LATAR SULALATUS SALATIN
By ayurahman - 11:48:00 PM
APA
ITU LATAR?
Latar
berperanan memberikan suasana kepada peristiwa dan manusia yang terdapat dalam
cerita.
Latar
penting dalam mengembangkan tema, persoalan, plot, watak, dan perwatakan. Idea,
plot, dan watak akan lebih hidup jika berada dalam situasi pelbagai latar.
Latar
merangkumi pelukisan geografi, topografi, pemandangan, bangunan, peralatan,
tanggungjawab watak, waktu, dan sebagainya.
Latar
terbahagi kepada empat jenis iaitu Latar tempat, Latar waktu atau masa,Latar
masyarakat atau citra masyarakat .
APA
ITU LATAR TEMPAT?
Latar
tempat Merupakan ruang atau tempat peristiwa berlaku yang berkaitan dengan lokasi
geografi.
Negeri Kida Hindi
Negeri
ini merupakan jajahan takluk Raja Iskandar Zulkarnain ketika hendak melihat
negeri Matahari Terbit.
Iskandar
Zulkarnain telah berkahwin dengan puteri Shahrul Bariah. Lalu lahirlah
keturunan raja melaka sehinggalah pemerintahan Raja Suran.
Raja
Suran dikatakan mewarisi sifat Iskandar Zulkarnain yang hebat dalam peperangan
dan penakluk yang hebat.
Setelah
ditipu oleh orang-orang China, barulah kegiatan penaklukan bertukar kepada
penerokaan negeri bawah laut.
Bukit Siguntang Mahameru.
tempat
di mana tiga orang putera Raja Suran mendarat dengan menggunakan seekor lembu
dari negeri bawah laut. Kehadiran mereka telah menyebabkan persekitaran Bukit
Siguntang menjadi bercahaya pada waktu malam. Setelah diperiksa oleh Wan Empuk
dan Wan Malini, didapati kawasan perhumaan mereka telah berubah dimana pokok
padinya bertukar sifat. Pokok padi telah berbuahkan emas, berbatangkan perak
dan daunnya suasa.
Negeri Dika
Raja
Suran mengalihkan pandangan untuk melihat dan mengetahui isi laut. Jesteru itu,
baginda telah menempa “sebuah peti kaca berkunci dan berpesawat dari dalam”
daripada seorang tukang.Raja Suran turun ke laut dan jatuh ke bumi bernama Dika
yang diperintah oleh Raja Aktabul Ard. Negeri Dika didiami oleh kaum Bu Sum
yang sebahagiannya beragama Islam dan sebahagiannya kafir.
Negeri gangga Negara
Raja
Suran menaiki takhta selepas kemangkatan Raja Sulan. Baginda berhasrat
menyerang dan menakluk negeri China.Dalam perjalanan, Raja Suran telah
menyerang dan menakluki negeri Gangga Negara yang diperintah oleh Raja Gangga
Shah Johan.
APA
ITU LATAR MASA?
Latar
waktu atau masa menunjukkan masa peristiwa berlaku seperti zaman, era,
sejarahnya, atau musimnya.
waktu malam
Anak-anak
Raja Suran telah muncul di Bukit Si Guntang pada waktu malam dan menyebabkan
padi Wan Empuk dan Wan Malini berbuahkan emas, daunnya menjadi perak, dan
batangnya menjadi suasa
“Maka
oleh Sang Rajuna Tapa, beras dikatakannya tiada lagi. Maka titah Raja Iskandar
Syah, “Cari barang siapa yang ada berjual, jangan ditawar lagi.” Maka dicari
secupakpun hendak dibeli tiada orang berjual ; dengan demikian orang Singapura
pun letihlah; tiada terangkatkan senjatanya lagi. Setelah dilihat oleh Sang
Rajuna Tapa telah letihlah isi negeri Singapura itu, pada waktu malam
dibukanyalah pintu kota, maka masuklah rakyat Jawa (Sulalatus Salatin, Hlm. 70)
suatu hari
Pada
suatu hari yang lain, berlaku peristiwa hanyut buih dari hulu sungai Palembang.
Di dalamnya terdapat seorang budak perempuan yang elok rupa parasnya, diambil
oleh Seri Teri Buana dan dinamakan Puteri tanjung Buih.
tiga tahun
Raja Iskandar Syah
menjadi raja pertama memerintah Melaka. Baginda memerintah selama tiga tahun.
Apabila Raja Iskandar Syah mangkat, takhta kerajaan Melaka diganti oleh
anakanda baginda yang bernama Raja Muda.
APA ITU LATAR MASYARAKAT?
Latar masyarakat atau citra
masyarakat Menunjukkan gambaran keadaan masyarakat dalam cerita merangkumi
bangsa atau etnik, status dan kehidupan sosial, ekonomi, dan sebagainya yang
bersesuaian dengan watak.
-
Kesetiaan seorang rakyat
Kesetiaan Hang Tuah jelas dan
nyata apabila dia sanggup membunuh dan menghapuskan sahabat karibnya, Hang
Jebat. Sebenarnya, watak Hang Jebat menderhaka dan merampas istana adalah
semata mata untuk membalas kematian Hang Tuah. Walaupun niat Hang Jebat diketahui
oleh Hang Tuah, tetapi dia tetap tidak melepaskan sahabatnya kerana
kesetiaannya terhadap raja Melaka. Lagipun penderhakaan Hang Jebat merupakan
kesalahan yang amat besar dan bertentangan dengan prinsip Hang Tuah iaitu
"pantang anak Melayu menderhaka terhadap rajanya."
-
Masyarakat yang mempunyai Sifat Luar Biasa
Anak-anak Raja Suran muncul di
Bukit Si Guntang pada waktu malam dan padi Wan Empuk dan Wan Malini berbuahkan
emas, daunnya menjadi perak, dan batangnya menjadi suasa.
-
Masyarakat yang berkepahlawanan tinggi
kepahlawanan Raja Iskandar
terlihat semasa bala tenteranyo menentang angkatan tentera Raja Kida Hindi.
Bala tentera pimpinan baginda dapat mengalahkan Raja Kida Hindi dengar mudah,
menangkap raja itu hidup-hidup lalu mengislamkannya, dan seterusnya menjadikan
negeri Hindi berada di bawah kekuasaannya. seterusnya, baginda memberikan
persalinar kepada Raja Kida Hindi dan menyuruh raja itu kembali ke negerinya
semula. Kehebatan Raja Iskandar mengagumkan Raja Kida Hindi sehingga baginda
terdorong untuk menjodohkan puterinya - Puteri Syahrul-Bariyah - dengan Raja
Iskandar.
-
Masyarakat yang mempunyai keagungan dan kebesaran
Keagungan dan kebesaran Raja
Iskandar Zul-Karnain juga dapat dilihat menerusi upacara perkahwinannya kerana
yang menyempurnakan majlis itu ialah Nabi Khidir a.s yang juga bertindak
sebagai wali bagi pihak Raja Kida Hindi). Malah, Nabi Khidir a.s. sendiri
mengesahkan keagungan dan kebesaran Raja Iskandar Zul-Karnain melalui
peringatan yang disampaikannya kepada Raja Kida Hindi: ... "ketahui olehmu
hei Raja Kida Hindi, bahawa raja kami inilah yang diserahkan Allah Taala
kerajaan dunia ini kepadanya, dari daksina lalu ke paksina."... (hlm. 5)
-
Masyarakat yang bijaksana
Raja Iskandar Zuklkarnain
merupakan raja dan pemimpin perang (penakluk) Islam yang dihormati dan ditakuti
di seluruh dunia. Baginda dihormati bukan sahaja oleh keberanian dan
kepahlawanannya, tetapi juga oleh kebijaksanaan dan kepintarannya. Baginda
begitu pintar dalam mengatur strategi perkembangan Islam. Perkara ini
dibuktikan baginda melalui tinclakannya menangkap Raja Kida Hindi hidup-hidup
dan kemudiannya mengislamkan baginda. Baginda kemudiannya mengambil hati Raja
Kida Hindi dengan mempersalini Raja Kida Hindi seperti pakaian dirinya dan
seterusnya menyuruh raja itu pulang ke negerinya. Langkah bijak yang diambil
baginda memungkinkan Raja Kida Hindi yang menguasai setengah negeri Hindi itu
akan memerintahkan rakyatnya menganut Islam dan seterusnya membolehkan Islam
bertapak di India (Hindi).
-
Pemimpin yang zalim
Kezaliman yang dilakukan oleh
pemimpin. Terdapat banyak contoh kezaliman yang dilakukan oleh watak-watak
tertentu sehingga menimbulkan kesan sampingan yang lain. Contoh pertama dapat
dilihat pada kezaliman Sultan Mahmud yang bertindak membunuh beberapa orang
watak walaupun kesalahan yang dilakukak itu tidak seberapa. Contohnya, Sultan
Mahmud menitahkan agar Tun Isap membunuh Tun Ali Sandang. Sultan Mahmud juga
bertindak zalim atas keluarga Tun Mutahir dengan membunuh keluarga itu. Kejatuhan
Melaka berlaku pada zamannya. Hal ini kerana Sultan Mahmud apabila dia membunuh
keluarga Tun Mutahir, kekuatan Melaka menjadi lumpuh. Walaupun rakyat tidak
dapat melawan kezaliman raja, tetapi keadilan telah terjadi dengan sendirinya
yang berpunca daripada sikap buasnya sendiri.
-
17 comments
terima kasih di atas perkongsian anda.. terbaik👍
ReplyDeletethank you :D
DeleteTerima kasih atas perkongsian tersebut. Maklumat yang diberikan sedikit sebanyak menambahkan ilmu pengetahuan says. Terima kasih
ReplyDeleteterima kasih :)
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteNice.👍👍 kisah yang memberi teladan kepada kita semua.
ReplyDeletethanks maria :)
DeletePenerangan sangat jelas dan mudah difahami. Menyertakan sekali vdeo membuatkan proses untuk memahami menjadi lebih mudah.
ReplyDeleteterima kasih mal :)
DeleteTerima kasih atas penerangan yang jelas
ReplyDeleteSama2.. Semoga bermanfaat
Deleteabundance info tq👍🏻
ReplyDeleteterima kasih zatiiii
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletethanks shaluma :D
ReplyDeleteperkongsian isi yang jelas dan mudah difahami
ReplyDeleteterima kasih moga bermanfaat :)
Delete