GAYA BAHASA DALAM SEJARAH MELAYU

By ayurahman - 2:32:00 AM


Gaya Bahasa dalam Sejarah Melayu
Gaya bahasa merupakan cara penyampaian para intelektual meluahkan buah fikiran mereka mengikut pengetahuan penggunaan kata-kata dan penyusunan ayat untuk menimbulkan seni dalam hasil karya kesusasteraan. Gaya bahasa juga bertujuan untuk melembutkan lagi makna percakapan dan juga mengindahkan bahasa itu. secara keseluruhan, gaya bahasa merupaka corak, bentuk kata-kata dan penyusunan kalimat yang digunakan untuk berhubung sama ada secara tulisan atau lisan.
            Tun seri Lanang menggunakan gaya bahasa bentuk smie dalam sulalatus salatin. Penggunaan unsur smile telah enimbulkan keindahan dengan membandingkan dengan perkara lain yang mempunyai maksud yang sama. Perkataan seperti, bak, laksana,dan bagai merupakan unsur smile. Contoh penggunaan smile ialah seperti ular terbelit-belit lakunya
                                                                                                            (Sulalatus Salatin, 175)
            Selain itu, unsur personafikasi juga telah digunakan oleh tun seri lanang. Unsur ini dilihat mampu menghasilkan karya sastera lebih nyata  dan menjadikan karya sastera lebih nyata dan menarik. personafikasi merupakan unsur memberikan sifat manusia kepada benda bukan hidup.antara perkara yang boleh diberikan kpada benda tidak hidup seperti perasaan, perwatakan, atau tindak tanduk . contonya penggunaan unsur personafikasi ialah maka bertemulah kedua gajah itu lalu berperang
                                                                                                            (Sulalatus Salatin, 11)
            Hikayat Sulaltus Salatin juga menggunakan unsur hiperbola yang dilihat mampu menarik perhatian pembeca. Unsur ini adakalnya dilihat sebagai suatu yang tidak logic tetapi dengan adanya unsur ini dapat menarik minat pembaca. Dalam Sulalatus Salatin, pengarang berjaya mengaplikasikasikan unsur-unsur persekitaran dalam karya penulisan mereka. keadaan ini dapat diperhatikan dalam petikan berikut
            “Daripada kebanyakkan ra’ayat berjalan itu segala hutan belantara pun habis menjadi     padang, bumi pun bergetar seperti gempa, gunung-gunung pun bergerak, runtuh
Kemuncaknya. Maka, segala bukit yang tinggi-tinggi itu pun habis menjadi rata, segala sungai yang besar-besar pun menjadi kering, jadi darat “
                                                                                                                                                                                                                                                            (Sulalatus Salatin, 15)
            Karya Sulalatus Salatin juga mempunyai unsur-unsur sindiran kerana budaya Melayu sering menggunakan bahasa halus untuk menyindir seseorang. Perkara ini lebih beradab berbanding sindiran yang boleh menjatuhkan maruah seseorang. Oleh itu, sindiran akan dilakukan secara sembunyi. Hal ini dapat dilihat melalui watak Tun Mai Ulat Bulu yang belajar mengaji daripada Makhdum Sadar Jahan. Peristiwa ini sebenarnya menyindir gologan pendidik yang tidak sabar dalam menyampaikan pelajaran kepada murid-muridnya. Pengajaran yang bersifat gopoh ini memberi kesan kepada anak didik untuk mengikuti setiap ajaran guru.
            Sulalatus Salatin yang mengungkapkan percakapan yang baik sehingga tidak menyinggung perasaan orang lain secara terus. Tun Seri Lanang juga ada menerapkan penulisannya mengenai gambaran realiti kehidupan masyarakat pada zaman silam yang tepu dengan kisah suka dan duka. Setiap yang berlaku dalam Sulaltus Salatin mempunyai iktibar untuk meneruskan kelangsungan warisa nenek moyang kita.
            Di samping itu, dalam Sulalatus Salatin ada menggunakan puisi Melayu tradisi iaitu gaya bahasa Melayu lama. Corak penulisan yang digunakan juga termasuklah penggunaan dialof dan monolog walaupun karangannya jelas mempunyai unsur naratif puisi. Rangkap-ramgkap puisi yang digunakan untuk beberapa tempat yang tertentu sewaktu menceritakan sesuatu peristiwa untuk memberi kesan yang lebih mendalam dan untuk menjelaskan sesuatu peristiwa dan watak yang hendak ditonjolkan. Walaupun begitu, ada ketikanya usaha puisi ini diselitkan bagi mengkritikkan golongan tertentu terutamanya raja. Antara jenis puisi yang biasa digunakan ialah pantun, gurindam dan peribahasa. Perkara ini dapat diperhatikan dalam petikan dibawah
            Telur itik dari Senggora,
                        Pandan tersandar di batang tuli,
            Darahnya titik di Singapura,
                        Badannya terhantar di Langkawi
                                                                                                                 (Sulalatus Salatin, 68)
            Petikan ini dapat dilihat sewaktu pembunuhan Tun Jana Khatib. Daripada peristiwa tersebut, maka terciptalah pantun yang mempunyai kaitan yang rapat dengan kes pembunuhan tersebut. ketika dibunuh, diceritakan darahnya sahaja menitik ke bumi sedangkan badanya ghaib. Ada yang mengatakan bahawa badan Tun Jana Khatib terlantar di Langkawi dan ditanam di sana.
            Unsur ini juga dapat dilihat apabila Singapura di langgar todak yang telah menghasilkan sebuah seloka mengenainya. Dalam Sulalatus salatin menceritakan “Pada suatu ceritera pada masa todak itu melompat, datang ke atas gajah Paduka Seri Maharaja, kena baju baginda, maka diperbuat orang seloka”
                                                                                                                   (Sulalatus Salatin, 68)
            Seloka yang terhasil adalah daripada peristiwa sewaktu serangan ini menyebabkan menyebabkan ramai rakyat Singapura terkorban kerana pada awalnya raja menitahkan rakyat berkubukan betis. Seorang budak telah menyarankan agar berkubukan batang pisang. Apabila todak melompat, jongornya melekat pada batang pisang. Seloka pun berbunyi
Carek baju dilompati todak,  
Baharu menurut kata budak.
       (Sulalatus Salatin, 68)
Di samping itu, dalam episod rampasan kuasa oleh Raja Kasim juga menerapakan penggunaan  iaitu setelah Sultan Muhammad Syah mangkat dan digantikan oleh Raja Ibrahim untuk memerintah Melaka. Hal ini demikian kerana Sultan Abu Syahid (Raja Ibrahim) masih kecil, maka takhta baginda telah dikuasai sepenuhnya oleh Raja Rekan iaitu sepupu kepada puteri Rekan, bonda Sultan Abu Syahid. Ketika Raja Rekan masuk menghadap, orang akan menitir gendang raya dan sekalian orang pun berkampung. Lantaran dibuat nyanyian seperti berikut
Gendang ria dapat berbunyi,
Raja Rekan masuk menghadap,
Orang kaya apa disembunyi,
            Dendanm sahaya dapat berdapat.
       (Sulalatus Salatin, 82)
Masyarakat Melayu begitu kaya dengan budi pekertinya. Hal ini telah berjaya digambarkan oleh Tun Seri Lanang dalam karyanya, Sejarah Melayu. Adat istana Diraja turut dimuat dalam karya beliau bagi memperlihatkan kedaulatan raja-raja Melayu. Lantaran itu, terbuktilah bahawa puisi-puisi yang dihasilkan sebenarnya menggambarkan pujian, sindiran kepada golongan pemerintah selain menggambarkan peristiwa yang berlaku.
Di samping itu, dalam Sulalatus Salatin ini juga ada menggunakan Bahasa Istana. Bahasa istana merupakan antara perkara penting dalam penghasilan Sulalatus Salatin. Tidak dinafikan penggunaan bahasa istana dalam karya bahasa Melayu klasik kerap berlaku berbanding dalam karya Melayu Moden. Watak utama dalam karya bahasa Melayu klasik adalah daripada watak istana yang melibatkan sultan, permaisuri, anakanda, dayang, pembesar dan rakyat sahaya. Oleh hal yang demikian, penggunaan bahasa istana diperlukan untuk mewarnai karya sastera tersebut agar lebih menarik dengan keindahan bahasa istana yang lembut dan berlapik. Penggunaan bahasa istana juga membabitkan keluarga diraja. Perkara ini dijelaskan melalui
...“Berkenanlah kita akan kehendak saudara kita itu, tetapi jangan saudara kita bersusah-susah menyuruh anakanda baginda ke mari; biarlah kita menghantar anak kita ke Singapura.”
  (Sulalatus Salatin, 43)
            Kisah di atas adalah berkenaan Raja Singapura menghantar utusan yang diketuai oleh Aria Bupala dan Maha Indera Bijaya ke Benua Keling untuk meminang puteri Nila Pancadi. Raja Benua Keling itu menghantar puterinya ke Singapura untuk dikahwinkan dengan Raja Kecil Besar.
Akhir sekali, penggunaanya imbuhan –nya juga sering digunakan dalam Sulalatus Salatin. Karya klasik atau karya agung juga turut menggunakan penggunaan imbuhan ‘nya’ untuk mengekalkan unsur estetik dalam karya. Penggunaan imbuhan ‘nya’ boleh digunakan bagi menggantikan ganti nama yang diulang beberapa kali. Ganti nama tunjuk atau perkataan-perkataan yang tidak diperlukan boleh diabaikan bagi tujuan meringkaskan sesebuah ayat. Penggunaan imbuhan ‘nya’ ini bertujuan mengelakkan daripada kekerapan menggunakan ayat yang panjang seterusnya menjadikan karya tersebut suatu karya yang tidak menarik, menyebabkan pembaca menjadi bosan untuk menimati sesebuah karya. Sebagai contoh ayat yang menggunakan imbuhan ‘nya’ dalam hikayat Hang Tuah ialah
Maka Sang Sapurba terlalu sukacita melihat isterinya hamil itu. Setelah genablah bulanya, maka tuan puteri pun berputeralah seorang lelaki, terlalu elok rupanya sikapnya.
                                                                                                                (Kassim Ahmad, 11)
Berdasarkan contoh ayat di atas, menunjukkan pemulis telah mengulang sebanyak empat kali imbuhan ‘nya’ dalam satu ayat. Ayat tersebut ditulis sebegitu bagi menjelasakan kepada pembaca bahawa Sang Sapurba mempunyai anak seramai empat orang. Penggunaan ayat yang panjang dan berulang-ulang ini akan menjadikan sesebuah ayat itu berbelit-belit dan sukar difahami. Keadaan ini menunjukkan bahawa penulis sangat bijak menggunakan bahasa dan memperlihatkan unsur estetik dalam karya tersebut. Keindahan karya juga terletak kepada kebijaksanaan penulis untuk menterjemahkan jalan cerita menggunakan seni bahasa yang dapat menarik minat pembaca.

  • Share:

You Might Also Like

11 comments