PLOT SULALATUS SALATIN
By ayurahman - 11:50:00 PM
Terdapat beberapa peristiwa penting dalam teks Sulalatus
Salatin. Antara peristiwa tersebut ialah mengenai Raja Suran dan Hang Tuah.
Kedua-dua peristiwa ini akan dibincangkan plot atau alur perceritaannya.
Plot merupakan unsur-unsur yang penting dalam perceritaan
sehingga menjadi kerangka utama cerita. Urutan dalam sesebuah cerita ini
dipanggil sebagai 'Plot'. Plot dapat dibahagikan kepada lima iaitu :
1)
Plot permulaan menceritakan tentang
latar belakang watak/suasana yang wujud pada awal cerita.
2)
Plot perkembangan merupakan perjalanan
cerita yang semakin berkembang dan wujudnya watak-watak lain.
3)
Plot perumitan merupakan plot yang
mengisahkan kewujudan masalah yang dihadapi oleh watak dalam cerita.
4)
Plot klimaks merupakan plot yang
mengisahkan masalah yang wujud tadi berjaya diselesaikan
5)
Plot peleraian pula merupakan plot yang
mengisahkan pengakhiran cerita sama ada diakhiri dengan kisah gembira atau
duka.
Plot perceritaan Raja Suran adalah seperti berikut :
1)
Plot permulaan :
Plot perceritaa ini dimulakan dengan pengenalan keturunan
Iskandar Zulkarnain itu juga lahirlah
Raja Suran. Beliau menakluki semua negara kecuali negara Cina, jadi baginda
mahu menakluk pula negara Cina.
2)
Plot perkembangan :
Jalan cerita ini diperkembangkan apabila baginda dapat menawan
negara Gangga Negara. Raja Gangga Syah Johan dikalahkan dan saudara perempuan
raja yang bernama Puteri Dara Segangga dikahwini. Raja Suran juga mengalahkan
negeri Langgiu, di hulu Sungai Johor. Rajanya bernama Raja Chulan berjaya di bunuh. Anak Raja Chulan iaitu Puteri Onang
Kiu telah dikahwininya. Baginda
meneruskan perjalanan hinggalah sampai ke Temasik.
3)
Plot perumitan :
Dalam plot ini mengisahkan masalah yang dihadapi oleh Raja
Suran. Apabila Raja Cina telah mengetahui peracangan Raja Suran yang ingin
menyerang negara Cina. Raja Cina yang mengetahui rancangan Raja Suran telah menghantar
satu rombongan untuk menipu raja Suran. Rombongan tersebut memberi khabar
menenai negara Cina iaitu dinyatakan negara Cina merupakan negara yang sangat
jauh dari Temasik. Untuk sampai ke negara Cina seorang yang berumur 12 tahun
akan menjadi tua, hingga gugurlah giginya. Besi sebesar lengan akan haus
menjadi seperti sepucuk jarum sahaja. Pepohon yang dimakan kiranya ditanam akan
berbuah.
4)
Plot Klimaks :
Ø
Apabila Raja Suran mendengar
perkhabaran yang tidak baik mengenai negara Cina, baginda telah membatalkan
hasratnya untuk menyerang negara Cina. Namun, baginda mahu mengetahui isi laut.
Oleh itu, Raja Suran pun masuk ke dalam laut dengan menggunakan peti kaca yang
berpesawat. Baginda tiba di negeri Dika. Kaumnya berbangsa Bu Sum. Setengah
Islam dan setengah kafir.
Ø
Raja Suran pun Berjumpa Raja Aktabul
Ardh dan baginda menikahi Puteri Mahtabul Bahri. Hasil perkahwinan mendapat 3
orang anak lelaki iaitu Nila Pahlawan,
Krisyna Pandita dan Nila Utama.
Ø
Raja Suran telah menyuruh raja jin
Asmaghiah Peri mendapatkan 3 mahkota dari perbendaharaan Nabi Sulaiman untuk
diberikan tanda kepada anak-anaknya itu sebagai keturunan Raja Islandar
Zulkarnain.
5)
Plot Peleraian :
Raja Suran pun keluar dari dalam laut dengan menunggang kuda
semberani jantan bernama Farasul Bahri. Baginda pun mendarat di Pantai Baniras.
Selepas itu Raja Suran kembali ke Benua Keling dan membina negara bernama
Bijaya Negara.
Plot kisah Hang Tuah yang terdapat dalam teks Sulalatus
Salatin iaitu bab 7 Hang Jebat Kesiangani di Istana.:
1)
Plot permulaan
Ø
Bermula apabila berlakunya Hang Jebat
telah mengamuk di dalam istana raja.
Ø
Ini menyebabkan Sultan dan permaisuri
terpaksa melarikan diri.
Bila
tiada seorangpun hulubalang yang dapat membunuh Hang Jebat itu.
2)
Plot perkembangan
Ø
Raja yang mula terkenangkan akan Hang
Tuah telah menyebabkan Seri Nara Diraja menyembah baginda untuk memberitahu
bahawa Hang Tuah masih hidup di Hulu Melaka.
Ø
Lalu Hang Tuah disuruh ambilkan. Dia
diampuni dan disuruh membuang arang di muka raja.
3)
Plot perumitan
Ø
Setelah kembalinya Hang Tuah ke istana.
Berlaku pertarungan di anatar Hang Tuah dan Hang Jebat dua tiga kali keris Hang
Tuah terlekat di dinding dan tiang tetapi dibenarkan Hang Jebat untuk mencabut
semula.
4)
Plot klimaks
Plot klimaks untuk kisah ini apabila keris Hang Jebat
terlekat.Hang Tuah terus dia menikam Hang Jebat dengan tikaman kedua, Mayat
Hang Jebat dibuang ke laut. Anak isterinya diumbut. Manakala, rumahnya Hang
Jebat dibuang ke laut
5) Plot
peleraian
Hang Tuah yang telah membunuh Hang Tuah didudukkan sama
taraf dengan Seri Bija Diraja dan dibenarkan memikul pedang kerajaan.
4 comments
Plot jelas dan powtoon menarik.tahniah
ReplyDeleteterima kasih :)
Deletevideo pengajaran yang menarik
ReplyDeleteterima kasih moga bermanfaat :)
Delete