LATAR SULALATUS SALATIN

By ayurahman - 11:48:00 PM


APA ITU LATAR?

Latar berperanan memberikan suasana kepada peristiwa dan manusia yang terdapat dalam cerita.
Latar penting dalam mengembangkan tema, persoalan, plot, watak, dan perwatakan. Idea, plot, dan watak akan lebih hidup jika berada dalam situasi pelbagai latar.
Latar merangkumi pelukisan geografi, topografi, pemandangan, bangunan, peralatan, tanggungjawab watak, waktu, dan sebagainya.
Latar terbahagi kepada empat jenis iaitu Latar tempat, Latar waktu atau masa,Latar masyarakat atau citra masyarakat .

APA ITU LATAR TEMPAT?

Latar tempat Merupakan ruang atau tempat peristiwa berlaku yang berkaitan dengan lokasi geografi.
      
Negeri Kida Hindi

Negeri ini merupakan jajahan takluk Raja Iskandar Zulkarnain ketika hendak melihat negeri Matahari Terbit.
Iskandar Zulkarnain telah berkahwin dengan puteri Shahrul Bariah. Lalu lahirlah keturunan raja melaka sehinggalah pemerintahan Raja Suran.
Raja Suran dikatakan mewarisi sifat Iskandar Zulkarnain yang hebat dalam peperangan dan penakluk yang hebat.
Setelah ditipu oleh orang-orang China, barulah kegiatan penaklukan bertukar kepada penerokaan negeri bawah laut.

  Bukit Siguntang Mahameru.

tempat di mana tiga orang putera Raja Suran mendarat dengan menggunakan seekor lembu dari negeri bawah laut. Kehadiran mereka telah menyebabkan persekitaran Bukit Siguntang menjadi bercahaya pada waktu malam. Setelah diperiksa oleh Wan Empuk dan Wan Malini, didapati kawasan perhumaan mereka telah berubah dimana pokok padinya bertukar sifat. Pokok padi telah berbuahkan emas, berbatangkan perak dan daunnya suasa.

Negeri Dika

Raja Suran mengalihkan pandangan untuk melihat dan mengetahui isi laut. Jesteru itu, baginda telah menempa “sebuah peti kaca berkunci dan berpesawat dari dalam” daripada seorang tukang.Raja Suran turun ke laut dan jatuh ke bumi bernama Dika yang diperintah oleh Raja Aktabul Ard. Negeri Dika didiami oleh kaum Bu Sum yang sebahagiannya beragama Islam dan sebahagiannya kafir.

Negeri gangga Negara

Raja Suran menaiki takhta selepas kemangkatan Raja Sulan. Baginda berhasrat menyerang dan menakluk negeri China.Dalam perjalanan, Raja Suran telah menyerang dan menakluki negeri Gangga Negara yang diperintah oleh Raja Gangga Shah Johan.

APA ITU LATAR MASA?

Latar waktu atau masa menunjukkan masa peristiwa berlaku seperti zaman, era, sejarahnya, atau musimnya.

waktu malam

Anak-anak Raja Suran telah muncul di Bukit Si Guntang pada waktu malam dan menyebabkan padi Wan Empuk dan Wan Malini berbuahkan emas, daunnya menjadi perak, dan batangnya menjadi suasa

“Maka oleh Sang Rajuna Tapa, beras dikatakannya tiada lagi. Maka titah Raja Iskandar Syah, “Cari barang siapa yang ada berjual, jangan ditawar lagi.” Maka dicari secupakpun hendak dibeli tiada orang berjual ; dengan demikian orang Singapura pun letihlah; tiada terangkatkan senjatanya lagi. Setelah dilihat oleh Sang Rajuna Tapa telah letihlah isi negeri Singapura itu, pada waktu malam dibukanyalah pintu kota, maka masuklah rakyat Jawa (Sulalatus Salatin, Hlm. 70)

 suatu hari

Pada suatu hari yang lain, berlaku peristiwa hanyut buih dari hulu sungai Palembang. Di dalamnya terdapat seorang budak perempuan yang elok rupa parasnya, diambil oleh Seri Teri Buana dan dinamakan Puteri tanjung Buih.

 tiga tahun

Raja Iskandar Syah menjadi raja pertama memerintah Melaka. Baginda memerintah selama tiga tahun. Apabila Raja Iskandar Syah mangkat, takhta kerajaan Melaka diganti oleh anakanda baginda yang bernama Raja Muda.



APA ITU LATAR MASYARAKAT?

Latar masyarakat atau citra masyarakat Menunjukkan gambaran keadaan masyarakat dalam cerita merangkumi bangsa atau etnik, status dan kehidupan sosial, ekonomi, dan sebagainya yang bersesuaian dengan watak.

-          Kesetiaan seorang rakyat

Kesetiaan Hang Tuah jelas dan nyata apabila dia sanggup membunuh dan menghapuskan sahabat karibnya, Hang Jebat. Sebenarnya, watak Hang Jebat menderhaka dan merampas istana adalah semata mata untuk membalas kematian Hang Tuah. Walaupun niat Hang Jebat diketahui oleh Hang Tuah, tetapi dia tetap tidak melepaskan sahabatnya kerana kesetiaannya terhadap raja Melaka. Lagipun penderhakaan Hang Jebat merupakan kesalahan yang amat besar dan bertentangan dengan prinsip Hang Tuah iaitu "pantang anak Melayu menderhaka terhadap rajanya."

-          Masyarakat yang mempunyai Sifat Luar Biasa

Anak-anak Raja Suran muncul di Bukit Si Guntang pada waktu malam dan padi Wan Empuk dan Wan Malini berbuahkan emas, daunnya menjadi perak, dan batangnya menjadi suasa.

-          Masyarakat yang berkepahlawanan tinggi

kepahlawanan Raja Iskandar terlihat semasa bala tenteranyo menentang angkatan tentera Raja Kida Hindi. Bala tentera pimpinan baginda dapat mengalahkan Raja Kida Hindi dengar mudah, menangkap raja itu hidup-hidup lalu mengislamkannya, dan seterusnya menjadikan negeri Hindi berada di bawah kekuasaannya. seterusnya, baginda memberikan persalinar kepada Raja Kida Hindi dan menyuruh raja itu kembali ke negerinya semula. Kehebatan Raja Iskandar mengagumkan Raja Kida Hindi sehingga baginda terdorong untuk menjodohkan puterinya - Puteri Syahrul-Bariyah - dengan Raja Iskandar.

-          Masyarakat yang mempunyai keagungan dan kebesaran

Keagungan dan kebesaran Raja Iskandar Zul-Karnain juga dapat dilihat menerusi upacara perkahwinannya kerana yang menyempurnakan majlis itu ialah Nabi Khidir a.s yang juga bertindak sebagai wali bagi pihak Raja Kida Hindi). Malah, Nabi Khidir a.s. sendiri mengesahkan keagungan dan kebesaran Raja Iskandar Zul-Karnain melalui peringatan yang disampaikannya kepada Raja Kida Hindi: ... "ketahui olehmu hei Raja Kida Hindi, bahawa raja kami inilah yang diserahkan Allah Taala kerajaan dunia ini kepadanya, dari daksina lalu ke paksina."... (hlm. 5)

-          Masyarakat yang bijaksana

Raja Iskandar Zuklkarnain merupakan raja dan pemimpin perang (penakluk) Islam yang dihormati dan ditakuti di seluruh dunia. Baginda dihormati bukan sahaja oleh keberanian dan kepahlawanannya, tetapi juga oleh kebijaksanaan dan kepintarannya. Baginda begitu pintar dalam mengatur strategi perkembangan Islam. Perkara ini dibuktikan baginda melalui tinclakannya menangkap Raja Kida Hindi hidup-hidup dan kemudiannya mengislamkan baginda. Baginda kemudiannya mengambil hati Raja Kida Hindi dengan mempersalini Raja Kida Hindi seperti pakaian dirinya dan seterusnya menyuruh raja itu pulang ke negerinya. Langkah bijak yang diambil baginda memungkinkan Raja Kida Hindi yang menguasai setengah negeri Hindi itu akan memerintahkan rakyatnya menganut Islam dan seterusnya membolehkan Islam bertapak di India (Hindi).

-          Pemimpin yang zalim

Kezaliman yang dilakukan oleh pemimpin. Terdapat banyak contoh kezaliman yang dilakukan oleh watak-watak tertentu sehingga menimbulkan kesan sampingan yang lain. Contoh pertama dapat dilihat pada kezaliman Sultan Mahmud yang bertindak membunuh beberapa orang watak walaupun kesalahan yang dilakukak itu tidak seberapa. Contohnya, Sultan Mahmud menitahkan agar Tun Isap membunuh Tun Ali Sandang. Sultan Mahmud juga bertindak zalim atas keluarga Tun Mutahir dengan membunuh keluarga itu. Kejatuhan Melaka berlaku pada zamannya. Hal ini kerana Sultan Mahmud apabila dia membunuh keluarga Tun Mutahir, kekuatan Melaka menjadi lumpuh. Walaupun rakyat tidak dapat melawan kezaliman raja, tetapi keadilan telah terjadi dengan sendirinya yang berpunca daripada sikap buasnya sendiri.
-           






  • Share:

You Might Also Like

17 comments

  1. terima kasih di atas perkongsian anda.. terbaik👍

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsian tersebut. Maklumat yang diberikan sedikit sebanyak menambahkan ilmu pengetahuan says. Terima kasih

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Nice.👍👍 kisah yang memberi teladan kepada kita semua.

    ReplyDelete
  5. Penerangan sangat jelas dan mudah difahami. Menyertakan sekali vdeo membuatkan proses untuk memahami menjadi lebih mudah.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas penerangan yang jelas

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. perkongsian isi yang jelas dan mudah difahami

    ReplyDelete