FUNGSI
MITOS DAN LAGENDA
Menurut Kamus Dewan Edisi
Keempat (2006), mitos membawa maksud cerita zaman dahulu yang dianggap benar,
terutamanya yang mengandungi unsur-unsur konsep atau kepercayaan tentang
sejarah awal kewujudan sesuatu suku bangsa, kejadian alam dan sebagainya
manakala menurut Harun Mat Piah (2003), lagenda dapat didefinisikan sebagai
cerita prosa rakyat yang ditokohi oleh manusia yang ada kalanya mempunyai
sifat-sifat luar biasa yang dibantu oleh kuasa dan makhluk lain.
Menurut Hooykas
(1965), mitos berfungsi untuk menceritakan tentang asal usul
raja-raja. asal usul raja-raja kerajaan Melayu tua ini kebiasaannya dihubungkan
dengan objek-objek seperti buluh, buih dan mayang pinang. pada zaman dahulu,
raja dianggap sebagai bayangan Tuhan dan raja semestinya mempunyai sifat-sifat
supernatural yang tidak dimiliki oleh rakyat biasa. Hal ini dapat ditonjolkan
pada watak Raja Iskandar Zulkarnain dan kemudiannya memiliki keturunan yang
bernama Raja Suran yang masuk ke dalam laut dan berkahwin dengan Puteri yang
berada di dasar laut kemudian di kurniakan tiga orang cahayamata. kemudian,
tiga orang cahayamata yang turun di Bukit Siguntang yang bernama Nila Pahlawan,
Nila Utama dan Krisyna Pandita. daripada tiga orang cahayamata Raja Suran ini
lah telah menghasilkan jurai keturunan raja-raja Melaka dari Raja Iskandar
Zulkarnain sehingga Sultan Mahmud Syah (Sultan Mahmud mangkat dijulang).
Selain itu, mitos
juga berfungsi untuk menceritakan asal usul nama tempat. mitos berkenaan
dengan asal usul nama tempat ini selalunya dikaitkan dengan nama-nama binatang
dan anasir-anasir alam seperti pokok, semut, singa, pelanduk, anjing dan sebagainya.
sebagai contoh, nama Negeri Melaka diambil daripada nama pohon Melaka, tempat
Raja Iskandar Syah berehat bersama denga pengikut-pengikutnya. Peristiwa anjing
pemburuan baginda ditendang oleh pelanduk putih yang kecil menjadi salah satu
faktor Raja Iskandar Syah membuka negeri di situ.
Menurut Yusoff Iskandar
(1986) lagenda berfungsi untuk memperkuat konsep daulat, taat dan derhaka
dalam masyarakat Melayu. hal ini dapat ditonjolkan pada watak Hang Tuah
dan Hang jebat. Hang Tuah sanggup membunuh kawan baikknya sendiri yang derhaka
kepada sultan Mansur Syah kerana sifat taat dan setianya Hang Tuah kepada
sultannya walaupun sebelum itu sultannya telah menjatuhkan hukuman bunuh ke
atas dirinya kerana dituduh bermukah dengan dayang istana. Hang Tuah juga
sanggup terjun ke dalam lubang najis semata-mata untuk menyelamatkan kuda
Sultan Mansur Syah.
Di samping
itu, lagenda juga berfungsi untuk memuji serta menunjukkan kekuatan
fizikal dan mental orang-orang Melayu. hal ini dapat dilihat pada watak
Tun Perak yang bijak dalam mengatur strategi peperangan untuk menumpaskan pihak
lawan. Tun Perak atau Bendahara Paduka Raja telah menyuruh dipasangkan api pada
pohon-pohon bakau, nyirih, tumu dan api di sepanjang perairan pantai untuk
melemahkan angkatan Awi Dicu yang datang dari Siam untuk menyerang Melaka. tipu
helah yang dibuat oleh Tun Perak berjaya menakutkan angkatan Awi Dicu yang
tersalah anggap bahawa angakatan Melaka ramai.