TEMA & PERSOALAN DALAM SULALATUS SALATIN
By ayurahman - 11:56:00 PM
KISAH RAJA SURAN
Tema : Politik
Mengisahkan
susur galur Raja Suran sehinggalah dia mempunyai 3 orang putera yang turun di
Bukit Si guntang dan dijaga oleh Wan Empuk dan Wan Malini. Dalam kisah Raja
Suran terselit juga kisah-kisah peperangan dan jalan di mana Raja Suran dapat
memiliki atau menakluki sesebuah negeri tersebut. Jelaslah bahawa unsur politik
menjadi tema dalam kisah Raja Suran sehinggalah anak-anaknya juga turut
memerintah negeri apabila mereka sudah dewasa.
Persoalan
:
Penaklukan negeri
Raja
Suran merupakan seorang raja yang sangat berani dan mempunyai banyak akal.
Maksudnya, apabila dia berkehendak akan sesebuah negeri itu, maka dia akan
sedaya upaya untuk menakluki negeri tersebut. Contohnya, Raja Suran ini
menakluki negeri China. Baginda sanggup menggembara sehingga segala raja-raja
dari masyrik lalu ke maghrib sekaliannya takluk kepada baginda. Maka segala
raja-raja yang takluk akan Raja Suran itu datang dengan alatan dan bala tentera
bagi membantu Raja Suran untuk menakluki negeri China. Selain itu, Raja Suran
juga turut menakluki Gangga Negara dan turut berperang dengan Raja Chulan iaitu
pemerintah Langgiu.
Keberanian
Dalam
kisah ini juga terserlah keberanian Raja Suran dalam menakluki sesebuah negeri
sehingga setiap raja negeri itu alah kepadanya. Contohnya, dalam peristiwa
peperangan antara Raja Suran dengan Raja Chulan, dikatakan berlaku pertempuran
melibatkan gajah milik Raja Suran dan Raja Chulan. Peperangan itu berakhir
dengan kemenangan Raja Suran ke atas Raja Chulan, penaklukan kerajaan Amdan
Negara ke atas negera Langgiu selain diceritakan perkahwinan antara Raja Sura
dengan puteri Raja Chulan, iaitu Puteri Onang Kiu.
KISAH PERTARUNGAN HANG TUAH DENGAN HANG
JEBAT
Tema : Taat setia
Dalam
kisah ini ada diceritakan unsur taat setia. Contonya, taat setia Hang Tuah
kepada sultannya sehingga sanggup membunuh sahabatnya sendiri dan juga sikap
setia kawan Hnag Jebat terhadap Hang Tuah sehingga sanggup menderhaka kepada
sultan semata-mata untuk membalas dendam kerana mengira Hang Tuah sudah mati
akibat hukuman yang dijatuhkan oleh Sultan.
Persoalan
:
Semangat setia kawan
Semangat
setia kawan yang tinggi adalah merupakan nilai murni yang sangat terpuji. Dalam
kisah Hang Tuah dan Hang Jebat, watak Hang Jebat memainkan peranan yang penting
dalam menunjukkan nilai murni tersebut. Hang Jebat sanggup menderhaka kepada
sultannya kerana ingin membalas dendam atas kematian Hang Tuah. Hang Jebat
membuat huru-hara di Kota Melaka sehingga seorang pun tidak dapat
mengalahkannya. Sewaktu pertarungannya dengan Hang Tuah juga, Hang Jebat
menunjukkan semangat setia kawan yang tinggi semasa keris Hang Tuah lekat di
dinding, Hang Jebat memberi peluang kepada Hang Tuah untuk mencabut keris itu
kembali walaupun pengorbanannya hanya sia-sia dan akhirnya dia tewas di tangan
Hang Tuah.
Taat setia kepada sultan
Persoalan
ini jelas ditunjukkan oleh watak Hang Tuah. Hang Tuah dijatuhkan hukuman mati
oleh sultan tanpa usul periksa kerana dituduh bermukah dengan dayang istana.
Namun Bendahara tidak patuh kepada perintah sultan malah menyembunyikan Hang
Tuah. Tapi apabila mengetahui akan penderhakaan Hang Jebat, Hang Tuah malah
membantu sultan untuk membunuh Hang Jebat walaupun dia tahu bahawa Hang Jebat
menuntut bela ke atas dirinya kerana kasihnya pada sultan dan kerana setianya
kepada sultan walaupun sultan bersalah kepadanya kerana menuduh dan
menjatuhinya hukuman tanpa usul periksa. Jelaslah di sini bahawa Hang Jebat
mempunyai sikap taat setia yang amat tinggi kepada Sultan dan merupakan seorang
rakyat yang patuh akan sultannya.
16 comments
penulisan yang ringkas dan mudah difahami. keep up the good work.
ReplyDeleteterima kasih, moga bermanfaat :)
DeleteWau.. Tak tahu pulak sulalatus salatin mempunyai tema2 grand mcm ni. Good work
ReplyDeleteterima kasih :)
DeleteMudah difahami dan membantu dalam pembelajaran sulalatus salatin.nice and keep up the good work.
ReplyDeleteterima kasih, semoga bermanfaat dan dapat dijadikan rujukan :)
DeleteIlmu yang bermanfaat
ReplyDeletethanks :)
DeleteSangat berguna dan memberi manfaat...tahniah
ReplyDeleteterima kasih :)
DeleteRingkas,kandungan yang mudah difahami
ReplyDeleteTeruskan usaha anda
ReplyDeleteRingkas dan mudah difahami. Sgt sesuai utk dijadikn rujukan tambahan...��
ReplyDeletenota yang ringkas dan mudah difahami
ReplyDeleteterima kasih moga bermanfaat :)
DeleteThe Iron Ring - Titanium Connect Rod - TITanium's Art
ReplyDeleteThe microtouch titanium trim walmart Iron titanium knife Ring is a perfect match of both true-to-life copper is titanium a metal rods. It's titanium flashlight lightweight and easy to use. Use it for everything from poker, apple watch titanium to golf, to Rating: 5 · 7 reviews