PLOT SULALATUS SALATIN

By ayurahman - 11:50:00 PM

Terdapat beberapa peristiwa penting dalam teks Sulalatus Salatin. Antara peristiwa tersebut ialah mengenai Raja Suran dan Hang Tuah. Kedua-dua peristiwa ini akan dibincangkan plot atau alur perceritaannya.

Plot merupakan unsur-unsur yang penting dalam perceritaan sehingga menjadi kerangka utama cerita. Urutan dalam sesebuah cerita ini dipanggil sebagai 'Plot'. Plot dapat dibahagikan kepada lima iaitu :
1)      Plot permulaan menceritakan tentang latar belakang watak/suasana yang wujud pada awal cerita.
2)      Plot perkembangan merupakan perjalanan cerita yang semakin berkembang dan wujudnya watak-watak lain.
3)      Plot perumitan merupakan plot yang mengisahkan kewujudan masalah yang dihadapi oleh watak dalam cerita.
4)      Plot klimaks merupakan plot yang mengisahkan masalah yang wujud tadi berjaya diselesaikan
5)      Plot peleraian pula merupakan plot yang mengisahkan pengakhiran cerita sama ada diakhiri dengan kisah gembira atau duka.

Plot perceritaan Raja Suran adalah seperti berikut :
1)      Plot permulaan :
Plot perceritaa ini dimulakan dengan pengenalan keturunan Iskandar Zulkarnain  itu juga lahirlah Raja Suran. Beliau menakluki semua negara kecuali negara Cina, jadi baginda mahu menakluk pula negara Cina.

2)      Plot perkembangan :
Jalan cerita ini diperkembangkan apabila baginda dapat menawan negara Gangga Negara. Raja Gangga Syah Johan dikalahkan dan saudara perempuan raja yang bernama Puteri Dara Segangga dikahwini. Raja Suran juga mengalahkan negeri Langgiu, di hulu Sungai Johor. Rajanya bernama Raja Chulan berjaya di  bunuh. Anak Raja Chulan iaitu Puteri Onang Kiu telah dikahwininya.  Baginda meneruskan perjalanan hinggalah sampai ke Temasik.

3)      Plot perumitan :
Dalam plot ini mengisahkan masalah yang dihadapi oleh Raja Suran. Apabila Raja Cina telah mengetahui peracangan Raja Suran yang ingin menyerang negara Cina. Raja Cina yang mengetahui rancangan Raja Suran telah menghantar satu rombongan untuk menipu raja Suran. Rombongan tersebut memberi khabar menenai negara Cina iaitu dinyatakan negara Cina merupakan negara yang sangat jauh dari Temasik. Untuk sampai ke negara Cina seorang yang berumur 12 tahun akan menjadi tua, hingga gugurlah giginya. Besi sebesar lengan akan haus menjadi seperti sepucuk jarum sahaja. Pepohon yang dimakan kiranya ditanam akan berbuah.

4)      Plot Klimaks :
Ø  Apabila Raja Suran mendengar perkhabaran yang tidak baik mengenai negara Cina, baginda telah membatalkan hasratnya untuk menyerang negara Cina. Namun, baginda mahu mengetahui isi laut. Oleh itu, Raja Suran pun masuk ke dalam laut dengan menggunakan peti kaca yang berpesawat. Baginda tiba di negeri Dika. Kaumnya berbangsa Bu Sum. Setengah Islam dan setengah kafir.
Ø  Raja Suran pun Berjumpa Raja Aktabul Ardh dan baginda menikahi Puteri Mahtabul Bahri. Hasil perkahwinan mendapat 3 orang anak lelaki iaitu  Nila Pahlawan, Krisyna Pandita dan Nila Utama.
Ø  Raja Suran telah menyuruh raja jin Asmaghiah Peri mendapatkan 3 mahkota dari perbendaharaan Nabi Sulaiman untuk diberikan tanda kepada anak-anaknya itu sebagai keturunan Raja Islandar Zulkarnain.

5)      Plot Peleraian :
Raja Suran pun keluar dari dalam laut dengan menunggang kuda semberani jantan bernama Farasul Bahri. Baginda pun mendarat di Pantai Baniras. Selepas itu Raja Suran kembali ke Benua Keling dan membina negara bernama Bijaya Negara.

Plot kisah Hang Tuah yang terdapat dalam teks Sulalatus Salatin iaitu bab 7 Hang Jebat Kesiangani di Istana.:
1)                  Plot permulaan
Ø  Bermula apabila berlakunya Hang Jebat telah mengamuk di dalam istana raja.
Ø  Ini menyebabkan Sultan dan permaisuri terpaksa melarikan diri. Bila tiada seorangpun hulubalang yang dapat membunuh Hang Jebat itu.
2)                  Plot perkembangan
Ø  Raja yang mula terkenangkan akan Hang Tuah telah menyebabkan Seri Nara Diraja menyembah baginda untuk memberitahu bahawa Hang Tuah masih hidup di Hulu Melaka.
Ø  Lalu Hang Tuah disuruh ambilkan. Dia diampuni dan disuruh membuang arang di muka raja.

3)                  Plot perumitan
Ø  Setelah kembalinya Hang Tuah ke istana. Berlaku pertarungan di anatar Hang Tuah dan Hang Jebat dua tiga kali keris Hang Tuah terlekat di dinding dan tiang tetapi dibenarkan Hang Jebat untuk mencabut semula.  

4)                  Plot klimaks
Plot klimaks untuk kisah ini apabila keris Hang Jebat terlekat.Hang Tuah terus dia menikam Hang Jebat dengan tikaman kedua, Mayat Hang Jebat dibuang ke laut. Anak isterinya diumbut. Manakala, rumahnya Hang Jebat dibuang ke laut
5)         Plot peleraian

Hang Tuah yang telah membunuh Hang Tuah didudukkan sama taraf dengan Seri Bija Diraja dan dibenarkan memikul pedang kerajaan.




  • Share:

You Might Also Like

4 comments