun ia mengetahui Hang Tuah memburuk-burukkan peri­badinya kerana enggan menolong Sultan Zainul Abidin di Pasai bagi kali keduanya (kerana Sultan Pasai itu enggan mengirim "sembah" pada Raja Melaka) tetapi apabila di­tanya oleh Raja Melaka, Bendahara tetap memuji-muji kebaikan peribadi Hang Tuah sewaktu berada di Pasai. Hang Tuah berasa amat malu dengan kemuliaan budi Ben­dahara Paduka Raja. Selepas peristiwa itu Hang Tuah da­tang memohon maaf dan sujud di kaki Bendahara. Sekali lagi Bendahara memaafkan Hang Tuah; "Maka Laksamana pun datang, lalu meniarap pada kaki Bendahara. Sembah Laksamana kepada Bendahara, "Sungguhlah Tuanku sedia asal orang besar-besar penghulu kepada saya sekalian." .

3.      Berjasa dan Berbakti

Dalam konteks pemerintahan feudal raja memilik kuasa mutlak. Rakyat dan pembesar akan memberi tumpuan dan menumpahkan sepenuh taat setia serta berbakti kepada raja. Sebagai pembalasan dan rasa penghargaan di atas jasa bakti yang di curahkan, Sultan akan memberi anugerah atau kurnia sama ada dalam bentuk persalinan, barang-barang berharga seperti emas, permata atau kurniaan pangkat kebesaran dan gelaran-gelaran tertentu.

3.1.             Jasa bakti Tun Perak sewaktu angkatan Siam menyerang Melaka.

Tun Perak memegang jawatan sebagai penghulu orang-orang Kelang. Kejayaan Tun Perak me­nyekat kemaraan Siam serta serangan Siam hingga menye­lamatkan Melaka tanpa pertumpahan darah telah mendapat pengiktirafan yang tinggi daripada Sultan Muzaffir Syah. Tun Perak di lantik sebagai Perdana Menteri dengan gelaran Paduka Raja. Jika mengikut adat dan peraturan Melaka, Tun Peraklah yang sepatutnya menduduki jawatan sebagai Bendahara Melaka setelah ayahandanya Bendahara Seri Wak Raja mati (minun racun) tetapi oleh kerana Seri Nara Diraja sangat berpengaruh (jasanya menaikkan Sultan Muzaffir Syah di atas takhta) maka jawatan Bendahara dipegang oleh Seri Nara Diraja Tun Ali.

Tun Perak seolah-olah membawa diri ke Kelang dan di­lantik sebagai Penghulu Kelang. Sebagai seorang anak pembesar, darah pembesar tetap mengalir dalam diri Tun Perak. Kewibawaan beliau sebagai tokoh pemimpin yang berkelibar tetap terserlah. Beliau tidak pernah "merajuk" dalam melaksanakan tugas dan berbakti kepada Melaka walaupun ia tersingkir daripada jawatan yang menjadi "haknya". Ini jelas apabila raja mengerahkan seluruh pahla­wan daripada segenap pelusuk negeri berkumpul di Melaka bagi menghadapi serangan Siam.

3.2.            Jasa bakti Hang Tuah setelah berjaya membunuh Hang Jebat. Hang Tuah adalah seorang panglima yang sangat berjasa.

Jasa bakti yang pernah dicurahkan kepada rajanya tidak pernah mengenal erti keperitan. Sungguh­pun beliau telah diperlakukan secara tidak adil oleh Sultan Mansur, namun sebagai hamba Melayu yang taat dan ber­pegang teguh pada konsep "pantang Melayu menderhaka pads rajanya", Hang Tuah tetap berusaha dan melaksana­kan segala titah raja. Dia sanggup membunuh sahabat karib yang telah dianggap sebagai saudara sendiri demi berbakti pads rajanya, sungguhpun Hang Jebat menderhaka ke­rana membela kematiannya. Jasa bakti Hang Tuah me­ngembalikan maruah Sultan Mansur Syah telah mendapat penghargaan daripada Sultan. Sejarah Melayu mencatat­kan;

"Maka terlalu sukacita baginda. Maka segala pakaian yang dipakai baginda itu semuanya dianugerahkan kepada Hang Tuah .... telah itu Hang Tuah dilekatkanlah gelar "Laksa­mana" itu diarak keliling negeri, seperti adat anak raja-raja, didudukkan tara Seri Nara Diraja. (Penghulu Bendahari.)

4.      Sifat bertimbangrasa atau diplomasi

Sifat ini juga sanngat jelas dalam beberapa tindakan yang dibuat terutama­nya oleh pihak pemerintah yang menentukan sesuatu dasar atau tindakan. Dengan wujudnya sifat kemanusiaan yang murnii ini, beberapa perkara buruk yang melibatkan kemusnahan dapat dihindari.

4.1.             Raja Iskandar Zulkamain sewaktu menyerang Neged Kida Hindi telah bedaya menawan negeri tersebut. Raja Kida Hindi telah dilslamkan, begitu juga dengan segala pembesar dan rakyatnya. Puteri Raja Kida Hindi telah di Islamkan dan dijadikan isterinya. Tindakan Raja Iskandar jelas mengandungi nilai-nilai kemanusiaan yang sangat mulia kerana pada kebiasaannya dalam peperangan, negeri yang kalah bermakna rajanya terpaksa turun takhta. Tetapi kerana kemanusiaan, Raja Iskandar terus "membenarkan" Raja Kida Hindi memerintah dan membimbing baginda kepada agama yang diredhai.

4.2.            Sultan Alauddin Riayat Syah adalah terkenal dengan sifat-sifat adil dalam membuat keputusan yang wajar demi untuk menjaga keamanan Melaka. Dengan tindakan ba­ginda, telah memberi keselesaan kepada kehidupan rakyat. Tindakannya telah memberi kesedaran kepada pembesarpembesar negeri yang bertanggungjawab dalam soal-soal keselamatan untuk bekerja dengan lebih bersungguh­sungguh bagi mengembalikan keamanan dan menjamin keadaan aman berpanjangan dengan menguatkuasakan undang-undang dan hukuman. Tindakan yang tegas dan peraturan yang sistematik telah dilaksanakan pada masa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah bagi menja­min raja-raja di negeri jajahan Melaka tidak mengguna­kan kuasa secara berleluasa serta bagi memastikan raja-raja itu melaksanakan pemerintahan dengan penuh keadilan dan saksama.

4.3.            Sultan Mahmud Syah walaupun terkenal sebagai seorang raja yang kejam dan tidak berperikemanusiaan, namun dalam usianya meningkat tua, dengan pengalaman yang se­makin bertambah luas, baginda boleh membuat pertimban­gan yang lebih wajar. Di waktu usianya semakin bertambah, baginda telah insaf dan timbul kesedaran bahawa sesuatu tindakan atau keputusan yang akan dibuat seharusnya mendapat persetujuan hasil daripada muafakat dan perbin­cangan dengan pembesar-pembesar yang lebih tua, lebih berpengalaman. Sebab itulah apabila mengetahui bahawa anakandanya Raja Ahmad mengenepikan menteri-menteri yang tua, Sultan Mahmud bertindak membunuh anakan­danya. Baginda juga amat menyesal dengan keterlanjuran membunuh Bendahara Seri Maharaja dan keluarga yang temyata tidak berdosa. Sebagai tanda penyesalannya, ba­ginda turun dari takhta clan menghabiskan sisa-sisa hidup dengan berkhalwat di Hulu Melaka.

5.      Memberi Nasihat dan Pengajaran

Nasihat menasihati antara satu dengan yang lain amatlah dituntut dalam me­ngatur kehidupan agar tidak tergelincir daripada landasan kemanusiaan yang mumi dan abadi. Golongan tua biasanya bertindak sebagai penunjuk ajar, memberi pengajaran ke­pada yang lebih muda dengan harapan tindakan yang dilakukan tidak melampaui batas-batas kemanusiaan serta dapat berlaku adil, tidak menimbulkan masalah atau beban kepada golongan masyarakat di bawahnya. Unsur nasihat dan pengajaran ke arah kebaikan demi kesejahteraan hidup amat jelas melalui wasiat-wasiat. Malah jenis wasiat amat kaya dengan unsur nasihat dan pengajaran.

5.1.             Wasiat Sultan Alauddin Riayat Syah

·       Wasiat pada pembesar negeri; Jikalau suatu khilap bebalnya, sangat-sangat maaf sekalian akan dia, dan tegur ajar, kerana ia lagi budak."

·         Wasiat pada Raja Muhammad; hendaklah banyakbanyak ampun mu akan segala hamba sahayamu, dan baikbaik peliharamu akan dia,jikalau datang kepadamu dua pekerjaan, yakni pekerjaan Allah dengan pekerjaan dunia, maka dahulukan olehmu pekerjaan Allah, tinggal­kan pekerjaan dunia, hendaklah engkau sangat-sangat menyerahkan dirimu ke hadrat Allah Taala. Dan segala anak Melayu, bagaimana besar dosanya, jangan kamu bunch, melainkan dosanya derhaka; kerana segala Melayu itu tanahmu, Jikalau kaubunuh ia dengan tiada dosanya, bahawa kerajaanmu binasa."

6.      Keimanan dan Ketakwaan

Sifat-sifat ini berkait dengan amalan agama Islam. Dengan mengamalkan sifat ketak­waan manusia akan hidup lebih sempuma. Dalam Sejarah Melayu, banyak peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengan soal-soal keimanan ini diceritakan terutama dalam episod-­episod seperti

6.1.             Raja dan pembesar Melaka menuntut ilmu agama daripada guru-guru agama yang datang dari Judah. Sultan Mahmud dan Bendahara Seri Maharaja pemah belajar agama pada Makhdum Sadar Jehan.

6.2.            Kerajaan Melaka semasa pemerintahan Sultan Muzaffir Syah telah, melaksanakan hukuman mengikut Islam iaitu hukuman potong tangan kepada mereka yang me­lakukan kesalahan mencuri.

6.3.            Raja-raja Melaka memerintah dengan penuh adil dan saksama sebagai suatu tuntutan sifat-sifat yang mulia, terpuji di sisi agama Islam.

NILAI KEAGAMAAN DALAM SULALATUS SALATIN

Keagamaan merupakan asas kesusasteraan melayu yang berkait rapat dengan agama Islam kerana kebanyakan penulisnya adalah beragama Islam. Jika dirujuk terus kepada Sulalatus Salatin, terdapat peristiwa kedatangan Islam dimana raja telah memeluk Islam setelah bermimpi bertemu rasulullah dan berjumpa pendakwah yang dating dari Negara arab. Kemudian seluruh rakyat Melaka telah menganut agama Islam dan mengamalkan kehidupan harian menurut cara hidup Islam. Diceritakan juga kegiatan keagamaan termasuklah sembahyang, puasa, menyambut hari raya dan nikah kahwin.Lalu rakyat di Melaka dididik supaya taatkan agama dan pemerintah .Perkataan raja telah ditukar kepada sultan dan nama-nama pemerintah telah menggambarkan agama yang mereka anuti. Perkara-perkara yang menjadi pokok atau asas dalam hal-hal keagamaan seperti rukun iman dan rukun Islam dalam agama Islam.  
Terjemahan amalan agama yang lahir dari rukun Iman dan Islam adalah seperti berikut:

1.       Dedikasi 

Dedikasi bermaksud pengorbanan tenaga, masa dan lain-lain untuk sesuatu. Juga bermaksud ketekunan dan kesungguhan. Berdasarkan Sejarah Melayu, kita dapat meneliti dedikasi Tun Perak terhadap tugasnya. Walaupun pada awalnya beliau hanya seorang berjawatan Penghulu di Kelang, beliau telah menunjukkan dedikasi yang tinggi terhadap tugasnya. Walaupun Kelang jauh daripada kota Melaka, beliau dengan bersungguh-sungguh mematahkan serangan Siam kali pertama. Beliau bersama pengikutnya telah berjaya dalam peperangan itu. Dedikasi beliau dapat dilihat apabila beliau bertindak mengarahkan angkatan tenteranya membawa anak dan isteri mereka. Kehadiran anak dan isteri ini telah menjadikan angkatan Melaka berperang dengan bersungguh-sungguh.

Dedikasi Tun Perak ini telah dilakukan demi negara tercinta. Sikap dedikasi beliau wajar dicontohi oleh generasi terkemudian termasuk diri seorang pelajar. Sebaliknya jika sikap dedikasi ini tidak wujud dalam diri, mungkin Melaka akan dikalahkan dan ditakluk oleh Siam. Dedikasi Tun Perak juga dapat dilihat ketika beliau menjaga sultan Mahmud ketika gering kerana sakit berak-berak. Ketika itu sultan Mahmud masih kecil dan perlu diambil perhatian. Tun Perak bersama Hang Tuah telah menjaga sultan dengan penuh kesungguhan. Baginda telah disuapkan makanan dan dimandikan. Semua keperluan sultan telah diurus dengan baik sehingga baginda sembuh. Walaupun Tun Perak seorang bendahara pada masa itu, tetapi beliau amat dedikasi dan memainkan peranan seperti seorang  bapa.

Jika Tun Perak dan Hang Tuah tidak menjaga sultan sehingga sembuh, mungkin sesuatu yang mudarat akan berlaku dan seterusnya memberi kesan kepada sistem pentadbiran Melaka. Sifat dedikasi seperti ini patut diamalkan oleh setiap individu yang telah diberi tugas tertentu. Sikap dedikasi berkait rapat dengan soal keikhlasan. Oleh itu tu Perak dilihat lebih berdedikasi berbanding Hang Tuah. Ini adalah kerana apabila keduanya dikurniakan usungan, Tun Perak tidak menggunakan kesempatan itu. Berbanding dengan Hang Tuah, yang telah mengambil kesempatan dengan menggunakan usungan tersebut.


2.      Amanah

Amanah adalah satu hak yang dipertanggungjawabkan kepada seseorang samada tanggungjawab itu milik Allah (hak Allah) mahupun hak manusia (hak insan) baik berupa pekerjaan mahupun perkataan dan pekerjaan hati.

Pengertian amanah bererti menempatkan sesuatu pada tempatnya yang wajar, seperti sesuatu kedudukan tidak diberikan kecuali kepada orang yang betul-betul berhak dan yang betul-betul mampu menunaikan tugas dan kewajipannya dengan benar.

Sebagai contoh, Maulana Abu Bakar seorang yang amanah kerana menunaikan permintaan gurunya Maulana Ishak agar membawa kitab Duril-Mazlum ke Melaka bagi tujuan menyebarkan agama Islam. Sifat amanah beliau menyebabkan ajaran Islam tersebar dan diamalkan di Melaka

3.      Ikhlas

Hati yg bersih dan jujur; suci hati; rela: Kalau hendak menolong, tolonglah dgn ~. mengikhlaskan melakukan (memberikan) sesuatu dgn ikhlas; merelakan

Ikhlas berkait dengan redha. Redha ialah menerima dengan rasa tenang tanpa ada rasa kecewa atau tertekan dengan apa yang diberikan oleh Allah kepada  kita baik berupa hukum dan peraturan qadha' mahupun sesuatu ketentuan daripadaNya. Sebenarnya, sifat redha ini adalah daripada sifat makrifah serta mahabbah kita kepada Allah Taala untuk mendekatkan lagi diri kita kepadaNya.

Maulana Abu Bakar yang ikhlas mengembara ke Melaka bagi mengembangkan ajaran Islam. Apabila beliau diarahkan oleh gurunya untuk ke Melaka, beliau tidak membantah malah terus bersetuju dengan penuh ikhlas membawa kitab Duril Mazlum ke Melaka.

4.      Bertanggungjawab

Tanggungjawab merupakan sesuatu tugas yang wajib dilaksanakan oleh sesorang insan. Tanggungjawab yang diberikan perlu dilakukan agar sesorang insan dapat melaksanakan perintah yang diberikan.

Tun Perak bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tanggungjawab Beliau bertanggungjawab mematahkan serangan Siam walaupun Tun Perak sebagai penghulu di Kelang. Beliau bertanggungjawab dengan mengarahkan mereka berperang dengan membawa bersama anak isterinya.

NILAI KEMASYARAKATAN DALAM SULALATUS SALATIN

Masyarakat yang mempunyai ilmu

Ilmu adalah salah satu indikator penting bagi seseorang insan yang menunjukkan dirinya telah maju dalam kehidupannya. Orang berilmu tidak akan sesat jalan dan sentiasa mempunyai idea untuk terus memajukan diri. Umpamanya seseorang yang mempunyai ilmu perniagaan, tentunya akan lebih maju dan berjaya dalam perniagaannya berbanding dengan seseorang yang tidak mempunyai ilmu.
Ilmu mampu membangunkan modal insan pada hadapan Istilah modal insan adalah mendekati maksud sumber manusia Golongan manusia yang boleh dikategorikan sebagai modal insan adalah dari golongan anak-anak kecil sehinggalah para pelajar di institusi pengajian tinggi. Golongan ini perlu diajar dan diddik supaya menjadi insan yang berguna pada masa hadapan. Matlamat pendidikan ilmu keatas mereka bukan bermaksud ke arah pembangunan fizikal semata-mata tetapi termasuklah pembangunan spiritual.
Ilmu hulubalang yang hebat yang dimiliki oleh Hang Tuah menjadikan beliau seorang yang berani. Dengan ilmu hulubalang yang dimilikinya, Hang Tuah dapat mengalahkan prajurit Majapahit dan membuktikan bahawa pahlawan Melaka mempunyai ilmu kepahlawanan yang lebih tinggi.

Masyarakat yang dipandang tinggi dan dihormati

Penghormatan ini datang dengan sendirinya sekiranya kita membuktikan kelimuan kita dan beramal dengan ilmu yang telah dipelajari. Maulana Abu Bakar dihormati oleh sultan kerana dirinya kaya dengan ilmu pengetahuan. Sultan sanggup menanggalkan pakaian diraja kerana merasakan ilmu Maulana Abu Bakar lebih bernilai dari jawatannya

Masyarakat yang bijak

Bijak bermaksud tajam akal dan kepandaian menggunakan akal budi ketika bertindak samada menggunakan ilmu atau pengalamannya. Tun Perak merupakan seorang yang bijak. Kemampuannya merancang strategi peperangan ketika berperang dengan Siam adalah bukti yang paling nyata. Pada peperangan kali pertama, beliau telah membuat strategi berperang dengan membawa anak isteri ketika di Kelang. Strateginya telah membuahkan hasil dan serangan Siam dapat dipatahkan.

Masyarakat yang amanah.

Amanah bermaksud kepercayaan yang diletakkan kepada seseorang. Amanah mampu membela hak manusia agar sentiasa terjamin. Amanah mampu membentuk masyarakat yang adil dan menjauhkan diri dari perasaan tidak puas hati di kalangan mereka
Dalam teks Sulalatus Salatin, Maulana Abu Bakar seorang yang amanah kerana menunaikan permintaan gurunya Maulana Ishak agar membawa kitab Duril-Mazlum ke Melaka bagi tujuan menyebarkan agama Islam. Sifat amanah beliau menyebabkan ajaran Islam tersebar dan diamalkan di Melaka

  • Share:

You Might Also Like

60 comments

  1. Satu penerangan yang baik dan jelas . Well done��

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas maklumat yang dikongsikan. Sangat membantu 😊

    ReplyDelete
  3. Bermanfaat untuk dijadikan rujukan 😀

    ReplyDelete
  4. Penerangan yang jelas, terperinci dan penyusunan serta contoh yang mudah difahami

    ReplyDelete
  5. Information yang bagus . Good job👍

    ReplyDelete
  6. Pengetahuan baru bagi saya...terima kasih

    ReplyDelete
  7. Banyak info yang berguna. Teruskan kongsi ilmu.Terima kasih.

    ReplyDelete
  8. Terima kasih berkongsi maklumat.... 😀

    ReplyDelete
  9. Bagus dah mudah difahami...memudahkan pelajar untuk membuat rujukan

    ReplyDelete
  10. Perkongsian yg menarik dan contoh yg mudah untuk difahami ..

    ReplyDelete
  11. pada penerangan yang pertama, mungkin boleh definisikan dahulu apa itu salalatus salatin. kemudian disusuli dengan penerangan yang selanjutnya. Tapi apa-apa pun, well done. nice job!

    ReplyDelete
    Replies
    1. baiklah terima kasih zu atas komen yang membina itu, akan diperbaiki dari masa ke semasa :)

      Delete
  12. Perkongsian Yang menarik Dan mudah faham. Good job ayu ❤

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. Informasi yg bagus..snang difahami..good job😃

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks azirah, semoga bermanfaat untuk awak ye

      Delete
  15. Informasi yg bagus.mudah di fahami

    ReplyDelete
  16. Perkongsian maklumat yang mudah difahami dan sangat bermanfaat utk saya.

    ReplyDelete
  17. Perkongsian maklumat yang mudah difahami dan sangat bermanfaat utk saya.

    ReplyDelete
  18. Sangt mudah difahami. Tahniah

    ReplyDelete
  19. terima kasih ! sangat bermanfaat untuk dijadikan sebagai rujukan. Blog yg sangat cantik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih, semoga memberi manfaat kepada anda :)

      Delete
  20. Ilmu yang sangat berguna untuk dirujuk. Terima kasih

    ReplyDelete
  21. penggunaan kesan khas yang sangat menarik dalam blog

    ReplyDelete
  22. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  23. Pengisian maklumat yang padat serta mudah untuk dijadikan rujukan

    ReplyDelete
  24. Terima kasih atas perkongsiannya

    ReplyDelete
  25. Satu perkongsian yang baik dan berguna, diharapkan dapat menjadi rujukan kepada para guru mahupun pelajar.

    ReplyDelete