WATAK & PERWATAKAN DALAM SULALATUS SALATIN

By ayurahman - 11:57:00 PM

WATAK DAN PERWATAKAN  SULALATUS SALATIN

Raja merupakan manusia dan institusi terpenting di dalam sesebuah pemerintahan. Raja juga merupakan manusia yang sangat mulia dan mempunyai pelbagai kelebihan. Raja berkuasa mutlak dan mempunyai penghubung antara rakyat dengan roh nenek moyang. Konsep raja berkait rapat dengan keagamaan. Hal ini demikian untuk memperkuatkan kepercayaan rakyat terhadap kebesaran dan kemuliaan raja. Di dalam hikayat sulalatus salatin, ia mengaitkan keturunan  Raja Iskandar Zulkarnain iaitu keturunan raja yang sangat agung dalam sejarah dunia. Hal ini demikian kerana raja mempunyai  sifat mulia dan luar biasa yang dikaitkan dengan cerita mitos misalnya keturunan Raja Suran di Bukit Si Guntang. Raja memiliki daulat. Konsep daulat ini berkait rapat dengan unsur keagamaan  dan kepercayaan rakyat meyakini sesiapa yang derhaka kepada raja akan mendapat balasan di akhirat.

            Watak dan perwatakan yang terdapat dalam kisah Raja Suran ini ialah Raja Iskandar Zulkarnain. Baginda merupakan anak kepada Raja Darab yang berketurunan Rom yang memerintah  negeri bernama Makaduniah. Raja Iskandar Zulkarnain merupakan seorang pahlawan yang berani dan mahsyur. Buktinya, baginda telah berjaya menakluki banyak negeri contohnya negeri Kinda Hindi. Baginda juga mempunyai perwatakan yang berperikemanusiaan dan bertimbang rasa. Buktinya, setelah menakluki negeri Kinda Hinda,  baginda mengembalikan kembali kuasa Raja Kinda Hindi diatas takhta. Beliau telah berkahwin dengan Puteri Syahrul Bariyah iaitu anakanda kepada Raja Kinda Hinda. Hasil perkahwinannya dengan Puteri Syahrul Bariyah, mereka dikurniakan cahaya mata yang bernama Raja Aristun Syah yang telah membawa kepada jurai keturunan sehingga kepada Raja Suran.

            Selain itu, melalui watak dan perwatakan Raja Suran. Baginda digambarkan sebagai seorang Raja yang sangat berani. Sikap berani ini perlu dimiliki oleh setiap pemerintah agar negerinya tidak mudah dikalahkan. Sebagai bukti keberanian yang ditunjukkan oleh Raja Suran adalah apabila beliau telah berjaya menakluki kesemua negeri kecuali negeri Cina. Oleh itu, baginda mahu menaklukinya. Di dalam perjalanan menakluki negeri Cina, baginda sempat menakluki negeri Gangga Negara dan negeri langgiu dihulu Sungai Johor. Selain itu, baginda juga digambarkan sebagai seorang yang berfikiran jauh. Hal ini demikian kerana apabila baginda berhajat untuk menakluki negeri Cina, Raja Cina telah menghantar rombongan untuk berjumpa Raja Suran dengan mengatakan bahawa negeri Cina itu terletak pada kawasan yang sangat jauh sehinggakan besi sebesar lengan akan haus sehingga menjadi sepucuk jarum sahaja. Lalu baginda membatalkan hajatnya untuk menakluki negeri Cina kerana baginda mengambil kira keadaan masa depan angkatannya kerana terlalu jauh dan mengambil masa yang sangat lama untuk sampai di negeri Cina. Raja Suran juga seorang yang berperwatakan kreatif dan mempunyai pemikiran yang tajam serta proaktif. Hal ini dibuktikan dengan keinginan baginda untuk meneroka dunia bawah laut. Raja Suran masuk ke dalam laut dengan menggunakan peti kaca yang berpesawat. Baginda tiba dinegeri Dika. Kaumnya berbangsa  Bu Sum yang penduduknya setengah Islam dan setengah kafir. Seterusnya, baginda juga seorang yang bersifat istimewa kerana dikurniakan sifat-sifat supernatural. Hal ini dibuktikan apabila baginda boleh hidup dalam dunia daratan dan dunia bawah laut. Semasa baginda hidup di dunia bawah laut, baginda telah berkahwin dengan Puteri Mahtabul Bahri dan dikurniakan  tiga orang anak iaitu Nila Utama, Nila Pahlawan dan Krisyna Pandita. Akhir sekali, Raja Suran merupakan seorang raja yang mempunyai kuasa sakti. Bukti yang menunjukkan bahawa Raja Suran mempunyai kesaktian adalah baginda boleh berhubung dengan makhluk halus. Contohnya apabila Raja Suran telah menyuruh raja jin iaitu  Asmaghiah Peri mendapatkan tiga buah mahkota dari perbendaharaan Nabi Sulaiman. Lalu Raja Suran kembali ke Benua Keling dan membina negaranya yang dinamakan Bijaya Negara.

            Seterusnya ialah Nila Pahlawan. Nila Pahlawan atau nama lainnya ialah Sang Si Perba merupakan anakanda kepada Raja Suran. Nila Pahlawan digambarkan sebagai seorang yang mempunyai keistimewaan yang luar biasa. Hal ini dibuktikan apabila tiga beradik iaitu Nila Pahlawan, Nila Utama dan Krisyna Pandita telah naik ke bumi dan turun di Bukit Si Guntang, puncak bercahaya terang pada malam itu, tanah bertukar menjadi warna emas, pohon padi membuahkan emas, berdaunkan perak dan berbatangkan suasa. Nila Pahlawan juga seorang yang berjiwa besar. Hal ini demikian kerana apabila Raja Minangkabau iaitu Patih Suatang telah datang ke Palembang untuk meKX9kmohon seorang daripada anak Raja Suran untuk dijadikan raja disana, maka Nila Pahlawan telah bersedia untuk dirajakan disana. Nila Pahlawan juga digambarkan sebagai seorang yang berani. Keberaniannya dapat dilihat apabila penduduk Minangkabau ingin menguji kesaktiannya dengan meminta baginda membunuh ular Sakti Mona. Sang Si Perba telah meminjamkan pedangnya kepada seorang hulubalang yang bernama Permasku Mambang dan telah berjaya membunuh ular tersebut.
           
            Melalui watak Nila Utama yang digelar sebagai Seri Teri Buana pula, baginda digambarkan sebagai seorang yang mempunyai tahap kesabaran yang tinggi. Hal ini dapat dibuktikan apabila Nila Utama mahu beristeri, malangnya semua anak raja yang ditidurinya mempunyai penyakit kedal sehingga habislah anak-anak raja yang baik dalam negeri Palembang itu. Suatu hari, Seri Teri Buana telah mendapat tahu mengenai kecantikan Raden Ratna Cendera Pura iaitu anakanda Demang Lebar Daun dan ingin mengahwininya. Bagaimanapun, setelah ditiduri oleh Seri Teri Buana, Raden Ratna Cendera pura tidak kedal. Maka perkahwinan mereka pun berlangsung. Nila Utama juga seorang yang penyayang. Sebagai buktinya, selepas sahaja berlangsung perkahwinannya dengan Raden Ratna Cendera Pura, berlaku perkara pelik iaitu buih-buih yang besar telah hanyut di sungai dan satu daripada buih tersebut di dalamnya terdapat seorang budak perempuan. Lalu dijadikan anak angkat oleh Nila Utama dan dinamakan Puteri Tanjung Buih. Baginda merupakan seorang yang mempunyai kesaktian. Buktinya, apabila Seri Teri Buana keluar dari Palembang untuk membuka negeri baru, baginda melewati gunung Lingga namun angkatannya telah kehabisan air minuman. Untuk mendapatkan air tawar, Seri Teri Buana telah menyuruh mencampakkan gulungan rotan ke laut dan dia sendiri mencelupkan kakinya ke dalam air laut di tengah gelungan rotan itu. Maka air laut telah menjadi tawar dan tempat itu dinamakan Selat Air Tawar. Baginda turut digambarkan sebagai seorang yang bijaksana. Buktinya, Seri Teri Buana telah bertolak ke Bengkilau dan berburu sehingga ke Tanjung Sengkuang. Sesampai sahaja baginda disana, anjing pemburuan baginda telah terjun di laut dihambat oleh pelanduk putih. Seri Teri Buana berfikir bahawa bagus jika tempat itu diperbuat negeri dan telah memerintahkan tempat itu ditebas dan dibuat negeri. Bagaimanapun, dari situ baginda terpandang pula pantai Temasik dan ingin pula ke sana. Sampai sahaja di Teluk Belanga, angkatan baginda dilanda ribut. Semua harta telah dibuang ke laut. Untuk meredakan rebut, Seri Teri Buana telah meletakkan mahkota baginda ke permukaan air laut, lalu ribut pun reda. Di atas bukit dipulau Temasik, baginda terpandang seekor singa tetapi seonga itu ghaib apabila dipandang oleh orang ramai. Seri Teri Buana telah mengubah pulau itu daripada Temasik kepada Singapura dan mahu membuka kerajaan disitu.

            Melalui watak Demang Lebar Daun, beliau digambarkan sebagai seorang yang bijaksana. Hal ini dibuktikan apabila beliau telah memohon untuk diadakan perjanjian terlebih dahulu sebelum anaknya iaitu Radin Ratna Chendera Puri ingin ditiduri oleh Seri Teri Buana agar tidak membuang anaknya apa anaknya mendapat penyakit kedal. Namun setelah ditiduri oleh Seri Teri Buana, anaknya tidak kedal dan berkahwinlah mereka berdua.

            Badang pula digambarkan mempunyai watak dan perwatakan yang bijaksana. Hal ini dibuktikan apabila pada suatu hari, ikan yang tertangkap dilukah yang ditahannya telah dimakan oleh hantu. Badang telah menangkap hantu tersebut dan ingin dibunuh. Namun hantu tersebut menyatakan bahawa dia berjanji akan menunaikan semua hajat yang diinginkan oleh si badang asalkan badang tidak membunuhnya. Lalu badang menyatakan bahawa dia ingin menjadi kuat dan gagah. Untuk itu, hantu meminta badang untuk memakan muntahnya agar dia menjadi seperti yang dia inginkan. Badang juga digambarkan sebagai seorang yang kuat dan gagah. Hal ini dibuktikan apabila badang memakan muntah hantu tersebut, badang telah menjadi kuat dan gagah. Buktinya, Pohon kayu sebesar dua tiga pemeluk dapat dicabutnya. Hutan yang luas dpat dibersihkan dengan sekejap sahaja. Kekuatan Badang dapat dilihat dari beberapa peristiwa. Kayu pengayuh perahunya adalah kayu kempas sebesar sepemeluk. Selepas tujuh kali berkayuh kayu itu patah. Semasa memanjat pohon kuras, dia terjatuh. Kepalanya terhempas ke batu dan menyebabkan batu menjadi pecah. Badang dapat menyorong pilang yang panjang lima belas dengan seorang diri. Sedangkan orang lain seramai empat lima ratus tidak mampu melakukannya. Dengan kekuatan badang tersebut, tuannya menjadi kaya raya dan diberi gelaran Orang Kaya Sayung. 

            Merah Silu pula digambarkan sebagai seorang yang bertuah. Hal ini demikian apabila Merah Silu sedang menahan lukahamun lukahnya asyik terkena cacing gelang sahaja. Kerana terlalu marah cacing itu direbus. Nasibnya baik, cacing gelang telah bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak. Beliau juga merupakan seorang yang mempunyai sikap kepimpinan. Satu hari Merah Silu pergi berburu. Anjingnya Si Pasai telah menemui seekor semut besar. Semut besar itu telah ditangkap oleh Merah Silu dan dimakannya. Tempat itu dibersihkan dan dinamakan Semudra yang bermaksud semut besar. Negeri Semudra itu telah terkenal hingga ke Mekah. Syarif Mekah telah memerintahkan seorang nakhoda bernama Sheikh Ismail ke Semudra. Dia disuruh singgah di negeri Mu’tabari untuk mengambil seorang fakir. Sultan Muhamad iaitu Raja Mu’tabari telah turun dari takhta dan mengikut rombongan itu ke negeri Semudra. Sultan Muhammad adalah keturunan dari Abu Bakar al-Siddik r.a.

Merah Silu juga merupakan seorang yang berhati lembut. Hal ini demikian kerana beliau mudah untuk menerima ajaran Islam tanpa mengingkarinya. Buktinya, sebelum sampai ke Semudra, kapal Sheikh Ismail telah singgah di Fansuri, Lamiri, Haru dan Perlak. Kesemua penduduk di situ telah memeluk agama Islam tetapi tidak ada yang pandai membaca Qur’an. Merah Silu juga telah memeluk Islam di tangan fakir Sultan Muhammad itu. Malamnya Merah Silu telah bermimpi berjumpa Rasulullah. Rasulullah telah meludah ke dalam mulut Merah Silu. Badan Merah Silu menjadi harum dan dia dapat membaca al-Qur’an. Sheikh Ismail telah menabalkan Merah Silu dan namanya ditukar menjadi Sultan Malikul Salleh.

Beliau turut digambarkan sebagai seorang yang berpegang teguh dengan ajaran Islam. Buktinya, Sultan Malikul Salleh telah berkahwin dengan Puteri Ganggang, anak raja Perlak. Dia mendapat dua orang anak yang diberi nama Sultan Malikul Tahir dan Sultan Malikul Mansur.Sultan Malikul Salleh telah keluar untuk mencari tempat baru untuk dibuat kerajaan bagi anaknya. Anjing pemburuannya telah menyalak di satu tanah tinggi. Tempat itu dipandang cantik oleh Sultan Malikul Salleh. Ianya ditebas dan diberi nama Pasai sempena nama anjing pemburuan baginda. Sultan Malikul Tahir dirajakan di Pasai itu dengan menterinya bernama Sidi Ali Ghiathu’d Din sebagai mangkubumi.  Sultan Malikul Mansur pula dirajakan di Samudra dengan menterinya Sidi Ali Yaumid’d Din. Sebelum meninggal dunia, Sultan Malikul Saleh sempat berwasiat kepada kedua anak dan menteri-menterinya supaya jangan tamak harta orang, jangan inginkan isteri hamba kamu dan hendaklah hidup bermuafakat.

Seterusnya ialah melalui watak Raja Syahrun Nuwi. Baginda disifatkan sebagai seorang yang pendengki. Hal ini dibuktikan apabila Raja Syahrun Nuwi dengkikan kebesaran kerajaan Pasai. Dia memerintahkan pahlawannya yang bernama Awi Dicu untuk pergi dan menangkap rajanya iaitu Sultan Malikul Tahir. Dengan menggunakan tipu helah, Sultan Malikul Tahir telah berjaya ditangkap dan dibawa ke Siam. Dia dijadikan gembala ayam di istana. Baginda turut disifatkan sebagai seorang yang korupsi. Buktinya Sidi Ali Ghiathu’d Din aiitu menteri bagi kerajaan Sultan Malikul Tahir telah menyamar menjadi saudagar Arab dan telah pergi ke negeri Syahrun Nuwi itu. Dia telah memberikan berbagai hadiah kepada raja Syahrun Nuwi. Antaranya ialah sepohon pohon kayu emas dan buahnya dari permata. Papan catur emas, buahnya permata merah dan hijau. Sepasang itik emas yang boleh berenangan di dalam air. Kerana termakan dengan rasuah berkenaan Sultan Malikul Tahir pun dibebaskan.

Seterusnya ialah watak Sultan Malikul Tahir. Baginda disifatkan sebagai seorang yang menjatuhkan hukum tanpa bukti. Sultan Malikul Mansur ingin pergi melawat abangnya di Pasai. Keinginannya itu ditegah oleh menteri Sidi Asma’ Yaudi’d Din. Bagaimanapun baginda pergi juga. Semasa di Pasai dia telah membawa pulang seorang dayang Sultan Malikul Tahir. Perbuatannya itu menimbulkan kemarahan Sultan Malikul Tahir. Sultan Malikul Tahir telah menjemput saudaranya itu untuk majlis berkhatan. Di sana menteri Sidi Asma’ Yaumiddin dibunuh dan  di sula di Pasai. Kepalanya dibuang ke laut.  Kepala menteri itu dijumpai oleh Sultan Malikul Mansur di laut Padang Maya semasa baginda hendak dibuang ke Manjung. Sultan Malikul Mansur memohon badan menterinya dikembalikan dan mayatnya ditanam di Padang Maya. Selepas 3 tahun, Sultan Malikul Tahir telah menyesal di atas perbuatannya itu dan menjemput saudaranya Sultan Malikul Mansur kembali. Dalam perjalanan pulang, Sultan Malikul Mansur singgah di Padang Maya dan kemudiannya meninggal dunia di situ.

Tuan Jana Khatib pula merupakan seorang yang sakti. Tuan Jana Khatib seorang yang mahir ilmu khayal lillah telah datang ke Singapura. Dia telah menilik sebatang pohon pinang sehingga terbelah dua. Perbuatannya itu menimbulkan kemarahan Paduka Seri Maharaja. Katanya Tuan Jana Khatib nak menunjukkan kebolehan kepada isterinya. Tuan Jana Khatib telah dihukum bunuh. Sebaik darahnya menitik ke tanah, tubuh Tuan Jana Khatib telah ghaib. Tubuhnya itu dikatakan muncul di Langkawi. Selepas peristiwa ini, singapura telah dilanggar oleh ikan-ikan todak. Ramai rakyat Singapura telah terbunuh.

Paduka Seri Maharaja digambarkan sebagai seorang yang kejam. Buktinya, Paduka Seri Maharaja membunuh Tuan Jana Khatib kerana hanya cemburu melihat Tuan Jana Khatib menunjukkan kesaktiannya di depan isterinya dan telah membunuh insan yang banyak memberikan sumbangan dalam negerinya.  Baginda turut digambarkan sebagai seorang yang kejam. Buktinya, Paduka Seri Maharaja telah menyuruh rakyatnya berkubukan betis, ini menjadikan semakin ramai rakyatnya terbunuh.  Seorang budak telah mencadangkan supaya berkubu batang pisang. Kecerdikan budak ini menimbulkan kerisauan di hati pembesar. Mereka mencadangkan budak itu dibunuh.

Raja Kecil Besar pula mempunyai perwatakan sebagai seorang yang bertuah. Hal ini demikian kerana baginda telah bermimpi berjumpa Rasulullah. Di zaman Raja Kecil Besar, baginda telah bermimpi berjumpa Rasulullah. Rasulullah  telah mengajarkannya kalimah tayyibah dan menukarkan namanya menjadi Sultan Muhammad Syah. Rasulullah juga memberitahu pada waktu asar esukknya akan tiba sebuah kapal dari Jeddah. Penumpangnya akan turun solat di pantai. Selepas bangun dari tidur Raja Kecil Besar mendapati tubuhnya berbau harum dan dia asyik mengulang sebut akan kalimah sehingga disangka oleh para dayang yang baginda telah dirasuk oleh Syaitan. Baginda turut digambarkan sebagai seorang yang menyokong pendakwah. Hal ini demikian apabila Syed Abdul Aziz telah dibawa masuk ke istana dan semua orangpun telah memeluk agama Islam. Mereka semuanya berguru pada Syed Abdul Aziz itu. Raja mengubah namanya menjadi Sultan Muhammad Syah. Bendahara bergelar Seri  Wak Raja. Perdana Menteri bergelar Seri Amar Diraja. Penghulu bendahari pula bergelar Seri Nara Diraja.

Baginda membuat beberapa pantang larang termasuk melarang rakyat menggunakan kain warna kuning melainkan untuk dibuat kain, baju dan destar. Rakyat juga tidak boleh berbuat rumah tiang gantung, Perahu tidak boleh bertingkap dan berpenghadapan. Tidak boleh memakai penduk dan teterapan keris. Tidak boleh bergelang emas di kaki. Tidak boleh berkeroncong emas kepala perak. Barangan emas tidak boleh dipakai kecuali dianugerahkan oleh raja. Jika hendak masuk ke istana perlu memakai kain berpancung, berkeris di hadapan dan bersebai. Jika keris di belakang akan dirampas. Payung putih khusus untuk raja. Payung kuning pula untuk putera raja.

Hikayat Hang Tuah ialah epik kebanggaan Melayu yang menggambarkan kehebatan dan kehandalan tokoh Hang Tuah  sejak beliau masih kecil lagi. Beliau dibantu oleh empat orang sahabatnya iaitu Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekui yang sentiasa setia disampingnya. Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya  merupakan lambang kesetiaan bangsa Melayu terhadap raja yang tidak berbelah bahagi terutamanya dalam masyarakat Melayu feudal.

            Hang tuah merupakan watak utama yang terdapat dalam kisah Hang Tuah ini. Hang Tuah merupakan anak lelaki kepada Hang Mahmud dan Dang Merdu. Hang Tuah merupakan seorang anak yang taat kepada ibu dan bapanya. Beliau juga digambarkan sebagai seorang yang mempunyai keberanian yang tinggi. Hal ini terbukti apabila beliau tidak berasa gentar atau takut semasa orang mengamuk di kampungnya walhal pada ketika itu usianya hanya 10 tahun. Keberaniannya juga terserlah apabila beliau berjaya membunuh orang yang mengamuk itu dengan menggunakan kapak. Selain itu, Hang Tuah juga digambarkan sebagai seorang yang setia kepada raja. Beliau merupakan seorang laksamana yang sentiasa setia di samping rajanya iaitu raja Melaka. Buktinya, Hang Tuah telah mengikut raja Melaka ke Majapahit untuk berjumpa dengan raja Majapahit iaitu Seri Betara. Semasa disana, beliau sentiasa  menemani raja Melaka walau ke mana sahaja baginda pergi. Hang Tuah juga seorang yang bijaksana. Hal ini dapat dibuktikan  semasa Hang Tuah menyembah Seri Betara untuk berceritera tentang perintah segala raja-raja dahulu kala. Dalam keasyikan Hang Tuah berceritera, Patih Gajah Mada telah mengatur rancangan jahat untuk mengambil keris Taming Sari Hang Tuah tetapi malangnya rancangan jahat Patih Gajah Mada telah dikesan terlebih dahulu oleh Hang Tuah. Hang Tuah telah bertindak dengan mangambil keris Patih Gajah Mada secara senyap. Akibat daripada peristiwa itu, Patih Gajah Mada malu dan menyatakan bahawa tindakan tersebut hanyalah gurauan.

            Hang Jebat pula merupakan watak antagonis. Semangat kepahlawanan dalam diri Hang Jebat adalah sejak kecil lagi kerana beliau telah mempelajari seni mempertahankan diri sejak kecil lagi. Bukti kepahlawanannya adalah apabila Patih Kerma Wijaya telah mengarahkan  orang ramai untuk pergi bunuh Hang Jebat dan mereka telah pergi ke istana  dan mengepung kawasan tersebut. Tetapi Hang Jebat tidak berasa gentar dengan lawannya. Hang Jebat hanya menghunuskan kerisnya dan berjalan keluar dari istana. Ada juga yang telah melarikan diri tapi turut dibunuh oleh Hang Jebat. Hang Jebat juga seorang yang suka berfoya-foya. Hal ini dibuktikan apabila Hang Jebat telah memberontak atas kematian Hang Tuah yang dituduh secara melulu yang disangkanya telah dihukum bunuh. Oleh sebab itu, Hang jebat telah tinggal di istana tanpa seorang pun berani untuk menghalaunya. Hang Jebat telah bermukah dengan dayang, biduan raja dan gundik raja dalam istana tetapi tiada seorang pun berani melarang. Mereka tidak berani melarang Hang Jebat kerana raja Melaka telah menghadiahkan Hang Jebat sebilah keris yang mempunyai sakti yang tersendiri iaitu Keris Taming Sari. Hang Jebat turut bersikap adil. Hang Jebat merupakan seorang pahlawan yang sangat adil dan setia kawan. Hang Jebat menderhaka kerana mendapat tahu raja Melaka menyuruh bendahara membunuh Hang Tuah. Hal ini demikian kerana pegawai telah menabur fitnah kepada Hang Tuah dan telah mmengadu perkara tersebut kepada Patih Kerma Wijaya. Kemudian Patih Kerma Wijaya membawa hal tersebut kepada raja Melaka supaya menjatuhkan hukuman  kepada Hang Tuah yang dianggap jahat itu. Fitnah ini berlaku akibat daripada sikap cemburu pegawai tersebut terhadap Hang Tuah Melaka dan dengan yang demikian sahabatnya iaitu Hang Jebat telah menuntut keadilan diatas kematian Hang Tuah yang dianggap kematiannya tidak adil sama sekali.

            Patih Gajah Mada pula merupakan seorang yang setia kepada raja. Di dalam hikayat Hang Tuah,  Patih Gajah Mada merupakan seorang pembesar kepada raja di Majapahit. Beliau sangat disayangi oleh Seri Betara Majapahit kerana terlalu pandai berkata-kata dan mengambil hati baginda. Bukti yang menunjukkan beliau setia kepada raja ialah sewaktu menerima kunjungan daripada pembesar  Melaka iaitu Hang Tuah, Hang Jebat, Patih Kerma Wijaya dan lain-lain, beliau menurut sahaja perintah Seri Betara agar menyediakan dua buah kapal yang berisi senjata bagi menjadi pertahanan dan persediaan  jika diserang musuh. Patih Gajah Mada terus mengerah tenteranya agar bersiap sedia  untuk berperang kerana menganggap kunjungan tersebut adalah dari pihak  musuh. Patih Gajah Mada juga digambarkan sebagai seorang yang licik. Buktinya, mellaui cabaran-cabaran untuk membunuh Hang Tuah ketika Hang Tuah berada di majapahit untuk meminang anak kepada Seri Betara iaitu Raden Galuh Mas Ayu. Ia berlaku ketika Hang Tuah baru sampai di Majapahit. Ketika  berjalan-jalan di pasar, tiba-tiba Hang Tuah dan sahabatnya melihat ada sekumpulan orang yang mengamuk. Sekumpulan pengamuk itu membunuh orang ramai yang berada di persekitaran tersebut tanpa belas kasihan. Rupa-rupanya, mereka telah diupah oleh Patih Gajah Mada untuk membuat onar dan seterusnya membunuh Hang Tuah jika ada peluang.

            Seterusnya ialah Raja Melaka. Raja Melaka ini disifatkan sebagai seorang raja yang zalim terhadap sesiapa sahaja yang tidak disukainya. Buktinya, baginda sanggup menjatuhkan hukuman  bunuh kepada adiknya sendiri iaitu Si Jaya Nantaka. Hal tersebut berlaku akibat daripada fitnah yang disebarkan oleh orang yang cemburu dan dengki akan raja Melaka dengan menaburkan fitnah bahawa adiknya iaitu Si Jaya Nantaka ingin merampas takhta raja Melaka. Tanpa usul periksa, baginda telah menghukum adiknya sendiri. Pada mulanya, baginda ingin menjatuhkan hukuman bunuh terhadap Si Jaya Nantaka, namun setelah dinasihati oleh para pembesar, Si Jaya Nantaka hanya dibuang negeri. Baginda juga disifatkan sebagai seorang kaki perempuan. Perwatakan ini dapat dilihat apabila raja Melaka terlalu inginkan Tun Teja yang merupakan anak Bendahara. Raja Melaka ingin memperisterikan Tun Teja kerana Tun Teja mempunyai rupa paras yang menawan. Namun Tun Teja tidak mahu menerima lamaran raja Melaka. Raja Melaka berdukacita dan dinasihati oleh Patih Kerma Wijaya untuk menghantar rombongan ke Majapahit kerana disana terdapat seorang puteri yang sangat cantik dan menawan hati sesiapa sahaja yang memandangnya.  Raja Melaka mendengar nasihat tersebut dan serta merta melupakan pinangannya yang ditolak mentah-mentah oleh Tun Teja. Hal ini membuktikan bahawa raja Melaka tidak setia dan hanya tertarik kepada wanita-wanita cantik sahaja. Raja Melaka turut digambarkan sebagai seorang yang tidak mengenang budi. Hal ini demikian kerana raja Melaka telah termakan fitnah Patih Kerma Wijaya kerana berasa cemburu dengan raja Melaka yang melayan Hang Tuah dengan baik. Pada suatu hari, Patih Kerma Wijaya telah menfitnah Hang Tuah dihadapan Raja dengan mengatakan sudah acap kali melihat Hang Tuah bermesraan dengan dayang-dayang istana. Raja Melaka telah menghukum Hang Tuah tanpa usul periksa walhal Hang Tuah adalah orang yang banyak berkorban untuknya dan laksamana yang sentiasa mematuhi segala perintahnya.
            Tun Perpatih Putih merupakan seorang yang amanah. Hal ini demikian kerana beliau telah diberi tanggungjawab untuk menjadi utusan ke negeri China untuk menjalinkan hubungan diplomatik antara negeri Melaka dan negara China.  Tun Perpatih Putih, adik bendahara Paduka Raja dihantar pula ke China. Dia membawa sagu rendang sarat sekapal. Ragu rendang itu kononnya diambil sebiji seorang dari rakyat Melaka lalu digelek-gelek. Raja China kagum dengan kebesaran negeri Melaka, lalu berkenan untuk menjadikan raja Melaka sebagai menantunya. Selain itu, Tun Perpatih Putih digambarkan sebagai seorang yang bijaksana. Semua rakyat di negara China tidak dibenarkan untuk melihat muka atau wajah Raja China. Namun dengan kebijaksanaan Tun Perpatih Putih, dapatlah beliau melihat wajah Raja China tersebut. Untuk melihat Raja China, Tun Perpatih meminta dihidangkan sayur kangkung yang dipotong panjang-panjang. Untuk makan dibimbit hujung kangkung itu ke atas. Jadi dapatlah mereka melihat Raja China yang berada di atas kerusi dalam mulut naga pada mungkur kacanya.
            Seterusnya melalui watak Sultan Alauddin. Baginda disifatkan sebagai seorang yang berjiwa rakyatSultan Alauddin beristeri dua orang. Isteri pertama ada 2 anak iaitu Raja Menawar dan Raja Zainal. Isteri kedua ada 3 anak iaitu Raja Hitam, Raja Muhammad dan Raja Zainal.Dalam negeri banyak berlaku kes kecurian. Bagi mengatasi masalah, baginda sendiri telah keluar meronda bersama Hang Isap dan Hang Ishak, penjawat sirih santap baginda. Terjumpalah dengan 5 orang pencuri sedang mengusung peti. Diusirnya pencuri itu. Dia berjaya membunuh 2 orang dan Hang Isap membunuh seorang, 2 orang lagi berjaya melarikan diri. Setelah itu ia kembali ke istana.

            Raja Maluku merupakan seorang yang pandai bersukan. Raja Maluku telah lari ke Melaka bila negerinya dikalahkan oleh Kastilan. Dia sangat pandai bermain sepak raga. Ditimangnya 100 – 200 kali barulah diberikan kepada orang lain. Dia juga sangat gagah, umbi pokok kelapa diparangnya hingga putus. Begitu juga Telanai Terengganu dan Sultan Alaudin. Telanai Terengganu melembing pokok kelapa tembus ke sebelah.

 Bendahara Paduka Raja disifatkan sebagai seorang yang merendah diri. Buktinya, Setelah sembuh dari sakit, Sultan Mahmud menganugerahkan Bendahara dan Laksamana akan usungan. Laksamana menggunakannya tetapi bendahara tidak. Bila anak-anak buahnya mengomen, Bendahara mengatakan dia tidak mahu dipandang sama taraf atau lebih mulia dari Raja. Bendahara turut mempunyai sifat yang baik hati. Buktinya, Bendahara juga selalu memberikan apa-apa hadiah istimewa yang diterimanya kepada laksamana seperti perahu, gajah, kuda atau alat senjata. Alasannya supaya Laksamana dapat memanfaatkan alat-alat itu untuk negara.

Tun Biajid pula merupakan seorang yang penyabar. Hal ini demikian kerana Sultan Mahmud telah berlaku curang dengan isteri Tun Biajid ketika Tun Biajid pergi ke Merba. Semasa mahu pulang di waktu dinihari, dia terserempak dengan Tun Biajid. Tun Biajid hampir melembing Sultan Mahmud kalaulah tidak dingatnya yang Sultan Mahmud adalah tuannya. Isterinya itu diceraikan. Sebagai ganti, Sultan memberikannya seorang gundik baginda yang bernama Tun Iram Sendari. Pada satu malam, Sultan Mahmud pergi ke rumah Tun Dewi, Di sana di dapati telahpun ada Tun Ali Sandang. Dia memberikan sirih dalam puan kepada Tun Isap sebagai isyarat supaya Tun Isap membunuh Tun Ali Sandang itu.



Sultan Mahmud merupakan seorang yang biadap. Hal ini demikian kerana dia telah bersekedudukan dengan isteri Tun Baijid sehingga rumahtangga Tun Baijid kucar-kacir apabila berlaku cerai berai dalam rumahtangganya. Baginda turut digambarkan sebagai seorang yang cepat marah. Dia telah mengarahkan supaya Seri Bija Diraja dibunuh kerana Seri Bija Diraja tidak datang mengadapnya pada hari raya. Sultan Mahmud sendiri tidak dilayan oleh Maulana Yusuf kerana dia datang untuk belajar tetapi sebagai Yang Dipertuan. Dia hanya dilayan bila datang sebagai fakir Mahmud. Baginda turut digambarkan sebagai seorang yang terlalu bercita-cita tinggi. Hal ini dibuktikan dengan keinginan baginda untuk mengahwini Puteri Gunung Ledang. Antara syarat Tuan Puteri Gunung Ledang untuk menerima pinangan Sultan Mahmud iaitu baginda dikehendaki membina jambatan emas dan perak ke gunung Ledang dari Melaka, hati nyamuk 7 dulang, Hati kuman 7 dulang, air mata setempayan, air pinang muda setempayan dan darah anak raja semangkuk. Bila syarat-syarat ini dinyatakan kepada Sultan Mahmud beliau mengaku dapat menyediakan semua permintaan kecuali darah Raja Ahmad yang semangkuk itu.



  • Share:

You Might Also Like

8 comments