WATAK & PERWATAKAN DALAM SULALATUS SALATIN
By ayurahman - 11:57:00 PM
WATAK
DAN PERWATAKAN SULALATUS SALATIN
Raja merupakan manusia dan
institusi terpenting di dalam sesebuah pemerintahan. Raja juga merupakan
manusia yang sangat mulia dan mempunyai pelbagai kelebihan. Raja berkuasa
mutlak dan mempunyai penghubung antara rakyat dengan roh nenek moyang. Konsep
raja berkait rapat dengan keagamaan. Hal ini demikian untuk memperkuatkan
kepercayaan rakyat terhadap kebesaran dan kemuliaan raja. Di dalam hikayat
sulalatus salatin, ia mengaitkan keturunan Raja Iskandar Zulkarnain iaitu
keturunan raja yang sangat agung dalam sejarah dunia. Hal ini demikian kerana
raja mempunyai sifat mulia dan luar biasa yang dikaitkan dengan cerita
mitos misalnya keturunan Raja Suran di Bukit Si Guntang. Raja memiliki daulat.
Konsep daulat ini berkait rapat dengan unsur keagamaan dan kepercayaan
rakyat meyakini sesiapa yang derhaka kepada raja akan mendapat balasan di
akhirat.
Watak dan perwatakan yang terdapat dalam kisah Raja Suran ini ialah Raja
Iskandar Zulkarnain. Baginda merupakan anak kepada Raja Darab yang berketurunan
Rom yang memerintah negeri bernama Makaduniah. Raja Iskandar Zulkarnain
merupakan seorang pahlawan yang berani dan mahsyur. Buktinya,
baginda telah berjaya menakluki banyak negeri contohnya negeri Kinda Hindi.
Baginda juga mempunyai perwatakan yang berperikemanusiaan dan
bertimbang rasa. Buktinya, setelah menakluki negeri Kinda Hinda,
baginda mengembalikan kembali kuasa Raja Kinda Hindi diatas takhta. Beliau
telah berkahwin dengan Puteri Syahrul Bariyah iaitu anakanda kepada Raja Kinda
Hinda. Hasil perkahwinannya dengan Puteri Syahrul Bariyah, mereka dikurniakan
cahaya mata yang bernama Raja Aristun Syah yang telah membawa kepada jurai
keturunan sehingga kepada Raja Suran.
Selain itu, melalui watak dan perwatakan Raja Suran. Baginda digambarkan
sebagai seorang Raja yang sangat berani. Sikap berani ini perlu
dimiliki oleh setiap pemerintah agar negerinya tidak mudah dikalahkan. Sebagai
bukti keberanian yang ditunjukkan oleh Raja Suran adalah apabila beliau telah
berjaya menakluki kesemua negeri kecuali negeri Cina. Oleh itu, baginda mahu
menaklukinya. Di dalam perjalanan menakluki negeri Cina, baginda sempat
menakluki negeri Gangga Negara dan negeri langgiu dihulu Sungai Johor. Selain
itu, baginda juga digambarkan sebagai seorang yang berfikiran jauh.
Hal ini demikian kerana apabila baginda berhajat untuk menakluki negeri Cina,
Raja Cina telah menghantar rombongan untuk berjumpa Raja Suran dengan
mengatakan bahawa negeri Cina itu terletak pada kawasan yang sangat jauh
sehinggakan besi sebesar lengan akan haus sehingga menjadi sepucuk jarum
sahaja. Lalu baginda membatalkan hajatnya untuk menakluki negeri Cina kerana
baginda mengambil kira keadaan masa depan angkatannya kerana terlalu jauh dan
mengambil masa yang sangat lama untuk sampai di negeri Cina. Raja Suran
juga seorang yang berperwatakan kreatif dan mempunyai pemikiran yang
tajam serta proaktif. Hal ini dibuktikan dengan keinginan baginda untuk
meneroka dunia bawah laut. Raja Suran masuk ke dalam laut dengan menggunakan
peti kaca yang berpesawat. Baginda tiba dinegeri Dika. Kaumnya berbangsa
Bu Sum yang penduduknya setengah Islam dan setengah kafir. Seterusnya, baginda
juga seorang yang bersifat istimewa kerana dikurniakan
sifat-sifat supernatural. Hal ini dibuktikan apabila baginda boleh hidup dalam
dunia daratan dan dunia bawah laut. Semasa baginda hidup di dunia bawah laut,
baginda telah berkahwin dengan Puteri Mahtabul Bahri dan dikurniakan tiga
orang anak iaitu Nila Utama, Nila Pahlawan dan Krisyna Pandita. Akhir sekali,
Raja Suran merupakan seorang raja yang mempunyai kuasa sakti. Bukti
yang menunjukkan bahawa Raja Suran mempunyai kesaktian adalah baginda boleh
berhubung dengan makhluk halus. Contohnya apabila Raja Suran telah menyuruh
raja jin iaitu Asmaghiah Peri mendapatkan tiga buah mahkota dari
perbendaharaan Nabi Sulaiman. Lalu Raja Suran kembali ke Benua Keling dan
membina negaranya yang dinamakan Bijaya Negara.
Seterusnya ialah Nila Pahlawan. Nila Pahlawan atau nama lainnya ialah Sang Si
Perba merupakan anakanda kepada Raja Suran. Nila Pahlawan digambarkan
sebagai seorang yang mempunyai keistimewaan yang luar biasa. Hal
ini dibuktikan apabila tiga beradik iaitu Nila Pahlawan, Nila Utama dan Krisyna
Pandita telah naik ke bumi dan turun di Bukit Si Guntang, puncak bercahaya
terang pada malam itu, tanah bertukar menjadi warna emas, pohon padi membuahkan
emas, berdaunkan perak dan berbatangkan suasa. Nila Pahlawan juga seorang
yang berjiwa besar. Hal ini demikian kerana apabila Raja Minangkabau iaitu
Patih Suatang telah datang ke Palembang untuk meKX9kmohon seorang daripada anak
Raja Suran untuk dijadikan raja disana, maka Nila Pahlawan telah bersedia untuk
dirajakan disana. Nila Pahlawan juga digambarkan sebagai seorang yang berani.
Keberaniannya dapat dilihat apabila penduduk Minangkabau ingin menguji
kesaktiannya dengan meminta baginda membunuh ular Sakti Mona. Sang Si Perba
telah meminjamkan pedangnya kepada seorang hulubalang yang bernama Permasku
Mambang dan telah berjaya membunuh ular tersebut.
Melalui watak Nila Utama yang digelar sebagai Seri Teri Buana pula, baginda
digambarkan sebagai seorang yang mempunyai tahap kesabaran yang tinggi.
Hal ini dapat dibuktikan apabila Nila Utama mahu beristeri, malangnya semua
anak raja yang ditidurinya mempunyai penyakit kedal sehingga habislah anak-anak
raja yang baik dalam negeri Palembang itu. Suatu hari, Seri Teri Buana telah
mendapat tahu mengenai kecantikan Raden Ratna Cendera Pura iaitu anakanda
Demang Lebar Daun dan ingin mengahwininya. Bagaimanapun, setelah ditiduri oleh
Seri Teri Buana, Raden Ratna Cendera pura tidak kedal. Maka perkahwinan mereka
pun berlangsung. Nila Utama juga seorang yang penyayang. Sebagai
buktinya, selepas sahaja berlangsung perkahwinannya dengan Raden Ratna Cendera
Pura, berlaku perkara pelik iaitu buih-buih yang besar telah hanyut di sungai
dan satu daripada buih tersebut di dalamnya terdapat seorang budak perempuan.
Lalu dijadikan anak angkat oleh Nila Utama dan dinamakan Puteri Tanjung Buih.
Baginda merupakan seorang yang mempunyai kesaktian. Buktinya,
apabila Seri Teri Buana keluar dari Palembang untuk membuka negeri baru,
baginda melewati gunung Lingga namun angkatannya telah kehabisan air minuman.
Untuk mendapatkan air tawar, Seri Teri Buana telah menyuruh mencampakkan
gulungan rotan ke laut dan dia sendiri mencelupkan kakinya ke dalam air laut di
tengah gelungan rotan itu. Maka air laut telah menjadi tawar dan tempat itu
dinamakan Selat Air Tawar. Baginda turut digambarkan sebagai seorang
yang bijaksana. Buktinya, Seri Teri Buana telah bertolak ke Bengkilau dan
berburu sehingga ke Tanjung Sengkuang. Sesampai sahaja baginda disana, anjing
pemburuan baginda telah terjun di laut dihambat oleh pelanduk putih. Seri Teri
Buana berfikir bahawa bagus jika tempat itu diperbuat negeri dan telah
memerintahkan tempat itu ditebas dan dibuat negeri. Bagaimanapun, dari situ
baginda terpandang pula pantai Temasik dan ingin pula ke sana. Sampai sahaja di
Teluk Belanga, angkatan baginda dilanda ribut. Semua harta telah dibuang ke
laut. Untuk meredakan rebut, Seri Teri Buana telah meletakkan mahkota baginda
ke permukaan air laut, lalu ribut pun reda. Di atas bukit dipulau Temasik,
baginda terpandang seekor singa tetapi seonga itu ghaib apabila dipandang oleh
orang ramai. Seri Teri Buana telah mengubah pulau itu daripada Temasik kepada
Singapura dan mahu membuka kerajaan disitu.
Melalui watak Demang Lebar Daun, beliau digambarkan sebagai seorang yang bijaksana.
Hal ini dibuktikan apabila beliau telah memohon untuk diadakan perjanjian
terlebih dahulu sebelum anaknya iaitu Radin Ratna Chendera Puri ingin ditiduri
oleh Seri Teri Buana agar tidak membuang anaknya apa anaknya mendapat penyakit
kedal. Namun setelah ditiduri oleh Seri Teri Buana, anaknya tidak kedal dan
berkahwinlah mereka berdua.
Badang pula digambarkan mempunyai watak dan perwatakan yang bijaksana.
Hal ini dibuktikan apabila pada suatu hari, ikan yang tertangkap dilukah yang
ditahannya telah dimakan oleh hantu. Badang telah menangkap hantu tersebut dan
ingin dibunuh. Namun hantu tersebut menyatakan bahawa dia berjanji akan
menunaikan semua hajat yang diinginkan oleh si badang asalkan badang tidak
membunuhnya. Lalu badang menyatakan bahawa dia ingin menjadi kuat dan gagah.
Untuk itu, hantu meminta badang untuk memakan muntahnya agar dia menjadi
seperti yang dia inginkan. Badang juga digambarkan sebagai seorang yang
kuat dan gagah. Hal ini dibuktikan apabila badang memakan muntah hantu
tersebut, badang telah menjadi kuat dan gagah. Buktinya, Pohon kayu sebesar dua
tiga pemeluk dapat dicabutnya. Hutan yang luas dpat dibersihkan dengan sekejap
sahaja. Kekuatan Badang dapat dilihat dari
beberapa peristiwa. Kayu pengayuh perahunya adalah kayu kempas sebesar
sepemeluk. Selepas tujuh kali berkayuh kayu itu patah. Semasa memanjat pohon
kuras, dia terjatuh. Kepalanya terhempas ke batu dan menyebabkan batu menjadi
pecah. Badang dapat menyorong pilang yang panjang lima belas dengan seorang
diri. Sedangkan orang lain seramai empat lima ratus tidak mampu melakukannya. Dengan
kekuatan badang tersebut, tuannya menjadi kaya raya dan diberi gelaran Orang
Kaya Sayung.
Merah Silu pula digambarkan sebagai seorang yang bertuah. Hal ini
demikian apabila Merah Silu sedang
menahan lukahamun lukahnya asyik terkena cacing gelang sahaja. Kerana terlalu
marah cacing itu direbus. Nasibnya baik, cacing gelang telah bertukar menjadi
emas dan buihnya menjadi perak. Beliau juga merupakan seorang yang
mempunyai sikap kepimpinan. Satu hari Merah Silu pergi berburu. Anjingnya
Si Pasai telah menemui seekor semut besar. Semut besar itu telah ditangkap oleh
Merah Silu dan dimakannya. Tempat itu dibersihkan dan dinamakan Semudra yang
bermaksud semut besar. Negeri Semudra itu telah terkenal hingga ke Mekah.
Syarif Mekah telah memerintahkan seorang nakhoda bernama Sheikh Ismail ke
Semudra. Dia disuruh singgah di negeri Mu’tabari untuk mengambil seorang fakir.
Sultan Muhamad iaitu Raja Mu’tabari telah turun dari takhta dan mengikut rombongan
itu ke negeri Semudra. Sultan Muhammad adalah keturunan dari Abu Bakar
al-Siddik r.a.
Merah Silu juga merupakan seorang yang berhati lembut.
Hal ini demikian kerana beliau mudah untuk menerima ajaran Islam tanpa
mengingkarinya. Buktinya, sebelum sampai ke Semudra, kapal Sheikh Ismail telah
singgah di Fansuri, Lamiri, Haru dan Perlak. Kesemua penduduk di situ telah
memeluk agama Islam tetapi tidak ada yang pandai membaca Qur’an. Merah Silu
juga telah memeluk Islam di tangan fakir Sultan Muhammad itu. Malamnya Merah
Silu telah bermimpi berjumpa Rasulullah. Rasulullah telah meludah ke dalam
mulut Merah Silu. Badan Merah Silu menjadi harum dan dia dapat membaca
al-Qur’an. Sheikh Ismail telah menabalkan Merah Silu dan namanya ditukar
menjadi Sultan Malikul Salleh.
Beliau turut digambarkan sebagai seorang yang berpegang
teguh dengan ajaran Islam. Buktinya, Sultan Malikul Salleh telah
berkahwin dengan Puteri Ganggang, anak raja Perlak. Dia mendapat dua orang anak
yang diberi nama Sultan Malikul Tahir dan Sultan Malikul Mansur.Sultan Malikul
Salleh telah keluar untuk mencari tempat baru untuk dibuat kerajaan bagi
anaknya. Anjing pemburuannya telah menyalak di satu tanah tinggi. Tempat itu
dipandang cantik oleh Sultan Malikul Salleh. Ianya ditebas dan diberi nama
Pasai sempena nama anjing pemburuan baginda. Sultan Malikul Tahir dirajakan di
Pasai itu dengan menterinya bernama Sidi Ali Ghiathu’d Din sebagai
mangkubumi. Sultan Malikul Mansur pula dirajakan di Samudra dengan
menterinya Sidi Ali Yaumid’d Din. Sebelum meninggal dunia, Sultan Malikul
Saleh sempat berwasiat kepada kedua anak dan menteri-menterinya supaya jangan
tamak harta orang, jangan inginkan isteri hamba kamu dan hendaklah hidup
bermuafakat.
Seterusnya ialah melalui watak Raja Syahrun Nuwi. Baginda
disifatkan sebagai seorang yang pendengki. Hal ini dibuktikan
apabila Raja Syahrun Nuwi dengkikan kebesaran kerajaan Pasai. Dia
memerintahkan pahlawannya yang bernama Awi Dicu untuk pergi dan menangkap
rajanya iaitu Sultan Malikul Tahir. Dengan menggunakan tipu helah, Sultan
Malikul Tahir telah berjaya ditangkap dan dibawa ke Siam. Dia dijadikan gembala
ayam di istana. Baginda turut disifatkan sebagai seorang yang korupsi.
Buktinya Sidi Ali Ghiathu’d Din aiitu menteri bagi kerajaan Sultan Malikul
Tahir telah menyamar menjadi saudagar Arab dan telah pergi ke negeri Syahrun
Nuwi itu. Dia telah memberikan berbagai hadiah kepada raja Syahrun Nuwi.
Antaranya ialah sepohon pohon kayu emas dan buahnya dari permata. Papan catur
emas, buahnya permata merah dan hijau. Sepasang itik emas yang boleh berenangan
di dalam air. Kerana termakan dengan rasuah berkenaan Sultan Malikul Tahir pun
dibebaskan.
Seterusnya ialah watak Sultan Malikul Tahir. Baginda disifatkan
sebagai seorang yang menjatuhkan hukum tanpa bukti. Sultan
Malikul Mansur ingin pergi melawat abangnya di Pasai. Keinginannya itu ditegah
oleh menteri Sidi Asma’ Yaudi’d Din. Bagaimanapun baginda pergi juga. Semasa di
Pasai dia telah membawa pulang seorang dayang Sultan Malikul Tahir.
Perbuatannya itu menimbulkan kemarahan Sultan Malikul Tahir. Sultan
Malikul Tahir telah menjemput saudaranya itu untuk majlis berkhatan. Di sana
menteri Sidi Asma’ Yaumiddin dibunuh dan di sula di Pasai. Kepalanya
dibuang ke laut. Kepala menteri itu dijumpai oleh Sultan Malikul
Mansur di laut Padang Maya semasa baginda hendak dibuang ke Manjung. Sultan
Malikul Mansur memohon badan menterinya dikembalikan dan mayatnya ditanam di
Padang Maya. Selepas 3 tahun, Sultan Malikul Tahir telah menyesal di atas
perbuatannya itu dan menjemput saudaranya Sultan Malikul Mansur kembali. Dalam
perjalanan pulang, Sultan Malikul Mansur singgah di Padang Maya dan kemudiannya
meninggal dunia di situ.
Tuan Jana Khatib pula merupakan seorang yang sakti. Tuan
Jana Khatib seorang yang mahir ilmu khayal lillah telah datang ke Singapura.
Dia telah menilik sebatang pohon pinang sehingga terbelah dua. Perbuatannya itu
menimbulkan kemarahan Paduka Seri Maharaja. Katanya Tuan Jana Khatib nak
menunjukkan kebolehan kepada isterinya. Tuan Jana Khatib telah dihukum bunuh.
Sebaik darahnya menitik ke tanah, tubuh Tuan Jana Khatib telah ghaib. Tubuhnya
itu dikatakan muncul di Langkawi. Selepas peristiwa ini, singapura telah
dilanggar oleh ikan-ikan todak. Ramai rakyat Singapura telah terbunuh.
Paduka Seri Maharaja digambarkan sebagai seorang yang
kejam. Buktinya, Paduka Seri Maharaja membunuh Tuan Jana Khatib kerana
hanya cemburu melihat Tuan Jana Khatib menunjukkan kesaktiannya di depan
isterinya dan telah membunuh insan yang banyak memberikan sumbangan dalam
negerinya. Baginda turut digambarkan sebagai seorang yang
kejam. Buktinya, Paduka Seri Maharaja telah menyuruh rakyatnya
berkubukan betis, ini menjadikan semakin ramai rakyatnya
terbunuh. Seorang budak telah mencadangkan supaya berkubu batang
pisang. Kecerdikan budak ini menimbulkan kerisauan di hati pembesar. Mereka
mencadangkan budak itu dibunuh.
Raja Kecil Besar pula mempunyai perwatakan sebagai seorang
yang bertuah. Hal ini demikian kerana baginda telah bermimpi berjumpa
Rasulullah. Di zaman Raja Kecil Besar, baginda telah bermimpi berjumpa
Rasulullah. Rasulullah telah mengajarkannya kalimah tayyibah dan
menukarkan namanya menjadi Sultan Muhammad Syah. Rasulullah juga memberitahu
pada waktu asar esukknya akan tiba sebuah kapal dari Jeddah. Penumpangnya akan
turun solat di pantai. Selepas bangun dari tidur Raja Kecil Besar mendapati
tubuhnya berbau harum dan dia asyik mengulang sebut akan kalimah sehingga
disangka oleh para dayang yang baginda telah dirasuk oleh Syaitan. Baginda
turut digambarkan sebagai seorang yang menyokong pendakwah. Hal ini
demikian apabila Syed Abdul Aziz telah dibawa masuk ke istana dan semua
orangpun telah memeluk agama Islam. Mereka semuanya berguru pada Syed Abdul
Aziz itu. Raja mengubah namanya menjadi Sultan Muhammad Syah. Bendahara
bergelar Seri Wak Raja. Perdana Menteri bergelar Seri Amar Diraja.
Penghulu bendahari pula bergelar Seri Nara Diraja.
Baginda membuat beberapa pantang larang termasuk melarang rakyat
menggunakan kain warna kuning melainkan untuk dibuat kain, baju dan destar.
Rakyat juga tidak boleh berbuat rumah tiang gantung, Perahu tidak boleh
bertingkap dan berpenghadapan. Tidak boleh memakai penduk dan teterapan keris.
Tidak boleh bergelang emas di kaki. Tidak boleh berkeroncong emas kepala perak.
Barangan emas tidak boleh dipakai kecuali dianugerahkan oleh raja. Jika hendak
masuk ke istana perlu memakai kain berpancung, berkeris di hadapan dan
bersebai. Jika keris di belakang akan dirampas. Payung putih khusus untuk raja.
Payung kuning pula untuk putera raja.
Hikayat
Hang Tuah ialah epik kebanggaan Melayu yang menggambarkan kehebatan dan
kehandalan tokoh Hang Tuah sejak beliau masih kecil lagi. Beliau dibantu
oleh empat orang sahabatnya iaitu Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang
Lekui yang sentiasa setia disampingnya. Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya
merupakan lambang kesetiaan bangsa Melayu terhadap raja yang tidak berbelah
bahagi terutamanya dalam masyarakat Melayu feudal.
Hang tuah merupakan watak utama yang terdapat dalam kisah Hang Tuah ini. Hang
Tuah merupakan anak lelaki kepada Hang Mahmud dan Dang Merdu. Hang Tuah
merupakan seorang anak yang taat kepada ibu dan bapanya. Beliau juga
digambarkan sebagai seorang yang mempunyai keberanian yang tinggi.
Hal ini terbukti apabila beliau tidak berasa gentar atau takut semasa orang
mengamuk di kampungnya walhal pada ketika itu usianya hanya 10 tahun.
Keberaniannya juga terserlah apabila beliau berjaya membunuh orang yang
mengamuk itu dengan menggunakan kapak. Selain itu, Hang Tuah juga
digambarkan sebagai seorang yang setia kepada raja. Beliau
merupakan seorang laksamana yang sentiasa setia di samping rajanya iaitu raja
Melaka. Buktinya, Hang Tuah telah mengikut raja Melaka ke Majapahit untuk
berjumpa dengan raja Majapahit iaitu Seri Betara. Semasa disana, beliau
sentiasa menemani raja Melaka walau ke mana sahaja baginda pergi. Hang Tuah
juga seorang yang bijaksana. Hal ini dapat dibuktikan semasa
Hang Tuah menyembah Seri Betara untuk berceritera tentang perintah segala
raja-raja dahulu kala. Dalam keasyikan Hang Tuah berceritera, Patih Gajah Mada
telah mengatur rancangan jahat untuk mengambil keris Taming Sari Hang Tuah
tetapi malangnya rancangan jahat Patih Gajah Mada telah dikesan terlebih dahulu
oleh Hang Tuah. Hang Tuah telah bertindak dengan mangambil keris Patih Gajah
Mada secara senyap. Akibat daripada peristiwa itu, Patih Gajah Mada malu dan
menyatakan bahawa tindakan tersebut hanyalah gurauan.
Hang Jebat pula merupakan watak antagonis. Semangat kepahlawanan dalam
diri Hang Jebat adalah sejak kecil lagi kerana beliau telah mempelajari seni
mempertahankan diri sejak kecil lagi. Bukti kepahlawanannya adalah apabila
Patih Kerma Wijaya telah mengarahkan orang ramai untuk pergi bunuh Hang
Jebat dan mereka telah pergi ke istana dan mengepung kawasan tersebut.
Tetapi Hang Jebat tidak berasa gentar dengan lawannya. Hang Jebat hanya
menghunuskan kerisnya dan berjalan keluar dari istana. Ada juga yang telah
melarikan diri tapi turut dibunuh oleh Hang Jebat. Hang Jebat juga seorang
yang suka berfoya-foya. Hal ini dibuktikan apabila Hang Jebat telah
memberontak atas kematian Hang Tuah yang dituduh secara melulu yang disangkanya
telah dihukum bunuh. Oleh sebab itu, Hang jebat telah tinggal di istana tanpa
seorang pun berani untuk menghalaunya. Hang Jebat telah bermukah dengan dayang,
biduan raja dan gundik raja dalam istana tetapi tiada seorang pun berani
melarang. Mereka tidak berani melarang Hang Jebat kerana raja Melaka telah
menghadiahkan Hang Jebat sebilah keris yang mempunyai sakti yang tersendiri
iaitu Keris Taming Sari. Hang Jebat turut bersikap adil. Hang Jebat
merupakan seorang pahlawan yang sangat adil dan setia kawan. Hang
Jebat menderhaka kerana mendapat tahu raja Melaka menyuruh bendahara membunuh
Hang Tuah. Hal ini demikian kerana pegawai telah menabur fitnah kepada Hang
Tuah dan telah mmengadu perkara tersebut kepada Patih Kerma Wijaya. Kemudian
Patih Kerma Wijaya membawa hal tersebut kepada raja Melaka supaya menjatuhkan
hukuman kepada Hang Tuah yang dianggap jahat itu. Fitnah ini berlaku
akibat daripada sikap cemburu pegawai tersebut terhadap Hang Tuah Melaka dan
dengan yang demikian sahabatnya iaitu Hang Jebat telah menuntut keadilan diatas
kematian Hang Tuah yang dianggap kematiannya tidak adil sama sekali.
Patih Gajah Mada pula merupakan seorang yang setia kepada raja. Di
dalam hikayat Hang Tuah, Patih Gajah Mada merupakan seorang pembesar
kepada raja di Majapahit. Beliau sangat disayangi oleh Seri Betara Majapahit
kerana terlalu pandai berkata-kata dan mengambil hati baginda. Bukti yang
menunjukkan beliau setia kepada raja ialah sewaktu menerima kunjungan daripada
pembesar Melaka iaitu Hang Tuah, Hang Jebat, Patih Kerma Wijaya dan
lain-lain, beliau menurut sahaja perintah Seri Betara agar menyediakan dua buah
kapal yang berisi senjata bagi menjadi pertahanan dan persediaan jika
diserang musuh. Patih Gajah Mada terus mengerah tenteranya agar bersiap
sedia untuk berperang kerana menganggap kunjungan tersebut adalah dari
pihak musuh. Patih Gajah Mada juga digambarkan sebagai seorang
yang licik. Buktinya, mellaui cabaran-cabaran untuk membunuh Hang Tuah
ketika Hang Tuah berada di majapahit untuk meminang anak kepada Seri Betara
iaitu Raden Galuh Mas Ayu. Ia berlaku ketika Hang Tuah baru sampai di
Majapahit. Ketika berjalan-jalan di pasar, tiba-tiba Hang Tuah dan
sahabatnya melihat ada sekumpulan orang yang mengamuk. Sekumpulan pengamuk itu
membunuh orang ramai yang berada di persekitaran tersebut tanpa belas kasihan.
Rupa-rupanya, mereka telah diupah oleh Patih Gajah Mada untuk membuat onar dan
seterusnya membunuh Hang Tuah jika ada peluang.
Seterusnya ialah Raja Melaka. Raja Melaka ini disifatkan sebagai seorang
raja yang zalim terhadap sesiapa sahaja yang tidak disukainya.
Buktinya, baginda sanggup menjatuhkan hukuman bunuh kepada adiknya
sendiri iaitu Si Jaya Nantaka. Hal tersebut berlaku akibat daripada fitnah yang
disebarkan oleh orang yang cemburu dan dengki akan raja Melaka dengan
menaburkan fitnah bahawa adiknya iaitu Si Jaya Nantaka ingin merampas takhta
raja Melaka. Tanpa usul periksa, baginda telah menghukum adiknya sendiri. Pada
mulanya, baginda ingin menjatuhkan hukuman bunuh terhadap Si Jaya Nantaka,
namun setelah dinasihati oleh para pembesar, Si Jaya Nantaka hanya dibuang
negeri. Baginda juga disifatkan sebagai seorang kaki perempuan.
Perwatakan ini dapat dilihat apabila raja Melaka terlalu inginkan Tun Teja yang
merupakan anak Bendahara. Raja Melaka ingin memperisterikan Tun Teja kerana Tun
Teja mempunyai rupa paras yang menawan. Namun Tun Teja tidak mahu menerima
lamaran raja Melaka. Raja Melaka berdukacita dan dinasihati oleh Patih Kerma
Wijaya untuk menghantar rombongan ke Majapahit kerana disana terdapat seorang
puteri yang sangat cantik dan menawan hati sesiapa sahaja yang
memandangnya. Raja Melaka mendengar nasihat tersebut dan serta merta
melupakan pinangannya yang ditolak mentah-mentah oleh Tun Teja. Hal ini
membuktikan bahawa raja Melaka tidak setia dan hanya tertarik kepada
wanita-wanita cantik sahaja. Raja Melaka turut digambarkan sebagai seorang
yang tidak mengenang budi. Hal ini demikian kerana raja Melaka telah
termakan fitnah Patih Kerma Wijaya kerana berasa cemburu dengan raja Melaka
yang melayan Hang Tuah dengan baik. Pada suatu hari, Patih Kerma Wijaya telah
menfitnah Hang Tuah dihadapan Raja dengan mengatakan sudah acap kali melihat
Hang Tuah bermesraan dengan dayang-dayang istana. Raja Melaka telah menghukum
Hang Tuah tanpa usul periksa walhal Hang Tuah adalah orang yang banyak
berkorban untuknya dan laksamana yang sentiasa mematuhi segala perintahnya.
Tun Perpatih Putih merupakan seorang yang amanah. Hal ini demikian
kerana beliau telah diberi tanggungjawab untuk menjadi utusan ke negeri China
untuk menjalinkan hubungan diplomatik antara negeri Melaka dan negara China. Tun
Perpatih Putih, adik bendahara Paduka Raja dihantar pula ke China. Dia membawa
sagu rendang sarat sekapal. Ragu rendang itu kononnya diambil sebiji seorang
dari rakyat Melaka lalu digelek-gelek. Raja China kagum dengan kebesaran negeri
Melaka, lalu berkenan untuk menjadikan raja Melaka sebagai menantunya. Selain
itu, Tun Perpatih Putih digambarkan sebagai seorang yang bijaksana.
Semua rakyat di negara China tidak dibenarkan untuk melihat muka atau wajah
Raja China. Namun dengan kebijaksanaan Tun Perpatih Putih, dapatlah beliau
melihat wajah Raja China tersebut. Untuk melihat Raja China, Tun Perpatih
meminta dihidangkan sayur kangkung yang dipotong panjang-panjang. Untuk makan
dibimbit hujung kangkung itu ke atas. Jadi dapatlah mereka melihat Raja China
yang berada di atas kerusi dalam mulut naga pada mungkur kacanya.
Seterusnya melalui watak Sultan Alauddin. Baginda disifatkan sebagai
seorang yang berjiwa rakyat. Sultan
Alauddin beristeri dua orang. Isteri pertama ada 2 anak iaitu Raja Menawar dan
Raja Zainal. Isteri kedua ada 3 anak iaitu Raja Hitam, Raja Muhammad dan Raja
Zainal.Dalam negeri banyak berlaku kes kecurian. Bagi mengatasi masalah,
baginda sendiri telah keluar meronda bersama Hang Isap dan Hang Ishak, penjawat
sirih santap baginda. Terjumpalah dengan 5 orang pencuri sedang mengusung peti.
Diusirnya pencuri itu. Dia berjaya membunuh 2 orang dan Hang Isap membunuh
seorang, 2 orang lagi berjaya melarikan diri. Setelah itu ia kembali ke istana.
Raja Maluku merupakan seorang yang pandai bersukan. Raja Maluku
telah lari ke Melaka bila negerinya dikalahkan oleh Kastilan. Dia sangat pandai
bermain sepak raga. Ditimangnya 100 – 200 kali barulah diberikan kepada orang
lain. Dia juga sangat gagah, umbi pokok kelapa diparangnya hingga
putus. Begitu juga Telanai Terengganu dan Sultan Alaudin. Telanai Terengganu
melembing pokok kelapa tembus ke sebelah.
Bendahara Paduka Raja disifatkan sebagai seorang
yang merendah diri. Buktinya, Setelah sembuh dari sakit, Sultan Mahmud
menganugerahkan Bendahara dan Laksamana akan usungan. Laksamana menggunakannya
tetapi bendahara tidak. Bila anak-anak buahnya mengomen, Bendahara mengatakan
dia tidak mahu dipandang sama taraf atau lebih mulia dari Raja. Bendahara
turut mempunyai sifat yang baik hati. Buktinya, Bendahara juga
selalu memberikan apa-apa hadiah istimewa yang diterimanya kepada laksamana
seperti perahu, gajah, kuda atau alat senjata. Alasannya supaya Laksamana dapat
memanfaatkan alat-alat itu untuk negara.
Tun Biajid pula merupakan seorang yang penyabar. Hal
ini demikian kerana Sultan Mahmud telah berlaku curang dengan isteri Tun
Biajid ketika Tun Biajid pergi ke Merba. Semasa mahu pulang di waktu dinihari,
dia terserempak dengan Tun Biajid. Tun Biajid hampir melembing Sultan Mahmud
kalaulah tidak dingatnya yang Sultan Mahmud adalah tuannya. Isterinya itu
diceraikan. Sebagai ganti, Sultan memberikannya seorang gundik baginda yang
bernama Tun Iram Sendari. Pada satu malam, Sultan Mahmud pergi ke rumah
Tun Dewi, Di sana di dapati telahpun ada Tun Ali Sandang. Dia memberikan
sirih dalam puan kepada Tun Isap sebagai isyarat supaya Tun Isap membunuh Tun
Ali Sandang itu.
Sultan Mahmud merupakan seorang yang biadap. Hal ini
demikian kerana dia telah bersekedudukan dengan isteri Tun Baijid sehingga
rumahtangga Tun Baijid kucar-kacir apabila berlaku cerai berai dalam
rumahtangganya. Baginda turut digambarkan sebagai seorang yang cepat
marah. Dia telah mengarahkan supaya Seri Bija Diraja dibunuh kerana
Seri Bija Diraja tidak datang mengadapnya pada hari raya. Sultan Mahmud sendiri
tidak dilayan oleh Maulana Yusuf kerana dia datang untuk belajar tetapi sebagai
Yang Dipertuan. Dia hanya dilayan bila datang sebagai fakir Mahmud. Baginda
turut digambarkan sebagai seorang yang terlalu bercita-cita
tinggi. Hal ini dibuktikan dengan keinginan baginda untuk mengahwini
Puteri Gunung Ledang. Antara syarat Tuan Puteri Gunung Ledang untuk menerima
pinangan Sultan Mahmud iaitu baginda dikehendaki membina jambatan emas dan
perak ke gunung Ledang dari Melaka, hati nyamuk 7 dulang, Hati kuman 7 dulang,
air mata setempayan, air pinang muda setempayan dan darah anak raja semangkuk.
Bila syarat-syarat ini dinyatakan kepada Sultan Mahmud beliau mengaku dapat
menyediakan semua permintaan kecuali darah Raja Ahmad yang semangkuk itu.
8 comments
Isi jelas dan video menarik
ReplyDeletethanks :)
DeleteVideo yang kreatif dan menarik...tahniah
ReplyDeletethanks :)
DeleteTahniah atas maklumat tentang sejarah melayu yang sangat lengkap dan bermanfaat.
ReplyDeleteTerima kasih, moga bermanfaat 😊
Deleteilmu yang lengkap dan menarik untuk dibaca
ReplyDeleteterima kasih moga bermanfaat :)
Delete