FUNGSI MITOS DAN LAGENDA

By ayurahman - 10:35:00 PM


FUNGSI MITOS DAN LAGENDA

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2006), mitos membawa maksud cerita zaman dahulu yang dianggap benar, terutamanya yang mengandungi unsur-unsur konsep atau kepercayaan tentang sejarah awal kewujudan sesuatu suku bangsa, kejadian alam dan sebagainya manakala menurut Harun Mat Piah (2003), lagenda dapat didefinisikan sebagai cerita prosa rakyat yang ditokohi oleh manusia yang ada kalanya mempunyai sifat-sifat luar biasa yang dibantu oleh kuasa dan makhluk lain. 
Menurut Hooykas (1965), mitos berfungsi untuk menceritakan tentang asal usul raja-raja. asal usul raja-raja kerajaan Melayu tua ini kebiasaannya dihubungkan dengan objek-objek seperti buluh, buih dan mayang pinang. pada zaman dahulu, raja dianggap sebagai bayangan Tuhan dan raja semestinya mempunyai sifat-sifat supernatural yang tidak dimiliki oleh rakyat biasa. Hal ini dapat ditonjolkan pada watak Raja Iskandar Zulkarnain dan kemudiannya memiliki keturunan yang bernama Raja Suran yang masuk ke dalam laut dan berkahwin dengan Puteri yang berada di dasar laut kemudian di kurniakan tiga orang cahayamata. kemudian, tiga orang cahayamata yang turun di Bukit Siguntang yang bernama Nila Pahlawan, Nila Utama dan Krisyna Pandita. daripada tiga orang cahayamata Raja Suran ini lah telah menghasilkan jurai keturunan raja-raja Melaka dari Raja Iskandar Zulkarnain sehingga Sultan Mahmud Syah (Sultan Mahmud mangkat dijulang). 
Selain itu, mitos juga berfungsi untuk menceritakan asal usul nama tempat. mitos berkenaan dengan asal usul nama tempat ini selalunya dikaitkan dengan nama-nama binatang dan anasir-anasir alam seperti pokok, semut, singa, pelanduk, anjing dan sebagainya. sebagai contoh, nama Negeri Melaka diambil daripada nama pohon Melaka, tempat Raja Iskandar Syah berehat bersama denga pengikut-pengikutnya. Peristiwa anjing pemburuan baginda ditendang oleh pelanduk putih yang kecil menjadi salah satu faktor Raja Iskandar Syah membuka negeri di situ. 
Menurut Yusoff Iskandar (1986) lagenda berfungsi untuk memperkuat konsep daulat, taat dan derhaka dalam masyarakat Melayu. hal ini dapat ditonjolkan pada watak Hang Tuah dan Hang jebat. Hang Tuah sanggup membunuh kawan baikknya sendiri yang derhaka kepada sultan Mansur Syah kerana sifat taat dan setianya Hang Tuah kepada sultannya walaupun sebelum itu sultannya telah menjatuhkan hukuman bunuh ke atas dirinya kerana dituduh bermukah dengan dayang istana. Hang Tuah juga sanggup terjun ke dalam lubang najis semata-mata untuk menyelamatkan kuda Sultan Mansur Syah. 
Di samping itu, lagenda juga berfungsi untuk memuji serta menunjukkan kekuatan fizikal dan mental orang-orang Melayu. hal ini dapat dilihat pada watak Tun Perak yang bijak dalam mengatur strategi peperangan untuk menumpaskan pihak lawan. Tun Perak atau Bendahara Paduka Raja telah menyuruh dipasangkan api pada pohon-pohon bakau, nyirih, tumu dan api di sepanjang perairan pantai untuk melemahkan angkatan Awi Dicu yang datang dari Siam untuk menyerang Melaka. tipu helah yang dibuat oleh Tun Perak berjaya menakutkan angkatan Awi Dicu yang tersalah anggap bahawa angakatan Melaka ramai. 




  • Share:

You Might Also Like

10 comments

  1. Maklumat yang diberikan lebih mudah difahami kepada pembaca dan sangat bermanfaat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih jijah, semoga memberi manfaat kepada awak

      Delete
  2. Perkongsian yang berguna kepada pelajar-pelajar yang mengambil aliran sastera khususnya

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas perkongsian ilmu yang mudah difahami dan menarik.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas perkongsiannya

    ReplyDelete