GAYA BAHASA DALAM SEJARAH MELAYU
By ayurahman - 2:32:00 AM
Gaya
Bahasa dalam Sejarah Melayu
Gaya bahasa merupakan cara penyampaian
para intelektual meluahkan buah fikiran mereka mengikut pengetahuan penggunaan
kata-kata dan penyusunan ayat untuk menimbulkan seni dalam hasil karya
kesusasteraan. Gaya bahasa juga bertujuan untuk melembutkan lagi makna
percakapan dan juga mengindahkan bahasa itu. secara keseluruhan, gaya bahasa
merupaka corak, bentuk kata-kata dan penyusunan kalimat yang digunakan untuk
berhubung sama ada secara tulisan atau lisan.
Tun
seri Lanang menggunakan gaya bahasa bentuk smie dalam sulalatus salatin.
Penggunaan unsur smile telah enimbulkan keindahan dengan membandingkan dengan
perkara lain yang mempunyai maksud yang sama. Perkataan seperti, bak,
laksana,dan bagai merupakan unsur smile. Contoh penggunaan smile ialah seperti ular terbelit-belit lakunya
(Sulalatus Salatin, 175)
Selain
itu, unsur personafikasi juga telah digunakan oleh tun seri lanang. Unsur ini
dilihat mampu menghasilkan karya sastera lebih nyata dan menjadikan karya sastera lebih nyata dan
menarik. personafikasi merupakan unsur memberikan sifat manusia kepada benda
bukan hidup.antara perkara yang boleh diberikan kpada benda tidak hidup seperti
perasaan, perwatakan, atau tindak tanduk . contonya penggunaan unsur
personafikasi ialah maka bertemulah kedua
gajah itu lalu berperang
(Sulalatus Salatin, 11)
Hikayat
Sulaltus Salatin juga menggunakan unsur hiperbola yang dilihat mampu menarik
perhatian pembeca. Unsur ini adakalnya dilihat sebagai suatu yang tidak logic
tetapi dengan adanya unsur ini dapat menarik minat pembaca. Dalam Sulalatus Salatin,
pengarang berjaya mengaplikasikasikan unsur-unsur persekitaran dalam karya
penulisan mereka. keadaan ini dapat diperhatikan dalam petikan berikut
“Daripada kebanyakkan ra’ayat berjalan itu
segala hutan belantara pun habis menjadi padang,
bumi pun bergetar seperti gempa, gunung-gunung pun bergerak, runtuh
Kemuncaknya.
Maka, segala bukit yang tinggi-tinggi itu pun habis menjadi rata, segala sungai
yang besar-besar pun menjadi kering, jadi darat “
(Sulalatus Salatin, 15)
Karya
Sulalatus Salatin juga mempunyai unsur-unsur sindiran kerana budaya Melayu
sering menggunakan bahasa halus untuk menyindir seseorang. Perkara ini lebih
beradab berbanding sindiran yang boleh menjatuhkan maruah seseorang. Oleh itu,
sindiran akan dilakukan secara sembunyi. Hal ini dapat dilihat melalui watak
Tun Mai Ulat Bulu yang belajar mengaji daripada Makhdum Sadar Jahan. Peristiwa
ini sebenarnya menyindir gologan pendidik yang tidak sabar dalam menyampaikan
pelajaran kepada murid-muridnya. Pengajaran yang bersifat gopoh ini memberi
kesan kepada anak didik untuk mengikuti setiap ajaran guru.
Sulalatus
Salatin yang mengungkapkan percakapan yang baik sehingga tidak menyinggung
perasaan orang lain secara terus. Tun Seri Lanang juga ada menerapkan
penulisannya mengenai gambaran realiti kehidupan masyarakat pada zaman silam
yang tepu dengan kisah suka dan duka. Setiap yang berlaku dalam Sulaltus
Salatin mempunyai iktibar untuk meneruskan kelangsungan warisa nenek moyang
kita.
Di
samping itu, dalam Sulalatus Salatin ada menggunakan puisi Melayu tradisi iaitu
gaya bahasa Melayu lama. Corak penulisan yang digunakan juga termasuklah
penggunaan dialof dan monolog walaupun karangannya jelas mempunyai unsur
naratif puisi. Rangkap-ramgkap puisi yang digunakan untuk beberapa tempat yang
tertentu sewaktu menceritakan sesuatu peristiwa untuk memberi kesan yang lebih
mendalam dan untuk menjelaskan sesuatu peristiwa dan watak yang hendak
ditonjolkan. Walaupun begitu, ada ketikanya usaha puisi ini diselitkan bagi
mengkritikkan golongan tertentu terutamanya raja. Antara jenis puisi yang biasa
digunakan ialah pantun, gurindam dan peribahasa. Perkara ini dapat diperhatikan
dalam petikan dibawah
Telur itik dari Senggora,
Pandan tersandar di
batang tuli,
Darahnya titik di Singapura,
Badannya terhantar di
Langkawi
(Sulalatus Salatin, 68)
Petikan
ini dapat dilihat sewaktu pembunuhan Tun Jana Khatib. Daripada peristiwa
tersebut, maka terciptalah pantun yang mempunyai kaitan yang rapat dengan kes
pembunuhan tersebut. ketika dibunuh, diceritakan darahnya sahaja menitik ke
bumi sedangkan badanya ghaib. Ada yang mengatakan bahawa badan Tun Jana Khatib
terlantar di Langkawi dan ditanam di sana.
Unsur
ini juga dapat dilihat apabila Singapura di langgar todak yang telah
menghasilkan sebuah seloka mengenainya. Dalam Sulalatus salatin menceritakan “Pada suatu ceritera pada masa todak itu
melompat, datang ke atas gajah Paduka Seri Maharaja, kena baju baginda, maka
diperbuat orang seloka”
(Sulalatus Salatin, 68)
Seloka
yang terhasil adalah daripada peristiwa sewaktu serangan ini menyebabkan menyebabkan
ramai rakyat Singapura terkorban kerana pada awalnya raja menitahkan rakyat
berkubukan betis. Seorang budak telah menyarankan agar berkubukan batang
pisang. Apabila todak melompat, jongornya melekat pada batang pisang. Seloka
pun berbunyi
Carek
baju dilompati todak,
Baharu
menurut kata budak.
(Sulalatus Salatin, 68)
Di samping itu, dalam episod rampasan
kuasa oleh Raja Kasim juga menerapakan penggunaan iaitu setelah Sultan Muhammad Syah mangkat
dan digantikan oleh Raja Ibrahim untuk memerintah Melaka. Hal ini demikian kerana
Sultan Abu Syahid (Raja Ibrahim) masih kecil, maka takhta baginda telah
dikuasai sepenuhnya oleh Raja Rekan iaitu sepupu kepada puteri Rekan, bonda
Sultan Abu Syahid. Ketika Raja Rekan masuk menghadap, orang akan menitir
gendang raya dan sekalian orang pun berkampung. Lantaran dibuat nyanyian
seperti berikut
Gendang
ria dapat berbunyi,
Raja
Rekan masuk menghadap,
Orang
kaya apa disembunyi,
Dendanm sahaya dapat berdapat.
(Sulalatus Salatin, 82)
Masyarakat Melayu begitu kaya dengan budi
pekertinya. Hal ini telah berjaya digambarkan oleh Tun Seri Lanang dalam
karyanya, Sejarah Melayu. Adat istana Diraja turut dimuat dalam karya beliau
bagi memperlihatkan kedaulatan raja-raja Melayu. Lantaran itu, terbuktilah
bahawa puisi-puisi yang dihasilkan sebenarnya menggambarkan pujian, sindiran
kepada golongan pemerintah selain menggambarkan peristiwa yang berlaku.
Di samping itu, dalam Sulalatus Salatin
ini juga ada menggunakan Bahasa Istana. Bahasa istana merupakan antara perkara
penting dalam penghasilan Sulalatus Salatin. Tidak dinafikan penggunaan bahasa
istana dalam karya bahasa Melayu klasik kerap berlaku berbanding dalam karya
Melayu Moden. Watak utama dalam karya bahasa Melayu klasik adalah daripada
watak istana yang melibatkan sultan, permaisuri, anakanda, dayang, pembesar dan
rakyat sahaya. Oleh hal yang demikian, penggunaan bahasa istana diperlukan
untuk mewarnai karya sastera tersebut agar lebih menarik dengan keindahan
bahasa istana yang lembut dan berlapik. Penggunaan bahasa istana juga
membabitkan keluarga diraja. Perkara ini dijelaskan melalui
...“Berkenanlah
kita akan kehendak saudara kita itu, tetapi jangan saudara kita bersusah-susah
menyuruh anakanda baginda ke mari; biarlah kita menghantar anak kita ke
Singapura.”
(Sulalatus Salatin, 43)
Kisah di atas adalah berkenaan Raja Singapura menghantar utusan yang
diketuai oleh Aria Bupala dan Maha Indera Bijaya ke Benua Keling untuk meminang
puteri Nila Pancadi. Raja Benua Keling itu menghantar puterinya ke Singapura
untuk dikahwinkan dengan Raja Kecil Besar.
Akhir sekali, penggunaanya imbuhan –nya
juga sering digunakan dalam Sulalatus Salatin. Karya klasik atau karya agung
juga turut menggunakan penggunaan imbuhan ‘nya’ untuk mengekalkan unsur estetik
dalam karya. Penggunaan imbuhan ‘nya’ boleh digunakan bagi menggantikan ganti
nama yang diulang beberapa kali. Ganti nama tunjuk atau perkataan-perkataan
yang tidak diperlukan boleh diabaikan bagi tujuan meringkaskan sesebuah ayat. Penggunaan
imbuhan ‘nya’ ini bertujuan mengelakkan daripada kekerapan menggunakan ayat
yang panjang seterusnya menjadikan karya tersebut suatu karya yang tidak
menarik, menyebabkan pembaca menjadi bosan untuk menimati sesebuah karya.
Sebagai contoh ayat yang menggunakan imbuhan ‘nya’ dalam hikayat Hang Tuah
ialah
Maka
Sang Sapurba terlalu sukacita melihat isterinya hamil itu. Setelah genablah
bulanya, maka tuan puteri pun berputeralah seorang lelaki, terlalu elok rupanya
sikapnya.
(Kassim Ahmad, 11)
Berdasarkan contoh ayat di atas,
menunjukkan pemulis telah mengulang sebanyak empat kali imbuhan ‘nya’ dalam
satu ayat. Ayat tersebut ditulis sebegitu bagi menjelasakan kepada pembaca
bahawa Sang Sapurba mempunyai anak seramai empat orang. Penggunaan ayat yang
panjang dan berulang-ulang ini akan menjadikan sesebuah ayat itu berbelit-belit
dan sukar difahami. Keadaan ini menunjukkan bahawa penulis sangat bijak
menggunakan bahasa dan memperlihatkan unsur estetik dalam karya tersebut.
Keindahan karya juga terletak kepada kebijaksanaan penulis untuk menterjemahkan
jalan cerita menggunakan seni bahasa yang dapat menarik minat pembaca.
11 comments
terima kasih share info penting ni.. sgt membantu... teruskan usaha anda..
ReplyDeleteterima kasih moga bermanfaat :)
DeleteTerima kasih, semoga dapat dimanfaatkan 😊
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTerima kasih untuk info ini. Keep it up 😉
ReplyDeleteTerima kasih
DeleteTerima kasih atas perkongsiannya
ReplyDeletesama-sama moga bermanfaat :)
Deleteperkongsian isi yang boleh dijadikan sumber rujukan
ReplyDeleteterima kasih moga bermanfaat :)
DeleteApa maksud berputeralah??
ReplyDelete