TEMA & PERSOALAN DALAM SULALATUS SALATIN

By ayurahman - 11:56:00 PM


KISAH RAJA SURAN
Tema : Politik
Mengisahkan susur galur Raja Suran sehinggalah dia mempunyai 3 orang putera yang turun di Bukit Si guntang dan dijaga oleh Wan Empuk dan Wan Malini. Dalam kisah Raja Suran terselit juga kisah-kisah peperangan dan jalan di mana Raja Suran dapat memiliki atau menakluki sesebuah negeri tersebut. Jelaslah bahawa unsur politik menjadi tema dalam kisah Raja Suran sehinggalah anak-anaknya juga turut memerintah negeri apabila mereka sudah dewasa.

Persoalan :
Penaklukan negeri
Raja Suran merupakan seorang raja yang sangat berani dan mempunyai banyak akal. Maksudnya, apabila dia berkehendak akan sesebuah negeri itu, maka dia akan sedaya upaya untuk menakluki negeri tersebut. Contohnya, Raja Suran ini menakluki negeri China. Baginda sanggup menggembara sehingga segala raja-raja dari masyrik lalu ke maghrib sekaliannya takluk kepada baginda. Maka segala raja-raja yang takluk akan Raja Suran itu datang dengan alatan dan bala tentera bagi membantu Raja Suran untuk menakluki negeri China. Selain itu, Raja Suran juga turut menakluki Gangga Negara dan turut berperang dengan Raja Chulan iaitu pemerintah Langgiu.
Keberanian
Dalam kisah ini juga terserlah keberanian Raja Suran dalam menakluki sesebuah negeri sehingga setiap raja negeri itu alah kepadanya. Contohnya, dalam peristiwa peperangan antara Raja Suran dengan Raja Chulan, dikatakan berlaku pertempuran melibatkan gajah milik Raja Suran dan Raja Chulan. Peperangan itu berakhir dengan kemenangan Raja Suran ke atas Raja Chulan, penaklukan kerajaan Amdan Negara ke atas negera Langgiu selain diceritakan perkahwinan antara Raja Sura dengan puteri Raja Chulan, iaitu Puteri Onang Kiu.




KISAH PERTARUNGAN HANG TUAH DENGAN HANG JEBAT
Tema : Taat setia
Dalam kisah ini ada diceritakan unsur taat setia. Contonya, taat setia Hang Tuah kepada sultannya sehingga sanggup membunuh sahabatnya sendiri dan juga sikap setia kawan Hnag Jebat terhadap Hang Tuah sehingga sanggup menderhaka kepada sultan semata-mata untuk membalas dendam kerana mengira Hang Tuah sudah mati akibat hukuman yang dijatuhkan oleh Sultan.
Persoalan :
Semangat setia kawan
Semangat setia kawan yang tinggi adalah merupakan nilai murni yang sangat terpuji. Dalam kisah Hang Tuah dan Hang Jebat, watak Hang Jebat memainkan peranan yang penting dalam menunjukkan nilai murni tersebut. Hang Jebat sanggup menderhaka kepada sultannya kerana ingin membalas dendam atas kematian Hang Tuah. Hang Jebat membuat huru-hara di Kota Melaka sehingga seorang pun tidak dapat mengalahkannya. Sewaktu pertarungannya dengan Hang Tuah juga, Hang Jebat menunjukkan semangat setia kawan yang tinggi semasa keris Hang Tuah lekat di dinding, Hang Jebat memberi peluang kepada Hang Tuah untuk mencabut keris itu kembali walaupun pengorbanannya hanya sia-sia dan akhirnya dia tewas di tangan Hang Tuah.
Taat setia kepada sultan
Persoalan ini jelas ditunjukkan oleh watak Hang Tuah. Hang Tuah dijatuhkan hukuman mati oleh sultan tanpa usul periksa kerana dituduh bermukah dengan dayang istana. Namun Bendahara tidak patuh kepada perintah sultan malah menyembunyikan Hang Tuah. Tapi apabila mengetahui akan penderhakaan Hang Jebat, Hang Tuah malah membantu sultan untuk membunuh Hang Jebat walaupun dia tahu bahawa Hang Jebat menuntut bela ke atas dirinya kerana kasihnya pada sultan dan kerana setianya kepada sultan walaupun sultan bersalah kepadanya kerana menuduh dan menjatuhinya hukuman tanpa usul periksa. Jelaslah di sini bahawa Hang Jebat mempunyai sikap taat setia yang amat tinggi kepada Sultan dan merupakan seorang rakyat yang patuh akan sultannya.


  • Share:

You Might Also Like

16 comments

  1. penulisan yang ringkas dan mudah difahami. keep up the good work.

    ReplyDelete
  2. Wau.. Tak tahu pulak sulalatus salatin mempunyai tema2 grand mcm ni. Good work

    ReplyDelete
  3. Mudah difahami dan membantu dalam pembelajaran sulalatus salatin.nice and keep up the good work.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih, semoga bermanfaat dan dapat dijadikan rujukan :)

      Delete
  4. Sangat berguna dan memberi manfaat...tahniah

    ReplyDelete
  5. Ringkas,kandungan yang mudah difahami

    ReplyDelete
  6. Ringkas dan mudah difahami. Sgt sesuai utk dijadikn rujukan tambahan...��

    ReplyDelete
  7. nota yang ringkas dan mudah difahami

    ReplyDelete
  8. The Iron Ring - Titanium Connect Rod - TITanium's Art
    The microtouch titanium trim walmart Iron titanium knife Ring is a perfect match of both true-to-life copper is titanium a metal rods. It's titanium flashlight lightweight and easy to use. Use it for everything from poker, apple watch titanium to golf, to  Rating: 5 · ‎7 reviews

    ReplyDelete