SINOPSIS SULALATUS SALATIN SEJARAH MELAYU
By ayurahman - 11:08:00 PM
SINOPSIS SULALATUS SALATIN
Bab I : Bismillah-Rahmannir-Rahim.
Bab I : Bismillah-Rahmannir-Rahim.
Buku dimulakan dengan
memuji Allah dan berselawat kepada Rasulullah s.a.w.
Menjunjung Titah Raja.
Pada 12 Rabiul awal tahun
1221H, Tun Muhamad @ Tun Seri Lanang, Bendahara Paduka raja telah diperintahkan
oleh Sultan Abdullah Ma’ayah Syah, Yang Dipertuan Di Hilir supaya mengarang
sebuah buku mengenai kisah raja-raja Melayu dan istiadatnya supaya dapat
diingat dan diambil faedah daripadanya. Kitab ini dinamai Sulalatus salatin
yang bermaksud “Pertuturan segala raja-raja”. Namun ia lebih dikenali sebagai
Sejarah Melayu.
Penaklukan Iskandar
Zulkarnain.
Raja Iskandar Zulkarnain,
berkerajaan di Makaduniah, Rom telah berusaha meluaskan tanah jajahannya ke
arah timur, arah matahari terbit. Baginda berjaya sampai ke Benua Hindi dan
mengalahkan Raja Kida Hindi.
Perkahwinan Puteri Syahrul
Bariyah,
Iskandar Zulkarnain telah
mengahwini Puteri Syahrul Bariyah. Perkahwinannya diakadkan oleh Nabi Khidir
dengan mas kahwin sebanyak 300 ribu dinar emas. Setelah kahwin Iskandar
Zulkarnain telah meneruskan pengembaraan untuk melihat matahari terbit. Dalam
perjalanan pulang baginda singgah untuk mengambil isterinya pulang ke Rom
tetapi diminta tinggalkan oleh Raja Kida Hindi. Jadi Puteri Syahrul Bariyah
ditinggalkan di negeri Kida Hindi.
Zuriat Iskandar Zulkarnain.
Puteri Syahrul Bariyah
melahirkan seorang anak bernama Aristun Syah, hasil perkahwinannya dengan
Iskandar Zulkarnain. Aristun Syah menggantikan datuknya Raja Kida Hindi
memerintah kerajaan selama 355 tahun.
Perjalanan hendak menakluk
negeri Cina.
Dari keturunan Iskandar
Zulkarnain itu juga lahirlah Raja Suran. Beliau menakluki semua
negara kecuali negara Cina, jadi baginda mahu menakluk pula negara Cina. Dalam
perjalanan itu, baginda sempat menawan negara Gangga Negara. Raja Gangga Syah
Johan dikalahkan dan saudara perempuan raja yang bernama Puteri Dara Segangga
dikahwini. Raja Suran juga mengalahkan negeri Langgiu, di hulu Sungai Johor.
Rajanya bernama Raja Chulan berjaya di bunuh. Anak Raja Chulan iaitu
Puteri Onang Kiu telah dikahwininya. Baginda meneruskan perjalanan
hinggalah sampai ke Temasik.
Usaha Raja Suran untuk
menyerang Cina telah diketahui oleh Raja Cina. Baginda menghantar satu
rombongan untuk menipu raja Suran. Negara Cina dinyatakan sangat jauh dari
Temasik. Untuk sampai ke negara Cina seorang yang berumur 12 tahun akan menjadi
tua, hingga gugurlah giginya. Besi sebesar lengan akan haus menjadi seperti
sepucuk jarum sahaja. Pepohon yang dimakan kiranya ditanam akan berbuah.
Mendengar tipu muslihat itu Raja Suran membatalkan hasratnya untuk menyerang
negara Cina.
Hendak mengetahui isi laut.
Raja Suran masuk ke dalam
laut dengan menggunakan peti kaca yang berpesawat. Baginda tiba di negeri Dika.
Kaumnya berbangsa Bu Sum. Setengah Islam dan setengah kafir. Kaum itu kehairanan
melihat Raja Suran.
Zuriat Raja Suran.
Berjumpa Raja Aktabul Ardh
dan menikahi Puteri Mahtabul Bahri. Hasil perkahwinan mendapat 3 orang anak
lelaki iaitu Nila Pahlawan, Krisyna Pandita dan Nila Utama. Raja
Suran telah menyuruh raja jin Asmaghiah Peri mendapatkan 3 mahkota dari
perbendaharaan Nabi Sulaiman untuk diberikan tanda kepada anak-anaknya itu
sebagai keturunan Raja Islandar Zulkarnain. Raja Suran telah keluar dari dalam
laut dengan menunggang kuda semberani jantan bernama Farasul Bahri. Baginda
mendarat di Pantai Baniras. Selepas itu Raja Suran kembali ke Benua Keling dan
membina negara bernama Bijaya Negara.
Bab II:
Kisah bermula di Bukit Si Guntang.
Tiga orang anak Raja Suran
telah naik ke bumi dan turun di Bukit Si Guntang dengan menaiki seekor lembu
jantan berwarna putih. Kedatangan mereka ditemui oleh Wan Empuk dan Wan Malini.
Mereka telah melihat puncak bukit bercahaya terang pada malam itu. Tanahnya
berubah menjadi warna keemasan. Pohon padi berbuahkan emas, berdaunkan perak
dan berbatangkan suasa. Ketiga-tiga mereka dijemput oleh Demang Lebar Daun ke
istana Palembang. Setibanya di Palembang, lembu kenaikan mereka memuntahkan
buih dan terdapat seorang lelaki di dalamnya yang dinamai Batala.
Asal raja Minangkabau dan
Tanjung Pura.
Raja Minangkabau iaitu
Patih Suatang telah datang ke Palembang memohon seorang anak raja Suran itu
untuk dirajakan di Minangkabau. Untuk itu Nila Pahlawan atau Sang Si Perba
dihantar ke sana. Penduduk Tanjung Pura pula datang dan Krisyna Pandita pula
dihantar. Nila Utama pula dirajakan di Palembang dan bergelar Seri Teri Buana.
Seri Teri Buana mahu
beristeri. Malangnya semua anak raja yang ditidurinya mendapat penyakit kedal.
Sehingga habislah anak-anak raja yang baik dalam negeri Palembang itu. STB
telah mendapat tahu akan kecantikan Radin Ratna Cendera Puri anakanda Demang
Lebar daun dan ingin mengahwininya.
Bersumpah
Berteguh Janji.
Sebelum berkahwin Demang
Lebar Daun telah mohon diadakan perjanjian dahulu. Dia mahu anaknya itu tidak
dikeluarkan dari istana kalau dia mendapat penyakit kedal setelah ditiduri Seri
Teri Buana. Biarlah dia menjadi tukang masak di dapur atau tukang sapu di
istana. Demang Lebar Daun juga mahu supaya raja jangan berlaku zalim dengan
memalukan rakyat yang bersalah.
Seri Teri
Buana pula mahu rakyat jangan derhaka kepada raja. Jikalau rakyat derhaka
rumahnya akan dibalikkan, kaki tiang ke langit dan kiranya raja berlaku zalim
kerajaannya akan dimusnahkan oleh Allah. Bagaimanapun setelah ditiduri Seri
Teri Buana, Radin Ratna Cendera Puri tidak kedal. Jadi perkahwinan antara
merekapun dilansungkan.
Selepas
perkahwinan itu berlaku satu peristiwa pelik berlaku, telah hanyut di sungai
buih-buih yang besar dan satu dari antaranya mengandungi seorang budak
perempuan. Dia telah dijadikan anak angkat STB dan dinamakan Puteri Tanjung
Buih.
Membunuh
Ular Sakti Mona.
Penduduk di Minangkabau
mahu menguji kesaktian Sang Si Perba dengan meminta baginda membunuh ular Sakti
Mona. SSP telah meminjamkan curiknya yang bernama curik Si Mandang Kini kepada
seorang hulubalang bernama Permasku Mambang. Beliau berjaya membunuh ular
tersebut. Namun curik itu sendiri sumbing 190. Bagindapun kekallah berkerajaan
di Minangkabau.
Tajitram
Syah iaitu salah seorang dari keturunan Raja Suran yang telah keluar istana untuk
membina empayarnya sendiri telah dilanggar ribut di tengah laut. Angkatannya
musnah dan dia sendiri terdampar di Belambang Majut (Bangkahulu). Tanah
Andalas, sebelah Laut Selbu. Dia dijumpai oleh Demang Kebayunan dan dikahwinkan
dengan anaknya yang bernama Raden Sendari. Mendapat 4 orang anak, 2 lelaki dan
2 perempuan. Ratna Dewi, Seri Dewi, Maniaka dan Nila Karna. Seri Dewi dikahwini
putera dari Cina dan Ratna Dewi oleh putera ratu Majapahit. Berita kehadiran
Tajitram Syah terdengar ke India dan para menteri dalam kerajaan Canda Kani
telah datang menjemputnya balik ke Benua Keling itu.
Mencari
tempat baru untuk berbuat negeri.
Seri Teri Buana telah
keluar dari Palembang untuk membuka negeri baru. Selepas melewati Gunung
Lingga, angkatannya telah kehabisan air minuman. Untuk mendapatkan air tawar,
STB telah menyuruh mencampakkan gulungan rotan ke laut dan dia sendiri
mencelupkan kakinya ke dalam air laut di tengah gelungan rotan itu. Air laut
telah menjadi tawar dan tempat itu dinamakan Selat Air Tawar. Sesampai
STB di Tanjung Bintan, baginda telah dijemput oleh Wan Seri Beni ke istana dan
Raden Ratna Cendara Puri dibawa ke istana bondanya iaitu Puteri Iskandar Syah.
Jadi Anak
angkat raja perempuan Bintan.
Wan Seri Beni memerintah
Bintan dengan dibantu oleh Menteri Bupala dan Aria Bupala. Wan Seri Beni sangat
berkenan memandang STB dan RRCP. Kepada STB diserahkan kerajaannya dan STB
dijadikan anak angkatnya. Seri Teri Buana menjadi raja selama 2
tahun di Bintan itu.
STB
meneruskan semula perjalananya. Dia bertolak ke Bengkilau dan berburu hingga ke
Tanjung Sengkuang. Di sini anjng pemburuan baginda telah terjun ke laut
dihambat oleh pelanduk putih. STB telah memerintahkan tempat itu ditebas untuk
dibuka negeri. Bagaimanapun dari situ dia terpadang pula pantai Temasik dan
ingin pula ke sana.
Temasik
dijumpai.
Sesampai di Teluk Belanga,
angkatan baginda dilanda oleh ribut. Semua harta telah dibuang ke laut. Untuk
meredakan ribut STB telah meletakkan mahkota baginda ke permukaan air laut.
Lalu ributpun teduh. Di atas bukit di pulau Temasik STB telah terpandangkan
seekur singa. Bagaimanapun singa itu ghaib apabila terpandangkan orang ramai.
STB mengubah nama pulau itu dari Temasik ke Singapura dan mahu kerajaannya
dibuka di situ. Wan Seri Beni menabalkan STB di situ. Pemerintahan Bintan di
serahkan kepada anak Menteri Bupala yang bergelar Tun Telanai.
Bab III
: Puteri Nila Pancadi ke Singapura.
Seri Teri Buana mempunyai 2
orang anak iaitu Raja Kecil Besar dan Raja Kecil Muda. STB telah menghantar
menteri Aria Bupala ke benua keling meminang Puteri Nila Pancadi. Raja Jambuga
Rama Mudaliar telah menerima pinangan itu, bahkan menghantar puterinya untuk
dikahwini oleh Raja Kecil Besar ke Singapura. Raja Kecil Muda pula dikahwinkan
dengan cucu saudara Demang Lebar Daun iaitu Raden Lasmi Puri.
Raja dan
Bendahara adik beradik.
Selepas Seri Teri Buana
mati ia ditanam di Bukit Singapura, Raja Kecil Besar dijadikan Raja bergelar
Paduka Seri Pikrama Wira. Raja Kecil Muda dijadikan Bendahara bergelar Tun
Perpatih Permuka Berjajar. Cucu Demang Lebar Daun dijadikan perdana
menteri bergelar Tun Perpatih Pemuka Jegalar. Penghulu Bendahari
bergelar Tun Jana Buga Dendang. Hulubalang Besar pula ialah Tun Tempurung. RKB
telah memperolehi seorang putera bergelar Raja Muda.
Peristiwa
Tatal Dan Menarah Kepala Budak.
Betara Majapahit telah
menghantar bingkasan sekeping tatal tujuh depa panjangnya dan digulung seperti
subang kepada PSPW. PSPW menyangka dirinya dianggap perempuan oleh Betara
Majapahit. Sebagai balasannya diminta seorang tukang kayu bernama Cedun Pawang
Antan disuruhnya menarah rambut budak dan beliung itu dihantarnya ke
Majapahit. Betara Majapahit pula menyangka kepalanya mahu ditarah
oleh PSPW. Betara Majapahit sangat marah dan menyerang Singapura. Orang
Majapahit berjaya dikalahkan.
Bila PSPW
meninggal dunia, anaknya Raja Muda diangkat menjadi raja bergelar Rakna
Wikrama. Tun Perpatih Tulus pula menggantikan ayahandanya Tun Perpatih Permuka
Berjajar sebagai bendahara.
Badang
beroleh gagah.
Badang adalah seorang hamba
kepada seorang perempuan yang tinggal di Sayung. Ikan yang terperangkap di
lukah yang ditahannya telah dimakan oleh hantu. Hantu itu ditangkap dan mahu
dibunuh. Untuk mengelakkan dirinya dibunuh dia berjanji akan menunaikan segala
hajat Badang. Badang mohon kepada hantu supaya dia menjadi gagah. Untuk itu
hantu meminta Badang memakan muntahnya. Selepas makan muntah hantu itu Badang
telah menjadi sangat gagah.
Pohon
kayu sebesar dua tiga pemeluk dapat dicabutnya. Hutan yang luas dapat
dibersihkan dengan sekejap sahaja. Dengan kekuatan Badang, tuannya menjadi kaya
raya dan diberi gelar Orang Kaya Sayung. Badang telah dibebaskan. Dia dijadikan
Sandim Sani oleh Seri Rakna Wikrama di Singapura. Kekuatan Badang
dapat dilihat dari beberapa peristiwa. Kayu pengayuh perahunya adalah kayu
kempas sebesar sepemeluk. Selepas tujuh kali berkayuh kayu itu patah. Semasa
memanjat pohon kuras, dia terjatuh. Kepalanya terhempas ke batu dan menyebabkan
batu menjadi pecah. Badang dapat menyorong pilang yang panjang lima belas
dengan seorang diri. Sedangkan orang lain seramai empat lima ratus tidak mampu
melakukannya.
Kegagahan
Badang diuji.
Raja di Benua Keling telah
menghantar pahlawan yang tergagah untuk menandingi kegagahan Badang. Pahlawan
itu bernama Nadi Bija Biakra. Taruhannya ialah barangan tujuh kapal. Dalam
pertandingan itu mereka disuruh bergusti. Badang berjaya menewaskan Nadi Bija
Biakra itu. Mereka juga bertanding mengangkat batu. NBB hanya terdaya
mengangkat separas lutut. Oleh Badang batu itu diangkat, dilambung-lambung dan
dilontarkannya hingga ke kuala.
Raja
Perlak pula telah menghantar pahlawannya yang bernama Benderang untuk
mengalahkan Badang. Sebelum pertandingan diadakan Badang terlebih dahulu
meminta untuk menguji Benderang dalam majlis makan malam. Badang telah menindih
peha Benderang dan Benderang tidak mampu mengangkatnya. Badang pula berjaya
mengangkat pehanya bila disesak oleh Benderang.
Keesukan
harinya Tun Perpatih Pandak selaku ketua rombongan Perlak telah meminta supaya
pertandingan itu tidak diteruskan. Kerana bimbang ianya akan menyebabkan
hubungan Singapura dan Perlak menjadi rosak. Sebenarnya dia takut Benderang
dikalahkan. Bagaimanapun mereka telah disuruh merentangkan rantai
yang sangat besar di belakang Siram supaya kapal tidak dapat lalu.
Tidak
lama kemudian Badang telah mati dan ditanamkan di Buru. Batu Nisannya
dikirimkan oleh Raja Benua Keling. Bila Paduka Seri Wikrama
meninggal dunia, dia digantikan oleh anaknya yang bernama Damia Raja dan
bergelar Paduka Seri Maharaja. Dia berkahwin dengan Damia Puteri anak Tun
Perpatih Permuka Berjajar. Dari perkahwinan itu lahirlah pula Raja Iskandar
Syah.
Mula
kedatangan Islam ke alam Melayu.
Merah Silu dan Merah Caga
tinggal di Gunung Sengkuang. Merah Silu kerjanya menahan lukah tetapi asyik terkena
cacing gelang sahaja. Kerana terlalu marah cacing itu direbus. Nasibnya baik,
cacing gelang telah bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi
perak. Bila Merah Caga mendengar adiknya dikatakan makan cacing
gelang, dia mahu membunuh saudaranya itu. Merah Silu melarikan dirinya ke Rimba
Jurun.
Satu hari
Merah Silu pergi berburu. Anjingnya Si Pasai telah menemui seekur semut besar.
Semut besar itu telah ditangkap oleh Merah Silu dan dimakannya. Tempat itu
dibersihkan dan dinamakan Semudra yang beerti semut besar. Negeri Semudra itu
telah terkenal hingga ke Mekah. Syarif Mekah telah memerintahkan seorang
nakhoda bernama Sheikh Ismail ke Semudra. Dia disuruh singgah di negeri
Mu’tabari untuk mengambil seorang fakir. Sultan Muhamad iaitu Raja Mu’tabari
telah turun dari takhta dan mengikut rombongan itu ke negeri Semudra. Sultan
Muhammad adalah keturunan dari Abu Bakar al-Siddik r.a.
Sebelum
sampai ke Semudra, kapal Sheikh Ismail telah singgah di Fansuri, Lamiri, Haru
dan Perlak. Kesemua penduduk di situ telah memeluk agama Islam tetapi tidak ada
yang pandai membaca Qur’an. Merah Silu juga telah memeluk Islam di tangan fakir
Sultan Muhammad itu. Malamnya Merah Silu telah bermimpi berjumpa Rasulullah.
Rasulullah telah meludah ke dalam mulut Merah Silu. Badan Merah Silu menjadi
harum dan dia dapat membaca al-Qur’an. Sheikh Ismail telah menabalkan Merah
Silu dan namanya ditukar menjadi Sultan Malikul Salleh.
Sultan
Malikul Salleh telah berkahwin dengan Puteri Ganggang, anak raja Perlak. Dia
mendapat dua orang anak yang diberi nama Sultan Malikul Tahir dan Sultan
Malikul Mansur.Sultan Malikul Salleh telah keluar untuk mencari tempat baru
untuk dibuat kerajaan bagi anaknya. Anjing pemburuannya telah menyalak di satu
tanah tinggi. Tempat itu dipandang cantik oleh Sultan Malikul Salleh. Ianya
ditebas dan diberi nama Pasai sempena nama anjing pemburuan baginda. Sultan
Malikul Tahir dirajakan di Pasai itu dengan menterinya bernama Sidi Ali
Ghiathu’d Din sebagai mangkubumi. Sultan Malikul Mansur pula
dirajakan di Samudra dengan menterinya Sidi Ali Yaumid’d Din.
Sebelum
meninggal dunia, Sultan Malikul Saleh sempat berwasiat kepada kedua anak dan
menteri-menterinya supaya jangan tamak harta orang, jangan inginkan isteri
hamba kamu dan hendaklah hidup bermuafakat.
Raja
Pasai Ditipu Dan Ditawan.
Raja Syahrun Nuwi dengkikan
kebesaran kerajaan Pasai. Dia memerintahkan pahlawannya yang bernama Awi Dicu
untuk pergi dan menangkap rajanya iaitu Sultan Malikul Tahir. Dengan
menggunakan tipu helah, Sultan Malikul Tahir telah berjaya ditangkap dan dibawa
ke Siam. Dia dijadikan gembala ayam di istana.
Sidi Ali
Ghiathu’d Din telah menyamar menjadi saudagar Arab dan telah pergi ke negeri
Syahrun Nuwi itu. Dia telah memberikan berbagai hadiah kepada raja Syahrun
Nuwi. Antaranya ialah sepohon pohon kayu emas dan buahnya dari permata. Papan
catur emas, buahnya permata merah dan hijau. Sepasang itik emas yang boleh
berenangan di dalam air. Kerana termakan dengan rasuah berkenaan Sultan Malikul
Tahirpun dibebaskan.
Peristiwa
Kerana Seorang Dayang.
Sultan Malikul Mansur ingin
pergi melawat abangnya di Pasai. Keinginannya itu ditegah oleh menteri Sidi
Asma’ Yaudi’d Din. Bagaimanapun baginda pergi juga. Semasa di Pasai dia telah
membawa pulang seorang dayang Sultan Malikul Tahir. Perbuatannya itu menimbulkan
kemarahan Sultan Malikul Tahir.
Sultan
Malikul Tahir telah menjemput saudaranya itu untuk majlis berkhatan. Di sana
menteri Sidi Asma’ Yaumiddin dibunuh dan di sula di Pasai. Kepalanya
dibuang ke laut. Kepala menteri itu dijumpai oleh Sultan Malikul
Mansur di laut Padang Maya semasa baginda hendak dibuang ke Manjung. SMM
memohon badan menterinya dikembalikan dan mayatnya ditanam di Padang Maya.
Selepas 3
tahun, SM Tahir telah menyesal di atas perbuatannya itu dan menjemput
saudaranya SM Mansur kembali. Dalam perjalanan pulang, SM Mansur singgah di
Padang Maya dan kemudiannya meninggal dunia di situ.
BAB IV :
SINGAPURA DILANGGAR TODAK.
Tuan Jana Khatib seorang
yang mahir ilmu khayal lillah telah datang ke Singapura. Dia telah menilik
sebatang pohon pinang sehingga terbelah dua. Perbuatannya itu menimbulkan
kemarahan Paduka Seri Maharaja. Katanya Tuan Jana Khatib nak menunjukkan
kebolehan kepada isterinya. TJK telah dihukum bunuh. Sebaik darahnya menitik ke
tanah, tubuh TJK telah ghaib.Tubuhnya itu dikatakan muncul di Langkawi. Selepas
peristiwa ini, singapura telah dilanggar oleh ikan-ikan todak. Ramai rakyat
Singapura telah terbunuh.
Paduka
Seri Maharaja telah menyuruh rakyatnya berkubukan betis, ini menjadikan semakin
ramai rakyatnya terbunuh. Seorang budak telah mencadangkan supaya
berkubu batang pisang. Kecerdikan budak ini menimbulkan kerisauan di hati
pembesar. Mereka mencadangkan budak itu dibunuh.
Raja yang
meninggal dunia digantikan anaknya iaitu Raja Iskandar Syah. RIS mengahwini anak
Tun Perpatih Tulus dan mendapat seorang anak bernama Raja Ahmad ataupun nama
timangannya Raja Besar Muda. RBM dikahwinkan dengan Tuan Puteri Kamarul Ajaib,
anak Raja Sulaiman Syah, raja Kota Mahligai.
Anak bendahari raja
Iskandar Syah telah dihukum canggai (sula) di pasar kerana difitnah berbuat
jahat dengan orang lain. Sang Rajuna Tapa merasa sangat malu. Dia mengirimkan
surat kepada Betara Majapahit meminta Majapahit menyerang Singapura dan dia
bersedia untuk belot dari dalam. Rakyat Majapahit telah menyerang Singapura.
Singapura dikepung selama sebulan oleh Demang mangku Negara. Bekalan makanan
dikatakan telah habis. Bila rakyat Singapura telah keletihan, Sang Rajuna Tapa
telah membuka pintu kota dan Singapura telah dikalahkan.
Raja
Iskandar Berlepas Ke Darat.
Raja Iskandar Syah
melarikan diri ke tanah besar. Sang Rajuna Tapa dan isteri menjadi batu kerana
derhaka kepada raja. Iskandar Syah cuba membuka sebuah negeri baru di Hulu
Muar, malangnya ia diserbu oleh biawak. Jadi tempat itu dinamakan Biawak
Busuk. Baginda pindah ke Sungai Ujong membina kota, keesukannya kota
itu menjadi buruk. Lalu dinamakan Kota Burok. Pindah pula ke Sening Ujong. Dari
sini pindah lagi ke Bertam.
Membuka
Negeri Melaka.
Di Bertam inilah berlaku
peristiwa anjing pemburuan lari terjun ke sungai dikejar oleh pelanduk putih.
Semasa peristiwa berlaku, raja sedang berehat di bawah pohon Melaka. Tempat itu
dibuka dan dinamakan Melaka. Raja Iskandar Syah memerintah Singapura selama 32
tahun. Selepas 3 tahun memerintah Melaka, beliaupun mangkat. Raja Besar
Muda pula menggantikannya memerintah Melaka. Bagindalah raja yang pertama
melantik 4 orang menteri untuk berkhidmat di balai, 40 orang bentara dan
anak-anak pembesar sebagai biduanda istana..
Di zaman
Raja Kecil Besar, baginda telah bermimpi berjumpa Rasulullah.
Rasulullah telah mengajarkannya kalimah tayyibah dan menukarkan
namanya menjadi Sultan Muhammad Syah. Rasulullah juga memberitahu pada waktu
asar esukknya akan tiba sebuah kapal dari Jeddah. Penumpangnya akan turun solat
di pantai. Selepas bangun dari tidur RKB mendapati tubuhnya berbau harum dan
dia asyik mengulang sebut akan kalimah sehingga disangka oleh para dayang yang
baginda telah dirasuk oleh Syaitan.
Kedatangan
Islam ke Melaka.
Raja telah memberitahu
Bendahara yang ia bermimpi bertemu Rasulullah. Sebagai buktinya, kalamnya
kelihatan telah dikhatankan orang dan akan datang sebuah kapal pada waktu Asar
nanti. Pada petang itu datanglah sebuah kapal dari Jeddah, Syed Abdul Aziz
makhdum kapal itu telah turun bersembahyang di pantai. SAA telah dibawa masuk
ke istana dan semua orangpun telah memeluk agama Islam. Mereka semuanya berguru
pada SAA itu. Raja mengubah namanya menjadi Sultan Muhammad Syah. Bendahara
bergelar Seri Wak Raja. Perdana Menteri bergelar Seri Amar Diraja.
Penghulu bendahari pula bergelar Seri Nara Diraja.
Baginda
membuat beberpa pantang larang termasuk melarang rakyat menggunakan kain warna
kuning melainkan untuk dibuat kain, baju dan destar. Rakyat juga tidak boleh
berbuat rumah tiang gantung, Perahu tidak boleh bertingkap dan berpenghadapan.
Tidak boleh memakai penduk dan teterapan keris. Tidak boleh bergelang emas di
kaki. Tidak boleh berkeroncong emas kepala perak. Barangan emas tidak boleh
dipakai kecuali dianugerahkan oleh raja. Jika hendak masuk ke istana perlu
memakai kain berpancung, berkeris di hadapan dan bersebai. Jika keris di
belakang akan dirampas. Payung putih khusus untuk raja. Payung kuning pula
untuk putera raja.
Susunan
Tertib Adat Istiadat Raja.
Upacara mengadap di
balairung seri.
Bendahara,
Penghulu Bendahari, Temenggung, menteri, orang besar-besar dan sida-sida duduk
di seri balai.
Anak-anak
raja duduk di kelek-kelekan balai kiri dan kanan.
Sida-sida
yang muda-muda duduk di selang-selang antara bentara.
Hulubalang
muda-muda berdiri di ketapakan balai memikul pedang.
Kepala
bentara di kiri daripada anak cucu menteri yang patut jadi Bendahara, Penghulu
Bendahari dan Temenggung.
Kepala
bentara di kanan anak cucu hulubalang yang patut jadi laksamana dan Seri Bija
Diraja.
Gelaran :
Sang Setia : bakal menjadi
Seri Bija Diraja.
Sang Guna : bakal menjadi
Laksamana.
Tun Pikrama : bakal menjadi
Bendahara.
Acara Menjunjung Duli :
Yang
pertama kepala bentara yang empat lima orang. Diikuti oleh sida-sida yang duduk
di seri balai.
Nakhoda
Cempa pilihan duduk di seri balai.
Anak
tuan-tuan duduk di selasar balai.
Perkakas
raja seperti ketur, kendi, kipas di selang-selang duduk raja.
Puan dan
pedang dikelek-kelekan kanan dan kiri.
Pedang
dipikul oleh laksamana atau Seri Bija Diraja.
Protokol Menyambut Utusan Dari
Pasai Dan Haru. Bagi Utusan-Utusan Dari Negeri Lain, Adat Sambutan Akan
Dikurangkan.
-Ceper dan kerikal dibawa
hamba raja dari dalam. Disambut oleh kepala bentara di kanan. Diletakkan had
bendahara.
- Ceper dan tetampan diberikan pada orang yang
membawa surat.
-Surat dijemput dengan selengkap alat kerajaan seperti gendang,
serunai, nafiri, negara, payung putih dua berapit melainkan mendeli.
-Menteri mengepalakan gajah, bentara di buntut
gajah, sida-sida membawa surat dengan penghulu biduanda kecil.
- Gajah dikepilkan di hujung balai.
-Surat disambut oleh hulubalang asal (kepala
bentara yang di kiri).
- Kepala bentara yang di kanan menyampaikan titah
raja kepada utusan.
Adat Menjemput Tamu :
Jika
Perserian dijemput oleh Orang besar-besar.
Jika
Persangan dijemput oleh orang kecil.
Jika
Pertuanan dijemput oleh orang sedang.
Penggunaan Payung ;
Payung
kuning untuk anak-anak raja dan orang besar-besar
Payung
ungu, merah, hijau untuk sida dan bentara hulubalang.
Payung
biru dan hitam untuk orang bergelar.
Adat Persalinan.
Bakal
bendahara 5 ceper : baju, kain, destar, sebai dan ikat pinggang.
Anak raja
dan para menteri 4 ceper : tiada ikat pinggang.
Bentara
sida-sida hulubalang 3 ceper: kain, baju dan destar.
Ada juga
yang tiada berceper.
Istiadat /
Peraturan Apabila Raja Berangkat Di Hari Raya.
Penghulu
Bendahari di kepala usungan kanan.
Laksamana
di sebelah kiri.
Di
belakang menteri keduanya.
Rantai
dekat kaki raja dipegang oleh Seri Bija Diraja.
Bentara
dan hulubalang berjalan di hadapan raja.
Alat
kerajaan dibawa di hadapan raja. Tombak kerajaan di kanan dan kiri. Bentara
memegang pedang. Dihadapan sekali pembawa lembing.
Dibawa
juga alatan bunyi-bunyian seperti gong, gendang dan nafiri.
Bendahara,
kadi, pakeh, orang besar-besar dan menteri yang tua-tua berjalan di belakang
raja.
Peraturan Ketika Raja
Bergajah.
Temenggung
di kepala gajah.
Laksamana
atau Seri Bija Diraja di buntut.
Bentara
memikul pedang kerajaan.
Acara Bernobat.
Orang
besar-besar dari kanan gendang.
Orang
kecil-kecil dari kiri gendang.
Orang yang kena sirih nobat: Bendahara, anak raja-raja, Penghulu
Bendahari, Temenggung, Menteri keempat, kadi dan pakeh, Laksamana, Seri Bija
Diraja, Sida yang tua-tua dan sesiapa yang dikehendaki oleh raja.
Peraturan Apabila Bekerja /
Pekerjaan Raja.
Penghulu
bendahari menguruskan segalanya sambil dibantu oleh syahbandar.
Temenggung
mengatur orang di balai.
Orang
biasa makan empat orang sehidangan.
Bendahara
makan sehidangan dengan anak raja.
Peraturan Berkunjung Ke
Masjid Di Malam 27 Ramadhan.
Temenggung
mengepalakan gajah.Alat kebesaran kerajaan di bawah ke masjid pada waktu siang.
Raja
berangkat pada waktu malam untuk sembahyang terawih
Pakaian
raja ke masjid bertelengkolong berbaju sarung.
Protokol Sambutan Hari
Raya.
Semua
pembesar masuk berkumpul di istana.
Penghulu
Bendahari membawa masuk usungan raja.
Gendang
dipalu dan nafiri dimainkan.
Raja
berangkat ke masjid naik usungan.
Peraturan dan protokol
sangat penting dalam kehidupan di istana terutama dalam majlis penghadapan di
Balairung Seri. Dalam acara nobat dan menjunjung duli. Semasa menyambut
kedatangan utusan dari negara luar dan semasa raja mahu berangkat kemana-mana.
Sama ada ketika raja mahu ke masjid di hari Jumaat, di malam bulan Ramadhan
untuk berterawih di masjid dan juga di hari raya. Semua peraturan
ini adalah untuk menjaga keselamatan raja dan mengagungkan raja berkenaan.
Di zaman
pemerintahan Sultan Muhammad Syah itu, Melaka telah berkembang dengan luasnya.
Wilayah di sebelah timur hingga ke Terengganu dan di sebelah barat hingga ke
Beruas Ujung Karang. Raja terkenal sebagai keturunan Iskandar Zulkarnain, Raja
Nusyirwan Adil dan Nabi Sulaiman a.s.. Pedagang Arab menggelarkan Melaka
sebagai Malakat yang beerti tempat perhimpunan segala dagang.
Membuang
Diri Kerana Berkecil Hati.
Mani Purindam adalah anak
seorang raja di negeri Pahili di Benua Keling. Dia telah berhijrah ke Melaka
kerana berkecil atas sikap adiknya yang tidak mahu mendengar pandangannya dalam
membahagikan harta pusaka bapa mereka. Di Melaka, Mani Purindam dilantik
menjadi menteri. Dia berkahwin dengan Ratna Sandari. Hasilnya lahirlah Tun Ali
dan Tun Ratna Wati. Tun Ratna Wati ini dikahwini oleh Sultan dan lahirlah Raja
Kassim.
Sultan
Muhammad juga mengahwini anak raja Rekan dan mendapat seorang anak lelaki
bernama Raja Ibrahim. Sultan Muhammad lebih mengasihi Raja Ibrahim disebabkan
sikap isterinya itu dan dia bercadang untuk merajakan Raja Ibrahim. Sebaliknya
rakyat lebih mengasihi Raja Kassim.
Bila
Bendahara Seri Wak Raja meninggal dunia, dia digantikan oleh Seri Amar Diraja.
Seri Amar Diraja telah menjadikan Tun Ali sebagai menantunya. Tun Ali juga
dilantik menjadi Seri Nara Diraja. Sultan Muhamad Syah juga telah
meninggal dunia selepas 67 tahun memerintah kerajaan Melaka.
Istana Di
Bawah Pengaruh Raja Rekan.
Raja Ibrahim ditabalkan
sebagai Raja Melaka bergelar Sultan Abu Syahid. Pada ketika itu dia masih
kanak-kanak. Jadi Raja Rekanlah menjadi orang yang berkuasa di istana Melaka.
Raja Kassim dihalau dari istana dan menjadi seorang pengail. Satu ketika
seorang maulana bernama Maulana Jalaluddin datang ke Melaka.
Peristiwa
Rampas Kuasa.
Dia telah membantu Raja
Kassim dan Seri Nara Diraja merampas kuasa dari Sultan Abu
Syahid. Mereka juga dibantu oleh Bendahara. Dalam rampasan kuasa itu
Raja Rekan telah membunuh Sultan Abu Syahid supaya mati bersama-samanya.
Raja
Kassim telah ditabalkan menjadi sultan bergelar Sultan Muzaffar Syah. Maulana
Jalaluddin yang mahu mengahwini Puteri Rekan ditipu dengan seorang dayang
istana. Dayang itu disangka Puteri Rekan dan di bawa ke atas angin.
Semasa
menjadi raja, Sultan Muzaffar Syah sangat memuliakan pula Seri Nara Diraja. Ini
kerana SND itu adalah bapa saudaranya yang telah menolongnya merampas kuasa.
Bendahara Seri Wak Raja tidak begitu diendahkannya. Satu hari Bendahara datang
ke istana berkebetulan Raja sudah hendak masuk kerana dia sudah lama di balai
penghadapan. Pintu pula tertutup oleh tiupan angin. Bendahara menyangka Sultan
tidak berkenan lagi padanya dan diapun membunuh diri. Peristiwa ini sangat
dikesali oleh sultan.
Bila
Bendahara Seri Wak Raja meninggal, Seri Nara Diraja pun dilantik menjadi
bendahara. Anak bendahara Seri Wak Raja ada tiga orang iaitu Tun Kudu, Tun
Perak dan Tun Perpatih Putih. Tun Kudu diperisterikan oleh Sultan Muzaffar
Syah. Tun Perak diangkat oleh orang Kelang sebagai penghulu.
BAB V :
BAKAT KEPIMPINAN TUN PERAK.
Raja Negeri Siam atau
negeri Syahrun Nuwi iaitu Paduka Bubunya mahukan negeri Melaka menyembah
kepadanya. Sultan Muzaffar Syah enggan menyembah. Jadi paduka Bubunya
menitahkan panglimanya yang bernama Awi Chakri menyerang Melaka. Tun Perak
telah membawa tenteranya untuk mempertahankan Melaka bersama-sama orang
perempuan masing-masing. Pengikutnya tidak puas hati dan mengadu kepada raja.
Tun Perak menyatakan bahawa orangnya akan berperang dengan lebih
bersungguh-sungguh dari orang lain kerana mahu menjaga keselamatan isteri
mereka masing-masing di samping berperang untuk raja. Sultan berpuas hati
dengan jawapan tersebut dan telah melantik Tun Perak menjadi bentara di istana.
Tidak lama kemudian dilantik pula menjadi menteri bergelar Paduka Raja.
Satu Cara
Mengelakkan Pecah Belah.
Setelah Tun Perak menjadi menteri,
orang-orang Melaka berpecah dua. Keadaan ini merunsingkan Sultan Muzaffar Syah.
Untuk merapatkan hubungan Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja, Sultan telah
menceraikan Tun Kudu untuk dikahwini oleh Seri Nara Diraja. Tun Kudu ialah anak
Bendahara Seri Wak Raja iaitu kakak Paduka Raja Tun Perak. Dengan itu SND telah
melepaskan jawatan Bendahara untuk diberikan kepada PR. Tun Perak dikatakan
sama taraf dengan Patih Aria Gajah Mada di Pajapahit dan Orang Kaya Senayan di
Pasai.
Langgaran
Siam Dipatahkan.
Angkatan Siam telah datang
menyerang Melaka sekali lagi, diketuai oleh Awi Dicu. Paduka Raja diarahkan
menghalang angkatan Siam bersama Seri Bija Diraja Tun Hamzah atau Datuk
Bongkok. Angkatan mereka bertemu di Batu Pahat. Anak SBD iaitu Tun Omar disuruh
menjadi suluh. Semasa dia menyiasat kapal-kapal Siam itu dua tiga buah perahu
telah dikalahkannya.
Pada waktu malam, Bendahara
Paduka Raja telah menyuluh dipasangkan api pada pohon-pohon bakau, nyireh, tumu
dan api-api ditepi pantai. Angkatan Awi Dicu tersalah anggap yang angkatan
Melaka terlalu ramai. Kerana gerun merekapun cabut lari. Melihat itu angkatan
Melaka telah mengejar angkatan Siam hingga ke Singapura. Sultan Muzaffar Syah
sangat gembira.
Raja Siam iaitu Paduka
Bubunya sangat marah. Dia sendiri bercadang akan menyerang Melaka. Mendengar
itu Cau Panden anaknya menghalang dan berjanji akan menyerang Melaka.
Perkhabaran Cau Panden akan menyerang Melaka itu terdengar ke Melaka. Seorang
Arab yang dikenali sebagai Tuan Saidi Arab telah memanah Cau Panden itu dari
Melaka yang menyebabkannya terbunuh.
Pemerintahan
Sultan Mansur Syah.
Setelah memerintah selama
42 tahun, Sultan Muzaffar Syah pun meninggal dunia. Beliau telah digantikan
oleh anaknya Raja Abdullah yang bergelar Sultan Mansur. Pada masa menaiki
takhta berumur 27 tahun. Isterinya ialah Tun Putih, anak Seri Nara Diraja.
Mempunyai seorang anak gundik bernama Puteri Bakal.
Baginda memerintahkan
Bendahara Paduka raja dan Seri Bija Diraja menyerang negeri Inderapura yang
diperintah oleh Maharaja Dewa yang berada di bawah taklukan Siam. Bendahara
pula dapat menawan Puteri Onang Sari.
Raja
Indera Pura Ditawan.
Maharaja Dewa Sura berjaya
ditangkap oleh Seri Bija Diraja dan dibawa balik ke Melaka. Atas jasanya Seri
Bija Diraja dinobatkan di Pahang oleh Sultan Mansur. Puteri Onang Sari
dikahwini oleh Sultan Mansur dan mendapat dua anak iaitu Raja Muhammad dan Raja
Ahmad.
Hubungan
Muhibbah Melaka – Sulawesi.
Sultan Mansur Syah mahu
hubungan dengan Makasar dipereratkan. Seri Bija Pikrama dan Tun Sura Diraja
telah diutuskan untuk ke sana. Mereka berjaya mengadap raja di Goa
dan baginda sangat suka hati untuk bermuafakat dengan
Melaka. Apabila mereka mahu kembali ke Melaka, raja Goa telah
berusaha mendapatkan seorang budak untuk dihadiahkan kepada Sultan Mansur
Dari Mana
Hang Tuah Berasal.
Raja di Goa telah berjaya
mendapatkan anak Raja Bajung yang bernama Daeng Mempawah untuk dihadiahkan
kepada Sultan Mansur Syah. Budak ini berumur 12 tahun dan diberikan nama Hang
Tuah oleh sultan. Dia seorang yang berani dan telah berjaya membunuh 2 orang
yang mengamuk. Di Melaka pada masa itu terdapat 9 orang “Perhangan” iaitu Hang
Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang Lekiu, Hang Ali, Hang Iskandar, Hang
Hassan dan Hang Hussin.
Maharaja
Dewa Sura Dibebaskan.
Gajah Sultan Mansur Syah
yang dibawa Kemanci telah terlepas dan lari ke hutan. Panglima gajah iaitu Seri
Rama telah gagal mencarinya semula. Maharaja Dewa Sura telah dicadangkan untuk
menangkap gajah itu. Tapi baginda mensyaratkan supaya dia dibebaskan dahulu. Sultan
Mansur bersetuju dan beliau telah berjaya menangkap gajah itu semula. Sekalian
anak-anak muda di Melaka disuruh belajar ilmu gajah dengan MDS itu.
Seri
Nara Diraja yang beristerikan Tun Kudu telah berjaya mendapat 3
orang anak iaitu Tun Tahir, Tun Senaja dan Tun Mutahir. Bila Tun Kudu mati, SND
kahwin lain dan mendapat 2 orang lagi anak iaitu Tun Bongsu dan Tun Sadah.
Hubungan
Berbaik-Baik Melaka-Siam.
Sultan Mansur Syah ingin
hubungan dengan Siam dipulihkan. Tun Telanai dan Menteri Jana Putera telah
diutuskan ke sana. Mereka telah berjaya mengadap Paduka Bubunya dan mengangkat
martabat dan menjaga maruah raja Melaka. Sultan Mansur diberikan makna sebagai
raja yang dimenangkan akan Allah taala daripada segala seteru. Bila ditanya
kenapa Melaka tidak dapat dikalahkan oleh Siam, Tun Telanai telah menyuruh
Suir, seorang tua yang untut tetapi belakangnya tidak lut dtikam oleh lembing.
Sekalian orang Melaka dikatakan seperti Suir itu, iaitu tidak lut ditikam
dengan lembing. Paduka Bubunya telah percaya dengan tipu helah itu.
Paduka Bubunya juga telah
menyuruh angkatan Melaka membantu Siam menewaskan musuhnya dalam satu
peperangan di sana. Mereka diminta berperang dengan pasukan yang kuat.
Kebetulan di arah kiblat. Menteri Jana Putera telah mengatakan orang Islam
tidak boleh berperang mengadap kiblat kerana itu adalah arah untuk sembahyang.
Tipu helah itu dipercayai oleh Raja Siam.
Mereka
disuruh berperang ke hala matahari terbit dan berjaya dalam perang
tersebut. Paduka Bubunya telah memberi hadiah kepada semua ahli rombongan dari
Melaka itu. Tun Telanai diberikan seorang puteri bernama Onang Minaling Lang.
Dari perkahwinan itu melahirkan Tun Ali Haru.
BAB VI :
MALANG MEMBAWA TUAH.
Anak raja Tanjung Pura
telah hanyut ke pantai Begawan dan diselamatkan oleh seorang penyadap. Namanya
Raden Perlan Langu. Dia diberi nama gelaran Ki Mas Jaya. Si penyadap selalu
menyatakan bahawa Ki Mas Jaya bakal berkahwin dengan Puteri Galoh Awi Kesuma,
puteri Ratu Majapahit. Ki Mas Jaya pula menyatakan akan mengangkat si Penyadap
menjadi Patih Gajah Mada.
Kebetulannya
Awi Kesuma telah besar dan Patih Gajah Mada sendiri ada mendengar bisikan dari
rakyatnya yang dia sendiri akan mengahwini puteri tersebut. Lalu Patih Gajah
Mada mencadangkan supaya Awi Kesuma berkahwin. Untuk itu segala rakyat diminta
berkumpul untuk Awi Kesuma sendiri memilih bakal suaminya.
Bakal
Ratu Majapahit.
Setelah Awi Kesuma
memandang Ki Mas Jaya iapun berkenan lalu mereka dikahwinkan. Ki Mas Jaya
diangkat menjadi betara Majapahit. Si Penyadap pula menuntut Betara Majapahit
menunaikan janji untuk mengangkatnya menjadi Patih Gajah Mada. Ki Mas jaya
membuka rahsia dirinya yang dia anak raja Tanjung Pura dan tuntutan si
penyadap. Atas cadangan Patih Gajah Mada, si penyadap telah dijadikan ketua
para penyadap dan diberi gelar Patih Adi Kara. Didudukkan sama taraf dengan
PGM.
Berita tentang Ki Mas Jaya
sebagai anak raja Tanjung Pura telah kedengaran kepada ayahandanya. Utusan
telah dihantar dan mereka sangat gembira melihat Raden Perlan Langu masih hidup
dan menjadi Betara Majapahit pula. Hasil perkahwinan Ki Mas Jaya dengan Raden
Awi kesuma lahirlah Raden Galuh cendera Kirana yang amat masyhur kecantikannya
itu. Telah ramai anak raja yang datang meminang tetapi tidak diterima oleh
Betara Majapahit itu.
Menjalin Muhibah
Melaka-Majapahit.
Sultan Mansur Syah juga
turut jatuh berahi pada Raden Galuh Cendera Kira itu. Satu rombongan untuk
meminang ke sana segera bertolak. Bendahara Paduka raja ditugaskan mentadbir
negara. Dia ke sana dengan diiringi oleh 40 orang “Perawangan” dan semua
“Hanghang” yang sembilan orang itu yang diketuai oleh Laksamana Hang Tuah. Hang
Tuah telah beroleh gelaran Laksamana dari Sultan yang mengenang jasanya
membunuh seorang orang tua Jawa yang mengamuk di Melaka. Hang Tuah sebelum itu
telah berjaya membunuh 74 orang, orang mengamuk di Melaka.
Sultan
Mansur Syah juga diiringi oleh raja-raja dari Inderagiri (Sultan Nara Singa),
Tungkal (Raja Merlang), Jambi (Adipati Sira Sela Sida), Palembang (Demang
Mangku Raja) dan dari Lingga (Maharaja Isak). Rombongan SMS telah sampai
ke Majapahit. Pada masa itu RajaTanjung Pura dan Kediri ada mengadap. Betara
Majapahit telah menganugerahkan 40 bilah keris kepada rombongan. Keris yang
diberikan kepada raja Kediri dan Tanjung Pura dapat dicuri semula. Keris yang
diberikan kepada Raja Melaka tidak dapat. Ini menunjukkan raja Melaka lebih
cerdik dari raja-raja yang lain.
Telatah
Budak-Budak Raja Melaka.
Di Majapahit, Hang Tuah
telah mencabar Tun Bijaya Sura menunjukkan kebolehannya. Tun Bijaya Sura telah
menari di hadapan Betara Majapahit. Digertaknya anjing yang ada dibalai itu,
terkejut ketakutan dan terus lari ke hutan. Dia juga bermain “Sapu-sapu
rengit”. Dalam permainan itu dia dan pembantunya dapat duduk dan melunjurkan
kaki ke arah Betara Majaphit. Kelakuannya itu dapat dikesan oleh Betara
Majapahit sebagai mahu membalas perbuatannya yang menambatkan anjing di hadapan
raja Melaka, seolah raja Melaka itu menyembah anjing tersebut.
Tun
Bijaya Sura pula mencabar Hang Tuah naik menceroboh ke balai larangan Betara
Majapahit. Hang Tuah dan kawan-kawannya telah naik ke balai tersebut lalu
segera ditombak orang. Beratus tombak dilempar tetapi habis semuanya diparang
oleh Hang Tuah. Setelah diketahui oleh Betara Majapahit, dibiarkan sahaja oleh
baginda. Mata tombak yang beratus-ratus berkas itu diberikannya pula kepada
Hang Tuah.
Kehebatan
Hang Tuah telah menjadikan dirinya kegilaan kepada perempuan-perempuan di tanah
Majapahit itu. Sehinggakan terdapat pantun dibuat orang untuk
menggambarkan kehebatan Hang Tuah tersebut. Tun Bijaya Sura telah diminta oleh
Betara Majapahit menunjukkan tariannya lagi. Dia telah menarikan “berkeliling
gelagat”. Dalam permainan ini dia telah mengayunkan sapu tangan yang
dipinjamnya dari Raja Melaka. Habis muka para penjawat Majapahit itu disapunya.
Mereka hendak marah tidak dapat kerana Tun Bijaya Sura bermain itu dititahkan
oleh Betara Majapahit sendiri.
Untuk
memperkenakan Tun Bijaya Sura, Betara Majapahit telah memberikan persalinan
cara Jawa iaitu dengan berkeris di belakang. Disuruhnya seorang pencuri mencuri
semula keris itu dari Tun Bijaya Sura ketika beliau sedang asyik melihat orang
menyabung. Bila TBS menyedari kerisnya dicuri, dia pula mencuri keris dalam
puan Betara majapahit. BM sengaja menunjukkan keris yang dicari dari TBS dengan
berpura-pura untuk menunjukkan keelokannya. TBS pula menunjukkan keris yang
dicurinya. Jadi sedarlah BM yang kerisnya sendiri juga telah dicuri oleh TBS.
Jadi keris itu dikembalikan kepada TBS dan keris kedua itu dihadiahkan kepada
TBS juga. Setelah genap kerja berjaga-jaga selama 40 hari 40 malam, maka Sultan
Mansur pun dikahwinkan dengan Raden Galoh Cendera Kirana.
Memohon
Jajahan Sebelum Kembali.
Sebelum
kembali ke Melaka, Tun Bijaya Sura disuruh Raja Melaka mintakan
daerah Inderagiri. Hang Tuah meminta daerah Siantan. Hasil perkahwinan SMS
dengan RGCK, lahirlah Raden Di Kelang. Hasil perkahwinan dengan anak Seri Nara
Diraja mendapat dua anak iaitu Raja Mahadewi dan Raja Cendana. Dari
perkahwinannya dengan saudara Paduka Raja yang bongsu, lahir pula Raja Hussein.
Hang Tuah
Dihukum Bunuh.
Satu ketika kuda Sultan
Mansur Syah jatuh ke dalam telaga tahi. Beratus-ratus orang yang melihat
peristiwa itu. Seorangpun tidak mahu turun. Lalu Hang Tuah Terjun kedalam
telaga dan menambat kuda dengan tali. Barulah kuda dapat ditarik naik ke atas.
Hang Tuah
telah dituduh bermukah dengan seorang dayang istana. Sultan telah menyuruh Seri
Nara Diraja menjalankan hukum bunuh. Bagaimanapun Seri Nara Diraja tidak
menjalankan hukum itu sebaliknya Hang Tuah telah dihantarkan ke dusunnya di
hulu Melaka. Dipasungkan.
Perhubungan
Dengan Negeri China.
Raja benua China telah
menghantar utusan ke Melaka untuk menjalinkan hubungan persahabatan.
Dihantarkan juga hadiah seperti kain-kain sutera dan juga sebuah pilau yang
sarat dengan jarum. Jarum itu menunjukkan ramainya rakyat China. Sebagai
balasan Tun Perpatih Putih, adik bendahara Paduka Raja dihantar pula ke China.
Dia membawa sagu rendang sarat sekapal. Ragu rendang itu kononnya diambil
sebiji seorang dari rakyat Melaka lalu digelek-gelek. Raja China kagum dengan
kebesaran negeri Melaka, lalu berkenan untuk menjadikan raja Melaka sebagai
menantunya.
Untuk melihat Raja China, Tun Perpatih meminta dihidangkan sayur
kangkung yang dipotong panjang-panjang. Untuk makan dibimbit hujung kangkung
itu ke atas. Jadi dapatlah mereka melihat Raja China yang berada di atas kerusi
dalam mulut naga pada mungkur kacanya.
Raja China
meminta Sultan Mansur datang ke China bagi dikahwinkan dengan puterinya. TPP
menyatakan Sultan tidak dapat datang kerana ada permusuhan. Jadi baginda
bersetuju supaya puterinya itu dihantarkan ke Melaka.
Puteri
Raja China Ke Melaka.
Raja China menghantarkan
puterinya bernama Hang Liu ke Melaka. Puteri itu bersama 500 dayang dan 500
pengiring lelaki telah diislamkan oleh Raja Melaka. Puteri itu dikahwininya.
Mereka disuruh diam di Bukit China.
Bila
Laksamana Lak Di Po ingin kembali ke negeri China, Menteri Jana Putera dan Tun
Telanai pula disuruh pergi ke negeri China. Dalam perjalanan mereka terbias ke
Brunai kerana ribut. Raja Brunai juga berkirim sembah ke Melaka.
Kedal
Kerana Tulah.
Selepas 2 hari menerima
sembah raja Melaka, raja China telah didatangi penyakit kedal anjing. Seluruh
tubuhnya telah menjadi gatal-gatal. Beratus-ratus tabib cuba mengubati tetapi
gagal. Sehinggalah seorang tabib tua mengatakan penyakit itu berpunca dari
menerima sembah raja Melaka.
Utusanpun
dihantar ke Melaka memohonkan air basuh kaki dari Raja Melaka. Bila
air itu diminum dan dibuat basuh muka. Penyakit kedal itupun hilang. Dengan
sebab itu Raja China bersumpah tidak lagi mahu disembah oleh Raja Melaka.
Begitu juga dengan keturunannya takut terkena tulah.
BAB VII :
HANG JEBAT KESIANGAN DI ISTANA.
Hang Jebat telah mengamuk
di dalam istana raja. Ini menyebabkan Sultan dan permaisuri terpaksa melarikan
diri. Bila tiada seorangpun hulubalang yang dapat membunuh Hang Jebat itu, raja
mula terkenangkan Hang Tuah. Bila keadaan mengizinkan, Seri Nara
Diraja pun menyembah dan memberitahu bahawa Hang Tuah masih hidup di Hulu Melaka.
Lalu Hang Tuah disuruh ambilkan. Dia diampuni dan disuruh membuang arang di
muka raja.
Pertarungan
Hang Tuah – Hang Jebat.
Hang Tuah dengan segera ke
istana bertikam dengan Hang Jebat. Dua tiga kali kerisnya terlekat di dinding
dan tiang. Dibenarkan oleh Hang Jebat untuk dicabut semula. Sekali keris Hang
Jebat terlekat, terus dia ditikam oleh Hang Tuah. Dengan tikaman kedua, Hang
Jebatpun meninggal dunia. Mayat Hang Jebat dibuang ke laut. Anak isterinya
diumbut. Rumahnya juga dibuang ke laut. Istana tempat Hang Jebat mati itu tidak
lagi mahu diduduki. Istana baru minta diperbuatkan. Istana baru sangat hebat.
Mempunyai 17 ruang dengan 40 buanh pintu berukir. Istana dinamakan orang
“Mahligai Hawa Nafsu”.
Pangkat
laksamana dikembalikan semula kepada laksamana. Dia didudukkan sama taraf
dengan Seri Bija Diraja dan dibenarkan memikul pedang kerajaan. Seri Bija
Diraja pula diberikan daerah Sening Ujung.
Istana
Sultan Mansur Syah Terbakar.
Dengan takdir Allah taala,
istana yang baru siap itu telah terbakar. Bagaimanapun banyak harta dapat
diselamatkan. Akibat peristiwa ini, ramai pula orang-orang muda yang menerima
anugerah raja kerana menyelamatkan harta raja. Sebuah istana baru pula diminta
siapkan dalam masa sebulan. Bendahara telah membahagikan kerja-kerja membina
istana ini kepada pembesar-pembesar jajahannya. Dengan itu istana baru berjaya
disiapkan. Bahkan lebih baik dari istana yang terbakar itu.
Ramalan
Bendahara Paduka Raja.
Seri Nara Diraja telah
jatuh sakit. Dia memanggil Paduka Raja memintakan Paduka Raja menguruskan
anak-anaknya yang masih kecil. Lagipun mereka itu adalah anak-anak saudara
Paduka Raja sendiri. Emas sebanyak 5 buah candu peti diminta bahagi-bahagikan
antara mereka. Anak-anak SND itupun pindahlah ke rumah Paduka Raja. Pada Satu waktu
subuh, Bendahara telah melihat ada cahaya yang terpancar dari kepala
Tun Mutahir ke langit. Bendahara meramalkan bahawa Tun Mutahir akan dapat
menjadi orang besar. Bahkan lebih dari dirinya tetapi kebesaran itu tidak kekal
lama.
Bila Tun
Tahir dan Tun Mutahir besar, mereka telah meminta emas yang ditinggalkan oleh
ayahnya. Bendahara tidak memberinya. Sebaliknya mereka diberikan 10 tahil emas
untuk dibuat berniaga. Setelah cukup setahun, kedua mereka itu datang untuk
membayar hutang. Ini membuktikan yang mereka mampu menguruskan harta. Lalu emas
itu dan semua emas yang disimpan diberikan kepada mereka. Tun Tahir telah
dilantik menjadi Bendahari menggantikan bapanya dan bergelar Seri Nara Diraja,
Tun Mutahir dijadikan Temenggung dan bergelar Ser Maharaja. Tun Abdullah pula
diberi gelar Seri Nara Wangsa.
Akibat
Tiada Menyembah Ke Melaka.
Pemerintah Kampar yang
bernama Maharaja Jaya tidak menyembah ke Melaka. Jadi Sultan Mansurpun
menitahkan satu angkatan pergi menyerang ke Kampar dengan diketuai oleh Seri
Nara Diraja. Dibantu oleh Khoja Baba. Mereka telah berjaya mengalahkan Kampar.
Maharaja Jaya dan mangkubuminya yang bernama Tun Demang telah terbunuh. Negeri
Kampar diserahkan kepada Seri Nara Diraja dan dia telah melantik seorang
adipatinya ke sana.
Sesudah
Kampar, Siak Pula.
Pemerintah Negeri Siak
bernama Maharaja Parameswara juga tidak mahu menyembah ke Melaka. Sultan Mansur
memerintahkan Seri Udana untuk menyerang Siak bersama angkatannya. Mereka telah
berjaya membunh Maharaja Parameswara. Anaknya yang bernama Megat Kudu dan Tun
Jana Pakibul ditawan dan di bawa balik ke Melaka. Megat Kudu telah dikahwinkan
oleh Sultan Mansur dengan puterinya yang bernama Raja Mahadewi. Dia dirajakan
semula di Siak dengan gelaran Sultan Ibrahim. Tun Jana dilantik sebagai
Mangkubuminya.
Ditolak
Bumi Melaka.
Raja Muhammad yang bakal
menggantikan ayahnya Sultan Mansur telah menyebabkan Tun Besar, anak Paduka
Raja meninggal dunia. Anak-anak buah Paduka Raja mahu menderhaka untuk membalas
dendam. Bendahara menentang hasrat tersebut tetapi bersumpah tidak mahu
berajakan Raja Muhamad.
Akibatnya
Sultan Mansur telah menghantar Raja Muhammad untuk beraja di Pahang. Bergelar
Sultan Muhammad Syah. Raja Muhammad telah berkahwin dengan Mengindera Puteri,
cucu Sultan Iskandar, Sultan Kelantan. Mendapat tiga orang anak iaitu Raja
Ahmad, Raja Jamil dan Raja Mahmud.
Juara
Catur.
Ialah Tun Bahara, orang
pasai yang datang ke Melaka. Tiada siapa yang dapat menandinginya. Bermain
tanpa berfikir, sambil bersyair, berbait, bergurindam dan berseloka. Cuma yang
dapat sedikit menandinginya ialah Tun Pikrama, anak Bendahara Paduka Raja.
Disuruh
Merompak Ke Ujung Tanah.
Raja di negeri Meluluki,
Makasar bernama Keraeng Majiko beristerikan anak Keraeng di Tandering Jikamak
tujuh saudara. Anak dari puteri yang tua bernama Semerluki. Apabila dewasa,
Semerluki telah berahikan emak saudaranya yang bongsu. Ayahnya mengetahui
hasrat Semerluki itu dan menyuruhnya pergi merompak ke Ujung Tanah (wilayah
Melaka) untuk mendapatkan perempuan-perempuan yang cantik. Jadi Semerluki telah
pergi merompak ke pulau Jawa, wilayah taklukan Siam, Melaka dan juga Pasai. Di
Melaka dia ditentang oleh angkatan Laksamana Hang Tuah dan di Pasai oleh Orang
Kaya Kenayan. Jawa dan Siam berjaya dialahkannya tetapi dia gagal di Melaka dan
juga Pasai.
Kitab
Duri’l Mazlum.
Maulana Abu Ishak adalah
seorang ulama tasawuf di Mekah. Beliau mengarang kitab Duri’l Mazlum. Beliau
telah menyuruh anak muridnya yang bernama Maulana Abu Bakar supaya menyebarkan
isi kitab itu ke Melaka. Di Melaka, Maulana Abu Bakar dimuliakan oleh Sultan
Mansur yang turut berguru dengannya. Kadi Melaka iaitu Kadi Yusuf pada mulanya
tidak mahu berguru dengan Maulana Abu Bakar tetapi selepas dia terpandangkan
maulana itu yang dipenuhi cahaya seperti sumbu dian, maka diapun turut berguru
sama. Malah dia telah meletak jawatan kadi dan digantikan anaknya Kadi Munawar.
Orang-orang
Melaka dan Pasai pada masa itu sangat minat untuk belajar ilmu agama. Kitab
Duri’l Mazlum dapat diberikan makna (terjemahan) oleh Makhdum Patakan, orang
Pasai. Sultan Mansur juga pernah bertanyakan kemusykilan agama kepada Makhdum
Mua di Pasai itu.Tentang kekal atau tidaknya penghuni Syurga dan Neraka.
BAB VIII
: RAJA CEMPA DAN ZURIATNYA.
Raja Campa telah
memperolehi seorang budak dari mayang pinang dan diberi nama Pau Gelang. Dia
dikahwinkan dengan Pau Bania. Pau Gama dari keturunanannya telah datang
mengadap ke Majapahit. Dia dikahwinkan dengan Raden Galuh Ajeng. Anaknya
dinamakan Raja Jakanak. Pada masa Pau Cin memerintah telah berlaku perang antara
Cempa dengan Kuci. Raja Kuci telah merasuah Penghulu Bendahari menyebabkan
Cempa dapat dikalahkan. Dua orang anak raja Cempa iaitu Syah Indera
Berma dan Syah Pau Ling telah pergi ke Melaka dan Aceh. Syah Indera Berma telah
memeluk agama Islam. Dia dijadikan menteri di Melaka oleh Sultan Mansur Syah.
Gema
Peristiwa Rampas Kuasa Di Pasai.
Pemerintah Pasai bernama
Sultan Zainal Abidin. Saudaranya telah merampas kuasa. Dia lari ke Melaka.
Sultan telah menyuruh Bendahara Paduka Raja, Seri Bija Diraja dan Laksamana
serta 2 laksa tentera pergi merajakan semula Sultan Zainal Abidin. Setelah
beberapa kali perang, Sultan Zainul Abidin berjaya ditabalkan semula. Dia
enggan menyembah ke Melaka. Belumpun angkatan Melaka sampai ke Melaka , sultan
itu berjaya dikalahkan semula. Laksamana cadangkan supaya angkata berpatah
balik untuk merajakan semula Sultan Zainal abidin tetapi Bendahara
enggan. Bila kembali ke Melaka, Bendahara telah dimurkai Sultan.
Bila
ditanya Sultan, Laksamana telah menyatakan keburukan Bendahara semasa di Pasai
sedangkan bila Bendahara dipanggil, dia telah memuji-muji laksamana. Ini
menyebabkan laksamana malu sendiri. Dia segera pergi ke rumah bendahara dan
menyembah, meniarap di kaki bendahara.
Wasiat
Sultan Mansur Syah.
Hasrat Sultan Mansur Syah
mahu melantik Raden Kelang, anakanda baginda dengan Raden Galuh Cendera Kirana
menggantikannya, Malangnya Raden Kelang mati terbunuh oleh orang mengamuk.
Paduka Mimat, anakanda baginda dengan Puteri Hang Liu juga sudah meninggal.
Saudaranya Paduka Seri Cina dirajakan di Jeram, hampir Langat. Bila SMS hampir
meninggal dia mewasiatkan agar Raja Ahmad atau nama timangannya Raja Hussain
dilantik menjadi sultan. Pesan baginda pada Raja Hussain ;
i. Dunia
tidak kekal, setiap yang hidup akan mati.
ii. Iman yang
sempurna dan pekerti yang baik akan kekal disebut orang.
iii. Hendaklah
adil.
iv. Jangan
mengambil hak orang tanpa izin.
v. Jangan
lalai dari tugas (dihadap orang).
vi. Setiap
kesukaran atau kesakitan hendaklah ditolong.
vii. Setiap
yang teraniaya disiasat.
viii. Muafakat
dengan menteri dan orang besar.
ix. Patuh
pada wasiat supaya dapat berkat.
Pemerintahan
Sultan Alau’d-Din Riayat Syah.
Sultan Alauddin beristeri
dua orang. Isteri pertama ada 2 anak iaitu Raja Menawar dan Raja Zainal. Isteri
kedua ada 3 anak iaitu Raja Hitam, Raja Muhammad dan Raja Zainal.Dalam negeri
banyak berlaku kes kecurian. Bagi mengatasi masalah, baginda sendiri telah
keluar meronda bersama Hang Isap dan Hang Ishak, penjawat sirih santap baginda.
Terjumpalah dengan 5 orang pencuri sedang mengusung peti. Diusirnya pencuri
itu. Dia berjaya membunuh 2 orang dan Hang Isap membunuh seorang, 2 orang lagi
berjaya melarikan diri. Setelah itu ia kembali ke istana.
Langkah
Membasmi Pencuri.
Setelah Temenggung
mendengar Sultan sendiri keluar meronda bersama Hang Isap dan Hang Ishak, dia
mulai mengeraskan kawalan. Sesiapa yang dijumpai berjalan malam dibunuhnya.
Membuatkan pencurian berjaya dibenteras. Sebuah balai dibina di simpang empat
di tengah negeri. Seorang penghulu ditugaskan berkawal di situ. Sesiapa yang
menjumpai harta orang hendaklah dipulangkan kalau tidak tangannya akan dikerat.
Setiap barang yang dijumpai dihantarkan ke balai.
Akibat
Salam Dibacakan Sembah.
Maharaja Diraja, raja
Haru telah mengutuskan Raja Pahlawan ke Pasai. Surat Maharaja Diraja
yang berkirim salam dikatakan berkirim sembah oleh khatib yang
bertugas. Bila teguran tidak diendahkan, Raja Pahlawan telah
mengamuk. Ramai rakyat Pasai terbunuh. Raja Pahlawan dan rombongannya juga
ramai terbunuh. Mulai kes itu, Haru bermusuhan dengan Pasai.
Maharaja
Diraja telah menyuruh pahlawannya yang bernama Seri Indera mengamuk dalam
jajahan Pasai. Seri Indera terlanjur hingga ke jajahan Melaka. Sultan Alaudin
telah menitahkan Paduka Tuan, Laksamana Hang Tuah dan Seri Bija Diraja menyekat
amukan Haru. Orang Haru kalah dan mengundurkan diri.
Mia Ruzul
Dengan Kambing Randuk.
Mia Ruzul adalah seorang
keling yang turut serta dalam angkatan perang Melaka. Dia telah ke darat untuk
buang air besar. Terpandangkan seekor kambing disangkanya orang tua Haru yang
mengintainya. Bila disergah kambing itu melawan, akibatnya Mia Ruzul lari
lintang pukang. Bila disiasat ternyata hanyalah seekor kambing. Semua orang
ketawa dan marahkan Miz Ruzul.
Peperangan
berlaku lagi antara orang Melaka dengan orang Haru di Pengkalan Dungun. Orang
Haru telah minta diadakan perdamaian dan diterima oleh Paduka Tuan. Tidak lama
selepas kembali ke Melaka, Seri Bija Diraja telah meninggal dunia dan dia
digantikan oleh anaknya T un Kerunta. Juga bergelar Seri Bija Diraja. Seorang
lagi anaknya bergelar Tun Bija Diraja.
Ketiganya
Sama Gagah.
Raja Maluku telah lari ke
Melaka bila negerinya dikalahkan oleh Kastilan. Dia sangat pandai bermain sepak
raga. Ditimangnya 100 – 200 kali barulah diberikan kepada orang lain. Dia juga
sangat gagah, Umbi pokok kelapa diparangnya hingga putus. Begitu juga Telanai
Terengganu dan Sultan Alaudin. Telanai Terengganu melembing pokok kelapa tembus
ke sebelah. Sultan Alaudin pula gagah memanah. Telanai Terengganu
yang pergi mengadap ke Melaka tanpa memberitahu ke Pahang telah menimbulkan
kemurkaan Sultan Muhammad (Pahang). Baginda telah mengarahkan Seri Akar Diraja
pergi membunuh Telanai Terengganu. Telanai Terengganu mati terbunuh, anak-anak
cucunya habis lari ke Melaka. Sultan Melaka pada mulanya ingin menyerang Pahang
tetapi atas nasihat Bendahara, Laksamana Hang Tuah sahaja dihantar ke sana.
Gema
Pembunuhan Telanai Terengganu.
Di Pahang, Hang Tuah telah
menyuruh orangnya membunuh saudara sepupu Seri Akar Diraja. Bila orang yang
membunuh itu ditangkap, Hang Tuah tidak membenarkan diambil sebarang tindakan
kerana katanya, Seri Akar Diraja juga ada salahnya dengan Sultan Melaka iaitu
membunuh Telanai Terengganu tanpa memberitahu ke Melaka. Sultan Muhammad
mengatakan Telanai Terengganu dibunuh kerana katanya Telanai Terengganu biadab
dengan mengatakan negeri Melaka itu terletak di bawah kelangkangannya.
BAB 1X :
MEMBUNUH TANPA MEMBERITAHU KE MELAKA.
Sultan Ibrahim telah
menyuruh Tun Jana Pakibul membunuh seorang pesalah di Siak. Hal ini diketahui
ke Melaka. Hang Tuah telah diarah untuk pergi ke Siak. Tun Jana
Pakibul dimarahinya dalam majlis Sultan Ibrahim. Sultan dan Tun Jana Pakibul
terdiam. Bila Hang Tuah mahu pulang ke Melaka, Sultan Ibrahim telah berkirim
surat memohon kemaafan dari Sultan Alaudin. Pada masa itu, tidak dibenarkan
hukuman bunuh dalam taklukan Melaka melainkan dengan pengetahuan Sultan Melaka.
Seorang
anak Sultan Alaudin yang bernama Raja Menawar telah dirajakan di Kampar. Bila
Sultan Alaudin mangkat, tempatnya digantikan oleh Raja Mamad. Pada masa itu
Raja Mamad masih lagi seorang kanak-kanak. Wasiatnya supaya Raja Mamad
menggantikannya disampaikan di hadapan Bendahara Paduka Raja, Kadi, Paduka
Tuan, Seri Nara Diraja, Temenggung dan Laksamana Hang Tuah.
Pemerintahan
Sultan Mahmud Syah.
Kepada Raja Mamad, Sultan
Alaudin berpesan supaya :
ð Banyak
bersabar.
ð Memaafkan
kesalahan hamba sahaya.
ð Utamakan
pekerjaan akhirat dari kerja dunia.
ð Berserah
diri atau bertawakkal kepada Allah.
ð Jangan
mengaibkan pesalah, kalau perlu bunuh, boleh dibunuh.
ð Patuh
pada wasiat supaya dapat berkat Allah.
Setelah berwasiat kepada
Raja Mamad, Sultan Alaudin pun mangkat. Baginda digantikan oleh Raja Mamad
dengan gelaran Sultan Mahmud Syah. Sekali peristiwa Sultan Mahmud sakit perut
buang-buang air. Terpaksalah Bendahara Paduka Raja dan Laksamana mengasuhnya.
Bendahara membasuh beras, Laksamana memasaknya. Bila masak bendahara yang
menyuapkan. Bila buang air, Laksamana membasuhnya. Nenda baginda yang bergelar
Raja Tua telah datang untuk melihat Sultan Mahmud. Dia tidak dibenarkan hampir
oleh bendahara. Ini kerana dia lebih kasihkan Raja Menawar dan dia bercadang
untuk membunuh Sultan Mahmud dengan menindihnya sambil pura-pura menangis.
Rancangannya tidak berjaya.
Bendahara
Paduka raja dengan Laksamana.
Setelah sembuh dari sakit,
Sultan Mahmud menganugerahkan Bendahara dan Laksamana akan usungan. Laksamana
menggunakannya tetapi bendahara tidak. Bila anak-anak buahnya mengomen,
Bendahara mengatakan dia tidak mahu dipandang sama taraf atau lebih mulia dari
Raja. Bendahara juga selalu memberikan apa-apa hadiah istimewa yang diterimanya
kepada laksamana seperti perahu, gajah, kuda atau alat senjata. Alasannya
supaya Laksamana dapat memanfaatkan alat-alat itu untuk negara.
Wasiat
Bendahara Paduka Raja.
Bila bendahara jatuh sakit,
dia mengumpulkan semua anak cucunya. Untuk mereka dia berwasiat. Nasihatnya kepada
Tun Mutahir, Tun Zainal Abidin, Seri Nara Diraja Tun Tahir, Tun Pauh dan juga
Tun Isap. Sultan Mahmud juga datang menziarahi Bendahara.
Setelah
Bendahara Paduka Raja meninggal dunia dia digantikan oleh saudaranya yang
bernama Tun Perpatih Putih. Bergelar Bendahara Putih. Bendahara ini sangat
boros. Jikalau lilin panjang sejengkal dibuangnya kerana dianggapnya puntung.
Nyaris
Lembing Diterbangkan Ke Dada.
Sultan Mahmud telah berlaku
curang dengan isteri Tun Biajid ketika Tun Biajid pergi ke Merba. Semasa mahu
pulang di waktu dinihari, dia terserempak dengan Tun Biajid. Tun Biajid hampir
melembing Sultan Mahmud kalaulah tidak dingatnya yang Sultan Mahmud adalah
tuannya. Isterinya itu diceraikan. Sebagai ganti, Sultan memberikannya seorang
gundik baginda yang bernama Tun Iram Sendari.
Pada satu
malam, Sultan Mahmud pergi ke rumah Tun Dewi, Di sana di dapati telahpun ada
Tun Ali Sandang. Dia memberikan sirih dalam puan kepada Tun Isap sebagai
isyarat supaya Tun Isap membunuh Tun Ali Sandang itu.
Peristiwa
Pembunuhan Tun Ali Sandang.
Setelah menerima sirih, Tun
Isappun pergi membunuh Tun Ali Sandang. Seri Wak Raja (anak bongsu Bendahara
Paduka Raja) sangat marah, dia mahu Tun Isap dibunuh tetapi Sultan Mahmud
arahkan Tun Isap berlepas diri. Tun Isap lari membawa diri ke merata tempat
termasuklah ke Pasai, Haru dan Brunai. Akhirnya dia kembali ke Melaka. Bila
pulang Sultan menyuruhnya pergi mohon maaf dengan Seri Wak Raja tetapi Tun Isap
dibunuh sebaik dia sampai ketika Seri Wak Raja masih lagi di atas gajah.
Pada
waktu terdapat 4 orang yang sangat dikasihi oleh Sultan iaitu Seri Wak Raja
sendiri, Tun Umar, Hang Isa pantas dan Hang Hussin Cengang. Baginda berjanji
akan menunaikan apa sahaja permintaan mereka. Bagaimanapun bila Seri Wak Raja
memohon jadi panglima gajah, tidak ditunaikan kerana Seri Rama masih hidup. Tun
Umar mohon jadi raja di laut itupun tidak ditunaikan kerana Laksamana masih
hidup. Permintaan Hang Isa mahukan emas dan kain baju, segera ditunaikan. Hang
Hussin pula mohonkan kerbau 15 kelamin dan hamba 50 orang. Segera juga
ditunaikan.
Telatah
orang-orang yang dikasihi raja.
Seri Wak Raja sendiri bila
dipanggil oleh raja, sengaja dia melewat-lewatkannya. Kecuali bila Tun Isap
yang datang kerana Tun Isap akan meminta pelbagai perkara sambil menantikan
Seri Wak Raja siap. Sebenarnya Seri Wak Raja adalah sangat mahir tentang gajah
dan kuda. Kerana kemahirannya itu dia berjaya mengahwini anak Kadi Menawar.
Hang Isa Pantas pula mahir dalam permainan layang-layang. Layang-layang Raja
Ahmad yang besarpun putus apabila bergesel dengan layang-layangnya. Hang
Hussain pantas pula seorang yang kuat makan.
Sultan
Mahmud seorang yang cepat marah. Dia telah mengarahkan supaya Seri Bija Diraja
dibunuh kerana Seri Bija Diraja tidak datang mengadapnya pada hari raya. Sultan
Mahmud sendiri tidak dilayan oleh Maulana Yusuf kerana dia datang untuk belajar
tetapi sebagai Yang Dipertuan. Dia hanya dilayan bila datang sebagai fakir
Mahmud.
Manjong
Dan Kelantan Diserang.
Sultan Mahmud menitahkan
Paduka Tuan untuk menyerang Manjong kerana Manjong bermusuh-musuhan dengan
Beruas. Beruas adalah jajahan Melaka. Paduka Tuan berjaya mengalahkan Manjong.
Seri Maharaja pula dititahkan menyerang Kelantan. Kelantan juga berjaya
dikalahkan. 3 orang puteri raja Kelantan ditawan dan dibawa balik ke Melaka.
Puteri Onang Kinang diperisterikan baginda.
BAB X :
TUN MUTAHIR DIJADIKAN BENDAHARA.
Setelah Bendahara Putih
meninggal terdapat 9 orang yang layak untuk dilantik sebagai bendahara. Bonda
Sultan Mahmud adalah saudara Tun Mutahir. Dia telah mempengaruhi Sultan Mahmud
agar melantik saudaranya itu sebagai Bendahara. Beliau bergelar Bendahara Seri
Maharaja. Satu perangainya yang buruk ialah belaiu seorang yang kuat bergaya.
Dalam sehari enam tujuh pasang persalinannya. Bagaimanapun setelah beliau
menjadi Bendahara, Negeri Melaka semakin makmur.
Titisan
keturunan Bendahara Seri Maharaja.
Anak Bendahara Seri
Maharaja sangat ramai. Anaknya yang sulung ialah Tun Hassan Temenggung. Anaknya
Tun Biajid Rupat bergelar Seri Petam. Seri Nara Diraja iaitu kakak Bendahara
Seri Maharaja pula dilantik sebagai Penghulu Bendahari. Mempunyai 5 orang anak.
Tun Abdul, adik Bendahara Seri Maharaja pula bergelar Seri Nara Wangsa.
Peristiwa
Patih Adam dengan Tun Minda.
Patih Adam adalah Pangeran
Surabaya, dia telah bertamu ke rumah Seri Nara Diraja. Tun Minda yang masih
kecil dan baru tahu berlari-lari telah berlari-lari di depan Patih Adam. Seri
Nara Diraja sambil bergurau mengatakan Tun Minda berkata mahu berlakikan Patih
Adam.Setelah Tun Minda besar, Patih Adam telah datang semula ke Melaka bersama
40 peria untuk menuntut janji Seri Nara Diraja. Pada mulanya Seri Nara Diraja
tidak bersetuju. Pateh Adam menjalankan helah untuk menangkap Tun Minda di
rumahnya. Setelah pengawal dirasuah dapatlah dia masuk dan menangkap Tun Minda.
Tun Minda diikat dan dia sendiri menindih peha Tun Minda. Setelah semua
pengikutnya mati terbunuh, Tun Minda tidak dilepaskan. Akhirnya dapatlah dia
mengahwini Tun Minda dan kembali ke Surabaya.
Meminang
“Puteri Gunung Ledang”.
Setelah Bonda Raja Ahmad
meninggal, Sultan Mahmud ingin kahwin lagi. Beliau berhajat untuk mengahwini
Puteri Gunung Ledang. Laksamana dan Sang Setia disuruh meminang. Tun Mamad
penghulu orang Inderagiri juga ikut serta. Setelah sampai separuh gunung,
Laksamana dan Sang Setia disuruh berhenti.
Tun Mamat
telah naik dengan 2 orang lain. Bila sampai di had buluh perindu, beliau telah
berjumpa seorang perempuan tua dalam sebuah taman. Beliau mengaku bernama Dang
raya Rani iaitu pengetua Puteri Gunung Ledang.Tun Mamad telah menyatakan hajat
Sultan Mahmod. Tidak lama kemudian muncul seorang tua yang lain. Dia
memberitahu syarat Tuan Puteri Gunung Ledang untuk menerima pinangan Sultan
Mahmud iaitu baginda dikehendaki membina jambatan emas dan perak ke gunung
Ledang dari Melaka, hati nyamuk 7 dulang, Hati kuman 7 dulang, air mata
setempayan, air pinang muda setempayan dan darah anak raja semangkuk. Bila
syarat-syarat ini dinyatakan kepada Sultan Mahmud belaiu mengaku dapat
menyediakan semua permintaan kecuali darah Raja Ahmad yang semangkuk itu.
Tepuk
Berbalas, Alang Berjawat.
Sultan Nara Singa, raja
Inderagiri dijadikan menantu Sultan Mahmud. Setelah bernikah dia tidak
dibenarkan balik ke Inderagiri. Bila dapat kesempatan balik, Inderagiri telah
diperintah oleh Maharaja Isap. Bila Sultan Nara Singa balik, Maharaja Isap lari
ke Lingga. Dijadikan menantu Raja Lingga dan kemudian menggantikan mertuanya
sebagai raja Lingga.
Semasa
Maharaja Isap datang mengadap ke Melaka, Sultan Nara Singa telah menyerang
Lingga. Sebaliknya bila Sultan Nara Singa mengadap ke Melaka, Maharaja Isap
pula menyerang Inderagiri dan lekas-lekas dia ke Melaka. Di Melaka, mereka
didamaikan oleh Sultan Mahmud.
Hang
Nadim dititahkan ke Benua Keling.
Hang Nadim, menantu
Laksamana Hang Tuah, telah dititahkan ke Benua Keling untuk membeli
kain batik. 40 bagai, satu bagai 40 helai, 1 helai 40 jenis bunga. Beliau pergi
dengan kapal Hang Isap. Cuma 2 orang pelukis sahaja yang mampu menyediakan
corak kain yang dikehendaki oleh Hang Nadim itu. Setelah kain batik siap, Hang
Nadim segera bersiap untuk pulang.
Malangnya
Hang Isap telah berkelahi dengan seorang peniaga saiyid. Hang Isap didakwa
tidak menjelaskan semua bayarannya dan dia mengatakan kepada Saiyid itu sebagai
“wali pelir”. Kerana marah dia bersumpah bahawa Hang Isap akan karam dalam
perjalanan pulang nanti. Sumpahnya menjadi kenyataan bila kapal Hang Isap telah
karam dipukul ribut. Bagaimanapun Hang Nadim berjaya menyelamatkan diri ke
Pulau Selon. Dia berjaya pulang ke Melaka dengan membawa kain 4 helai sahaja.
Sultan murka dengannya. Laksamana Hang Tuah telah meninggal dunia, dikebumikan
di Tanjung Keling. Dia digantikan oleh menantunya iaitu Laksamana Khoja Hassan.
BAB XI :
SERI WAK RAJA DENGAN GAJAH PAHANG.
Setelah Sultan Muhammad,
raja Pahang yang pertama meninggal. Beliau digantikan oleh anak sulungnya yang
bernama Abdul Jamal. Abdul Jamal menghantar utusan ke Melaka minta ditabalkan.
Sultan Mahmud telah menghantar Seri Wak Raja ke Pahang bagi menabalkan Abdul
Jamal dengan gelaran Sultan Abdul Jamal. Di Pahang, ilmu Seri Wak Raja dan
anaknya Tun Umar mengenai gajah teruji. Bagaimanapun mereka berjaya.
Peri
Cantiknya Paras Anak Bendahara Pahang.
Seri Wak raja telah pulang
ke Melaka dan menceritakan tentang cantiknya paras anak Bendahara Pahang yang
bernama Tun Teja Ratna Benggala. Ini membuatkan Sultan Mahmud berahikannya.
Baginda bersumpah, sesiapa yang dapat mendatangkan TunTeja akan diberikan
hadiah yang besar, sekalipun dia meminta sekerat daripada negeri Melaka. Berita
ini didengar Hang Nadim. Untuk menebus dosanya, beliau segera ke Pahang.
Tun Teja
Dilarikan Ke Melaka.
Hang Nadim telah berbuat
baik dengan seorang perempuan tua, tukang pelulut dan juga dengan Nakhoda
Saiyid Ahmad. Dengan bantuan mereka, Hang Nadim berjaya melarikan Tun Teja ke
Melaka.
Pertempuran
Di Laut Pulau Keban.
Sebaik Sultan Abdul Jamal,
mendengar tunangannya dilarikan Hang Nadim, Dia segera mengejar. Hang Nadim
diserang oleh angkatan Sultan Abdul Jamal. Bagaimanapun dia berjaya melepaskan
diri ke Melaka. Sultan Melaka sangat gembira. Hang Nadim dihadiahkan emas dan
perak yang tidak terkira. Saiyid Ahmad dijadikan bentara. Hang Nadim sendiri
dianugerahkan Puteri Cau Pauk, anak raja Kelantan.
Gajah
Sultan Pahang Pula Dilarikan.
Sekembalinya Sultan Abdul
Jamal ke istana, dia sangat marah, dengan menunggang gajahnya yang bernama Ai
Kening dilanggarnya balairung istananya sendiri. Kononnya begitulah dia akan
melanggar istana Melaka. Khabar ini didengar oleh Sultan Mahmud di Melaka.
Disuruhnya pula curi gajah tersebut. Laksamana Khoja Hassan telah pergi ke
Pahang. Dengan tipu helahnya, Ai Kening telah berjaya dilarikan ke
Melaka.
Bersyaikh
diri di Lubuk Pelang.
Sultan Abdul Jamal dengan
segera memerintahkan panglima Pahang mengejar Laksamana Khoja Hassan. Mereka
diketuai oleh Seri Akar Raja. Bagaimanapun usaha mereka gagal. Sultan Abdul
Jamal telah turun takhta dan membawa diri bersyaik di Lubuk Pelang. Anakanda
baginda bergelar Sultan Mansur Syah dirajakan.
Rahsia
pembunuhan Raja Zainal.
Dia adalah saudara Sultan
Mahmud sendiri. Kecantikannya tiada tara pada waktu itu. Dia menjadi kegilaan
orang-orang perempun di Melaka. Bila dia berkuda, habislah gempar sekalian
orang perempuan mahu melihatnya. Berebutan mereka mahu memberikan hadiah
kepadanya. Mendengar hal ini, Sultan Mahmud murka dan secara senyap-senyap dia
telah menyuruh Hang Berkat pergi membunuh Raja Zainal. Hebohlah orang
mengatakan Raja Zainal telah mati dibunuh oleh pencuri. Hang Berkat dianggap
saudara oleh Sultan dan dia diberikan gelar Sang Sura.
Sultan
Mahmud Syah Serba Salah.
Satu hari isteri Sang Sura
telah berzina dengan Sang Guna. Sang Sura mahu Sang Guna dibunuh. Akibatnya
sultan serba salah kerana Sang Guna adalah tukang keris istana yang mahir.
Bagaimanapun Sang Guna telah dihukum berkurung dalam rumah. Untuk berdiri di
muka pintupun tidak dibenarkan. Tidak dibenarkan ke mana-mana. Akhirnya Sang
Guna minta dikat dan diserahkan kepada Sang Sura supaya dibunuhnya sekali.
BAB XII :
RAJA LEGOR GAGAL MENYERANG PAHANG.
Raja Legor yang bernama
Maharaja Dewa Sura telah dititahkan oleh Raja Siam untuk menyerang Pahang.
Berita ini didengar ke Melaka. Setelah bermesyuarat, Sultan Mahmud telah
bersetuju menghantar tentera Melaka bagi membantu Pahang. Bendahara Seri
Maharaja telah diarahkan ke sana. Dia juga meminta Laksamana turut sama. Dengan
bantuan Melaka, Pahang tidak berjaya ditewaskan oleh Legor.
Biadap Di
Hadapan Bendahara.
Seorang pembesar bernamaTun
Perpatih Hitam, dia mempunyai seorang anak bernama Tun Hussin. Dia pernah
bersumpah akan mengamuk sekiranya bapanya dibicarakan orang. Satu kali bapanya
itu dipanggil bicara di hadapan Bendahara kerana berselisih faham dengan
seorang dagang. Pada masa perbicaraan itu berlansung, Tun Hussin telah datang.
Melihat kedatangan anaknya itu, Tun Perpatih hitam telah menguis tikar dihdapan
Bendahara. Perlakuan ini dianggap biadab oleh Laksamana dan dia segera dibunuh.
Tun Hussin yang mahu mengamuk juga dibunuh. Laksamana segera melapurkan pada
Sultan dan Sultan bersetuju dengan tindakan Laksamana itu.
Zuriat
Laksamana Hang Tuah.
Laksamana mempunyai 2 orang
isteri. Isteri pertama iaitu saudara Seri Bija Diraja Datuk Bongkok ada 3 anak
iaitu Tun Sirah (Isteri temenggung Khoja Hussin), Tun Biajid dan Tun Daerah
(isteri Sultan Mahmud). Dengan isterinya yang kedua dari keluarga
Bendahara Paduka Raja ada 2 orang anak iaitu Sang Guna dan Tun Emas Jiwa
(Isteri Hang Nadim).
Raja
Petani dan Raja Kedah dinobatkan.
Anak raja Siam Cau Seri
Bangsa telah menyerang Kota Mahligai yang diperintah oleh Raja Sulaiman Syah.
Dia berjanji kiranya dia berjaya, dia akan memeluk agama Islam. Takdir Allah
dia menang. Diapun memeluk Islam. Mendirikan kota di Petani. Dia meminta
dinobatkan oleh Melaka. Melaka telah menobatkannya dengan gelaran Sultan Seri
Ahmad Syah. Raja Kedah juga telah ke Melaka untuk dinobatkan. Beliau juga
dinobatkan oleh Sultan Mahmud.
Kebesaran
Melaka Dan Kedatangan Poortugis.
Penduduk negeri Melaka
semakin ramai hingga mencapai 19 laksa ramainya. Ramai dagang yang datang
termasuklah orang Portugis dari Goa, India. Hairan orang Melaka melihat mereka
dan dikatakan sebagai Benggali Putih. Setelah kembali ke India, dia membuat
laporan kepada wizurainya di Goa iaitu Alfonso d’ Albuquerque. Dengan segera
dia memerintahkan tenteranya datang menyerang Melaka. Penduduk Melaka pada masa
itu kehairanan melihat peluru meriam. Bagaimanapun angkatan Portugis berjaya
dikalahkan. Alfonso mahu Melaka diserang lagi tetapi Kapitan Mor melarang
menyerang Melaka selagi Bendahara masih hidup. Alsonso bersumpah setelah dia
turun dari menjadi wizurai , dia akan datang menawan Melaka.
Makhdum
Dipersenda Muridnya.
Satu ketika seorang pendita
dari Jeddah telah datang ke Melaka, beliau bernama Maulana Sadar Jahan. Sultan
dan pembesar Melakapun berguru dengannya. Ketika berada di rumah Bendahara,
datanglah Seri Rama. Beliau baru kembali dari meminum arak di istana. Beliau
memang seorang yang kuat minum. Bila tiba di hadapan Makhdum, Makhdum telah
memberitahunya yang “Al-Khamru ummul al-khabaith” (Arak itu ibu segala najis).
Seri Rama pula menjawab “AL-Hamku ummul Khabaith” (Hamak itu ibu segala
najis). Maksudnya dia telah memperli Makhdum yang dikatakannya
datang ke Melaka untuk mencari harta. Marahlah Makhdum padanya.
Tun Mai
Ulat Bulu juga telah mempersendakan Makhdum. Puncanya dia dikatakan keras
lidah. Sebaliknya Tun Mai Ulat Bulu telah menyuruh Makhdum menyebutkan
perkataan seperti “kunyit, nyiru dan kucing”. Makhdum gagal menyebutnya. Tun
Mai Ulat bulu mengatakan ; begitulah halnya sendiri yang gagal untuk menyebut
huruf-huruf arab.
Bertanya
satu masalah agama ke Pasai.
Orang Kaya Tun Muhammad
dititahkan ke Pasai untuk bertanyakan masalah agama tentang rezeki. Ada
pendapat mengatakan ketetapan rezeki adalah sejak azali. Ada pula mengatakannya
tidak. Untuk menjawab masalah itu, raja telah menyuruh Tun Hassan menyelesaikannya.
Jawapan itu dipersetujui oleh Tun Muhammad. Selepas itu diapun kembali ke
Melaka.
BAB XIII
: TUN FATIMAH ANAK BENDAHARA SERI MAHARAJA.
Kecantikan Tun Fatimah
diumpamakan laut madu, bertasik susu dan berpantaikan sakar (gula). Tun Fatimah
ditunangkan dengan Tun Ali, anak Seri Nara Diraja, sepupunya. Raja Di Baruh
iaitu bapa saudara Sultan Mahmud menasihatkan supaya perkahwinan ditangguhkan
kerana Tun Fatimah itu sepatutnya ditunjukkan kepada Sultan dulu, lagipun
Permaisuri Tun Teja telah mati. Bendahara tidak endahkan nasihat itu. Pada hari
perkahwinan Sultan datang dan dia sangat tertarik dengan Tun Fatimah dan
menuduh Bendahara sebagai jahat. Sultan berdendam dengan Bendahara.
Kekayaan
Bendahara Seri Maharaja.
Bendahara sangat kaya.
Mempunyai simpanan emas sebanyak 6 bahara. Lebih satu bahara dari kepunyaan
Raja Mendaliar, Syahbandar Melaka. Anak-anak cucunya diberikan emas, jikalau
hilang diberinya yang lain. Kerbau pemeliharaannya di Kayu Ara juga banyak.
Jikalau anak buahnya pergi berburu tapi tidak dapat, maka kerbau dikandang
itulah yang disembelih mereka.
Tun
Hassan Temenggung Cuba Dibeli.
Semua orang besar-besar
datang ke rumah Ali Manu Nayan, seorang kaya di Melaka. Mereka semua diberikan
hadiah. Hanya Tun Hassan Temenggung saja yang tidak datang. Ali Manu Nayan
pernah menyatakan ; Kiranya Tun Hassan berdiri sahaja di hadapan kedainya, dia
akan memberikan 10 tahil emas.
Punca
Mencetuskan Sekejam-Kejam Hukuman.
Nina Dewa Sura telah
bertelingkah dengan Raja Mendaliar. Mereka pergi berhukum pada Bendahara.
Kerana hari telah petang, mereka disuruh datang keesukan harinya. Malam itu,
Nina Sewa Sura telah merasuahkan emas sebanyak sebahara kepada Bendahara supaya
dia menang dalam kesnya dengan Raja Mendaliar. Kitul, seorang yang ada
berhutang dengan Raja Mendaliar telah pergi memberitahu Raja Mendaliar tentang
perihal Nina Dewa Sura itu. Dikatakan Nina Dewa Sura merasuahkan emas 10 kati
supaya Bendahara membunuh Raja Mendaliar dan dikatakan bahawa Bendahara telah
bersetuju. Segala hutang Kitul telah dihalalkan. Pada malam itu juga, Raja
Mendaliar telah pergi mengadu kepada Laksamana Khoja Hassan. Dirasuahnya dengan
emas sebahara disamping permata dan kain baju yang indah-indah. Dikatanya
Bendahara mahu merampas takhta kerajaan. Bendahara telahpun menempah takhta
kerajaan, piu dan kaus emas. Kerana termakan pujuk, Laksamana bersedia
memberitahu raja.
Tamat
Riwayat Tiga Orang Besar Negara.
Sebaik menerima aduan
Laksamana, Sultan Mahmud telah mengarahkan Tun Sura Diraja dan Tun Indera
Segara pergi membunuh Bendahara. Tun Hassan Temenggung ingin menentang tapi
dihalang oleh Bendahara. Tun Hassan juga mahu membuang peti-peti emasnya,
itupun dihalang oleh Sutan. Bendahara, Seri Nara Diraja, Tun Hassan Temenggung
dan suami serta sepupunya Tun Alipun dibunuh orang. Tun Abdul Karim, Tun Jenal
dan Tun Fatimah tidak dibunuh. Sebaliknya Tun Fatimah dijadikan isterinya. Bila
kahwin, segala harta Bendahara dibawa ke dalam. Raja mendapati tuduhan yang
Raja mahu merampas takhta tidak benar kerana alatan seperti takhta, piu dan
kasut emas tidak ada. Sultan jadi menyesal. Kitul telah disula dan Raja
Mendaliar dibunuh. Harta Laksamana dirampas. Dia tidak dibunuh kerana Sultan
pernah bersumpah mengharamkam darah laksamana.
Bendahara
Paduka Tuan (Bendahara Tepok).
Paduka Tuan iaitu anak
Bendahara Paduka Raja telah dilantik menjadi Bendahara. Dia sudah tua, giginya
telah tanggal dan kakipun telah tepok.Bila dinyatakan dia akan diangkat menjadi
Bendahara, dia menolak tapi dipaksakan juga oleh Sultan. Dia juga dikenali sebagai
Bendahara Lubuk Batu. Seorang yang kuat makan dan bila mahu berjalan sepasu
minyak wangi digunakannya.
Tun
Biajid sasar.
Dia adalah anak Bendahara
Paduka Tuan. Sasar bahasa. Bila berjalan ke pasar, diambilnya segala barang
yang diperkanannya. Bendahara terpaksa menyuruh seseorang mengekori Tun Biajid
dan membayar harga barangan yang diambilnya. Tun Biajid telah dihadiahkan
seekor gajah oleh ayahnya. Gajah ini selalu dijual tapi ditebus semula oleh
Bendahara. Bila dilihatnya gajah itu diambilnya semula konon gajah itu adalah
gajahnya. Tun Biajid pernah ditambat dan dhantar kepada Raja untuk dibunuh
kerana dia membunuh orang tetapi tidak dilaksanakan oleh Sultan.
Zuriat
bendahara Lubuk Batu.
Anak Bendahara ramai
antaranya ialah Tun Khoja Ahmad atau gelarnya Tun Pikrama dan Tun Pauh. Anak
Tun Khoja Ahmad bernama Tun Isap Berakah, dia menjadi Datuk Bendahara Johor.
Sultan
Mahmud Membuang Kerajaan.
Sejak diperisterikan Sultan
Mahmud, Tun Fatimah tidak pernah senyum. Dia sentiasa berdukacita. Sultan
Mahmud juga sangat menyesal membunuh Bendahara Seri Maharaja. Sultan Mahmud
telah turun takhta dan diserahkan pada anaknya Sultan Ahmad Syah. Baginda
membawa diri ke Kayu Ara dengan ditemani oleh Sang Sura.
Sultan
Ahmad pula tidak kasih akan orang-orang besar. Dia hanya kasih kepada beberapa
orang tertentu sahaja seperti Tun Ali Hati, Tun Mai Ulat Bulu, Tun Muhammad
Unta, Tun Ali Berudu dan Tun Ali Kenyal. Orang-orang muda tiga empat belas
orang dan hamba raja dua tiga puluh orang. Itulah sahaja teman-temannya.
Tun
Fatimah pula bila hamil dibuangkannya. Alasannya kerana pengganti raja telah
ada. Sultan Mahmud berjanji akan merajakan anaknya, barulah kandungan itu
dibelanya. Malangnya Tun Fatimah hanya mendapat anak perempuan iaitu Raja Putih
dan Raja Khatijah. Sultan Mahmud pula asyik belajar tasawuf dengan Makhdum
Sadar Jahan.
BAB XIV :
DI SAAT AKHIR KESULTANAN MELAYU MELAKA.
Alfonso d’Albuquerque
setelah turun daripada wizurai Goa telah kembali ke Portugal meminta armada
untuk menyerang Melala. Dari Goa dia telah menyerang Melaka dengan 43 buah
kapal. Cubaan pertama Alfonso dapat dipatahkan oleh Sultan Ahmad. Pada waktu
malam, dibacakan Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Hanafiah untuk
membangkitkan semangat perang. Dalam perang keesukan harinya, tangan sultan
telah terluka.
Sultan
Mahmud, Sultan Ahmad berlepas diri.
Akhirnya Portugis berjaya
menewaskan angkatan Melaka. Sultan Ahmad, Sultan Mahmud lari meinggalkan
Melaka. Pada mulanya ke Muar dan seterusnya ke Pahang dan akhirnya ke Johor. Di
Johor berkota di Pekan Tua dan seterusnya ke Bintan. Perangai Sultan Ahmad yang
tidak menghormati pembesar menyebabkan dia akhirnya disuruh bunuh oleh Sultan
Mahmud. Ditanamkan di Bukit Batu.
Melantik
Orang-Orang Besar Kerajaan.
Sultan Ahmad digantikan
dengan Sultan Muzaffar. Sultan Muzaffar masih lagi kanak-kanak. Tun Khoja Ahmad
anak Bendahara Lubuk Batu dijadikan Bendahara bergelar Paduka Tuan. Tun Abu
Ishak dijadiikan Perdana Menteri bergelar Seri Amar Bangsa. Tun Hamzah anak
Seri Nara Diraja dijadikanBendahari.Tun Abdul Karim dan Tun Jenal juga
diberikan gelar. Bila Laksamana Khoja Hasaan mati, dia ditanamkan di Bukit
Pantar dan digantikan pula oleh Hang Nadim.
Anak Raja
Bakal Kerajaan.
Bila Tun Fatimah hamil dan
melahirkan anak lelaki, Sultan Mahmud sangat gembira. Anak itu dinamakan Raja
Ali dengan timangannya Raja Kecil Besar. Peterana dan permaidani Sultan
Muzaffar diambil untuk digunakan oleh Raja Ali. Setelah genap 40 hari, acara
pertabalan dijalankan. Raja Ali ditabalkan sebagai Sultan Alaudin Riayat Syah
dan digelar juga Sultan Muda.
Tun Ali
Hati lebih rela mati.
Semasa kematian Sultan
Ahmad, semua kawan-kawan Sultan Ahmad dikumpulkan oleh Sultan Mahmud dan mereka
diminta taat setia pada Sultan. Semua orang lain datang kecuali Tun Ali Hati.
Dia tidak datang dan minta dibunuh sahaja. Akhirnya dia dibunuh juga oleh
Sultan Mahmud.
Raja
Abdullah Ditawan Peringgi.
Raja Abdullah adalah
pemerintah Kampar. Saudara Sultan Mahmud. Bila Sultan Mahmud kalah, Raja
Abdullah cuba berbaik-baik dengan Portugis dengan harapan dia akan diangkat
menjadi sultan yang baru di Melaka. Belaiu telah ditangkap, dibawa ke Melaka
dan seterusnya dibawa ke Goa.
Angkatan
Peringgi menyerang Bintan.
Sultan sangat mengharapkan
Temenggung Seri Udani turun berperang menentang Portugis. Beliau hanya turun
bila Portugis sudah di kuala, tanpa mengadap raja dahulu. Terus ke Kota Kara.
Berperang dengan Portugis di situ sehingga mati.
Pusaka
Dari Temenggung Seri Udani.
Temenggung sebenarnya
berkecil hati terhadap Sultan kerana tidak memberikannya biaya. Hartanya yang
disuratkan kepada raja hanyalah talam, periuk, belanga, bokor, pinggan, mangkuk
yang telah retak dan sumbing. Budak tiga orang iaitu Si Berkat, Si Lamat dan Si
Tuakal. Bila Sultan membaca surat Temenggung itu dia tertunduk sedih. Baginda
segera menyuruh menghantarkan satu persalinan kepada Temenggung seperti pakaian
anak raja-raja.
Membalas
Kasih Raja.
Peringgi telah mengalahkan
kota Kopak. Seri Nara Diraja berjaya membawa Sultan Mahmud lari. Beliau
berjumpa Seri Wak Raja. Dia ikut sama. Diajaknya Seri Wak Raja membantu Raja
dengan menyindir untuk membalas jasa Sultan Mahmud yang telah membunuh saudara
mereka berdua (Bendahara Seri Maha Raja dan Seri Nara Diraja). Ini membuatkan
Sultan bersedih. Untuk mendapatkan makanan, Seri Wak Raja terpaksa menyamun,
mencuri nasi yang sedang ditanak oleh seorang perempuan.
Dari
Bintan pindah ke Kampar.
Setelah Peringgi balik ke
Melaka, Sultan dan rombongannya pergi ke Kampar. Di sana beliau terkejut mendengar
berita Raja Abdullah yang ditangkap Portugis itu. Sultan menduduki istana Raja
Abdullah. Malangnya permaisuri telah meninggal dunia di Kampar. 40 hari Sultan
tiada nobat.
Masalah
Tiada Mempunyai Putera Lelaki.
Raja Pahang iaitu Sultan
Mansur Syah (Anak Sultan Abdul Jamal) tidak mempunyai anak lelaki. Satu ketika,
Raja Muhamad, raja Terengganu yang berasal dari anak raja Kelantan telah datang
ke Pahang. Dia didudukkan dengan dua pupu Sultan. Dapat seorang anak lelaki.
Dinamai Raja Ahmad dan dijadikan anak angkatnya. Bila sudah besar, Raja Ahmad
dikahwinkan dengan anakanda baginda Raja Puspa Dewi. Dapat seorang anak
dinamakan Raja Omar.
BAB
XV : SULTAN MAHMUD MANGKAT DI KAMPAR.
Sultan Mahmud semasa sakit
hendak mati telah mewasiatkan Bendahara menjaga anaknya Sultan Muda. Sultan
Mahmud juga sempat berpesan kepada Sultan Muda supaya :
ð Bersabar.
ð Jangan
tinggalkan bendahara dan menteri dalam sebarang urusan.
ð Berlaku
adil terhadap rakyat dan tentera.
ð Jangan
mudah mendengar fitnah (sembah orang). Siasat dahulu kerana rakyat sangat
mengharapkan keadilan dan kemurahan raja.
Setelah Sultan Mahmud
mangkat, Sultan Alaudin pun pindah ke Pahang semula.
Bertapak
Semula Di Bumi Semenanjung.
Di Pahang, Sultan Alaudin
telah berkahwin dengan anak Sultan Mansur yang bernama Raja Kesuma Dewi.
Setelah kahwin, mereka pindah pula ke Johor. Dengan diketuai Laksamana Hang
Nadim, merekapun pindah ke Johor.
Berbuat
negeri di Johor.
Sultan Alaudin
memerintahkan berbuat kota di Kuala Johor hingga ke Kuala Sungai Kerting.
Laksamana Hang Nadim duduk di Bintan. Sultan mendapat dua orang anak iaitu Raja
Muzaffar dan Raja Fatimah. Kedua-duanya belajar mengaji dengan Tun Kamal
Wangsa.
Surat
Meminang Dari Pahang.
Bila Sultan Pahang
mengetahui Sultan Johor telah mendapat anak perempuan, dikirimnya utusan ke
Johor untuk meminang Raja Fatimah untuk Raja Omar. Atas nasihat Bendahara,
peminangan itu diterima.
Hasrat
Sultan Pahang tercapai
Seri Akar Raja dan Seri
Nara Wangsa segera balik memberitahu Sultan Pahang akan kesediaan Sultan
Alaudin itu. Mereka juga melapurkan yang kawalan sentiasa dibuat oleh laksamana
terhadap Peringgi. Angkatan Peringgi sentiasa diserang. Setelah siap, Sultan
Pahang berangkat ke Johor bersama Raja Omar. Mereka diberikan sebuah istana.
Istiadat
perkahwinan Diraja Johor-Pahang.
Antara istiadatnya ialah :
Menghantar
sirih dan emas belanja.
Pekerjaan
berjaga-jaga selama 40 hari. Pelbagai permainan dimainkan.
Kenduri
kerbau, lembu, kambing, itik, ayam disembelih.
Raja Omar
diarak dengan gajah, lengkap dengan segala alat kebesaran kerajaan. Diiringi
dengan pelbagai alat muzik seperti gendang, serunai, nafiri, nagara dan madeli.
Tuan Kadi
menikahkan.
Makan
beradap-adapan.
Jamuan
untuk tamu diawasi oleh Temenggung dan para bentara. Bendahara santap satu
hidangan seorang diri kecuali boleh ditemani oleh anak raja yang bakal menjadi
raja.
Selepas
Mangkat Sultan Alaudin.
Tidak lama selepas
perkahwinan Raja Omar-Raja Fatimah, dikahwinkan pula Raja Muzaffar dengan cucu
Bendahara, Tun Emas Jiwa iaitu anak Tun Hassan Temenggung. Kemudian Sultan
Alaudin pun mangkat dan disebut orang Marhum di Johor Lama. Raja Muzaffar dilantik
menjadi raja dengan gelaran Sultan Muzaffar Syah. Ketika itu baru
berusia 19 tahun. Sultan Mansur di Pahangpun mangkat dan diganti oleh Raja
Ismail dan bergelar Sultan Jamal Syah.Setelah beberapa lama di Johor Lama,
Sultan Muzaffar pindah ke Seluyud. Raja Omar pula menjadi benci pada isterinya
yang dari Pahang, iaitu emak Raja Mansor. Ditalaknya dan dihantar ke rumah Seri
Nara Diraja, sebab emak Raja Mansur adalah saudara Seri Nara Diraja.
Nikah
Dalam Sunyi.
Satu hari Sultan Muzaffar
pergi ke rumah Seri Nara Diraja dan dia terpandang pada emak Si Mansur dan
terus jatuh berahi. Setelah muafakat dengan Bendahara dan Seri Nara Diraja,
Sultan Muzaffarpun nikahlah dengan bonda Sultan Mansur secara senyap-senyap.
Bila Bonda Raja Mansur hamil, Seri Nara Diraja memberitahu Raja Omar dan
isterinya raja Fatimah. Kononnya dia takut memeliharakan bonda Raja Mansur
sebab hamil. Raja Omar sendiri menganggap anak itu sebagai anaknya. Jadi raja
Fatimah suruh hantar padanya, biar dia peliharakan. Raja Fatimah sendiri juga
hamil, dapat seorang anak lelaki dinamakan Raja Abdul Jalil. 10 bulan kemudian,
bonda Raja Mansur beranak dan dinamakan Raja Abdullah. Kedua-dua bayi itu
diangkat anak oleh Sultan Muzaffar.
Wasiat
Sultan Muzaffar Syah.
Bila Sultan Muzaffar Syah
hendak mangkat diwasiatkan agar Raja Abdul Jalil dijadikan sultan. Dipangku
oleh Bendahara. Ini tidak sukai oleh Raja Omar dan Raja Fatimah. Raja Abdul
Jalil pula sangat erat hubungannya dengan Raja Abdullah. Rahsia Raja Abdullah
sebagai anak Sultan Muzaffar Syah tidak diketahui sesiapa kecuali Bendahara dan
Seri Nara Diraja sahaja.
Wasiat
Sultan Abdul Jalil Diketepi.
Raja Abdul Jalil setelah
berusia 9 tahun telah jatuh sakit dan meninggal dunia. Sebelum mati baginda
sempat mewasiatkan agar takhta diperturunkan kepada Raja Abdullah. Ianya
dibantah oleh emaknya, Raja Fatimah tetapi tidak diendahkan. Bila Raja Abdullah
hendak dinobatkan Raja Fatimah mengancam mahu melarikan diri. Ini menyebabkan
Bendahara terpaksa tunduk kepada permintaannya. Dia juga takut dianggap mahu
berkuasa, memangku raja. Raja Omar dinobatkan dengan gelaran Sultan Ala Jalla
Abdul Jalil Ri’ayat Syah. Terlalu kasihkan pula pada bendahara.
Tun Seri
Lanang jadi Bendahara.
Bendahara Paduka Raja
gering dan meninggal dunia. Tun Seri Lanang pula diangkat menjadi bendahara.
Bergelar Bendahara Paduka Raja juga. Sultan Ala Jalla Abdul Jalil pindah pula
dari Seluyud ke Tanah Putih atau Batu Sawar. Diserang oleh Portugis tapi tidak
dapat dikalahkan. Malangnya ramai orang sakit dan mati di Tanah
Putih. Pindah pula ke hulu Sungai Damar atau makam Tauhid. 2 kali
Portugis menyerang. Negeri Makam Tauhid tidak dapat
dikalahkan. Bila Laksmaana Hang Nadim mati, dia digantikan
oleh orang besar Cempa. Raja fatimah juga mangkat dan dikebumikan di Seluyud
bersama kuburan kekandanya Sultan Muzaffar Syah. Selang setahun kemudian
suaminya pula meninggal. Sultan Ala Jalla Abdul Jalil dimakamkan di Batu. Raja
Abdullah hendak dinobatkan tetapi baginda menolak. Bagaimanapun oleh kerana
Raja Mangsur cuai menjalankan tugas, Raja Abdullah terpaksa menjalankan tugas
sultan. Raja Mangsur sekali lagi mahu pindah ke Hulu Kuala Sungai Riun iaitu di
Pasir Raja.
6 comments
Terbaik...
ReplyDeleteSinopsis yang baik sebagai bahan rujukan
ReplyDeletethanks :)
Deletebahan rujukan yang boleh dijadikan panduan pelajar tingkatan 6
ReplyDeleteterima kasih moga bermanfaat :)
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete